Monday, 21 November 2011

JAHILIYAH DAN IDEOLOGI

JAHILIYYAH DAN IDEOLOGI

            Kehidupan umat manusia kini dikuasai oleh kebudayaan yang dibina atas dasar material (kebendaan). Dasar ini diasaskan atas dasar yang salah. Falsafah sains, nilai-nilai akhlak, sistem politik, pendidikan, undang-undang dan sosialnya sudah menyeleweng sejak permulaan lagi. Untuk itu ia telah sampai ke tahap keruntuhan dan kehancuran yang kritikal lagi serius dan hampir-hampir keseluruhannya musnah. Contohnya ikatan kekeluargaan yang semakin longgar. Bapa sudah tidak berkuasa terhadap anak dan anak tidak menghormati orang tuanya. Masyarakat muslim hari ini menerima kebudayaan penjajah yakni masyarakat barat. Mereka bangga memakai pakaian barat, makan ikut cara barat, bercakap bahasa barat, menjadikan mereka semuanya menilai sesuatu menurut standard barat. Bahkan ada yang bermegah dengan minuman keras di dalam majlis jamuan mereka sekalipun mereka mengaku beragama Islam.

PENGERTIAN JAHILIYAH

            Jahiliah berasal dari perkataan jahil. Ia membawa pengertian tidak tahu ataupun bodoh atau tidak berilmu pengetahuan. Akan tetapi jahiliah di dalam Al-Quran tidak bermaksud bodoh atau tidak berilmu tetapi ia tidak lain daripada keadaan jiwa yang menolak hidayah dan petunjuk Ilahi (keadaan yang bersifat menentang hukum Allah). Ia boleh terjadi di kalangan masyarakat yang mencapai taraf ilmu yang tinggi dan peradaban manusia yang dianggap maju dengan tamadun kebendaannya. Sesungguhnya, apabila ahli masyarakat itu tidak mahu mengikut hidayah ilahi malahan mengikut hawa nafsu dan menolak hukum Allah itulah dia JAHILIYYAH.

CIRI-CIRI JAHILIYYAH

            PERTAMA: Tidak beriman kepada Allah dengan sebenar-benar keimanannya. Maksud dengan ciri ini adalah semua jahiliyyah itu tidak percaya kepada Allah dengan cara sebenarnya aqidah mereka menyeleweng dari kehendak Allah dan RasulNya. Apabila aqidah menyeleweng maka di sana muncullah jahilliyah dan kemudian berlakulah kerosakan tidak ubah seperti jarum kompas yang menjadi goncang dan tidak tentu arah apabila fokusnya terhalang oleh sesuatu.

            KEDUA: Ciri kedua kepada jahiliyah ialah; mereka melaksanakan hukum berdasarkan kepada hawa nafsu. Ciri ini muncul ekoran dari ketiadaan iman kepada Allah dan ianya berkait rapat dengan ciri yang pertama di atas. Apabila manusia itu menolak hukum Allah bererti dengan sendirinya mereka menuruti hukum ciptaan hawa nafsu mereka sendiri.
Firman Allah s.w.t;

Maksudnya: “Dan hendaklah kalian menetapkan hukum diantara kalian menurut apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah kalian mengikuti hawa nafsu mereka (yang mengingkari Allah) dan hati-hatilah terhadap mereka jangan sampai mereka dapat memalingkan kalian dari sebahagian hukum yang telah diturunkan Allah…”
            (Al-Maidah 5:49)

            KETIGA: Wujudnya taghut yang bertugas menyesatkan manusia dan memalingkan mereka dari mentaati Allah kepada menderhakaiNya:

Thogut ialah:

Ø  Melampau batas dan ketetapan Allah
Ø  Setiap yang melampau batas
Ø  Setiap kepala penyesat
Ø  Syaitan yang memalingkan manusia dari jalan kebajikan
Ø  Setiap yang disembah selain Allah
Ø  Rumah-rumah berhala

Kata Saidina Umar Al-Khattab thogut itu adalah syaitan. Jabir pula menjelaskan bahawa thogut itu adalah tukang-tukang tenun yang turun padanya syaitan-syaitan.

