Thursday 13 September 2012

Al-Hujurat (1-5)

Assalamualaikum ..... insyaAllah hari ini kita sama sama mentadabbur ayat suci Al-Quran iaitu surah Al-Hujurat ayat 1-5 ..... moga moga perkongsian ini akan mendapat rahmat dariNya bahkan bukan diri ini yang bertambah ilmunya namun anda sekalian ..... moga moga anda semua menjadi seorang yang berilmu .... berilmu hal duniawi , berilmu hal ukhrawi ......

Menyentuh mengenai penghayatan ayat yang terdapat dalam surah ini, ianya membawa kita kepada satu pengajaran yang amat penting dalam kehidupan seorang muslim ..... apatah lagi jika anda adalah salah seorang dari gerakan Islam ......

Sebelum melangkah lebih jauh eloklah dulu sekiranya dimulakan dengan sedikit muqadimmah berkenaan surah ini ... tanpa pendahuluan yang jelas sudah pasti pengakhirannya terasa kabur .....

Bismillahhirrahmanirrahim ...................

Diawalkan dengan Muqadimmah


  • surah ini merupakan suatu manhaj bagi pembentukan dan penyusunan umat .
  • surah ini juga merupakan kaedah kepada pendidikan yang menerangkan prinsip perundangan Islam
  • Menggariskan petunjuk yang sempurna bagi satu alam yang tinggi
  • Perundangan dan peraturan peraturan yang menjamin berjalannya peradaban
  • Usaha yang besar yang dipimpin oleh Al-Quran untuk mentarbiyahkan jemaah muslimin
  • peradaban orang orang mukmin dengan Allah swt
  • Manhaj dalam penerimaan dan perlaksanaan hukum
  • Asal-Usul perundangan dan perlaksanaanny
  • merangkumi peraturan berbicara dengan Rasulullah saw
  • Cara menerima berita berita yang disampaikan 
  • perlunya dalam jemaah, jemaah muslimin untuk hidup bersatu padu
Ayat 1 yang bermaksud 

"Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu memutuskan sesuatu perkara di hadapan Allah dan RasulNya dan bertaqwalah kamu semua kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "

mengapa turunya ayat ini ?

antara sebab sebab nuzul ayat ini kerana ada beberapa riwayat yang menyatakan bahaawa berlaku di zaman Rasulullah saw seperti diriwayatkan oleh Abi Malikah, menurut Abdullah bin Zubir 

Suatu rombingan telah tiba dari kabilah Arab Badawi dari kalangan Bani Tamim menemui Rasulullah saw. Belum pun sempat Rasulullah saw keluar, Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar mula berselisih pendapat untuk melantik siapakah yang layak menjadi ketua di kalangan mereka , dan apabila mereka pulang nanti 

Abu Bakar mencadangkan supaya melantik al-Qaqqaq bin Mukbid sebagai ketua Bani Tamim

Saidina Umar pula mencadangkan Al-Qaraq bin Jabas sebagai ketua

di sini kita boleh melihat sahabat Baginda as telah berselisih pendapat dalam melantik ketua bagi Bani Tamim .... Apakah yang berlaku ?

Semasa mereka berselisihan pendapat tanpa disedari mereka telanh meninggikan suara mereka... bersabit dengan inilah maka Allah swt telah menurunkan ayat 1 surah Al hujurat ...

Namun ada riwayat lain yang meriwayatkan bahawa :

pada suatu ketika Rasulullah saw telah melantik seorang lelaki di kalangan sahabat untuk menggantikannya di Madinah sewaktu Baginda hendak melancarkan serangan kea atas Khabir. Tiba tiba Saidina Umar mencadangkan orang lain dari apa yang telah dicadangkan oleh Rasulullah saw, maka bersabit dari ini, Allah Taala telah menurunkan ayat seperti yang dimaksudkan dalam surah al hujurat ayat pertama ...

sebenarnya masih ada lagi riwayat lain yang menceritakan bahawa 

Rasulullah saw telah menghantar satu rombongan yang berjumlah 24 orang dari kalangan sahabatnya untuk menenmui kabilah Bani Amar ................................................................... di akhir penceritaan ketiga tiga orang sahabat Rasulullah saw sebenarnya tidak sengaja membunuh lalu sebagai denda Rasulullah saw telah membayar denda dengan seratus ekor unta ....

Pengajaran :  Sebagai orang yang beriman, janganlah kita mendahulukan, melangkah atau menyanggah perintah Allah swt dan RasulNya. Kita mestilah mengikut dan menerima dengan patuh walau dalam apa apa perkara sekalipun ...... 

