Friday 30 November 2012

emosi

Dengan Nama allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selamat pagi, semoga emosi bagus, perasaan bagus, hati tenang, otak lapang , jiwa terpantau ..... hari ini saya cuba sedaya upaya unutk melakarkan cerita mengenai emosi ... Ya emosi .... dan nak jugak tanya pada anda yang tak okey ? Anda yang rasa tak okey ke, kenapa ? Bangun bangun rasa terukk sangat, persaan macam digarit garit dengan garpu (betulker istilah tu .. hemm hentam je lah ^^ ) ... HATI ? hati macam dicucuk cucuk dengan lidi sate , KEPALA berdenyut denyut sungguh , EMOSI rasa tak stabil .. kenapa macam tu?
saya tanya anda jawab ! 

back to title ....  saya bukanlah seorang yang hebat untuk bercerita mengenai emosi dan bukanlah entri kali ini bertujuan untuk memeberi respon apatah lagi tips bagi mereka yang sedang bercelaru emosinya ... namun ada cerita yang ingin saya sandarkan di entri kali ini ... ianya berlaku di sekeliling kita sebenarnya ...... YES berlaku di sekeliling kita .... ada orang yang mampu menadahkan telinganya mendengar rintihan , keluhan , luahan rasa dari seorang manusia lalu memberi respon dengan penuh rasa dari hati ke hati , namun ada pula yang cepat bosan mendengar keluhan rasa sesiapa sahaja .... sekiranya duduk terasa bagai ingin cepat bangun meninggalkan serta mmbiarkan begitu sahaja keluhan dari seorang teman ada yang bisa mendengar dari bermulanya huruf A sehinggalah infiniti .... dan mampu merespon , memberi kata kata semangat , membangkitkan hatinya, emosinya, perasaanya hingga keceriaan terpancar diwajahnya kembali ... orang sebegini adalah orang yang HEBAT !!! SYABAS !!! 

Tinta sundus ingin bercerita ..... izinkan yer .....

----------------------------------------------

* setelah TS punch out card office nyer sudah pasti bukan rumah destinasi pertamanya disinggahi ..... perlu melunaskan appoinment bersama insan tersayang di satu tempat .... namun di tempat yang sama itu jugalah saya berada bersendirian selepas bersembang dengan yang tersayang ....... kemudian beralih ke satu sudut menemui teman teman yang lain berbicara tentang itu dan ini ..... dan mereka beransur pergi .... saya masih di satu sudut ... kemudian satu suara berbunyi .. lebih kurang gini bunyinya ....

hamba : kain solat kat mana ?
TS : menunjukkan arah 
hamba : tempat wudhu kat mana ?
TS : menunjukkan arah 

--------------------------------------------- dipendekkan cerita

saya meneruskan bersembang dengannya .... pada mulanya saya telah meletakkan dalam satu minda saya "kenapa dengan budak ni macam pelik jerr" ... namun terus sahaja meneruskan perbualan memang banyak dibualkan sehinggalah saya terlupa untuk bertaaruf dengannya ...

TS: siapa nama awak 
hamba : ********

saya dan dia meneruskan perbualan dengannya ...... dan teramat menghairankan saya apa yang dibualkan adalah luahan rasa hatinya ... emosinya perasaannya sedangakan saya tak pernah kenal dengannya .... dari masalah study [thesis] hinggalah masalah zakat , kerja part time sehinggalah masalah kehidupannya ....

sebenarnya hamba ini sudah laam berada berhampiran dengan kelompok kami sewaktu saya sedang rancak berbual bersama teman yang lain namun apabila mereka berlalu pergi dan saya tetap di sudut itu ... bermulalah perbualan saya dengannya ... [seperti diaolog di atas] ... 

hamba: saya tinggal di rumah sewa , part-time kat McDonald , zakat RM500 .. susah jugaklah wat part-time sambil belajar ... thesis repaeat dua kali depends pada SV .... SV nie susah la cikit 

------------------------------------------------------------ dipendekkan cerita 

walaupun saya menyedari emosinya tidak stabil ketika itu namun 

TS: awak kerja kat Mcdonald ? hemmm sekarang nie rancak perang antara israel dan umat islam dan sepatutnya kita kena BOIKOT .... kat sini banyak je tempat kerja kalau nak bekerja sambilan (sambil bagi contoh) 
hamba: ........... kat tempat kerja pun ada masalah gak 

*dalam hati saya dah terlintas dah sebenarnya kerja di tempat tempat begini memang solat susah dijaga ... melainkan tempat tu betul betul cakna dengan tanggungjawab dalam menunaikan rukun Islam yang kedua ...  [cuba rujuk balik dialog anatar saya dan dia yang pertama] ...

banyak perkara yang saya dan dia bualkan sambil melihat matanya hampir terisi dengan air mata ... saya cuba untuk memberi sedikit sentuhan rohani kenapa segala perkara yang dia lakukan dia nampak susah , study berkali kali repeat [memandangkan umurnya 27] ..... kehidupan serba tak kena kemudian saya tanya tentang solatnya ..... memang benarlah gerak hati saya ibadah 5 waktunya goyah ..... allahurabbi 

saya cuba memberikan sentuhan yang terbaik dan dia mengangguk tanda setuju dan dia juga merespon tentang keberkatan .... saya menerangkan padanya keberkatan akan hilang bilamana kita abaikan "punca pendapatan yang utama" yakni MENDIRIKAN SOLAT ....

kemudian dia bertanya 

hamba: kain solat ada jual kat mane yer yang murah ?
TS : bla...bla..bla [dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya fikirkan]

jadi saya meminta number telephone nyer ...... dengan tujuan saya nak menghadiahkan kain solat padanya nanti & senaskah tafsir al-quran .... 