Al-Imam Ibnu Kathir ketika menjelaskan tafsiran ayat 60-62 Surah An-nisa’ mengatakan: ”Ayat tersebut mencela sesiapa yang berpaling dari Al-Quran dan as-sunnah dan berhukum kepada apa yang selain dari kebenaran. Sesungguhnya itulah thogut yang dimakskan dalam ayat ini.”

             Kata Al-Imam Ibn Qayyim pula thogut yang melampaui oleh seseorang hamba di dalam penyembahan ikutan dan ketaatan. Justeru setiap yang berhukum dan melaksanakan perintahnya kepada selain dari kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w ternyata bahawa mereka itu berhukum kepada thogut yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya agar kufur dengannya. Ujar Imam Malik pula thogut ialah apa yang disembah selain dari Allah Ta’ala. Firman Allah s.w.t;

Maksudnya: ”Allah adalah pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dialah yang menyeluarkan mereka dari kegelapan (jahiliyyah dan kekufuran) kepada cahaya (iman) dan orang-orang kafir, pelindung-pelindungnya ialah toghut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya dan kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”.
   (Al-Baqarah: 257)

JAHILIYAH MASA KINI

            Jika kita merenungi masyarakat kini, Islam dan jahiliyah berkembang seiring. Masyarakat mengamalkan Islam dan pada masa yang sama mereka masih berada dalam kelompok jahiliyah. Kenyataan ini dapat kita buktikan dengan realiti yang berlaku dalam beberapa aspek.

Aspek aqidah              - Mereka mengeahui wujudnya Allah tetapi pada masa yang sama mereka menyembah tuhan atau kuasa lain serta tunduk kepada ideology barat.

Aspek syariat              - Manusia menolak dan tidak mahu berhukum dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah didalam Al-Quran dan lebih suka berhukum mengikut hawa nafsu.

Aspek muamuamalat dan ekonomi     - Sistem ekonomi Islam telah ditukarkan dengan sistem ekonomi barat yang menerima dan menghalalkan masalah riba.

Aspek sosial                - Wanita diperdagangkan dan martabat Islam dipandang rendah.

KESAN JAHILIYAH TERHADAP UMAT ISLAM

Kekeliruan aqidah
Agama dianggap sebagai hanya persoalan antara hamba dengan penciptanya atau tuhannya dan sama sekali tidak ada kaitan dengan kehidupan praktis dan sekularisme.

Penyembahan sesama manusia atau material
Yang lemah kepada yang lebih berkuasa. Contohnya, rakyat kepada pemerintah. Manusia juga meninggalkan suruhan Allah dan melaksanakan apa yang dilarang olehNya semata-mata untuk mendapatkan kepentingan duniawi.


Tidak mengakui kewujudan Allah dan kekuasaannNya
Kejadian – kejadian alam yang berlaku dikatakan wujud secara semulajadi dan tiada hubungkaitnya dengan kuasa Allah Ta’ala. Demikian juga segala perkara yang berlaku yang bersifat ekonomi, sosial, dan sejarah tidak dianggap sebagai kehendak Allah Ta’la sebagai respon terhadap tindakan manusia yang mengingkari ajaranNya

Bertuhankan hawa nafsu dan akal fikiran
Anggapan bahawa kebodohan dan kelemahan sahajalah yang menyebabkan manusia tunduk kepada Tuhan. Apabila ilmu pengetahuan dan kemampuan meningkat, maka tidak ada lagi keharusan berfikir tentang Tuhan dan tidak akan ada pula ketundukan berupa Ibadat. Saat itu manusia akan jadi Tuhan. Begitu juga ada dikalangan manusia menganggap apa jua yang dinikmatinya di dunia ini adalah hasil daripada pemikiran dan pekerjaannya dan tiada hubungkait dengan Allah. Contohnya slogan: KERANAMU MALAYSIA

Kecelaruan dan segi konsepsi jiwa manusia
Hubungan individu dengan individu atau dirinya sendiri akibat kontradiksi kejiwaan yang tidak pernah berhenti seterusnya mengajak manusia untuk mencapai kemajuan di dunia.

