Tuesday 31 July 2012

hidup tanpa sentuhan AKHIRAT

TO ANONYMOUS  YOU CAN LEAVE YOUR COMMENT

[ sepagi berada di BANGI ]

kata lirik lagu ....................

merana hidup tanpa cinta
merana hidup tanpa kasih sayang
percuma hidup tanpa cinta
percuma hidup tanpa kasih sayang

memang benar hidup tanpa C.I.N.T.A ianya sungguh sengsara, sungguh menyakitkan .... hidup terumbang ambing ... cinta itu menguatkan... cinta itu bisa menjadi pemangkin kepada si lemah , bisa juga menjadi penawar bagi si pesakit .... dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki..... dengan cinta laut yang dalam kelihatan cetek untuk direntasi.............Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang , peria yang pahit itu pun mampu berubah rasa menjadi manis.....semuanya kerana C.I.N.T.A ............


[11.19pm at Bangi Seksyen 8]

namun dalam keasyikan melayani nikmatnya CINTA itu terkadang kita melupakan sesuatu yang sudah pastinya akan dibalas bahkan tanpa meminta kita sudahpun diberikanNya.... Memang benar manusia mudah lupa.... akan tetapi sebagai hamba Allah harus rasa ada sifat kehambaan...sifat yang sentiasa mendidik hati .... hati itu Raja segala anggota ..... Hidup tanpa cinta memang merana .... tapi merana yang bagaimana ? adakah jika kehilangan cinta itu kita akan jadi rawan tak tentu arah ? adakah dengan kejauhan cinta hidup menjadi terumbang ambing bagaikan getaran bumi menerpa alam ? sungguh RUGI dan MALANG seseorang itu jika dibiarkan hatinya hanyut tanpa sentuhan AKHIRAT ... bukankah Allah telah berfirman dalam surah al-An'am yang membawa maksud :

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir."




Benar kata firmanNya dunia tidak lain tidak bukan adalah satu tipu daya bagi sesiapa sahaja yang tergelincir dari landasan yang benar .... Di dunia inilah tempat permainan dan kelalaian .... Anda tidak percaya ? cuba renungkan kembali sepanjang kehidupan ini apa yang telah kita lakukan sehingga kita sanggup LUKAKAN
Allah swt, sehinggakan ada yang melupakanNya walhal Allah sedikit pun tidak pernah sesekali menjauhi apatah lagi melupakan mahklukNya .... 


Orang yang berfikir mampu memahami apakah tujuan berada di dunia ini bukan untuk bersenang lenang apatah lagi mengoyang kaki tanpa melaksanakan satu tuntutan ibadah .... sebenarnya jika difikirkan balik jika hidup dengan penuh sentuhan AKHIRAT sudah pastinya tidak ada kes rasuah... penindasan, rogol dan seumpama dengannya .... seandainya kita masih berada dalam kewarasan sudah tentu kita mampu berfikir bahawa Syurga itu benar dan Neraka itu juga benar..... Pahala itu dicatat dan dosa itu juga dicatat...namun berbalik kepada ayat Allah swt "sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir." .... point di situ adalah BERFIKIR !!!


iman memang ada kala naik ada kala menurun ..... sifat diri ada kala menjadi tunduk pada mazmumah ada waktu taat pada mahmudah fitrah manusia ... manusia tidak dapat dipisahkan oleh nafsu .... nafsu sering mengajak ke arah keburukan :

Firman-Nya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(yusuf:53).

makin di ikut makin degil jadinya makin dilawan akhirnnya tertunduk mengaku kekalahan yang penting LAWAN !!! nafsu jika diikut makin banyak diminta .... xcukup satu diminnta dua dan seterusnya (makna yang mendalam) ... namun jika ianya dibenteng dengan sentuhan AKHIRAT nescaya ianya tidak mudah dirobohkan nafsu itu ...... jangan biarkan nafsu mazmumah itu merengkuh nikmat yang sepatutnya anda kejari ... nikmat dalam membaca al-quran , nikmat dalam mencari ilmu Allah dan seterusnya.... jangan melepaskan semua Nikmat yang dibentang luas olehNya ... kejar sementara ianya tidak menyepi dari penglihatan anda....

kalau nak cerita hal nafsu memang tak akan habis ... banyak peringkatnya cuma apa yang boleh dikatakan nafsu ibaratkan seperti nynyian kanak kanak tadika tajuknyer Naik kereta Kuda 

"Naik kereta kuda istimewa aku duduk di hadapan,
Ku duduk bersebelahan pemandu yang sedang bekerja,
Mengendali kuda supaya baik jalannya....."

[penulis pun tak pernah di ajar lagu ini..... heeeheee]

itu hanyalah beberapa rangkap sahaja tapi ianya boleh diambil iktibar dan bisa disimpulkan dalam memahami pengertian nafsu.....jika pembaca memahaminya boleh la tinggalkan komen.... kita "tadabbur" sama sama rangkap lagu ini....


pembaca yang kusayangi sekalian.......


Sekiranya mebuat persinggahan di rumah jemputan pastinya kita akan mengetuk pintu terlebih dahulu tanda adab sesama manusia begitu juga dengan hati.Hati kita ada pintu pintunya. Maka kita katakan 'pintu-pintu hati'.... Tugas dan tanggungjawab kita adalah memastikan pintu-pintu hati tadi sentiasa terbuka dan terbentang luas. Untuk apa? Supaya ia boleh menerima sebanyak banyak cahaya hidayah serta ilmu Allah swt.... Namun AWAS !!! hatta pintu hati kita sentiasa terbuka, namun keselamatan harus dijaga ..... pintu itu harus sentiasa di AWASI ..... musuh ada sahaja di sekeliling kita ..... dan mereka tidak pernah mempunyai rasa letih serta tiaada istilah rehat di pandangan mereka .... sehebat mana pun mush kita pintu itu perlu sentiasa dibuka.....tidak boleh tertutup.....jadi disinilah perannanya sentuhan Akhirat itu....



Allah swt telah berfirman dalam surah al-mutaffifin ayat 14 :


“Sekali-kali jangan! (Ayat-ayat kami tidak ada cacatnya) bahkan jantung hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa). Dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”

As syeikh Abu Bakar  al-Jaza-iri rahimahullah di dalam tafsirnya menyebutkan "Dosa dosa yang dilakukan itu menutupi hati hati mereka dan mendinding mereka daripada menerima kebenaran" ..... dan Ulama' juga ada mnyatakan bahawa "apabila dosa dan maksiat dilakukan menjadi banyak, iia akan meliputi hati mereka.."

wahai pembaca sekalian,

memang susah untuk mengawal pintu hati apatah lagi bagi baru yang membuka hati namun ingatlah sebaik baik jalan adalah jalan yang menuju Redha Illahi ... segala yang sukar akan dipermudahkanNya bagi tujuan yang hasanah ..... jiwa kosong tanpa sentuhan akhirat..... hati semakin lalai menuju akhirat ...... fikiran semakin jauh dengan syurga ... bertindaklah sekarang sebelum 'tentera penjajah' menguasai serta menggelapkan segala isi hati .... jika mereka sudah berjaya menceroboh hatimu jangan biarkan mereka terus menawan bahkan tawanlah tawarannya dengan gigihkan dirimu mengingati Akhirat .....pagarkanlah pintu hatimu dengan besi yang sukar dikaratkan .... cengkerang yang sukar dipecahkan nescya Syurga menanti ketibaanmu....

[12.07pm]

perlu lagi ke sambungannya ???? mata telahpun letih .... sambil bertinta sambil menghadapa buku yang sarat dengan mesejnya ....hopefully dapat menghabiskan buku yang dibeli dalam cuti ini ..... huhu jenuh gak nih ...... SALAM RAMDAHAN, SELAMAT BERSAHUR DAN SAMA SAMA KITA MENJADI GENERASI YANG SEMAKIN BAIK .... BAIK DIPANDANGAN ALLAH HIRAUKAN APA YANG DIPERKATAKAN MANUSIA ....




