Wednesday 31 July 2013

AKUKAH LELAKI DAYUS ITU ?

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

assalamualaikum , teman-teman yang saya kasihi sekalian ? moga sihat hendaknya ..............

DAYUS ? hemmmm .... apakah yang dimaksudkan dayus yang sebenarnya ? ...

"jangan jadi lelaki dayus laaaa ..... come on bro ......"
"jahanam !!! kau lelaki dayus....tak guna ...."

ungkapan itu lah kadang kala kita mendengar di siaran media mahupun secara live dalam kehidupan .... acap kali perkataan ini digunakan bagi menunjukkan bahawa kaum lelaki ini , kaum yang dayus seandainya diri mereka sendiri lembik, dayus jika mereka tunduk ke bumi mentaati segala arahan wanita dan bermacam-macam lagi ... sedangkan hakikat yang sebenar istilah dayus itu tidaklah seperti yang segelintir masyarakat maksudkan bahkan lebih dari itu ... ya sememangnya lebih dan yang pastinya ia merangkumi kehidupan hamba sebagai seorang muslim ..... 

Wahai para suami , jangan kamu dayus ....... wahai para isteri dan anak-2 perempuan , jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori dayus yang tiada ruang untuk ke syurga Allah swt .....

sabda Baginda saw : "tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (tidak akan bantu) mereka di hari kiamat : Si penderhaka ibu bapa , si perempuan menyerupai lelaki dan si lelaki dayus" [Riwayat Ahmad dan Nasa'i]

jadi.... siapakah lelaki yang termasuk dalam golongan dayus ini ?

pernah diriwayatkan dalam sebuah hadis, para sahabat pernah bertanya Baginda saw mengenai siapakah dayus, lalu jawab Baginda , "iaitu seorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)."

para ulama juga telah menafsirkan berkenaan dengan dayus ini , di antaranya telah disebut oleh Imam Al-'Aini bahawa dayus bahawa dayus itu iatu cemburu lawannya dayus ....

secara ringkasnya saya menyatakan beberapa point berkenaan "Bila lelaki menjadi Dayus?" ..... mari kita lihat bagaimanan seorang lelaki itu boleh terjerumus ke lembah dayus ....

  • Membiarkan aurat & tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain
  • Membiarkan anak perepuan berdating dengan tunang atau teman lelakinya tanpa ditemani mahramnya
  • Menyuruh & berbangga dengan isteri dan anak perempuannya memakai pakaian seksi di luar rumah
  • Membiarkan anak perempuannya menyertai rancangan realiti di televisyen seperti rancangan realiti dan sebagainya sehingga mempamerkan kecantikan dan aurat kepada jutaan manusia bukan mahram
  • Membiarkan isteri dan anak perempuannya berlakon dengan berpegang tangan dan berpelukan, kononnya atas dasr seni dan sporting
  • Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  • Membiarkan aurat isteri dan anak perempuannya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motosikal atau apa-apa juga kenderaan
  • Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejababt tanpa perasaan cemburu.
  • Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Allah............ terlalu banyak lagi jika mahu dihuraikan ..... kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki yang membenarkan isteri dan anaknya melakukan maksiat... Adapun jika ia berlaku tanpa pengetahuan atau keizinannya, suami itu tidak sabit dayus atas dirinya.

Awas lelaki beriman ! jangan kita tergolong dalam golongan dayus ini !!!


Wahai para isteri dan anak perempuan , please...please...please.....jika kalian sayangkansuami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori dayus ini atas kesilapan anda sendiri ...... sayangilah dirimu dan juga keluargamu...........