CONTOH-CONTOH JAHILIYYAH/IDEOLOGI MODEN

NASIONALISME

            Adalah fahaman yang membezakan antara agama dan pentadbiran (siasah). Ia merupakan kepala dan pembuka kepada irme-isme yang lani. Kewujudannya adalah permulaan kepada jatuhnya kegemilangan Islam di atas muka bumi.

            Dalam pengertian lain, nasionalisme ialah perasaan untuk memelihara atau memperluas kebangsaan rakyat atau identiti kebangsaan. Apabila usaha-usaha itu tidak dapat dilaksanakan, maka dirasakan sebagai satu kekurangan. Maksudnya, nasionalisme merupakan ideologi yang mendominasi satu kumpulan manusia untuk menaikkan taraf kebudayaan mereka sendiri.

            Dalam bahasa Arab ia disebut Qoumiyyah atau Asabiyyah. Ia bermaksud mengajak seseorang supaya meyokong kumpulan atau bangsanya supaya bersatu antara satu sama lain untuk melawan sesiapa sahaja yang menentang mereka, tidak kira samada mereka menzalimi atau dizalimi. Mereka sangat fanatik terhadap kumpulan mereka. Lebih-lebih lagi jika mereka ada bersama.

            Perlu diberikan perhatian, Asabiyyah pada sesetengah perkara adalah dibenarkan manakala pada sesetengahnya yang lain adalah dilarang.

Ciri-ciri Nasionalisme

Keturunan dan daerah yang sama
Contohnya orang Melayu yang memperjuangkan kebangsaan Melayu umpamanya mereka berasal daripada satu rumpun bangsa Melayu yang mendiami Tanah Melayu, bukan bangsa lain. Begitulah seterusnya.

Bahasa yang sama (satu bahasa)
Umpamanya pejuang-pejuang kebangsaan Arab mereka mempunyai satu bahasa sahaja iaitu bahasa Arab. Golongan yang membela kebangsaan Melayu mereka menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu.

Bumi dan tanah air adalah satu
Misalnya mereka yang memperjuangkan kebangsaan Melayu mereka mestilah menndiami bumi Melayu (Tanah Melayu atau Malaysia).

Mempunyai kepentingan bersama
Pejuang-pejuang kebangsaan mengatakan sesuatu kebangsaan itu mestilah mempunyai kepentingan bersama yang diperjuangkan. Contohnya, masing-masing berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan negaranya atau membangun dan memajukan negaranya.


Percanggahan Nasionalisme Dan Islam.
Ia adalah ideologi  yang diambil dari luar ajaran Islam yang tiada hubungkait dengan aqidah dan ajaran Islam.Islam tidak membenarkan umatnya mengambil aqidah/ideologi selain Islam dan mengambil manhaj hidupnya selain daripada Islam.Ini kerana perbuaan sedemikian boleh menyeleweng daripada aqidah Islam yang serenar.Lainlah jira sesuatu yang diambil dari luar yang tidak bercanggah dengan ajarannya. Selepas itu turunlah ayat yang berbunyi:

Maksudnya: “ Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahawasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al- kitab (Al-Quran) sedang ia dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya didalam Al-Quran itu terdapat Ramat yang besar dan pengajaran bagi orang yang beriman.”
(Al-Ankabut 29:51)

Semangat kebangsaan adalah asabiyyah dan ajaran jahiliyyah

            Islam menganggap segala dakwah yang mengajak kepada ikatan berasaskan bangsa dan keturunan atau satu keluarga dan suatu perkara yang sempit tidak kepada ajaran Islam yang syumul adalah dianggap sebagai dakwah jahiliyyah dan dakwah qaumiyyah yang dimurkai oleh Allah. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam firmanNya:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kau dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu (suami-suami kamu) dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbangkan akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu suka (jiran semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasullNya dan daripada berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya).”
(At-Taubah 9:24)

            Ayat diatas menjelaskan jira sekiranya seorang Islam mengutamakan keturunan, bangsa, keluarga, harta kekayaan dan seumpanya mengatasi kepentingan Allah dan Rasul juga mengatasi jihad di jalan Allah, maka mereka dikira vérsala dan akan disiksa oleh Allah nanti.