Ayat 2 yang bermaksud 

"Wahai orang orang yang beriman , janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih daripada suara Nabi Muhammad saw"

Sudah jelas ayat ini menyeru kepada kita sebagai seorang yang beriman supaya jangan sekali kali meninggikan suara apabila berhadapan dengan Nabi saw ataupun apabila berada berhampiran dengan rumah Nabi saw ...

Asbab ayat ini diturunkan kerana setenga ulama' berkata bahawa ianya berpunca daripada peristiwa Abu Bakar dan Umar yang meninggikan suara [seperti yang diceritakan sebelum ini] ..... di sebalik peristiwa ini kedua dua mereka rasa bersalah dan kedua duanya bercakap dengan penuh kelembutan selepas itu ......

Sesetengah ulama' juga ada menyatakan bahawa nuzulnya ayat ini adalah kerana suara itu datngnya dari kabilah Bani Tamim sendiri .... Kenapa ? disebabkan oleh mereka terdiri dari orang Badwi .... orang Badwi sememangnya terkenal dengan pendirian yang keras serta cara pergaulan sesama mereka dengan suara yang kuat seperti biasa walaupun mereka pada ketika itu berada berdekatan dengan Rasulullah saw. Ini sudah satu perangai kebiasaan bagi oang Badwi.....

Namun dalam kalangan orang Badwi ada seorang sahabat yang bernama Thabit bin Qabis yang cukup bertaqwa kepa Allah swt , dan apakah reaksinya ketika Allah swt menurunkan ayat 2 surah ini ? Thabit apabila mendengar beliau menangis dalam ketakutan dan kakinya mula melangkah pulang ke rumah ...... kerana sangat takut pada Allah swt 

Apa yang ditakutkannya ?

beliau berkata lebih kurang begini 

'aku ni seorang yang sangat cakap kuat dan aku sangat bimbang sekiranya amal aku dihapuskan oleh Allah taa'la , dan akhirnya aku menjadi ahli neraka... mestilah aku menjadi orang yang binasa'

Apa tindakannya selepas itu ?

Beliau tidak lagi bertandang ke masjid Nabi saw .... seperti yang diketahui Rasulullah saw adalah seorang yang mempunyai pemikira dan pandangan yang tajam. Baginda tahu di kalangan sahabatnya yang ramai itu siapa yang hadir dan siapa yang tidak hadir ke masjid, maka disebabkan kelibat Thabit tidak kelihatan, Rasulullah saw bertanya kepada sahabat sahabatnya ketidakhadiran Thabit ke masjid .... sahabat pun bercerita kepada Nabi apa yang berlaku kepada Thabit ....

Apa yang Rasulullah saw lakukan ?

Baginda berjumpa dengan Thabit dan memberitahu kepadanya  'kamu tidak termasuk di dalam golongan yang disebut di dalam ayat ini [ayat 2 al hujurat] bahkan engkau hidup di dalam keadaan yang terpuji dan engkau akan dibunuh mati syahid dan engkau akan masuk ke dalam syurga '

Allahurabbi ...... janji Rasulullah saw yang diterima oleh Allah swt 

* di sebalik kematian Thabit ada kisahnya ......

pengajaran : Akibat daripada sikap y tidak berkahlak di hadapan Allah ta'ala dan RasulNya akan menghilangkan amalan kita dan tidak diterimanya kerana tindakan yang kita lakukan itu adalah suatu tindakan yang salah.

Ayat 3 yang bermaksud

"Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertaqwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar."

inilah sikap yang ditunjukkan oleh para sahabat ra bagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,. Apabila turun firman Allah swt 

"janganlah kamu mengangkat suara kamu" ..... lantas Saidina Abu Bakar berkata "Demi Allah, aku tidak akan mengangkat suara aku melainkan aku bercakap seperti kau bercakap kepada orang yang hendak diberikan sesuatu rahsia"

begitulah sikap para sahabat Baginda saw yang lain dalam kepatuhan dan ketundukkan terhdap firman Allah swt. Sikap mereka itu dipuji oleh Allah swt dan mereka itulah orang yang berjaya dalam ujiannya kerana bertaqwa kepada Allah swt....

Ayat 4 yang bermaksud 

"Sesungguhnya orang orang yang memanggilmu dari belakang bilikmu, kebanyakan mereka itu adalah orang orang yang tidak berakal..."