Kepulangan

sudah lama tak menyinggahkan diri di Bangi ..... persiapan beg sudah dua hari dikemaskan tetapi bila mendapat panggilan "menyeru" pertolongan niat untuk ke sana harus di batalkan dan insyaAllah hari ini akan ku bawa diri bersama sang kancil menuju ke Bangi untuk bersama sama dengan sedara mara di sana yang sudah lama bertanyakan "bila nak datang....." .... sungguh lama xmenjejakkan kaki di sana apatah lagi bumi Kelantan ..... tidak tahu dimanakan waktu itu telah digunakan ..... walaupun berada di sana sudah pasti hati masih tidak tenteram seandainya di sini memerlukan " kerahan tenaga " .... cuba kuatkan diri untuk berulan alik dari sana ke sini .....

 insyaAllah 10/8 penulis tinta akan mnjadi drive seorang menuju ke kampung halaman selepas sahur / subuh ...... doakan teman yer moga dipermudahkan perjalanan .... bulan puasa menuntut kekuatan serta kesabaran yang tinggi kerana tidak boleh mengunyah, mahupun minum walaupun Allah telah memberi keringanan kepada musafir untuk tidak berpuasa namun ku akan gagahi kudrat untuk memenuhi tuntutan Ramadhan ... bimbang andai tidak ketemu Ramdhan akan datang ... kepada sahabat2x sekalian , mohon maaf sepanjang perkenalan dan halalkan segala makan dan minum ....

sepanjang cuti ini akan diriku manfaatkan ia dengan sebaik mungkin... rindu rasanya untuk bertandang ke pondok dimana disitulah saat kepulangan penulis akan ditadabbur kalam Allah bersama ustazah tetap. Dan cuti ini juga akan penuhi permintaan kawan kawan sekolah /sekelas yang akan mengakhiri zaman solo mereka .. baru kusedar dah ramai rupanya yang dah kawin bahkan sudah mempunyai cahaya mata tak TERUPDATE dengan mereka hanya RAYA sahaja yang dapat mengumpulkan diriku dan juga mereka ..... 

KERETA YANG SIAP DISERVICE
* doakan agar penulis sampai dan pulang ke destinasi dengan selamat ..... walaupun bermastautin di bangi tidak akan ku lupa Tinta Sundus ini kerana masih banyak draft yang disimpan sebelum di publishkan =)

Monday 30 July 2012

Ketika si PENGKID jatuh cinta

TO ANYNOMOUS YOU CAN LEAVE UR COMMENTS

sejak kebelakangan ini, diriku banyak mendapat surat cinta yang diterima oleh TINTA SUNDUS......surat cinta ini tidak langsung memberi kesan ke dalam hati pemilik TINTA SUNDUS ini.....Semuanya hampir sama permasalahan....Ukhwah...Ukhwah.....Ukhwah.......dan kurang bermotivasi.....Diriku berfikir sejenak bagaimana permasalahan yang timbul ini dapat diselesaikan....kerna diriku bukanlah orang yang paling layak untuk melontarkan sebarang nasihat apatah lagi pemangkin semangat.......

Ukhwah??? ukhwah jika hendak dihuraikan memang agak sukar bagiku kerana ia melibatkan Qalbun.....Qalbun individu itu sendiri.....Bagiku dimana Ukhwah itu bermula disitulah ianya akan berkekalan....Maksudnya seandainya kita bertemu dengan Ukhwah di masjid jadi di masjid itu jugalah tempat untuk merapatkan hubungan ukhwah yang sedia ada...Begitu juga dengan kesedaran.......Bila saudar/ri inginkan kesedaran maka saudara mahupun saudari yang kukasihi harus koreksi diri kembali...samada anda tahu atau tidak....pastinya jika kita tahu kemudian sedar maka anda lah yang akan menentukan action sendiri....

tahu------>sedar------>action

maksud begini :

                      situasi pertama : 


seorang wanita islam yang tidak tahu akan kewajipan menutup aurat  pastinya dia tidak akan menutup aurat....

                      situasi kedua : 


seorang wanita islam yang tahu tentang kewajipan menutup aurat namun dia masih tidak sedar diri jadi dia tetap tidak menutup aurat..katanya tak  sampai seru lagi.....


                      situasi ketiga :


seorang wanita islam yang tahu tentang kewajipan menutup aurat namun dia sedar akan kewajipan itu jadi dia mengambil action untuk menutup  aurat.....

ape ape pun ianya bergantung kepada hati masing masing..........paksa lah " batinmu supaya ianya dat dizahirkan "

teringat tiga tahun yang lepas sewaktu masih menuntut di matrikulasi, diriku ditawarkan untuk menjadi fasilitator di sebuah institusi yang sedang diupgradekan iaitu sekolah men teknik yang diupgradekan as matriculation di Jengka .....  Tanpa berfikir panjang, diriku dan seangkatan denganku terus menerima...Bermulalah mesyuarat yang pertama,kedua dan seterusnya sebelum hari kejadian. Memang tidak dinafikan bila kita yang melaksanakan program untuk tempat yang baru diupgradekan agak sukar kerana kekurangan kemudahan yang disediakan...Di sana kami bukan sahaja menjadi fasilitator tetapi juga sebagai cleaner, pengurus, dan sebagainya....Tugas sebelum pendaftaran pelajar ialah angkat almari, tilam, susun katil, menyapu dan segala benda kami yang lakukan...Namun ianya satu pengalaman berharga buatku...Itulah tugas yang perlu kami laksanakan...Pada masa yang sama kami merupakan fasilitatot batch pertama bagi kemasukan pelajar batch pertama di sana...

Ceritanya di sini ..............

Beberapa hari kemudian, perjalanan sebagai fasilitator menjadi seperti sediakala..bersedia dalam memberi perkhidmatan yang the best kepada pelajar pelajar di sana.....Mengajar mereka mengenali surau, mendidik mereka dengan bacaan maathurat dan pelbagai........Setelah beberapa hari berada di sana, pada malam yang ke ..... (lupa) diriku dipanggil untuk menjadi pentazkirah secara AD HOC!!! Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya perasaan tatkala itu....Mana tidaknya tanpa preparation ape2x terus sahaja ditarik tangan ke tengah padang permainan untuk memberi sedikit pengisian sebelum mereka tidur....

Antara Zahir dan Batin......


pada ketika diriku menyampaikan tazkirah, owhh lupa nak tahu tajuk ape?? AURAT.... Tajuk yang paling simple................tidak sehebat mereka yang berada di sekelilingku......dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan diriku sampaikan kepada mereka, agar mereka memahami....Keesokan harinya, diriku duduk bersendirian di sebuah meja bulat berbumbungkan awan yang hitam....lalu..seorang pelajar perempuan datang menghampiriku dan dihulurkan sekeping surat buatku...Gerangan mana yang tidak bergoncang hati apabila mendapat surat.....diriku jua begitu....setelah sesi supper diriku masuk ke bilik khas untuk fasilitator...kemudian dibaca surat itu berseorangan....Dalam hatiku "Ya Allah daku perlu guide budak nie tapi macam mana jarak diantara kami jauh..."