Nasionalisme menentang persaudaraan Islam.

Islam menganggap ikatan ukhuwwah Islam yang berasaskan kepada Aqidah Islam adalah mengatasi keturunan dan darah.
Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: ”Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara kamu (yang bertelingkah itu), dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujurat 49:10)

Sabda Baginda s.a.w dalam khutbahnya pada hari haji wida’:

Maksudnya: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu satu, dan sesungguhnya bapa kamu satu. Setiap kamu berasal dari Adam dan Adam pula berasal dari tanah.Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah adalah (orang) yang paling bertaqwa. Tiada kelebihan seseorang yang berbangsa Arab ke atas seseorang yang bukan Arab kecuali taqwa”.

            Dari sini jelaslah bahawa Islam menjadikan ikatan persaudaraan Islam (Ukhuwwah Islamiyyah) yang berasaskan aqidah mengatasi sebarang ikatan. Sedangkan semangat kebangsaan menjadi ikatan kaum atau keturunannya mengatasi ikatan agama dan aqidah ini bercanggahan dengan Islam.

Nasionalisme meninggalkan hukum Islam.

Islam tidak menganggap seseorang itu Islam sebenar kecuali apabila dia beri’tikad dan yakin dalam erti kata yang sebenar bahawa ajaran Islam dan hukum-hukumannya adalah layak dan sesuai untuk dilaksanakan pada setiap masa dan keadaan.
Firman Allah S.W.T;

Maksudnya: “Sesudah itu patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyyah? Padahal bagi orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah “
(Al-Maidah 5:50)

            Sedangkan pejuang-pejuang semangat kebangsaan tidak menjalankan hukum Islam bahkan menghukum dengan hukum wadhie dalam segala perkara kecuali mengenai persoalan ibadah dan nikah kahwin. Pejuang kebangsaan biasanya menghukum dengan hukum sekular atau mereka melaksanakan Tafsil Ad-din wad-daulah (mengasingkan agama dan kerajaan). Perbuatan sedemikian bercanggah dengan prinsip Islam.

Menyebabkan penyokongnya melakukan perlantikan orang-orang kafir sebagai pemimpin.

            Golongan yang membela semangat kebangsaan akan melantik orang kafir dan keturunannya yang lain sebagai wali atau pemimpin mereka apabila orang kafir tersebut sealiran dengan mereka. Sedangkan sikap sedemikian ditegah oleh Allah dan RasulNya.
Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah orang yang beriman itu mengambil orang kafir sebagai kepimpinan mereka dengan meninggalkan orang beriman...”
(Ali Imran 3:28)

SEKULARISME

            Fahaman sekular atau sekularisme berasal dari bahasa Inggeris dipetik dari perkataan sekular yang bermaksud, ”Berkaitan dengan keduniaan dan tidak berkaitan dengan keagamaan”. Bagi orang barat, mereka faham bahawa sekular bererti memisahkan agama (kristian) dengan kerajaan dan pemerintah. Pihak gereja tidak masuk campur dalam urusan pemerintahan dan keduniaan.

            Kamus dewan menyebut sekular bermaksud berkaitan dengan keduniaan atau tidak berkaitan dengan keagamaan. Jika disebut pendidikan sekular, ia bermaksud pendidikan yang tidak berkaitan dengan agama.

            Manakala sekularisme bermaksud satu fahaman atau doktrin atau pendirian atau sebagainya yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan dengan agama seperti urusan pentadbiran awam, kehakiman, pendidikan dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan agama.

Bentuk-Bentuk Sekularisme Hari Ini

Dalam bidang politik

            Menurut pandangan kaum sekular, sesebuah negara moden ialah bila terdapat pemisahan yang tajam antara agama dengan urusan kenegaraan. Samuel H.Beer dari Harvard University mengemukakan bahawa negara moden lahir dengan sendirinya, ia terpisah dari agama dan gereja juga tidak sebahagian dari masyarakat keagamaan dan menempatkan tujuan politiknya adalah duniawi semata-mata.

