Friday 18 October 2013

tafsir surah al-ikhlas siri 1

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Penyayang

straight to the point .........................

Surah ini hanya mengandungi 4 ayat sahaja [rujuk al-quran]

Nama Surah 

Surah ini dinamakan dengan berbagai nama. Yang paling terkenal ialah surah al-ikhlas kerana ia membincangkan tentang tauhid yang tulus dan suci terhadap Allah swt, suci daripada sebarang kekurangan dan bebas daripada sebarang penyegutuan. Juga kerana Allah membebaskan hamba dari sebarang syirik atau daripada api neraka.

Ia juga dinamakan sebagai surah :


  1. al-Tafrid
  2. al-Tajrid
  3. al-Tauhid
  4. al-Najah
  5. al-Wilayah

kerana setiap orang yang membacanya akan tergolong dalam kalangan auliya' Allah dan ahli al-Ma'rifah. Ia juga dinamakan sebagai surah al-Asas kerana ia merangkumi asas-asas dan prinsip agama.

to be continue...