Pagi menjelang tiba, diriku berjumpa dengannya diwaktu senggang yang ada..ku manfaatkan waktuku itu bersamanya dengan sebaik mungkin....Di sinilah bermula ukhwahku dengan adik tersebut.....Mesti nak tahu kan ape yang dia tulis dalam surat tu??? ok secara ringkas ''akak saya sunguh terkesan dengan tazkirah akak tentang aurat........... saya pengkid dan bla bla bla.... saya perlukan bimbingan dari akak " .... Allahurabbi, banyak2x fasi yang hebat diriku jua dpilihnya hakikatnay HIDAYAH itu bukan ada padaku bahkan ALLAH yang akan menurunkannya.......Sudah bebrapa hari kami berkampung di tempat orang jadi tibalah masanya untuk kami pulang ke tempat asal kami....sewaktu ingin bersalam dengan pelajar2x di situ kemudian adik tersebut menangis tak mahu lepaskan diriku pulang.....namun apa dayaku setakat itu sahajalah amanah kami....

ceritaku belum terhenti lagi..........



kehidupanku kembali normal..mengejar ilmu dunia hatta ilmu akhirat sekalipun..setiap langkah diriku tak jemu2x untuk mengingatinya.....mujurlah ketika itu masing masing sudah mempunyai handphone....dgunakan handphone itu dengan sebaik mungkin...diriku tak pernah jemu2x untuk contact adik tersebut....bertambahlah kemesraan antara kami berdua seperti akak dan adik bagaiakan "isi dengan kuku....".......... diceritakan setiap masalah dan diriku tetap meminjamkan telinga yang dikurniakan Allah untuk membantunya.......

dipendekkan cerita


akhirnya adik yang kusayangi itu detik demi detik diriku mengingatkannya dan sentiasa berhubung sehingga kini ..... dan Alhamdulillah dia semakin hari semakin berubah menjadi lebih baik ...... hidayah itu dari Allah malahan adik tersebut sudah pun menjadi seorang muslimah yang menutupi aurat dan dia kini menjadi seorang yang hebat bukan di FB sahaja bahkan dia seorang photographer muslimah ...... dan diriku tetap menyanyaginya....

jika seorang pengkid mampu kembali ke jalan Allah apatah lagi kita sebagai seorang wanita y membawa identiti as wanita tak mampu untuk berubah seandainya mearsakan diri masih belum sempurna dari segi auratnya dll... jangan ditunggu hidayah itu.... tapi serulah sentiasa hidayah tersebut insyaAllah akan dipermudahkanNya ....

* sudah hampir 4 tahun surat tersebut masih dalam genggaman ku ....... saat rindu kubaca surat tersebut

* adikku kakakmu di sini sentiasa menyayangimu dan akan terus mendoakan kejayaan di MSU shah Alam.....

~ seandainya batin mu tidak menginginkan sesuatu pasti yang zahir apatah lagi ~






akhirnya

* blog di setting ... to anynmous you can leave ur comment .... ^^


alhamdulillah diberikan keizinannya untuk bertandang ke satu tempat kelmarin .... mendengar sedikit pengisian dari mereka yang hebat di persada perjuangan ..... memikirkan kemampuan diri untuk terus istiqamah dengan perjuangan .... Allah pemilik hati dan DIA berhak membolak balikkan hati penulis..... perjuangan yang pastinya dijanjikan balsan syurga .... siapa yang tidak menginginkan ....... apatah lagi si penulis yang namanya berkali kali disebut dalam lembaran al-quran karim ......gementar rasanya saat menyebut nama sendiri di dalam al-quran.......tiap kali sampai pada ayat tersebut hati terus sebak hingga hampir menahan air mata jatuh ke pipi walaupun ada kalanya terjatuh jua akhirnya......Allahurabbi....Alhamdulillah sempat juga penulis menanyakan soalan kepada si ibu yang tabah dalam perjuangan .... jawapan tersebut tak mampu memuaskan hatiku .... tetapi bukan salah si ibu tersebut .... TIDAK SAMA SEKALI !!!! namun seperti ingin face to face dengannya .... ingin berbicara tentang strategi yang perlu dilaksanakan mengikut waqi'e kampungku ..... diriku SOLUTE pada si Ibu .... dialah ibu perjuangan ... MasyaAllah sungguh HEBAT ...... sempat juga penulis mendapatkan beberapa buah buku walaupun sedikit ralat dengan kewangan yang sedia ada ..... dan satu daripadanya baru sebentar tadi sudah dihabiskan .... meninggalkan baki sebanyak tiga buah lagi ........ selamat membaca wahai penulis tinta sundus ...... 

* menghitung hari bilakah boleh balik ke kg komitmen yang harus diutamkan disini ..... drive berseorangan di bulan puasa mencabar ketahanan fizikal .. insyaAllah 10/8 akan drive ke bumi kelantan  sudah hampir 4 bulan xmenjejak kaki di sana ........ rindu bangat !!!






Sunday 29 July 2012

renungan

bagi mereka yang bersedih.......... dengarkan

tidak usah bersedih, kerana qadak sudah tidak boleh lagi diganggu gugat, y telah ditakdirkan pasti terjadi, pena pena telah kering,lembaran telah dilipat, pahala sudah mula dihimpunkan tetapi dosa masih tetap diampunkan....................

Friday 27 July 2012

pegangan kata diriku....

" siapa yang tidak pernah menuduh hawa nafsunya dan tidak menentangnya dalam sgala perkara, juga tidak menariknya ke jalan kebaikan, dia sudah tertipu...sesiapa yang menanggap dirinya sudah baik, bertiii dia sendiri membinasakannya..."

memang susah untuk bermujahdah dengan nafsu tapi yakin la seandainya ianya dilawan pada waktu tersebut hati bisa tenteram walaupun "difitnah" tanpa kesahihan ..............

kadang kala apa yang dilihat tak sama dengan apa yang didengar .....
kadang kala orang yang saling sama  tak 'mengenali'  lebih 'tahu' tentang kita menjadi satu pertanyaan ........

mood : enjoy the silence at Facebook .....

Tuesday 24 July 2012

Khatmil Quran

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih alhamdulilah syukur dipanjatkan kehadratNya kerana masih diberikan kudrat serta dipanjangkan umur untuk bertemu dengan ramadhanMu.... Alhamdulillah hari ini sudahpun masuk hari ke empat berpuasa .... bagaimana perasaan melalui ramdhan kali ini ??? gembira atau sedih atau mungkin ada perasaan dikalangan pembaca sekalian sukar untuk diungkapkan....... 3 hari telahpun berlalu meraikan Ramdhan ... harap harap hari ini Allah masih memanjangkan umur kita semua untuk mengakhiri ramadhan ke-4 ... insyaAllah ...... 

untuk kali ini suka dan ada sedikit perasaan takut seandainya post ini mendatangkan rasa ujub di hati penulis ...nauzubillah.... namun kerana berpegang pada hadis nabi saw "sampaikanlah walau satu ayat" elok rasanya si penulis untuk berkongsi sesuatu yang mana mungkin dikalangan anda semua ltelah mengecapinya pada bulan Ramadhan sebelum ini .... 

seperti yang diketahui umum, bulan Ramadhan bulan yang paling mulia .... MULIA ? bila berbicara tentang istilah mulia memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa kemuliaan sesuatu yang tidak boleh diukur laksana kuantiti....hanya DIA sahaja yang mengetahui...... Bila bertemu dengan Ramdahan maka ramailah pengguna pengguna social network memberi pesanan seraba sedikit berkenaan ramdhan.... itu tidak menjadi masalah kerana yang leka bisa sedar dari kelalain, yang bersemangat akan sentiasa bersemangat .... itulah dakwah yang perlu digunakan berdasarkan waqi' sekarang ini ..... 

kembali pada topik yang asal, penulis ingin berkongsi sedikit tips berkenaan khatmil quran .... sebelum itu kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa melakukan anjakan paradigma sebab itulah muhasabah diri memainkan peranan ... sebelum meneruskan penceritaan penulis memohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada segelintir dikalangan pembaca yang semakin hari semakin meningkat "keribuan" ....... itu tidak penting tetapi isi kandungan yang nak disampaikan ..... 

sebelum memasuki fasa ramdahan seharusnya kita bermuhasabbah diri tiap hari tiap masa dan tiap detik ... jangan jemu untuk bermuhasabah ....... jiwa perlukan makanan yang berzat !!! .....seandainya jasad memerlukan Vitamin C untuk kerahan tenaga begitu jua dengan jiwa rohani ..... 