            Dengan demikian, maka sekularisasi politik adalah proses sosial di mana struktur politik tradisional mengalami perbezaan yang radikal yang menghasilkan pemisahan dalam bidang ketatanegaraan dan struktur keagamaan. Sebahagian besar teori modenisasi politik bila memperkatakan peranan agama dan politik cenderung megemukakan idea sekularisme yang membawa maksud membangun negara dan bangsa menjadi moden dan terpisah dari sebarang urusan keagamaan.

Dalam bidang ilmu pengetahuan

            Pemikir barat telah berusaha untuk memperluas jurang antara agama dan ilmu pengetahuan. Kemudian secara tidak langsung mereka melakukan tentangan terhadap apa yang bersikap kerohanian dan secara terus terang mereka mengingkari segala apa yang tidak diketahui sebabnya yang nyata.

            Mereka menyeru pemisahan ilmu dan agama dan mereka melaung-laungkan keunggulan ilmu (yang telah diasingkan) daripada agama. Maka jurubicara mereka berkata, ”Kalau kamu dapat meletakkan tuhan dan roh di atas pembedahan dan dapat kamu lihat keduanya dengan mikroskop maka aku bersedia untuk percaya kepada keduanya.”

            Mereka menyatakan bahawa akal manusia yang bersandarkan kepada kekuatan pancaindera adalah satu-satunya jalan ideal untuk dasar ilmu pengetahuan. Mereka menerangkan bahawa pengetahuan itu adalah relatif dan permulaan segala sesuatu dan akhirnya tidak diketahui dan tidak boleh diketahui.

            Pandangan kaum sekular tentang kebenaran dan kenyataan dirumuskan di atas pengetahuan yang diwahyukan atau kepercayaan agama tetapi di atas tradisi kebudayaan yang diperkuat dengan dasar-dasar pendapat filosof. Renungan yang bertalian terutama dengan kehidupan duniawi yang berpusat kepada manusia sebagai makhluk dan fatwa rasional.

Dari segi fahaman keagamaan

            Bertitik tolak daripada semakin pudarnya kuasa kaum agama (Kristian) pada waktu itu, maka kedangkalan terhadap pengaruh agama semakin luas. Hal ini membawa maksud seakan-akan agama menjadi sebab yang melambatkan perkembangan ilmu pengetahuan. Oleh kerana itu, pemisahan segala aktiviti kehidupan dan ruang lingkup agama merupakan suatu perkara yang penting.

            Fakta sejarah telah membuktikan bahawa agama Kristian pada awalnya telah menentang sekularisasi yang ditimbulkan oleh proses terlepasnya alam dari makna spritual berlangsung sepanjang sejarah dengan kekalahan-kekalahan menentang kekuatan-kekuatan sekularisasi dan benteng-bentengnya.

Percanggahan Sekularisme dengan Islam

            Pandangan Islam terhadap sekularisme mahupun pandangan sekularisme terhadap Islam bersifat negatif iaitu Islam menolak fahaman ini seratus peratus begitulah sebaliknya. Sekularisme mengungkapkan dengan jelas sifat yang diterapkan untuk menggambarkan peradaban kebudayaan manusia barat dan apa yang telah terjadi di dalam dunia Islam.

            Islam secara total menolak penerapan apa jua ke atas konsep-konsep sekular, sekularisasi dan sekularisme kerana semuanya itu bukanlah milik Islam malah ia berlawanan dalam segala hal. Walaupun para sarjana bersusah-payah untuk mewujudkan titik persamaan antara Islam dan sekularisme ianya tidak mungkin berjaya.

            Al-Quran menegaskan Islam telah diwahyukan secara lengkap dan sempurna buat manusia. Kenyataan kesempurnaan ini telah dibuktikan sejak awal lagi. Islam melampaui sejarah dan tidak bergantung kepada evolusi dan perkembangan seperti yang dialami oleh agama-agama lain contohnya Kristian.

