Monday, 12 November 2012

10 muwasafat Tarbiyah

alhamdulillah Ya Allah , engkau telah memberi ruang kepada diri saya untuk bertemu dengan sahabat yang lama yang sebaris dengan saya tatkala dulu .... hati terus jadi sayu bila mata bertentang mata .... sungguh xcukup sehari bersama sama ....... tatkala menerima message darinya , "nak datang tempat awak" ... gembira sangat sangat ...... dirancang untuk ke satu tempat bersamanya sebab itulah beliau sanggup ke sini namun perancangan Allah itu hebat daripada perancangan hambaNya ...... namun dia gagahi juga untuk turun ke sini ...... dan pada hari jumaat 9/11/2012 saya bergegas ke KTM untuk mengambilnya sewaktu solat jumaat .... 

dipendekkan cerita , kebetulan malam tu saya memenuhi jemputan untuk memberi sedikit pengisian kepada yang tersayang kerana Allah swt dengan kudrat yang ada saya gagahi ke sana dan membawa sahabat saya juga ke sana ...... kemudian di sana masih terdapat seorang sahabat saya yang sebaris juga dengan kami dulu kala membawa menaiki kancil yang banyak berjasa kepada tuannya ke satu tempat untuk melaksanakan qiam bersama .......

sampai di destinasi tersebut , sebelum melelapkan mata untuk bertemu dengan 1/3 malam kami bertiga bersembang di satu sudut yang ada di sekitar rumah Allah itu ..... kemudian hati tiba tiba ingin bertanya pada mereka berdua secara spontan....

sepanjang dialog antara kami bertiga [ayat telah dimanupulasi tetapi maksud yang sama]

S: apa kelemahan yang ada pada saya yang awak berdua nampak ?
An: memendam perasaan
Ad: menyokong statement dari An
S: blurr sekejap.....dalam hati saya semasa itu "sama juga seperti sahabat yang pernah bagitahu tentang kelemahan yang ada pada saya beberapa mingggggu yang lalu"
S: contohnya ?
An: suka pendam rasa kalau sakit still juga degil nak buat kerja ... kadang kadang nampak sebenarnya kat air muka tu [letih , sakit dll] walaupun buat buat ceria .... awak tak boleh nak sorok
Ad : A'ah betul betul
S : tersentap di situ (bukan terasa hati yer .... tersentap dalam berfikir).... dan cuba menafikan kata kata mereka .... saya terus membiarkan mereka berdua mengomen dan mengomel ... ^^
An: Ad apa dah yang 10 tu 
Ad: 10 muwasaffat tarbiyah .... 
An n Ad : kita tak boleh tinggalkan 10 muwasafat tarbiyah tu apa dah haaa yang part kesihatan
S : tersenyum melihat gelagat dia huh dah masuk bab 10 muwasaffat tarbiyah ni ..
An : kamu suka masak , suka bagi orang makan tapi xmkan untuk dirii sendiri ... satu hari wat kerje kadang kadang sampai tak makan nasi sepinggan sehari ..... ishhh 
S : melihat je dia membebel sebab dia suka membebel orangnya ... hehehe

* saya membiarkan mereka berdua terus mengomel dalam hati Allah je tahu (sungguh mencuit hati) .... pada masa yang sama ada gak perkara perkara lain yang kami berbincang bersama .....

apa yang nak sampaikan di sini bukan berkenaan kisah dialog saya di atas tetapi hakikat 10 muwasafat tarbiyah itu ........sebelum saya berkongsi berkenaan 10 muwasaffat tarbiyah , ada yang ingin saya sampaikan ....

selepas balik ke rumah untuk sertai satu program diri saya mula berfikir kembali kesemua statement daripada sahabat sahabat saya .... akhirnya terpaksa mengaku (monolog gak ngan diri sendiri) ..... kenapa ??? sebelum sahabat sahabat saya komen tentang perangai saya yang suka memendam rasa (pendam rasa yang tidak menimbulkan api kemarahan yer....) hakikatnya Allah terlebih dahulu mengirimkan satu mimpi untuk saya .... DIA menghantar seorang sahabat yang saya sendiri tak mengenali dirinya sepenuhnya hadir dalam mimpi saya .... siapakah orangnya ? biarlah menjadi rahsia ... hanya pemilik Nyawa saya yang tahu bak kata saudara saya Siti Nur Haliza BIARLAH RAHSIA ^^ ...... dalam mimpi tersebut dia pesan lebih kurang gini ayatnya "Buat kerja jangan melebihi kudrat" .... mimpi itu membuat saya sentiasa berfikir ....

PAPAN TANDA TS
memang benar mimpi itu adakalanya datang dari jentikan syaitan namun saya meyakini mimpi tersebut dari Allah swt ... macam mane ? depends bagaimana kita hendak meyakininya ..... =) ...

jadi bila difikirkan balik ad benarnya kata kata sahabat .... bukan saya nak jadi hipokrit tetapi tidak mengharapkan sahabt sahabat di sekeliling saya sukar untuk meminta pertolongan sari saya dan simpati  .... selagi anggota badan terutamanya kaki ini mampu digerakkan saya akan lakukan .... insyaAllah

cerita yang sebenar di sini apakah yang dimaksudkan dengan 10 muwasafat tarbiyah ?