Apakah matlamat anda yang ingin dikecapi  sewaktu meraikan kedatangan Ramadhan ? pastinya pelbagai matlamat yang ingin ditujui dan semestinya penulis meyakini bahawa anda sekalian igin khatam al-quran .... Susahkan nak khatam al quran dalam waktu ramadhan ? sebenarnya ianya tidak susah yang disangkakan .... semuanya bergantung pada sejauh mana kita berlawan dengan nafsu ...... nafsu memang akan sentiasa mengajak ke arah kejahatan seperti firmannya :

“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 12:53)

bila melihat pada social network terutamanya FB, ada topik berkenaan tips untuk membaca, mengkhatamkan al quran yang dishare kan semuanya betul mengenai tips tersebut ....... akan tetapi hari ini sedikit perkongsian yang ingin penulis share tentang cara untuk khatam al-quran dalam waktu yang terdekat ini ....

Khatam Al-quran yang dimaksudkan ?

apa yang dimaksudkan dengan khatam al-quran ialah menghabiskan seluruh juzuk yang terkandung dalam manuskrip tersebut ... tetapi dari segi perspektif penulis lebih cantik kita mulakan dengan surah al-baqarah hinggalah ke pengakhirnya surah al-ikhlas .... namun depend pada diri masing masing jangan didera diri cukuplah sekadar membuat dengan penuh keihlasan kerana itu yang lebih afdhal ..... namun Cinta kepada Allah itu meluas sekali sekala kita perlukan "korbankan" diri kita untuk mengecapi kecintaan padaNya.....nikmat yang akan dirasai seseorang akan berbeza dan diyakini berbeza ... bagi mereka yang sudah berada pada mana2x surah buat waktu ini (sebelum ramdahan) dan niat untuk mengkhatamkan dengan menyambung surah tersebut teruskan niat anda ... penulis hanya ingin berkongsi shaja ......

seandainya anda bermatlamatkan untuk mengkhatamkan al-quran bermula dari surah yang pertama, seharusnya untuk hari ini anda sudah berada di juzuk 4 ataupun lebih (jika target untuk khatam 2 kali quran).... macam mane ?

  1. satu hari satu juzuk
  2. sebelum dan selepas solat fardhu , after solat sunat cth dhuha , ketika qiyam dan ketika lewat petang time dah nak berbuka lebih kurang setengah jam or 15 minit sebelum berbuka .... lewat malam sebelum tidur .... 
  3. iktikaf di masjid seharian 
Sibuk ?

Sibuk dengan apa?? Semua orang sibuk..... namun kita yang mengurus diri serta masa jadi kita sendiri yang tahu bila kita lapang ... =) ..... 

FB, twitter and seumpanya melalaikan ?

memang ianya melalaikan .... tetapi satu tips untuk penulis berkongsi bagaimana kita nak 'membunuh' kelalaian tersebut sewaktu melayan segala macam social network .... lebih lebih lagi sukar untuk mengisi ruang dengan membaca apatah lagi mentadabur al-quran .........sewaktu kita sedang berONLINE jangan dilupa untuk meletakkan al-quran disekitar meja laptop anda !! kenapa ?? sudah pasti al-quran itu "mengingatkan" diri kita yang dalam kelalaian .... sudah semestinya bila al-quran di sebelah laptop kita paling malassssss pun kita tetap akan menjeling al-quran tersebut ... kalau mals juga tak tahu la nak kata apa ........paling tidak satu helai pun dah OK !!! dan selalulah membawa al-quran dan sentiasa berdamping dengannya ... tak perlulah mengambil "pendamping" selain al-quran (cth : perkaar perkara tahyul ) ... kan lebih elok al-quran sebagai pendamping diri ..... ^^ 

Susahnya nak lawan nafsu ?

memang susah nak lawan nafsu tapi tatkala ianya penuh dengan didikan nafsu itu pasti mengundur diri sedikit demi sedikit ....sama seperti tahajud seandainya ianya menjadi satu kebiasaan dengan diri kita pabila meninggalkan seharian pasti hati berasa "kelainan"....nafsu perlu ditangani dengan keimanan ......iman semestinya naik dan adakala ianya merundum namun didiklah hati kita bermula dari sekarang dan disitulah pernannya muhasabah diri ...... 

macam mana nak khatam al-quran bagi wanita ? 

wanita mungkin berbeza sedikit daripada lelaki ... berbeza ??? wanita diberikan anugerah "uzur syarie" setiap bulan .... berapa hari ? bergantung pada individu tersebut paling lama 15 hari yer..... bg kaum hawa untuk capai matlamat khatam al-quran sepanjang bulan ramadhan mereka perlu berkorban lebih banyak berbanding sebelum diberikan keuzuran .... sebagai pemudah bicara 

contohnya : anda menadapat cuti selama 3,4,5,6,7,8 dll anda perlu berusaha untuk "menqadhakan" bacaan ... bermaksud sekiranya dalam satu hari anda mampu menghabiskan 1 juzuk al-quran jadi darabkanlah jumlah bilangan hari dimana anda mendapat keringanan  dengan juzuk al quran .... senang cerita sekiranya 3 hari dan setiap hari dapat menghabiskan satu juzuk perkiraanya sebanyak 3 juzuk yang anda perlu catch up selepas waktu suci ..... memang susah namun ada nikmat disebaliknya ....

Ehhh kalau baca sahaja tak faham maksud buat apa tak guna juga kan ?

ada juga yang akan mempertikaikan keadaan ini namun ingatlah sabda Nabi saw 

" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"

" Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

" Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"

Seandainya kita mampu bertadabbur al-quran serta menghayati maknanya itu merupakan satu kelebihan dan bonus buat diri sendiri.....yang penting membaca ......

tidak kisahla apa yang anda ingin kecapi sepanjang ramadhan ini asalkan ianya penuh keikhlasan .... bila lagi kita ingin "memberi" cinta kita pada Rabb sekiranya cinta itu dikorbankan pada bulan ramadhan ini ... seandainya anda mampu mengkhatamkan al-quran dalam Ramadhan kali ini ucaplah syukur kerana anda mampu melwan diri dengan fitrah nafsu .... dan jgan dilupai untuk mengakhirkannya dengan doa khatmil quran ..... dan penulis yakin bila hari ke akhir ramdahan anda akan menitiskan air mata ....

jadi belum terlewat mengikut perkiraan penulis untuk anda semua renew your goals and insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan pada perkara yang baik ......... jangan dizalimi diri kerana untuk mengejar sesuatu yang sunat ..... an jangan pula melupakan perkara yang wajib dibuat untuk melaksanakan yang sunat .... sesungguhnya zikir yang paling afdhal ialah dengan membaca al-quran ....... seandainya mampu mengkhatamkan al-quran jangan lupa untuk sedekahkan pulut kuning kepada teman teman heheheh e[gurau sahaja]

Apakah matlamat anda ? 

tepuk dada tanya diri sendiri ... =)


Matlamat penulis ? 

melakukan perkara yang sama seperti puasa yang sebelumnya cuma ______________ insyaAllah ....

sekali lagi ingin ditegaskan bukan untuk riak sebelum dipostkan entri ini berfikir dua tiga kali dan beristigfar dengan hati ..... dan mungkin disebabkan tiada follower yang ramai penulis "berani" untuk berkongsi dengan diri  dan penulis pasti anda diluar sana lagi HEBAT !!!! 

SALAM RAMADHAN ...... moga moga kita semua bertemu dengan lailatul qadar ..... 