Nabi Saw Bersabda : "Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid " [Riwayat Ahmad]


p/s : walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas tetapi ia cukup untuk memnunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama' dalam hal kedayusan ini....

jadi dengan umur yang ada, masa yang ada , jangan biarkan ia terurus dengan cara pembaziran ... ambillah kesempatan waktu yang ada ini untuk kita turut sama sama menambah segala kebaikan dalam diri samaada fizikal mahupun rohani ..... kekuatan rohani akan memberikan kekuatan kepada jiwa ...... cukuplah  dengan dosa yang sudah dikumpulkan .... ayuh kita sama-2 raikan segala kebaikan yang perlu ada dalam setiap diri kita ... memang susah untuk melakukannya namun saya dapat memastikan bahawa apabila anda terutama golongan Hawa sudah cuba memikirkan , ingin merubah .. insyaAllah ada manisnya yang akan Allah sematkan dalam diri ....

selamat mengejar lailatul qadar .. semoga kita diberi keampunaan olehNya .... dan kepada yang nak balik kg untuk pulang ke halam ayah dan bonda berhati-hati di jalan raya ... selamat berpuasa dan juga selamat berhari raya .. ampun maaf dipinta ..... 



Tuesday 30 July 2013

TETAMU istimewa

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah ... alhamdulillah .... alhamdulillah .... syukur ke hadratMu ya Allah kedatangan tetamuMu kali ini begitu memberikan makna dalam kehidupan yang saya jalani kini ..... tetamu yang hanya setahun sekali sahaja bertandang memberikan impak yang positif kepada diri saya ini .... syukur ya Allah yang Maha mendengar rintihan hambaMu ini .... hambaMu yang lemah ini ...... hambaMu yang penuh dengan ketidaksempurnaan baik di pandangan manusia apatah lagi dipandanganMu sebagai Rabbku yang telah menciptakan dari segumpal tanah ....

"sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar" .....
 memang benar andai kita bersabar dengan kesulitan yang diberikanNya , sudah pasti Dia juga akan bersama-sama menguatkan diri kita .... teringat kata-kata saya sebelum tetamu Allah ini bertandang , saya berdialog seorang diri , ada kalanya dengan peneman hidup saya ....

 "Ramadhan dah nak tiba , tapi aku masih dengan kesihatan yang sebegini ..."

 bila ada rasa tak tertahan , terpaksa juga diluahkan kepada suami yang amat memahami .. namun "sabar..sabar...sabar ... bla..bla..bla.." ... lebih kurang begitulah ucapannya .... mana tidak, Ramadhan yang sebelum ini , saya dapat mengkhatamkan al-quran namun dek kerana jasad yang lemah ada ketika mengaji hanya membengkokkan sedikit badan {melanggar adab membaca} namun cuba untuk mengaji ..... tarawikh saya pula , hanyalah sekitar di rumah sahaja memandangkan surau dari rumah sewa ini agak jauh di luar sana dan suami saya pula pagi, siang, malam bekerja keras di luar sana , tiada siapa yang bisa membawa saya bersolat jemaah di surau hatta masjid ... hati mula merajuk namun suami masih memberikan semangat kepada saya ...
dia yang menguatkan diri saya dengan kata-katanya

"orang yang mengandung lebih banyak dapat pahala, kalau mati ketika bersalin matinya, mati syahid ... apa yang saya buat , pahala pun awak dapat juga asalkan awak redha dengan apa yang saya buat" ... 

kata-kata inilah yang selalu menyuntik perasaan saya memandangkan semenjak saya diijabkabulkan tiada istilah honeymoon buat kami berdua .... yang ada hanyalah menyibukkan diri dengan aktivit-2 jemaah dan sebagainya [urusan dunia] ..... sepanjang Ramadhan ini , memandangkan suami saya berpagian keluar , tenghari baru pulang , kalau ada usrah dengan sahabat-2 , petang baru pulang ... yang ada hanyalah waktu berbuka puasa untuk kami makan bersama-sama .... bila maghrib sudah dilaksanakan , dia akan bergegas ke seksyen 24 menjadi imam tarawikh disana , kemudian setelah tarawikh terus bergegas ke uptown kerja part time bersama-sama dengan beberapa sahabatnya yang lain...sehinggalah jam 4 pagi baru balik rumah ... dan keesokannya , rutin yang sama dilakukan ...... saya pula tidak dapat nak drive kereta sendiri nak jadi aktif seperti dahulu ke hulu ke hilir .... dek kerana pitam boleh berlaku secara ad hoc .... namun...