Sejarah kelahiran sekularisme

            Sekularisme mula lahir di Barat pada abad pertengahan kerana beberapa sebab tertentu kemudian ia dikembang dan disebarkan ke negara-negara Islam oleh kuasa penjajah sehingga fahaman ini akhirnya dihayati dan diikuti oleh orang Islam khususnya para pemimpin yang mendapat pendidikan di Barat yang kurang mengenali Islam yang sebenar. Sekularisme lahir di barat kerana keadaan suasana Barat ketika itu sesuai sekali lagi bagi kelahirannya.

Antara sebab kelahirannya di Barat ialah:
v  Keadaan agama Kristian yang memisahkan agama dengan negara atau dunia
v  Keadaan kuasa gereja dan tokoh-tokoh agama yang begitu luas
v  Penyelewengan sosial dan ekonomi
v  Politik yang tidak stabil
v  Tidak menggalakkan perkembangan ilmu

Permulaan Sekularisme di Malaysia dan Perkembangannya

            Selepas abad pertengahan, Eropah mencapai kemajuan dalam banyak bidang. Kemajuan tersebut dicapai setelah mereka menghayati sekularisme. Kemudian, pada masa yang sama umat Islam rata-rata berada dalam kemunduran dan ketinggalan dalam semua lapangan. Dengan itu, orang Islam khususnya para pemimpin yang berpendidikan Barat mengambil sikap mudah dengan membuat anggapan kalau mahu maju tirulah Barat dan ambillah apa yang ada di Barat. Lalu dengan mudah mereka mengambil semua yang ada di Barat termasuk Sekularisme dan digunapakai di negara Islam termasuk Tanah Melayu.

            Antara faktor besar kemasukan Sekularisme ke negara-negara Islam ialah melalui penjajah barat yang telah lama menghayati fahaman tersebut. Penjajah-penjajah Barat (Kristian) seperti Itali, Belanda, Portugis, Inggeris dan sebagainya sangat benci kepada Islam dan penganut-penganutnya. Islam adalah musuh mereka. Peperangan salib yang berlaku begitu lama adalah satu bukti yang jelas bencinya Barat (Kristian) terhadap Islam. Penjajahan Portugis dan Inggeris ke atas Tanah Melayu juga membawa masuk fahaman ini ke dalam masyarakat Melayu.

            Dengan kekuatan yang ada pada penjajah ketika itu, dan ditambah pula dengan kelemahan umat Islam dan negara Islam, mudahlah bagi mereka mempermainkan umat Islam dengan memperkenalkan pelbagai isme ciptaan mereka termasuklah sekularisme. Akhirnya fahaman ini diterima oleh umat Islam sebagai fahaman yang baik dan perlu dipertahankan.





Perkembangan Fahaman Ini Telah Berlaku Dalam Beberapa Saluran iaitu:

Saluran pendidikan
Sistem sekular diperkenalkan melalui sistem pendidikan yang diterapkan disekolah-sekolah Inggeris. Kelengkapan yang disediakan begitu sempurna dan kemudiannya pelajar-pelajar dihantar menyambung pelajaran ke Barat. Di sana mereka terdedah dengan gaya hidup Barat yang Sekular dan membawa budaya ini ke dalam kehidupan seharian mereka.

Saluran Media Massa
Melalui media massa, Barat telah mempengaruhi umat Islam. Mereka menyebarkan fahaman ini dengan pelbagai cara seperti menyebarkan pelbagai unsur-unsur jahat, ganas, seks, lucah dan lain-lain.

Saluran perundangan
Melalui sistem perundangan, pihak penjajah menukarkan sistem perundangan ini berjalan serentak dengan sekular. Sekularisme perundangan ini berjalan serentak dengan sekularisme prndidikan dan sekukarisme media massa.

Saluran Pemikiran
Orang Yahudi dan Kristian sejak dahulu lagi tidak henti-henti berusaha menentang Islam dan umatnya dengan pelbagai cara termasuk serangan senjata dan pemikiran. Adakalanya mereka berusaha mengkristiankan umat Islam. Disamping itu, ada juga usaha menyelewengkan umat Islam daripada ajaran Islam sebenar dengan mengemukakan istilah baru yang menarik seperti ‘pembaharuan’, ‘kemajuan’ dan ‘perubahan sosial’ supaya umat Islam terperangkap dengan istilah tersebut.