"YA ALLAH JADIKANLAH DIRIKU INI DARI SIFAT RASA UJUB, RIAK DAN TAKABBUR DAN BANTULAH KAMI UNTUK MELAWAN NAFSU NAFSU MAZMUMAH DAN PENUHILAH HATI KAMI INI DENGAN NAFSU NAFSU MAHMUDAH .... TERIMALAH AMALAN KAMI SEPANJANG BULAN INI .... AMIN YA RABBAL 'ALAMAIN...."

apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri


  

Sunday 22 July 2012

bukan salah mereka

hari ini bermulanya episod Ramadhan.... Ahlan Wasahlan Ramadhan ..... Ahlan wasahlan ya ramadhan .... menyambut ramadhan kali ini tanpa suara suara manja ahli keluarga bukan satu perkara yang menjengkelkan buat diriku namun entah kenapa ramadhan kali ini terasa kekok untuk meraikannya apatah lagi jauh di pandangan mata keluarga .... mungkin atas faktor diriku yang sudah lama tidak balik ke kampung menyebabkan sedikit terganggu perasaan ..... berada di rumah sewa ini juga bertemankan suasana sepi ... rata rata dari mereka pulang ke kg halaman demi meraikan puasa pertama bersama tersayang ...... setiap kali panggilan diterima setiap kali itulah soalan yang sama diajukan ......... Walau apa jua sekalipun keadaan Ramadhan tetap kuraih dengan penuh rasa kehambaan....


berbicara tentang ramdhan sudah pasti terlalu banyak status status di ruangan maya terutamanya FB memberi kata kata nasihat, cara untuk mendapatkan Ramadhan yang sempurna, kesalahan dalam berpuasa ... bukan diriku tidak menyetujui malah ianya amatlah di alu alukan .... sewaktu senja tadi sempat diriku keluar sebentar ke kedai untuk membeli sedikit lauk pauk untuk dijadikan juadah berbuka puasa berseorangan [ad hoc] .... tiba tiba terasa ingin makan kari udang dan beberapa ulam mentah .... jadi inilah hasilnya ....




bukan juadah yang ingin dijadikan topik cerita kali ini bahkan sesuatu perkara yang mana anda mungkin terfikir ataupun tidak pernah terfikir ...... sudah lama diriku tertanya tanya "kenapa begitu ? " adakah disebabkan oleh adat menyebabkan tertutupnya perkiraan ibadat yang sebenar ? 

Para pembaca sekalian .......

cuba kita lihat suasana masjid antara bulan Ramadhan dan bulan selain Ramadhan ..... pasti dan ternyata  lebih ramai makmum yang mengimarahkan masjid masjid ataupun surau sewaktu di bulan ramadhan berbanding bulan biasa .... wajah yang tak pernah kulihat sebelum ini di masjid rupanya baru kusedar dari "lamunan" rupa rupanya ramai penduduk di taman ini hakikatnya ...... dari kecil hinggalah yang besar , dari yang muda hingga yang tua .. wajah wajah yang jarang dilihat semakin jelas kulihat .... namun tidak pula diriku su'udhon dengan mereka itu hak mereka kerana kewajipan yang disyariatkan Allah swt bukan terletak pada Masjid tersebut namun kewajipannya terletak pada 5 waktu solat ^^ ...

Apa yang sebenarnya ingin penulis sampaikan ? Sabar dulu yer ..... tentang Ramadhan memang tak dinafikan kelebihan yang terdapat pada bulan ini .... namun lebih elok jika kita sebagai 'Abdullah (hamba Allah) .... melakukan satu anjakan paradigma semasa di bulan Mulia ini ...... Anjakan paradigma ??? bagi pendapat sang penulis sesuatu amalan di bulan puasa kita boleh compare kan amalan kita pada puasa yang lepas dan puasa kali imi ... sebagai contohnya puasa yang lepas kita mampu memulakan surah al-baqarah sehingga surah an-nas diikuti doa khatimul quran apa kata kali ini letakkan target kita sebagai hamba Allah untuk menggapai khatimul quran sebanyak 2 kali atau lebih .... Anda mampu ? sudah pasti dan ku meyakini bahawa anda MAMPU bukankan mujahadah nafsi itu suatu yang dituntut apatah lagi nafsu2x mazmumah yang memakan diri ....... tak kisah amalan apa sekalipun yang anda lakukan asalkan IKHLAS kerana Allah swt ... pasti dijanjikan pahala olehNya ..... diriku juga mempunyai matlamat untuk dicapai kali ini ... yang pasti hanya Allah sahaja yang layak MENGETAHUINYA .... ^^

Aneka juadah sudah pastinya tidak dapat dipisahkan dengan kedatangan ramadhan tapi penulis tak nak sentuh tentang alah ni sebab masing masing boleh fikir dan make some action ..... =)

isu utama yang hendak dibicarakan ialah isu KANAK KANAK ... sebenarnya isu inilah merupakan tunjang entri kali ini ..... kenapa kanak kanak ?? sebab penulis ni suka sangat dengan kanak kanak dan ila pergi ke masjid suka melihat kanak kanak yang memakai jubah , baju tidur pokemon , batman superman and semuanya lah ... pakaian bukan isunya tapi melihat keadaannya ..... dah lama terfikir kenapa tiap kali solat tak kira di mana mana masjid atau surau saff di hadapan untuk golongan muda dan tua dan saff dibelakang adalah untuk golongan kanak kanak .... cuba mencari hadis yang sahih  berkenaan kedudukan saff ni yang melarang kanak2x berada di saff hadapan tapi belum jumpa ..... kalau ada yang jumpa bolehla share yer =)   

isunya adalah jangan merasa pelik seandainya kanak kanak kini tidak "mengenali" masjid / surau ..... dek kerana bila mereka bermain dimarahi .... bila mereka bising yang tua mula membesarkan mata .... walhal mereka adalah kanak kanak and itu perkara normal bg mereka yang belum mencapai balighnya ...... betul mereka perlu 'dikawal' namun bukan dimarahi tetapi dinasihati !!! nasihat yang macam mane ??? nasihat yang boleh "MATCH" dengan perwatakan keanak anakan mereka .... disebabkan sikap2x sebegini lah menjadikan kanak kanak takut untuk ke masjid ..... kemudian mulalah kita merasa kepelikan bilamana kanak kanak tersebut tidak mengenali masjid tatkala sedang membesar ....cuba kita back to sirah


Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn ‘Abbas: Rasulullah bangun bersolat malam. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis Anas: “…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari). Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.


APA KATA SYEIKH NASIR ??


Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani: “Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah).


Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal......lantas jangan salahkan mereka anadai mereka tidak mengenali masjid ..... **


akhir kalam .... kepada bakal bakal suami,isteri,ayah, ibu dll ajarilah anakmu berada saff disebelahmu lebih baik di masjid mahupun surau  ..... ^^ .... hopefully masjid masjid yang ada di malaysia ini jadilah masjid yang mesra dengan 'pelanggannya' ....


ADAKAH AKAN BERSAMBUNG ??? WALLAHUALAM .....[ macam tak jerrrrr ... hihihi ] ... ape ape pun selamat menjalani ibadah RAMADHAN ..... minta maaf semua  

Saturday 21 July 2012

" bukan salah mereka " (sempena bulan puasa) ...........

entri yang akan dipublish di sini sebentar sahaja lagi ............

mood 1 : mengkaji tentang mazhab ----------- > menulis -------------- > mendocumentkannya -----------> then ???? nantikan ajer laaaaa .......

mood 2 : meratib RINDU pada keluarga .... alone  di rumah ini .... seronok mereka semua yang pulang .... bilakah boleh pulang ....... 1,2,3,4 counted !!!!


Friday 20 July 2012

MASAK DEKAT DIHATIKU

HARI INI HARI UNTUK BERCERITA SESAJE..... CORAT CORET ..........

seronok bila berbicara tentang masakan...dengan masakan sahaja memadai bagi saya untuk rasa "kenyang".... xperlu makan pun xpe lebih lebih lagi bila disediakan untuk yang tersayang...family, kawan kawan, sahabat sahabat semualah ...... bercerita tentang masakan memang unik lain orang lain caranya lain tips nyer ... masak memang menjadi favourite si penulis apatah lagi bila disebut tentang bake (buat kuih, kek,biskut dll) memang menjadi "kegilaan" penulis...pantang ada duit lebih sikit mesti beli barang barang mentah untuk dijadikan dessert, muffin ataupun kek....