Ayat ini merujuk kepada kisah dimana orang Badwi Bani Tamim yang datang berjumpa Rasulullah saw .... mereka ini datang untuk memeluk Islam hakikatnya namun mereka telah melakukan kesilapan dengan memanggil Nabi saw dengan panggilan suara yang kuat .. bahkan mereka ini juga telah menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada Nabi Muhammad saw ........... Ada kisahnya ........ dan pada masa kedatngan mereka, waktu itu baginda saw sedang beristirehat namun Baginda terjaga dek kerana panggilan suara yang kuat itu tadi ......inilah yang dikatakan orang orang yang tidak memahami adab adab Islam .....

tetapi ............... di pengakhiran ayat 4 ini Allah berfirman ".................orang yang tidak berakal" ... nak katakan bahawa mereka ini sememangnya jahil mengenai akhlak serta tatertib di dalam Islam..... Ada lagi kisah yang menceritakan mengenai orang Badwi ini memang terkenal dengan sikap kerasnya ........................ sehinggakan ada di anatara mereka yang kencing di dalam masjid tapi Layanan rasulullah kepadanya amatlah teliti penuh dengan cara berhikmah ........ 

Ayat 5 yang bermaksud 

"Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

Di sini, sekiranya mereka bersabar sehingga Nabi saw keluar, maka itulah yang paling baik dan berakhlak sekali.... Allah memuji dan menyanjung mereka dengan sifat yang Maha Pengampun dan Penyayang kepaaaaada hambaNya.......

Tujuan perkara ini berlaku adalah untuk mendidik dengan cara melakukan kesalahan lebih berkesan daripada kita tidak membuat salah ......

Setakat ini sahaja penulisan biiznillah akan disambung tafsir ini seandainya terselit ruang dan peluang .... yang mana yang salah itu mohon diperbetulkan dan yang mana kekurangan itu boleh di top-up kan ..... Akhir kalam dengan lafaz Astaghfirullahalazim mengundur diri ......





Tuesday 11 September 2012

modus operandi

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke-2 bekerja namun masih tidak menerima task programming kerana tuan tiada di pejabat selama 2 hari ..... insyaAllah by tomorrow, task will be given to me by my sporting boss ...... PHP coding will be embedded to complete the task around 3 months .... so scary .....

Alhamdulillah juga diucapkan kehadrat Illahi kerana telah menyihatkan jasad ini agar terus berada di medan perjuangan ... tanpa rezeki dariNya mungkin diriku tidak bersama para da'ie yang lain .... syukur alhamdulillah .....

memandangkan masa yang banyak sangat lapang , izinkan diriku untuk menulis satu lagi entri yang bertajuk selalai lalainya ..... insyaAllah apa yang baik itu datangnya dari Allah swt dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri.... maafkan diriku wahai pembaca yang dirahmati sekalian ..... =)

Bismillahhirrahmanirrahim ........

Seringkali kita mendengar perkataan modus operandi yang digunakan oleh pelbagai pihak sebagai contohnya warga polis telah mendedahkan modus operandi tipu bank. Namun kali ini bukan hendak menyentuh berkenaan modus operandi yang seangkatan dengannya akan tetapi lebih menuju kepada modus operandi yang digunakan oleh Syaitan laknatullah .......

Hati adalah raja segala anggota..... di situlah terbitnya rasa sayang, benci, marah dan pelbagai perasaan kesumat ..... namun Syaitan itu lebih bijak menggunakan modus operandinya untuk menewaskan para manusia.. Yang lemah pasti akan tewas yang kuat pasti akan menang....

Cuba kita bayangkan seadainya binaan rumah yang tidak dilitupi dengan pagar sudah semestinya mudah untuk si pencuri masuk untuk mencapai obejktifnya...sebaliknya jika rumah kita dipagari dengan pagar yang begitu kukuh nescaya memberi kesukaran kepada si pencuri untuk melaksanakan 'tanggungjawabnya' ..... begitu juga dengan hati, hati itu perlu dipagari dengan bentengan yang cukup kukuh agar ianya terselamat daripada diserbu dengan kuncu kuncu yang sering memanah menggunakan racun segala racun ke arah kejahatan....

memang benar hati kita sentiasa terbuka, terbuka untuk menerima nur Illahi dan segala hal duniawi namun adakalanya kita perlu sentiasa berhati hati atau perlunya 'melihat' kepada papantanda AWAS ... supaya kehidupan kita tidak diragukan bahkan dikacaubilaukan oleh makhluk yang tidak kelihatan namun kesannya sangatlah ekstrim....Hal ini kerana banyak musuh yang cemburukan kegemilangan hati dengan nur hidayahNya yang berkilau serta ilmu Allah swt yang sarat. Perlu ingat bahawa musuh musuh itu tidak pernah mengenal erti jemu bahkan tidak sekalipun merehatkan diri menginta peluang dan ruang yang ada hanya menuggu 'keterbukaan' hati itu...