setelah Ramadhan ke-4 dan berikutnya Allah mengkabulkan permintaan saya agar tidak lagi muntah-muntah, mampu melkasanakan amal ibadah dengan kadar yang semampunya , mampu melakukan kerja sebagai suri rumah dan Alhamdulillah .... alhamdulillah ... Allah mendengar semuanya ...... dan sehingga hari ini tiada lagi alahan makanan , muntah-2 , alahan bau-2 [hanya segelintir sahaja] , dan boleh memasak .. namun masih lagi berbaki tak boleh jalan banyak-2, buat kerja banyak-2 , bawa kereta [belum dapat keizinan] .... dan yang pasti aliran darah sentiasa memenuhi di mulut tiap-tiap hari.....[sungguh meloyakan] namun bersyukur alahan lain "dikhazafkan" betapa gembiranya hati saya apabila selam 3 bulan lebih menghadapi rutin yang sama ... makan, muntah dan Ramadhan kali ini terpaksa akur dengan kehendakNya saya hanya meninggalkan sehari sahaja puasa semasa awal Ramadhan [1-3 hari ...] dek kerana masih lagi memuntahkan apa yang ada di dalam perut .... hari ini mampu menyuap apa sahaja yang menjadi keinginan ....

apa yang terniat di hati sekarang ini selepas raya saya akan come back dengan usrah-usrah yang ada [alhamdulillah bru sahaja sekali usrah muslimat dilancarkan walaupun tidak dapat hadirkan diri] , program-program yang memerlukan bantuan dan sebagainya .... namun walau dalam keadaan keletihan sepanjang pregnancy , masih bersyukur untuk pergi serta melaksanakan program-2 yang dianjurkan ...... rindu sesangat dengan suasana sebegitu apatah lagi ingin menatap wajah-wajah sahabat syurga ... moga Allah melanjutkan kesihatan sebegini sehinggalah ke akhir hayat saya ....

inilah dikatakan tetamu yang istimewa buat diri saya dan juga buat suami saya ...... moga-moga kami masih sempat untuk meraih lalilatul qadarMu .... dan alhamdulillah kami akan berangkat ke kampung pada 2hb insyaAllah dan bila suami memberitahu dia akan bercuti pada 1hb memang rasa seronok sebab dapat mengajak dia untuk bertarawikh di masjid negeri bersama jemaah yang lain ........

saya bukan sengaja hendak meluahkan perasaan , namun bila ada yang meminta untu berkongsi perihal baitul muslim , apa yang saya kongsikan ini juga adalah sebahagian dari persediaan buat sahabat-sahabat yang mengenali diri saya agar bersedia dengan mental dan fizikal ...... alhamdulillah hari ini sudahpun menjangkau 18W3d kandungan saya , dan dia pun sudah menggerak-gerakkan tubuhnya ... yang saya sudah lama merasakan kehadirannya namun buat suami saya minggu lepas sahaja baru dia turut merasai tendangan tersebut sehinggakan menitis air matanya ..... [keluar air mata juga rupanya orang lelaki ni] ... hehehe

hanya beberapa hari sahaja Ramadhan akan melabuhkan tiraninya , jadi marilah kita sama-sama memohon pada Allah swt agar dipermudahkan segala urusan dan dapat menyempurnakan ibadah Ramadhan kali ini dengan sesempurnanya ... moga amalan kita diterima olehNya .... Ramadhan ini suatu keistimewaan buat diriku ......

saya nak sambung balik mengemas rumah sebelum menemui abah, emak , adik beradik di kampung ....

mohon maaf andai tulisan ini menjengkelkan namun hanya yang mengenali saya sahaja akan mengenali siapa diri saya .... insyaAllah semoga ada waktu untuk saya melunaskan tulisan dakwah di dalam draft yang sekian lama tertangguh ....

p/s : mengambil sedikit kerehatan dengan selingan menulis di blog .....



 

Tuesday 16 July 2013

al quran

assalamualaikum .......... sementara stock masih ada ingin saya mempromosikan al quran design terbaru ... hanya tinggal beberapa buah sahaja ....

CIRI CIRI :

BERKULIT BALDU
RASM UTHMANI
SETIAP HELAIAN BERWARNA WARNI
SESUAI UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI HADIAH
JIKA BERMINAT BOLEH TEMBUSI TALIAN HP 013-9762794