Sejarah memasak ? Yang pastinya sejarah memasak dek kerana sebiji kek coklat semasa form 5.... panjang ceritanya .... secara konklusinya memasak, bake dll perkara yg melibatkan di dapur pastinya kesukaan si penulis ..... Ada yang bertanya : belajar dari mana start memasak ? jawapannya : xpernah belajar even dengan emak sendiri sekalipun praktikalnyer..... try and error and pakai CAMPAK campak aje...tetapi setakat ni sumenye menjadilah alhamdulillah.... cuma kalau ada makanan baru yang nak dibuat contohnya pada waktu tu makan kat kedai and order mkanan lain dari yang lain ... masa makan tu lah si penulis akan "berteka teki" dengan diri sendiri ...apakah bahan2x yg terdapat dalam masakan then bila balik ada time free + terlebih rajin sikit try la buat masakan sama mcm kat kedai tuh ..... =) ..... setakat dari sekolah men hingga sekarang lebih dari 5 jenis kek dah pernah buat tu pun ada yang tempah untuk dijadikan kek hari jadi .... biskut ? tiap kali raya tak lekang tangan si penulis untuk buat biskut lebih dari 7 jenis ... ada yang tengok resepi ada yang menCREATE kan resepi and macam2x lah semuanya tangn si penulis seorang sahaja yang buat ....biasalha bila dlm family tak ada kakak mhupun adik perempuan....Tangan ni la yang akan 'dikasarkan'...........Tahun lepas konon2x la nak jual biskut raya sebab ada yang request punyala excited jadi pergi la ke bandar tanah merah membeli bekas bekas untuk diisikan biskut ... memang dah banyak dah buat biskut namun di pengakhirandalam hati "tak payah jual la......kesian pulak nenek n saudara mara 6t nak hidang dengan ape....." .... jadi dalam 12 bekas biskut tu memang tak mampu untuk dijualkan....tak dan tangan ......
MEE KARI YANG DIBUAT [AMANAH ]UNTUK SATU JAMUAN .......
MASAKAN ALA JAWA NAMANYA
KENA DIRAHSIAKN SEBAB AGAK PELIK

RENDANG AYAM

GULAI LABU ..... LABU YANG HABIS DIGANTI DENGAN
TELUR .....
PULUT KUNING


[GAMBAR SESAJA DIAMBIL BEBERAPA HARI/MINGGU YANG LEPAS]



ada suatu ketika dulu si penulis ni nak apply belajar dalam bidang kulinari dan seangkatan waktu dengannya tapi hemmm xperlu la kot masak memasak memang perkara yang boleh dibuat semua golongan cuma satu kelebihan je bila berada dalam kos tu VARIASI jenis makanan ..... ape2x baik LELAKI mahupun WANITA kena tahu memasak ..... 

lama x balik umah after bulan 4 aritu jer ... kalau balik ada je permintaan dari sape2x untuk wat ape2x juadah .... insyaAllah akan berusaha untuk balik jugak sekejap pun jadilah ..... duduk di rumah sewa pun ada je rasa nak wat dessert kadang2x sempat tu boleh la wat tapi tak sempat memang tak wat lah .. yang pastinya memasak di rumah sewa ni menjadi kewajipan...hari ini menunya sup ayam......okey la setakat ini coret coret si penulis tinta sundus ... bukan luahan rasa tetapi sesaje je nak lari dari topik......insyaAllah akan dihabiskan secara ringkas fikrah perjuangan ....... boleh cayer ke dapat habiskan tulis ??? hemmmmm @^@






Friday 13 July 2012

SAMBUNGAN FIKRAH PERJUANGAN

salam sayyidul ayyam ..........

[7.38am]

TERHASIL MEE KARI UNTUK 30 ORANG MAKAN 
ingatkan semalam boleh la terus menyambung serba sedikit nota namun setelah kepenatan bertungkus lumus menyediakan mee kari [amanah] untuk satu JAMUAN....akhirnya xdpat nk sambung sejurus kemudian pula keluar rumah memenuhi satu jemputan....namun kepuasan dalam memasak pasti ada... sedap tak sedap wallahu'alam...asalkan IKHLAS  ^^...tapi itu bukan faktornya untuk terus bernoktah di sini sahaja ... masa masih panjang lagi ...... lets jump to the topik ...

SAMBUNGAN .........

3) TAQWA

dimulakan dengan surah al hujurat 13
- ustaz menerangkan serba sedikit berkenaan asal kejadian manusia
-di mana hasil pembiakan itulah yang mewujudkan berbagai bagai qabilah
-tujuannya ialah untuk manusia saling kenal mengenali....nasab keturunan itu bukan untuk DIBANGGAKAN
-
DEFINASI TAQWA


"taqwa iaitu mnjaga diri daripada melakukan maksiat, dan meninggalkan apa yang dilarang, menjadi sempurna dengan meninggalkan sebagian yang dihalalkan" (Ar-raghib Al-Ashfahani)

Imam An-Nawawi pula mendefinasikan taqwa dengan "Mentaati perintah dan laranganNya..."
-Maka, org yang melihat sesuatu yang diharamkan Allah swt dengan kedua matanya, atau mendengar sesuatu yang dimurkai Allah swt dengan kedua telinganya, atau mengambil sesuatu yang tidak diredhai Allah swt dengan kedua tangannya, atau berjalan ketempat yang dikutuk Allah swt, ini bermakna orang itu tidak menjaga dirinya daripada dosa...
-Maka orang yang tidak melaksanakan perintah Allah swt serta melakukan laranganNya bukanlah termasuk daripada kalangan orang orang yang BERTAQWA (muhasabah diriiiiii ......)

UKURAN INSAN TERMULIA


-untuk menentukan siapa y terbaik adlh bpandukan neraca dan suluhan syara'.
-TAQWA adalah ukuran kemuliaan seseorang insan

- Hadis Nabi Daripada Durrah binti Abi Lahab beliau berkata : Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw, ketika Nabi sedang berada di atas mimbar, seraya terus berkata : "Ya Rasulullah saw, siapakah manusia yang paling baik ? jawab Rasulullah saw , Manusia y paling baik ialah siapa yang paling mengetahui terhadap kitabullah, paling bertaqwa kepada Allah swt, yang paling banyak menjalankan kerja amar maaruf dan nahi mungkar, dan paling banyak menghubungkan tali silaturrahim.."

- taqwa itulah menjadi ukuran kemuliaan seseorang

TUNTUTAN TAQWA

-tuntutan agar mati sebagai seorang Islam
-kita wajar mendambakan diri u mati di dallam perjuangan Islam
-Firman Allah swt dalam surah Ali-Imran ayat 120
-dapat disimpulkan bahawa sesorang muslim mesti BERKOMITMEN dengan tiga KOMITMEN 
  1. BERIMAN
  2. ITTAQULLAH
  3. TAMUUTUN FIL ISLAM
TAQWA ADALAH JALAN KELUAR SEMUA PERMASALAHAN

-ketaqwaan sesuatu yang amat PENTING bagi amilin
-justeru sering menghadapi mehnah, ujian dan kesukaran dalam bhadapan musuh musuh Islam 
-Firman Allah swt Surah At-Talaq (2-3)
-Dalam ayat tersebut Allah swt menjelaskan bahawa orang y mempunyai sifat taqwa akan dibalasNya dua perkara 
  1. allah swt akan mengadakan jalan keluar baginya
  2. allah swt akan mengurniakan rezekiNya daripada sumber yang tidak disangka sangka
KEMENANGAN ISLAM DI TANGAN GENERASI YANG TERBAIK

-Islam akan menang di tangan generasi yang terbaik
-taqwa adalah tunjang kepada syarat ke arah kemenangan yang diimpikan
-Generasi yang terbaik adalah generasi yang mempraktikan taqwa dalam kehidupan seharian, keluarga , organisasi dan perjuangan ....
-Firman Allah swt Surah Al-Maidah ayat 35

praktikal taqwa itu penting dalam kehidupan.. Memang tidak dinafikan agak sukar untuk mencapai tahapa ketaqwaan sesungguhnya taqwa itu tidaklah sama dengan seorang yang beriman...seorang yang beriman sekalipun belum tentu dapat mencapai tahap ketaqwaan namun seorang yang BERTAQWA sudah pasti dia seorang yang BERIMAN sungguh beruntungnya bagi mereka yang menggapai tahap ketaqawaan.. Sementara usia dilanjutkan masih belum terlewat untuk diri kita termasuk penulis untuk mengejar rasa ketaqwaan itu.... USAHA yang penting .....