Walaubagaimanapun hati itu perlu sentiasa terbuka kerana apa ? jika tertutupnya hati itu maka segala limpahan ilmu dari Allah swt sudah pasti sukar untuk menenbusi dinding hati melainkan dengan izinNya.... Serangan dari musuh ghaib itu pula jangan ditakuti apatah lagi digeruni kerana mereka lebih menggeruni umat Muhammad saw yang sentiasa melapangkan waktunya dengan beribadah kepada Allah swt inilah penawar bagi segala racun perosak hati. Serangan serangan yang liar itu pasti tidak lagi digeruni oleh mereka seandainya kita melingkari hati kita dengan pagar yang membawa perasaan hampa dan kecewa kepada si makhluk yang ghaib itu (syaitan) .....

cahaya iman dan nur hidayahlah yang akan menyimbah kepada syaitan itu ibarat bebola mentari sekaligus mereka akan menggeruni kita ... sememangnya syaitan dan nafsu tidak berupaya untuk terus menerus menutup pintu pintu hati yang terbuka tadi.

Lalu bagaimanaka modus operandi yang digunakan oleh mereka ? tidak lain tidak bukan ialah dengan berusaha keras secara berpasukan melemahkan kawalan pagar pagar hati sekirtanya pagar itu tidak dipantau dan dikawal dan akhirnya mereka berjaya membolosi pagar tersebut ... mereka menag dan kita kencundang ..... Nauzubillah

Apa yang berlaku seandainya tentera penjajah itu sudah berjaya merobohkan pagar pagar hati itu ? sudah pastinya kita tertewas .... apatah lagi bila sudah dirobohkan mereka akan bertindak menjadi semakin agresif dan ganas sehinggakan mengheret kita ke lembah yang penuh dengan aliran dosa ..... Hati yang terbuka tadi akan menjadi tertutup dan kemungkinan akan dosa yang dibina itu lama kelamaan menitikkan dakwat hitam yang kotor di hati .... saat itu teramatlah susah untuk merawat kembali melainkan dengan petunjuk serta hidayah darinNya......

Al Hasan menafsirkan ayat ini dengan berkata "ia bermaksud dosa demi dosa, sehingga hati menjadi buta.."

As Syeikh Abu Bakar al-Jaza-iri rahi,ahullah di dalam tafsirnya Aisarut Tafasir menyebutkan : "Dosa dosa yang dilakukan itu menutupi hati hati mereka dan mendinding mereka daripada menerima kebenaran"

Ulama lain juga menyatakan : "Apabila dosa dan maksiat menjadi banyak, ia akan meliputi hati mereka"

apabila Hitam kelam hati kita lama kelamaan ianya akan menjadi karat yang sukar lagi dicucikan.Di fasa inilah seseorang akan menjadai lalai dan terus hanyut dibawa arus duniawi ... Firman Allah swt dalam surah Al Mutaffifin ayat 14 yang bermaksud :

"Sekali kali tidak demikian. sebenarnya apa yang selalu mereka lakukan itu menutup hati mereka"

Pembaca yang budiman sekalian...

marilah kita sama sama bersiap sentiasa dalam mencucikan hati kita sekiranya cucian clorox itu mampu menghilangkan kotoran apatah lagi dengan panduan dan kalam suciNya ... insyaAllah sama samalah kita sentiasa beristighfar di mana mana jua kita berada ... bukan pesanan ini ditujukan khusus buat para pembaca sekalian bahkan ianya amat 'ditundingkan' ke arah diriku ... sesunguhnya diriku juga mempunyai hati yang satu yang sumbernya datang dari PenciptaKu dan juga kalian .....

amin .... saya sudahi entri kali ini dengan lafaz Astaghfirullah ..............

Monday 10 September 2012

Aku individualistik !

Alhamdulillah.....Subhanallah ...... Allahuakhbar hari ini masih dapat peluang untuk menulis .... blog ini semakin dijauhi namun tidak dilupai .......... moga moga entri kali ini bermanfaat untuk anda kalian .....