KAPITALISME

            Istilah Kapitalisme sering digunakan untuk memberi pengertian tentang bentuk pembangunan ekonomi yang bebas memiliki kebendaan secara peribadi dan bebas memiliki kebendaan secara peribadi dan bebas mencari keuntungan. Mereka juga bebas melakukan persaingan dalam usaha, juga untuk merebut pasaran.

            Hukum yang bersangkut dengan urusan hubungan manusia dengan Allah Ta’ala seperti solat, haji, puasa dan ibadat lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia seperti hukum nikah, mu’amalah, kehakiman, hukum berkait dengan orang yang bukan Islam, hukum antarabangsa, hukum berkait dengan pemerintahan negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keadilan
Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik Muslim atau tidak, ahli keluarga atau bukan keluarga

Kehakiman
Islam telah mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud Islam menentukan dalam hubungan permasalahan sesama manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang hak. Islam telah menetapkan bahawa kehakiman merupakan fardu di mana setiap hakim muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan Allah.

Negara
Dalam soal negara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun manusia sesama manusia dan hubungan jemaah dengan jemaah yang lain. Ketua negara dipilih dikalangan orang Islam sesuai dengan syarat-syarat seperti sifat qudwah dan amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan  syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

Akhlak
Islam amat mengambil berat tentang akhlak. Ambil beratnya Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat akhlak yang perlu dimiliki oleh orang yang beriman.

Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuatu dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi dalam Islam ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah.


‘ALAMIYAH

            Alamiyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga bermakna sesuai di semua tempat samada di kutub selatan atau di kurub utara atau di khatulistiwa dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman samada zaman Rasulullah atau zaman teknologi moden yang serba canggih ini sesuai sehingga ke hari kiamat.

Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara berikut:

Dharuriyat

            Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyat ini perlu untuk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan dan harta.

Hajiyyat

            Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.

Tahsiniyyat

            Iaitu perkara yang diperlukan manusia untuk hidup lebih mulia dimana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.

WAQI’IYAH

            Islam adalah realistik atau dengan kata lain ia adalah mithali dan berdasarkan kepada realiti. Ia terselamat dari sifat keterlaluan golongan yang terlalu ideal dan terselamat dari kecuaian dan pandangan mudah golongan yang terlalu realistik. Contohnya ibadah solah: solah ada yang difardukan dan ada yang disunatkan. Solah yang difardukan termasuk dalam kesempurnaan paling minima. Ini bererti bahawa untuk mencapai tingkat kesempurnaan paling minima dalam solah seseorang mestilah melakukan solah-solah fardu. Solat-solat sunat pula termasuk ke dalam kesempurnaan yang lebih tinggi.

INQILABIYYAH

            Menegakkan Islam atas keruntuhan Jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Kesimpulannya Islam tidak boleh berada bersama-sama dengan jahiliyyah /kemungkaran.

THABAT DAN MURUNNAH

            Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi pelaksanaan. Contohnya solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir begitu juga ketika sakit; solat boleh dilakukan secara duduk atau tidur.


KEWAJIBAN MENGHAYATI ISLAM

            Islam kini menghadapi cabaran hebat bukan sahaja musuh dari luar tetapi juga musuh dari kalangan mereka yang mengaku sebagai penganutnya. Tidak ganjil ia menghadapi cabaran kerana ia pernah dihadapi sejak ia dilahirkan. Walaubagaimanapun, yang ganjil ialah kerana kerjasama penganutnya dengan musuhnya. Itulah ujian pahit yang dihadapi oleh gerakan Islam dan para mujahidin sekarang dikepung dari segenap penjuru oleh musuh dan umat Islam berada dalam kebingungan dengan apa yang berlaku.