*SETAKAT INI DULU PERKONGSIAN .... AFTER NI INSYAALLAH AKAN DISAMBUNG DI ENTRI YANG LAIN KEMUDIAN AKAN DIKOMBINEKAN MENJADI SATU ENTRI LENGKAP........DOA DOAKANLAH YER ...PENULIS NAK " MENGGALI " BUKU YANG SUSAH UNTUK PENULIS NAK FAHAM .... 




Wednesday 11 July 2012

Fikrah Perjuangan

insyaAllah sekiranya tiada aral melintang.. hari ini kita sama sama berkongsi ilmu berkenaan Bingkisan fikrah perjuangan .... sepertimana yang telah diwar warkan sebelum ini....moga2x apa yang hendak disampaikan menjadi 'batu peringatan' terutama buat diri yang menulis ... semoga apa yang dibedahkan ini menjadi titik tolak dalam menyambung nadi perjuangan......

nak tengok kulit bukunya pergi ke ENTRI SEBELUMNYA [di bawah sekali] .......

[10: 35pm]

insyaAllah diberi kelapangan untuk menulis ..... BICARA FIKRAH PERJUANGAN ...... penulis tulis dalam bentuk point jerrrr ...

di dalam buku ini, ianya menghimpunkan sbnyak 8 tjuk iaitu :


  • muhasabah perjuangan
  • ukhwah islamiah
  • taqwa
  • keimanan dan ketaatan
  • jihad
  • hidayah
  • kemengangan Islam
  • islam, toleransi, dan keadilan

BAB PERTAMA : Muhasabah Perjuangan

dimulakan dengan muqadimah surah at taubah ayat 38-39 ...

PERASAAN PERLU KEPADA ALLAH

- perlu memahami dan menghayati 
- TAK NAK berjuang ? Allah akan memilih orang lain
-  justeru haruslah meletakkan pergantungan kita pada Allah swt dengan sepenuh hati dan perasaan agar kita DIPILIH olehNya dalam perjauangan .....
- Kita perlu BERIMAN bhwa kita tidak dapat pastikan usia kita akan kekal lama sprti yang kita harapkan.

AWASI PERMASALAHAN FUTUR

- perjuangan memerlukan komitmen kita dengan GERAK KERJA
- pada zaman ini MARHALAH memerlukan pemimpin jemaah y mempunyai sifat jihad y berterusan
- seorang muslim y sudah merasai kemanisan iman dan memahami hakikat ISLAM tetapi sanggup lari daripada medan amal y memenangkn ISLAM .....
- Seseorang FIKRAH yang jelas mengenai ISLAM akan sentiasa berusaha mncari ruang n kesempatan untuk menyuburkan iman dan semangatnya bg menyemarakkan kerja di dalam perjuangan
- seseorang y mengidap penyakit futur, akan merasa JEMU dan TIDAK bersemangat untuk menghadiri program program gerakan ....
- Sekiranya Allah ingin mnyelamtkan sesorang y berada dalam keadaan futur dia akan diberi peringatan oleh para SAHABAT SEPERJUANGANNYA ...

PERMASALAHAN KELESUAN HARI INI

- Antara sifat2x mazmumah seprti mudah berputus asa, lemah, dan tidak bersemangat wujud dalam ahli gerakan ia akan mnyebabkan berlakunya masalah keciciran dalam organisasi.....
- KECICIRAN ?? melemahkan gerakan ISLAM bahkan wujud di kalangan mereka y terus meninggalkan kerja kerja PERJUANGAN ...
-sifat sifat mazmumah y wujud adalah berpunca drp MASALAH GERAKAN dan INDIVIDU itu sendiri ...

pertama : berpunca dari gerakan
  1. lemah pada sudut tarbiah
  2. pimpinan tidak memposisikan ahlinya pada kemahirannya
  3. tidak membuat pemantauan selanjutnya terhadap gerak kerja ahli jamaah
kedua :  berpunca daripada diri individu

  1. ahli yang tak berdisiplin
  2. sumber makanan dan mata pencarian
  3. sambil lewa terhadap gerak kerja
moga ianya menjadi pengajaran kepada semua hali jamaah untuk mneuju ke gerbang kejayaan. 


BAB KEDUA : Ukhwah Islamiyah

dalam bab ini ustaz memulakan dengan surah al hujurat ayat 12

- ukhwah adalah NIKMAT yang paling berharga yang dikurniakanNya kepada orang orang beriman di dalam saf perjuangan.
- ianya tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit dan harta benda dunia 
- Ukhwah diciptakanNya oleh Allah swt di dalam hati orang2x yng beriman
- surah al-anfal ayat 63
- berpandukan surah seterusnya iaitu surah al hujurat ayat 10 : Ukhwah hanya terbina di atas dasar iman atau tauhid bukan di atas ikatan ikatan y elain daripada itu. Justeru hanya Allah swt yg dapat menyatukan hati2x dalam kalangan manusia dan hati hati manusia itu akan bersatu di atas landasan TAUHID ....
- jiwa ukhwah kosong daripada keimanan maka yang akan menjadi ikatannya adalah kepentingan peribadi atau kelompok, parti dan sebagainya....yang jelas samaada cepat atau lambat ia akan menghancurkan NILAI UKHWAH itu sendiri ....
- persahabatan yang tidak terikat dengan dengan AKAR TAQWA sudah tentu akan menghasilkan permusuhan dan KEBENCIAN seperti sirah yang mana persainagn harta rampasan (ghanimah) dan mengejar kepentingan dan keuntungan....
-Ukhwah adalah kekuatan yang bersumber daripada keimanan atau aqidah, yang melahirkan perasaan SPRITUAL berupa KASIH SAYANG, KECINTAAN,KEMULIAAN dll.....
- Maka ukhwah islamiyah adalah sifat yang bersatu dengan IMAN dan TAQWA....

SANGKAAN BURUK MENAFIKAN UKHWAH

-sangkaan buruk terhadap sahabat dalam bermasyarakat dan berjemaah adalah dilarang oleh agama
-sangkaan buruk yang ditegah dalam Islam ialah pada perkara yang tidak ada tanda tanda dan bukti yang jelas sesuatu perkara itu dilakukan oleh seseorang... Hukumnya jelas Haram dan wajib dijauhkan.....

WAJIB MENJAGA MARUAH

-dalam kehidupan bermasyarakat dan berjemaah, mencari kesalahan orang lain adalah ditegah dalam ISLAM 
-setiap muslim wajib menjaga MARUAH dirinya

SYARAT SYARAT PEMBINAAN UKHWAH

  1. ikhlas
  2. berpaksikan kepada konsep ketaatan (wala' dan al baro'), yang berdasarkan al-quran dan sunnah
  3. tegak berasas nasihat kerana Allah swt
  4. komitmen (iltizam) dengan metod (manhaj) pemahaman yang benar
REALITI DALAM PERJUANGAN

-permasalahan kewangan dan kesempitan hidup yang dihadapi oleh sahabat seperjuangan wajar diberi perhatian.
-TAKAFUL antara perkara yang dititkberatkan di dalamnya ialah permasalahan kewangan sahabat
- Hak harta di dalam kategori ini tebahagi kepada tiga peringkat iaitu :
  • paling rendah 
    • kita memenuhi hajat dan keperluan sahabat seperjuangan dengan menggunakan peruntukan yang lebih daripada peruntukan untuk diri kita sendiri
  • harta kita dibahagi dengan sahabat
  • paling tinggi
    • mengutamakan sahabat kita melebihi diri kita sendiri
semoga perjuangan islam y sedang kita gerakkan pada hari ini akan tetap bersemarak dan di dalam era mempertahankan kemenangan... INSYAALLAH

okeylah setakat ni dulu sharing untuk bingkisan fikrah perjuangan penulis ingin melangkah ke alam pembacaan...insyaAllah esok akan bersambung ....

