Thursday, 8 November 2012

satu rasa , satu syukur

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Alhamdulillah biiznillah hari ini Allah masih menguatkan lagi seluruh anggota pinjamanNya untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw... Allah masih menguatkan kaki yang kian hari kian 'kerapuhan' untuk meneruskan visi dan misi kesinambungan perjalanan para Anbiya' tetapi saya terus memaksa kaki untuk "lesap" ke sana ke mari bimbang mati dalam su'ul khatimah .... Mungkin hari esok tidak dapat diketemui lagi atau sebaliknya ..... Mengakui kesibukan yang ada kini menyukarkan saya untuk terus menulis berkongsi rasa bersama para pembaca yang saya kasihi kerana Allah swt .... Bila difikirkan inilah hakikat yang akan saya tempuhi untuk masa yang akan datang ..... dan sudah pastinya masa itu akan tiba tak lama lagi .... itupun seandainya Allah masih mentakdirkan kita untuk terus hidup di bumiNya selama hayat yang telah ditetapkan olehNya ..... 

wahai sahabat sahabat sekalian ,

alhamdu melahirkan alhamdu ....... dalam kesyukuran ada kesyukuran itulah hakikat kita sebagai seorang manusia yang menjadi hamba kepada Allah perlu menitipkan, melafazkan setiap yang dirasa dalam kehidupan seharian dengan penuh rasa kesyukuran .... kesyukuran juga tidak menjadi sesuatu kenikmatan sekiranya ia tidak dapat dirasai oleh hati insani .... mungkin mudah bagi kita untuk melafazkan rasa kesyukuran namun mungkin sukar untuk kita menterjemahkan perasaan syukur yang kita perolehi .... Dalam kenikmatan yang kita rasai , nikmat yang kita terima kadang kadang kenikmatan yang diberiNya menjadi diri kita lupa, alpa dan  adakala tersungkur dengan peranan syaitan yang sentiasa menghasut anak cucu Adam.... Itulah yang dikatakan oleh Allah swt yang diulang ulang ayat tersebut dalam surah ar-rahman yang bermaksud "maka nikmat mana yang kamu dustakan?" ... sungguh manusia apabila dicurahkan nikmat yang melimpah ruah ada yang gagal untuk mengawal segala turutan hawa nafsu ... namun ada juga yang berjaya menempuhinya ... Nikmat pemberianNya adakalanya menyergah hati kita untuk menguji tahap keimanan serta ketaqwaan kita padaNya ...... dengan Nikmat yang kita perolehi itulah menjadikan diri kita semakin jauh atau semakin dekat dengan Allah swt ......

Pembaca yang saya sayangi sekalian,

Kasih sayang Allah pada hambaNya tidak dapat digambarkan keana kasih sayangNya tidak sama sekali kasih sayang antara sesama manusia... MarahNya Allah pada kita juga tidak persis seperti marahnya seorang teman kepada temannya yang lain..Allah itu sungguh kaya dengan sifat kesempurnaanNya tetapi jauh di sudut hati manusia untuk mendekatkan diri padaNya ....

Berbicara tentang nikmat tidak boleh dinafikana akan kuantiti nikmat yang telah dianugerahkan olehNya buat hamba hambaNya sehinggakan sukar unutk dihitung kira..Saya yakin dan percaya jika ditanya kepada orang sekeliling kita tentang pandangan mereka tentang nikmat sudah pasti mereka akan menyatakan nikmat nikmat yang positif di mata mereka seperti nikmat diberi kesihatan yang baik , nikmat diberikan rezeki yang baik dan sebagainya namun sejauh manakah kta sedar bahawa perkara perkara yang memberi impak negaif kepada manusia juga merupakan satu nikmat ?

Seumpama ketika mana kita ditimpa miskin , saat kita jatuh sakit dan sewaktu dengannya... bukankah semua itu juga dikatakan nikmat dariNya ? Analoginya mudah seandainya kita ditimpa kesakitan lalu Allah ingin menguji hambanya sejauh mana kita mampu unutk melaksanakan ibadah kepadaNya dalam kondisi yang sakit tersebut ... Andai kita masih melaksanakannya maka sudah pasti kita sudah melepasi ujian dariNya lalu kita bersyukur kerana walau dalam keadaan sebegitu kita masih mampu untuk taat pada perintahNya.. Bukankah itu juga satu nikmat ? itulah yang dikatakan Nikmat yang diberikan oleh Allah swt kepada hambaNya disebalik kesakitan ....

kebetulan semalam bila saya online chat FB ada seorang hamba Allah " mem bizzzzzzz " di chat side.... Saya mengaku teramat jarang saya mengon kan chat side FB saya disebabkan hal hal tertentu...hamba Allah itu lalu bertanya kepada saya bahawa dia ada satu persoalan yang mana bagi saya untuk merungkaikan persoalannya adalah perlu dengan penyampaian hati yang ikhlas .... soalannya adalah lebih kurang begini "kenapa yer kita selalu pertikaikan takdir dan ujian Allah swt dan sering bersangka buruk dengan Allah swt" ..... perbualan memang agak panjang di situ sebab itu semalam saya memanjangkan on chat side FB .....

saya cuba untuk memberi satu penerangan dan satu solusi kepadanya dari sudut pandangan saya ... dan berdasarkan secetek ilmu yang ada di dada .... berbual panjang dengan beliau akhirnya jawapan yang saya berikan adalah berkenaan diri sendiri dan juga berbalik kepada perasaan syukur kepada sang Khaliq .....

cuba kita ukur indeks kesyukuran kita hari ini adakah kita sudah membuktikan rasa syukur kita padaNya ... sebagai contoh kita diberikan sesuatu ganjaran dari manusia dalam bentuk mata wang tanpa disangka sangka adakah dengan rezeki wang yang kita perolehi itu , kita menggunakan separuh atau menarik RM seringgit (contohnya) dari wang yang kita perolehi belanja kawan kawan kita minum , atau kita sedekahkan di masjid tatkala solat berjemaah di rumah Allah ? atau kita menggunakan sedikit mata nilaian wang tersebut untuk infak di jalan Allah ? itulah syukur yang harus kita amalkan melalui tindakan ... tetapi mentaliti manusia kini bila diberikan ketambahan dalam rezeki terutama dalam bentuk nilaian mata wang mereka bimbang andai memberi sedekah atau menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan mereka akan menjadi miskin bahkan papa kedana... Adakah dengan mempunyai fikiran sebegitu kita tidak meyakini akan firmanNya yang mengatakan bahawa :

Maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu : demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih...."