Antara banyak banyak ciptaan Allah swt di muka bumi ini , manusialah yang paling unik Ciptaan Allah swt . Pelbagai bentuk, warna, ras dan tingkah laku manusia. Semua makhluk yakni segala ciptaan dan kejadian Allah swt ada hikmahnya yang tersendiri.

Ciptaan Allah swt juga merupakan ciptaan yang seimbang sememangnya  sebaik baik kejadian jika dilihat dari perspektif kejadian manusia, ada yang dijadikan kaya dan ada juga yang miskin, ada yang dilahrkan cacat dan ada yang kelihatan sempurna, ada yang kuat dan ada yang lemah....ini bukan bermaksud Allah swt itu tidak adil namun ciptaan inilah mengandungi pelbagai hikmah yang jika dilihat dari mata kasar sudah pastinya semakin kabur namun andainya dilihat dan diselami dengan mata hati sudah pasti hikmah yang terselit itu pasti menggembirakan .. Dengan wujudnya kepelbagaian inilah Allah swt inigin mengajarkan kepada hamabaNya untuk hidup saling tolong mneolong dan berkasih sayang. Bukan hidup dalam memilih bulu dan nafsi-nafsi....

Secara fitrahnya andai kita menanyakan kepada penganut agama lain tentang kepentingan hidup tolong mneolong sudah semestinya mereka akan mengatakan itu satu keperluan bahkan boleh menjadi satu kemestian. Dengan hidup saling tolong mneolong dan berkasih sayanglah akan menguatkan tulang tulang kehidupan di dunia fatamorgana ini .......

Andai Gaza memerlukan pertolongan sudah pasti seluruh negara di pelosok dunia akan menghulurkan sumbangan , bantuan dan pertolongan kemanusiaan sebagai tanda simpati biarpun ianya hanya sepotong doa.

Walaupun seseorang itu bukanlah dari kalangan mahupun penganut agama Islam, secara naluri semulajdi manusia tetap akan membuahkan rasa dan tindakan yang sama seperti orang Islam seperti mudah prihatin dan belas kasihan .. Namun ada ketikanya agak sedih sedikit ada dikalangan umat Islam kini yang menzalimi kasih sayang itu , menjauhkan hatinya daripada mempunyai rasa simpati, prihatin, tolong menolong ..... sedangkan semua perkara ini amat sekali diperintahkan dalam ajaran agama Islam. Inilah yang akan menyuburkan dan memandu fitrah ke arah Keredhaan Allah swt....

Namun akibat gagal dalam berperang dengan peluru syaitan serta bisikan lunak nafsu, manusia juga sering memilih untuk bersikap bakhil.... Anjuran makrufat atau amal jariah dipandang sepi oleh mata mata umat Islam kini... Sejarah telah mengingatkan kita bagaiman watak watak yang terkenal dalam sosotan sejarah lampau seperti watak manusia bernama Haman dan Qarun pada zaman Nabi Musa a.s , Tsalabah pada zaman Nabi saw, atau watak Haji Bakhil yang digambarkan dalam filem 60-an.....

Watak watak inilah telah membuka mata kita betapa bakhilnya, serakah, tidak prihatin, egoistik dll segala peluan untuk diri sendiri, tidak mahu tahu nasib dan keadaan orang lain yang menderita dan terlantar, dan suka memutuskan ikatan benang hubungan dengan masyarakat...

Ayuh menyelak helaian al-quran.....

Firman Allah swt dalam surah Muhammad ayat 38 :

(Ingatlah), kami ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya berderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (Ingatlah) Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya pada serba-serbinya). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

Sesungguhnya orang yang kaya yang bersifat dermawan amatlah sikit di dunia hanya mereka yang inginkan keredhaan Allah swt sahaja yang terpilih untuk mendapat Kasih Sayang Allah swt ... Kenapa wujudnya orang kaya yang Bakhil ? Jawapannya mudah sahaja gara gara kebimbangan akan kekurangan dalam pemilika harta yang menyebabkan mereka kendur dan mundur dalam menghulurkan bantuan apatah lagi untuk menjadi seorang hati yang dermawan....Katanya takut akan limpahan harta harta yang ada habis dibelanjakan ke jalan Allah swt... Sesungguhnya rugi bagi kaum sebegini .... Andai orang yang miskin masih mempunyai niat untuk menghulurkan bantuan, masih mempunyai rasa simpati inikan pula golongan yang dikatakan kaya di dunia ...... 