SEORANG SAHABAT PERLU SUPPORT SAHABAT ...... 






Monday 9 July 2012

fikrah perjuangan

Buku nie baru masih segar lagi ditangan pemiliknya insyaAllah bagi mereka yang tak dapat untuk membacanya atau membelinya boleh la jenguk2x di entri ini..insyaAllah akan di kongsi dalam masa terdekat ini .... hanya 96 pages sahaja..... sehari pun dah boleh habis baca .... =) .........

ILMU ITU HAK ALLAH DAN AKAN DIKEMBALIKAN JUA PADANYA ......

forever alone


FOREVER ALONE

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana pada hari ini masih lagi diberi kesempatan bernafas olehNya. Pada hari ini juga kita masih diberi segala nikmat yang tidak terhingga olehNya. Masih banyak draft entri yang tersimpan yang belum dilengkapkan isinya InsyaAllah sedikit demi sedikit akan dilengkapkan isinya . Moga moga Allah masih memberi ruang serta kesempatan untuk menggerakkan jari ini untuk terus "mengayat" ... 
Pembaca yang dirahmatiNya sekalian...
Dunia adalah tempat singgahan. Diumpamakan kita sebagai seorang musafir yang berteduh di bawah rimbunan pepohon.Di dunia inilah juga akan menentukan samada kaki melangkah ke syurga atau ke neraka. Dunia itu indah !!! memang betul dunia ini serba indah.Namun jangan dek kerana hidangan dunia ini yang terlalu indah sehingga melalikan hati kita. Di dunia inilah merupakan satu titik permulaan buat kita sebelum kita melangkah ke alam yang sungguh berbeza.
Dalam surah al hadid ayat 20 Allah swt telah berfirman :
" Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. " (al hadid ayat 20)
Benar !!! kehidupan dunia ini hanyalah suatu permainan dan senda gurauan. Semua yang kita lalui tidak lain tidak bukan hanyalah satu ujian yang wajib kita sebagai hamba Allah swt tempuhi . Bilamana berbicara tentang dunia kita semua akan rasa seronok untuk menceritakan tentang perkara perkara yang sudah dilakukan di atas dunia . Namun hakikatnya apabila hendak dibicarakan tentang akhirat hanya segelintir manusia sahaja yang mampu untuk mendengarnya . Adakah telinga kita ini telah disihir oleh perhiasan duniawi semata mata ?
Bagi mereka yang tegar dengan sikap keangkuhannya pasti dunia sentiasa berada di hatinya akan tetapi bagi mereka yang sentiasa mencuri kasih sayang Allah, yang sentiasa memohon keredhaan Allah sudah tentu mereka akan berusaha ke arah mendapatkannya .
Pembaca yang dirahmati Allah swt.......
Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenagan yang menipu. Suatu saat nanti pasti kita akan kembali ke tempat yang sama . Tatkala itu bukanlah harta menimbun yang dibawa namun ketika itu hanyalah amalan yang akan diperhitungkan oleh Allah swt . Adakah amalan yang kita lakukan di dunia ini sudah memadai untuk dibawa ke alam barzakh seterusnya ?
"Amalan aku masih tidak mencukupi" .... kadang kadang kita sentiasa bermonolog sendirian. Kata kata itu jua menjadi igauan buat mereka yang sentiasa mencari serta mengharapkan Redha Allah swt. Namun kita sebagai hamba Allah yang lemah perlu memperbahurui diri sepanjang kehidupan. Kerana segala amalan yang dilakukan di dunia inilah yang menjadi mata saksi kepada kita sejurus melangkah ke alam akhirat.
"Arghhh!!! Bila lagi nak berseronok kalau bukan sekarang" . Ada segolongan masyarakat kini yang sentiasa menyembah nafsu mazmumah akan tetapi mereka lupa  hakikat tujuan kehidupan di muka bumi ini. Allah swt telah berfirman : 
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” 
( Adz –Dzariyat: 56 )    

Allah swt menciptakan jin dan manusia hanyalah untuk beribadah kepada Allah swt . Sekecil kecil amalan sekalipun jika dilkukan kerana Allah swt juga dikira beribadah.
Pembaca yang disayangi sekalian.....
Betul katamu "kuburmu, kuburmu dan kuburku, kuburku"... Andai diri kita menelusuri kehidupan di alam barzakh pasti tak tercapai oleh akal akan seksaanya. Seandainya Tuhan itu menayangkan seksaan di alam barzakh sebelum ajal menjemput kita sudah pasti kita akan sentiasa memupuk sifat sifat mahmudah dalam diri.
Di dunia ini,tidak perlulah kita mendabik dada seandainya diri kita seorang jutawan, tidak perlu sombong jika kitalah hartawan apatah lagi terus menerus mengejar keseronokan dunia kerana di pengakhiran waktu sudah pasti kita akan bersendirian. Tiada kawan, duit, dan keseronokan menemani kita.  Ketika inilah kita akan bersendirian berbumbungkan tanah yang merah, bertilamkan papan yang yang usang.Di waktu inilah kedatangan para hakim singgah sebagai tetamu. Hakim yang akan menyoal serba satu soalan. Pada ketika ini jugalah tiada talian hayat yang bisa disambung untuk menolong kita lagi tidak lain tidak bukan hanyalah tiga perkara seperti mana yang disabdakan oleh junjungan Baginda saw :

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(hadis sahih riwayat Ahmad)
Pembaca yang sentiasa dalam peliharaanNya.....
Sudah sampai masanya untuk kita sebagai insan yang serba kekurangan ini melakukan anjakan paradigma sebagai persediaan ketika mana ajal datang bertandang. Memang benar untuk melakukan perubahan teramat sukar namun ingatlah selagi mana kita niat untuk melakukan kebaikan pasti Allah swt akan membuka laluan lauan buat hambaNya yang sentiasa berusaha. Bukankah melakukan kebaikan itu merupakan satu kemanisan bila diamalkan namun menjadi satu kerugian jika dorongan nafsu sentiasa  mengajak melakukan kejahatan kerana sudah pasti tiada ketenangan jiwa dirasai. Pujuklah seluruh anggota tubuh badan kita untuk terus menurus melakukan amal kebajikan yang pastinya amal inilah yang akan menghadiakan kita syurga sebagai ganti kepada amalan amalan yang telah dikerjakan.
Yang hidup pastinya akan mati . Seperti mana firman Allah :
Firman Allah SWT, "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu. siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
(Surah Al Mulk 67 : 2)
 Namun kita sebagai seorang hamba yang kerdil sudah pasti menginginkan sebuah kematian yang dinamakan sebagai husnul khatimah. Tidak ada hambaNya yang ingin mati dalam su’ul khatimah atau dalam keadaan tidak beriman serta diazab di dalam kubur oleh malaikat Munkar dan Nakir.

Hadis Abi Said mengatakan, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga."

lubang neraka atau syurga
Hargailah tiap detik nyawa yang diberikan pinjaman oleh Allah swt dengan sebaik baiknya. Jika kita sudah tersasar di jalan keimanan maka belum terlambat untuk kita kembali ke jalan keimanan serta ketaqwaan. Marilah kita sama sama berdoa agar kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.



"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seorang Rasul yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matilah kami bersama orang-orang yang berbakti."
(Surah Ali 'Imran 3:193)
"Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-RasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari Kiamat kelak, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
( Surah Ali 'Imran 3: 194 )