Yer kita perlu yakin dengan setiap bait kalamNya !!! jangan ragu ragu terhadap ayatNya itu ....

sahabat sahabat yang dikasihi sekalian,

Salah satu dari sifat salafussoleh adalah mereka merasakan diri mereka tidak pernah bersyukur ...iiatu melihat dengan mata hati mereka bahawa mereka tidak pernah mensyukuri nikmat Allah swt walau sebesar zarah ... kerana mereka melihat apa yang mereka syukuri itu adalah sedikit sahaja daripada nikmat yang Allah swt berikan sedangkan nikmatNya tidak akan habis terhitung ...... Allahurabbi .....

Terima kasih Allah kerana NerakaMu ..... pasti pembaca berasa jengkel dengan statement ini [barangkali] .... bila mana kita sentiasa menyebut akan NerakaNya sudah pasti kita akan sentiasa berjaga jaga , berwaspada dalam segala tindak tanduk kita ... secara ringkas saya memberi perumapamaan ringkas .... anda seorang pemandu kereta , ditengah kehujanan anda membawa kereta penuh berhati hati , 500 meter dari kereta anda , anda melihat sign board yang memberi isyarat pada kita Bonggol dihadapan , Awas selekoh tajam dan sebagainya .... apa tindakan anda untuk berhadapan dengan  sign board itu ... sudah pastinya anda akan memperlahankan kereta supaya kereta anda tidak "melompat tinggi" ketika melalui bonggol tersebut betul kan ? jadi itulah yang ingin saya sampaikan bahawa bila kita sering memikirkan tentang neraka kita akan mengelakkan diri daripada menjunamkan diri ke lembah yang bahaya yang semestinya kita sudah  membayangkan akan siksanya ...........

Teringat kata As-syibli "Syukur itu adalah dengan sentiasa memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatNya"

kata Al Junaid pula "Syukur itu hendaklah kamu melihat bahawa sebenarnya kamu tidak layak menerima nikmat"

Ya Allah sungguh tinggi nilai syukur yang perlu diterapkan dalam sanubari ...... susah untuk beramala dengan syukur tetapi gapailah serta usahakanlah tindakan kita bersama dalam membuktikan rasa kesyukran kita .....

Syukur kerana Allah swt menganugerahkan anggota badan dan berfungsi dengan sempurna lahirkan dengan sifat gerakkan anggota kaki ke masjid , gerakkan anggota tangan sentiasa bersedekah dan seumpamanya jangan bilamana Allah menarik nikmat itu sedikit demi sedikt lalu kita berkata "kalaulah dulu aku ......." .... tidak boleh sama sekali kita berkata "Kalau" .....

Gunalah peluang dan ruang yang ada semasa waktu sihat ini tidak kira siapa pun kita , tinggi mana darjat kita jangan lupa untuk membuktikan rasa syukr dengan bertindak dan beramal .......

IKLAN SEDIKIT ...... ^^

 

sepanjang berada di sini / hidup tak pernah nak makan nasi arab .... tetiba khusyuk memprogramming system dengan kepeningan melihat coding then  staff masuk dan tanye dah makan belum ... so tak kan la nak menipu dan hakikatnya memang saya tak keluar lunch bila waktu rehat kebiasaan malam baru "jumpa" nasi sepinggan [total up pagi hingga ke malam] ... jadi dia beri pada saya nasi tersebut {sesungguhnya staff disini teramat sporting dan menghormati saya especially staff lelaki yang sama taraf umur dengan saya } .... bila balik ke rumah biasalah orang jakun macam saya yang tak pernah makan nasi "pelik" sebegitu terkejut gak tengok isi dalam tupperware tu .... bila buka dalam hati "emm macam mana nak makan nasi nih " .... nak tahu apa yang ada kat dalam tu ? sup , sambal [u cecah ayam barangkali] , ayam bakar warna merah sikit , lada besar , asam limau , dan roti arab .... jadi saya pun perah la semua limau nipis y diberi dan pakai hentam makan nasi tersebut .... akhirnya "hidangan" sardin di rumah y disediakan by sahabat saya lagi menyelerakan berbanding nasi arab ini .... jadi conclusionnya ... x leh sambung pengajian kat tanah arab nampak gayanyer ... heheh ... Apa ape pun tetap bersyukur rezeki dapat merasa nasi arab ...

P/S  : iklan itu hanyalah sekadar iklan .....

sahabatku TOSHIBA

Apa yang saya sampaikan ini mungkin ada dikalangan pembaca yang tidak menyetujui terpulanglah kerana ini hanyalah pendapat saya sahaja dan sedikit ilmu yang dibaca ...... jadi marilah kita sama sama tingkatkan frekuensi kesyukuran kita dan lonjakkan indeks tindakan ke atas rasa syukur tersebut insyaAllah mudah mudahan kita dirahmatiNya .....

akhir kalam saya ucapkan dengan lafaz astaghfirullah dan mohon maaf ......

No comments:

Post a Comment