            Terdapat di kalangan umat Islam yang bertanya mengapa terdapat dikalangan umat Islam yang aktif di medan politik lebih daripada medan ibadat?Mereka ragu dengan kebangkitan harakah islamiyyah yang menyeluruh kononnya tiada hubungan dengan pengertian Islam dan organisasinya yang sedemikian rupa.

            Islam tidak pernah membezakan orang yang beribadat di masjid mengeluarkan air mata khusyuk dan tawaduk kepada Allah dan penulis yang mengalirkan dakwat penanya kerana Islam, juga peluh yang meleleh dan darah yang mengalir kerana menegakkan kalimah Allah. Al-Imam  Abdullah bin Al-Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang ber’iktikaf dengan meninggalkan tugas jihadnya:

“Wahai saudara yang sedang beribadat di tanah suci, kalau saudara melihat kami, saudara akan tahu bahawa saudara hanya bermain dengan ibadat, siapa yang pipinya berlumuran air mata maka leher kami berlumuran darah. Kalau kudamu penat di dalam kebatilan maka kuda kami akan penat di medan perang.”

            Sesungguhnya membezakan orang yang beri’tikaf di masjid dan yang berjuang menegakkan  masyarakat dan negara Islam dengan menyatakan bahawa orang yang pertama sebagai orang dakwah yang menghayati Islam dan kedua dipanggil orang politik berjuang untuk duniawi adalah perbezaan yang ditunjukkan oleh musuh Islam dan menunjukkan betapa jahilnya orang Islam yang terpengaruh dengan perbezaan itu.

            Tidakkah para rasul merupakan ahli ibadat yang sangat tekun disamping itu berjuang menentang thogut yang memerintah di zaman masing-masing? Tidakkah Saidina Abu Bakar yang menangis kerana taqwanya itulah yang melancarkan serangan hebat menentang orang yang murtad menentang negara Islam? Begitulah Islam dikelirukan sehingga terkeluar apa yang ada dan dikaitkan dengan apa yang tiada. Sebenarnya kita memerlukan penjelasan sebagai ad-deen dan memahami kewajiban menghayatinya.

            Kesimpulannya Islam adalah addeen (cara hidup) untuk dihayati dan dipraktikkan bukannya suatu teori yang boleh dicabar dan diuji kebenarannya. Sesungguhnya Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah.




PERBEZAAN AQIDAH DAN IDEOLOGI

            Aqidah dan ideologi adalah kepercayaan ataupun fahaman yang amat berbeza. Ideologi merupakan kepercayaan dan dasar hidup yang bersumberkan selain Al-Quran dan al-Hadith dan meninggalkan kesan yang merbahaya kepada manusia sama ada disedari atau tidak. Umat Islam perlu kenal dan tahu perbezaaan antara kedua-dua agar tidak terjebak ke kancah yanga tidak di redhai oleh Allah s.w.t.

            Aqidah Islam yang datang dari Allah pasti sempurna. Allah sebagai pencipta makhluk sudah tentu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaanNya. Sebaliknya, ideologi ciptaan manusia yang mempunyai banyak kekurangan pasti dilingkungi banyak kelemahan. Aqidah Islam sesuai bagi setiap masa dan tempat kerana ia bersandarkan kepada asas yang tepat iaitu Al-Quran dan Al-Hadith.

            Ia tidak berubah walau apa jua yang melanda dan tidak bertukar kerana peredaran zaman. Sementara itu, ideologi mudah berubah dan bertukar mengikut hawa nafsu manusia itu sendiri. Sebagai contoh, ideologi nasionalisme adalah kepercayaan yang tidak sesuai untuk seluruh umat manusia.

            Ideologi juga tidak merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia (politik, ekonomi, pendidikkan, akhlak dan lain-lain). Contohnya komunisme dan kapitalisma yang hanya menjurus kepada bidang ekonomi.

            Ideologi tidak mampu menjadi penyelamat umat berbanding dengan aqidah Islam. Terdapat ideologi yang menjaga kepentingan pemerintah dan ta’asub perkauman sehingga berlakunya penindasan terhadap sesame manusia serta terbukti di dalam sejarah berlakunya pergaduhan di kalangan umat manusia.


No comments:

Post a Comment