Mereka yang kaya lagi dermawan pula sudah pasti tidak akan merasa takut mahupun tegugat dengan kedudukan harta yang ada ... ini kerana mereka tahu apa yang mereka kerjakan adalah semata mata untuk mendapatkan rahmat di sisi Allah swtb.... seandainya rahmat Allah telah terpisah dengan jasad bahkan roh manusia , bagaimana pula kita bisa untuk menjejaki ke syurgaNya ? Apatah lagi mencium bau syurga pun mungkin agak tipis septipis kulit bawang ....

Dalam ajaran islam, kedudukan orang yang murah dan bakhil itu tersangatlah jauh berbeza, ibarat langit dengan bumi. Seorang di daerah terang dan seorang lagi di daerah gelap. Seorang memperolehi rahmat dan seorang lagi tidak. Sabda Nabi saw :

"orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga, dan jauh dari neraka. Orang yang bakhil pula jauh dari Allah , jauh dari manusia, jauh dari syurga dan dekat dengan neraka. Dan orang yang pemurah itu lebih disukai Allah daripada abid yang bakhil.......(Riwayat Imam Tarmizi)"

Hanya Islamlah yang mempunyai ubat bagi merawat penyakit bakhil ini ..... Islam membangkitkan semangat tolong menolong umatnya dengan menyuntiik penawar cinta dan suka berbuat kebaikan dan makrufat, senang berkorban dan memberi bantuan .... Firman Allah swt :

"Sesungguhnya Allah kasih kepada orang orang yang berbuat kebaikan " (Ai-Imran : 148)

Firman Allah swt lagi  Fastabiqul khairat iaitu dan berlumba lumbalah kamu dalam berbuat kebajikan (Al-baqarah : 148)

bukankah sabda Nabi saw telah mengatakan bahawa 'tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang dibawah'

Buah yang akan berhasil daripda sifat murah hati dan suka memberi ini pastinya akan menjamin kehidupan yang aman sejahtera dan tenang bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga kepada pemberi itu sendiri.....

Percayalah seandainya sifat dermawan ini sering terpaku di hati kita pastinya hari hari yang berlalu menceriakan kehidupan ... dermawan bukan bergantaung pada berapa nilaian mata wang yang diberikan namun senyuman itu juga merupakan satu dermawan yang membahagiakan .... adakalanya degan satu senyuman kita mampu mengubati duka dan lara teman teman di sekeliling kita yang sedang dalam kemaslahatan .....

Janganlah bersikap individualistik apabila sapaan tolong itu diminta sambutlah ia dengan hati yang genbira kerana ianya merupakan asbab kenapa kita berada di syurga kelak ..... Andai kita ke pasar malam atau mana mana tempat sekalipun tolong elakkan dari berpaling muka kepada si peminta derma mungkin kita kata dia itu menipu kita dengan mengubah penampilannya persis seorang yang papa kedana namun bukankan niat itu yang dikira oleh Allah swt  ??? Jadi cuba kita ubah mindset kita untuk tidak 'menyampah' kepada sang yang memerlukan .... ganjaran ada di sisi Allahs wt...

tuntasnya janganlah kita mempunyai satu sifat individualistik yang melampau sehinggakan orang yang tidak berdaya semakin lemah .... mungkin di saaat kita menjadi seorang yang dermawan (bukan dalam bentuk duit, mahupu harta shaja ...) mungkin di saat kita menjadi 'papa' teman teman disekeliling yang akan membantu anda siapa tahu hanya Allah sahaja yang tahu ....

segala kebaikan yang dilakukan pasti kebaikan juga diterima .....

~ jika teman teman inginkan keseronokan dalam menjadi seorang dermawan jangan dilupa tiap kali masjid yang disinggah itu sedekahkanlah seberapa banyak ..... ~

pesanan orang tuaku jangan lupa untuk menderma di setiap persinggahan masjid ........ -) ....apa apapun ia bergantung pada niat anda sekalian ... ayuh mencapai Mardatillah ... insyaAllah Jannah pasti ditempa ..........

saya sudahi dengan lafaz Astagfirullah .......... Assalamualaikum ................

Mood : ingin mengkhatamkan buku berkenaan Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi saw jilid 1 ..... masih berbaki XXX ..... mungkin sahabat sahabat sekalian boleh juga membaca buku ini yang boleh dipalikasikan dalam kehidupan kita sebagai salah satu gerakan Islam ........