10 muwasafat tarbiyah
 10 muwasaffat Tarbiyah 

Antara kesemua 10 muwasafat Tarbiyah .... saya hanya ingin menyentuh perihal point number 5 (seperti di gambar sebelah) ..... atau dalam bahasa Arabnya ialah Qowiyyul Jismi ..... sememangnya tidak boleh dinafikan setiap peribadi muslim perlu menjaga kekuatan jasmani atau dalam erti kata lain sihat tubuh badan .... kenapa perlu badan yang sihat ??

Allah swt menganugerahkan kita tubuh badan bukan untuk disia siakan apatah lagi untuk menggunakan ke arah kejahatan atau keburukan tapi Allah memberi kita sebujur tubuh badan untuk kita melkasanakan segala apa yang diperintahkanNya yang telah termaktub dalam Kalamnya ... yakni dengan mengerjakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat .....

lima rukun Islam yang dipelajari semenjak bangku sekolah perlu ditunaikan dengan menggerakkan seluruh anggota tubuh badan .... bahkan bukan sahaja persoalan rukun Islam hatta dalam perjuangan Islam pun menunut seorang individu muslim perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang sihat ...

Benarlah hadis Nabi yang membawa maksud : Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim). berdasarkan hadis Nabi , Baginda saw amat menegaskan kepada umatnya bahawa perlunya menjaga kesihatan diri untuk melahirkan kekuatan dalam dan diterjemahkan menerusi secara zahirnya ....

begitu jua ayat yang seringkali kita ungkapkan penceggahan lebih utama daripada mengubati ......  bermakna kita patut mengelakkan sebarang penyakit yang boleh membawa kemudaratan kepada kita .... sebagai contohnya kita sudah tahu bagaimana seseorang individu boleh terkena demam denggi jadi tak lain tak bukan cara penceggahannya adalah dengan memastikan tiadanya air yang bertakung di kawasan rumah ... jika tidak dan kita disyaki demam denggi sudah pastinya cara mengubatinya tak lain tak bukan dengan menghidangkan makanan mewah (masak ketam) untuk meneutralkan balik tahap darah ... [ape ape pun Allah yang Maha Memberi sembuhan] .... 

meskipun kita dalam keadaan sibuk sekalipun janganlah mengabaikan tanggungjawab untuk diri sendiri ... janganlah kita menzalimi diri kita sendiri ... perlunya penjagaan diri dan sememangnya tidak wajar seandainya individu muslim menganmil ringan perihal kesihatan .... 



P/S : entri kali ini adalah untuk muhasabah diri sendiri terutamanya tiada kena mengena sama ada yang masih hidup ataupun yang meninggal dunia ...

kepada sahabat saya yang suka membebel tu terima kasih atas bebelan tersebut .... insyaAllah akan disave kan dalam otak anugerah Allah ini ... tapi kalau dah jadi Tabiat si penulis memang begitu nak buat macam mane kan ??? hahahaha doakanla supaya dihadirkan seseorang yang betul betul mendisiplinkan diri ini dalam masalah ini.... saya tahu anda sedang membaca blog ini ^^

satu je yang saya nak kata saya sangat sayang akan ikatan ini .... sungguhpun lama tidak ketemu namun dirimu seolah olah boleh "membaca" apa yang sedang saya alami ... elektrik ukhwah yang mengalir dalam saluran merah {hyperbola qoute} ^^

sahabat .... dalam erti kata walaupun jauh dari pandangan namun jika seorang terasa sakit maka yang lain juga akan turut rasai ..... Syukur kepada Allah anugerah yang tak terhingga LOVE ALLAH SO MUCH .... 
 Ayuh sahabat sahabat kita sama sama CHECKLIST 10 muwasafat tarbiyah kita yang mana lompong bolehla kita isikan dengan cara yang betul ...

From SS


~syukur adalah memfungsikan anggota tubuh dengan sebaik baiknya selepas kita menjaganya supaya dapat berfungsi dengan baik. "Asysyukru huwa sharfu ni'am fima khuliqat lahu, wasti'maluha fima syuriat li-ajlihi (Syukur adalah mentranformasikan nikmat untuk memfungsikan nikmat untuk memfungsikan penciptaanya , lalu memanfaatkannya untk misi ia dicipta.....)" ~ 



alhamdu melahirkan alhamdu ..... Bersyukurlah dengan anggota badan yang dikurniakan dengan sihat wal afiat , jagalah ia dan gunakannya sebaik baik yang mungkin ..... 

_dalam kesyukuran ada kesyukuran_



SELAMAT MALAM DAN MINTA MAAF SEMUA 

Ya Allah kuatkanlah anggota tubuh badanku untuk melaksanakn perintahMu ..... Kuatkanlah dan paksakanlah kaki ku ini agar bisa bergerak mengikut haluan rabbaniMu  ....  










No comments:

Post a Comment