* seruan allah untuk saya mengeluarkan sedikit rezeki dari gaji y bkl diterimadengan mempertemukan hamba tersebut dengan saya...moga allah masih memanjangkan usia saya untuk bertemu dengannya .... 

tujuan saya membuat entri kali ini adalah untuk muhasabah kita bersama apatah lagi jika anda bergelar seorang Da'ie ..... perlunya peranan kita dalam "menghadam" emosi mad'u yang ada di sekeliling kita sama ada kenal ataupun tidak ..... jangan biarkan mereka begitu .... dan buat kita semua jagalah "emosi" kita dalam IBADAH kepadaNya ... tunaikan yang wajib , namun jangan dilupakan yang sunat .... terganngunya emosi kita mungkin disebabkan eIBADAH kita yang tunggang langgang ... bersykurlah kerana Allah amsih panjangkan umur kita ... kerana dia masih menanti untuk hambaNya pulang ke jalan yang lurus , dengan taubat padaNya .. tidak dinafikan kadang kadang kita terasa nak je cepat pergi dari mendengar luahan yang terllau meleret namun percayalah sumbangannya amatlah besar kepada mereka yang memerlukan bantuan kita , mengingkan pendengar yang setia .....

* bukan niat saya untuk mendabik dada serta ingin menunjuk2x akan perkara yang hendak atau akan saya lakukan namun saya juga mengajak kepada pembaca pembaca yangdikasihi agar sama sama membantu mereka yang dalam kesusahan .......

~pantaulah emosi kita dengan air~

* jangan fikirkan yang menghalang lebih besar dari apa yang nak dicapai

minta maaf semua ... wallahu'alam ...



Wednesday 28 November 2012

Semanis cincau

Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang ....

tanpa malam purnama takkan indah..tanpa lapar nikmat makanan takkan terasa ... tanpa dahaga sejuknya dingin air takkan memberi banyak makna... begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan masalah kesusahan ..... 

memang benar tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnahnya .... Yang kita perlukan hanya kebajikan dalam menyikapinya ... Jika ketegaran yang kita bina , nikmat masalah akan terasa ... Jika keluhan yang kita bina sengsara masalah akan selalu bertambah ..... 

masalah datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki... Raikanlah dirimu seandainya masallah datang menjentik hati kita .. kerana masalah adalah salah satu pelajaran yang mengajar kita proses pendewasaan ... Benarkah andai saya kata tanpa masalah kita takkan pernah dewasa ? jika saya salah perbetulkan ......

kenapa air cincau saya letakkan gambar sebagai tajuk entry kali ? Air cincau itu saya ibaratkan satu permasalahan buat saya dimana saya memang bukan orang yang penggemar air cincau ... dari sekolah rendah hinggalah dewasa saya tak suka air cincau dek kerana baunya yang kurang enak .. namun di kaca mata orang lain , ianya air yang mempunyai haruman yang sungguh mengharumkan tapi tidak pada saya ..... Bila melihat orang menjual ABC dan seraya hati saya ingin menikmatinya terus menggerakkan kaki menuju ke gerai itu namun setibanya di kedai itu apa yang saya lakukan ?

--------------------------

TS :  makcik/pakcik saya nak ABC satu bungkus , saya tak nak sirap banyak (kadang kadang langsung xnak sebb nak susu cair lebih) , saya nak tu , saya nak nie (sambil tangan tunjuk ke arah aksesori ABC seperti , jagung , kacang merah , cendol dll ) , tapi saya tak nak ni .... ya saya tak nak yang INI .... INI yang saya maksudkan adalah agar agar cincau ..... 

Makcik/pakcik : okey ... sambil tangan memusingkan mesin ABC ........


---------------------------

begitulah perangai saya setiap kali membeli ABC sehingga dibawa bawa ke alam dewasa ..... ramai yang kata pada saya sungguh pelik perangai saya hakikatnya itulah diri saya .... Ada perkara yang kita rasa ianya memberi kesan pada kita dan adakalanya tidak ..... masud saya adalah bagi setengah orang sekiranya agar agar cincau itu diadunkan sekali dengan ABC ianya tidak memberi sebarang kesan , namun bagi orang yang tak suka macam saya ianya tetap memberi kesan kepada rasa ABC tersebut .... bilamana si penjual ABC terlupa lalu mencampurkan agar agar cincau itu ke dalam ABC apa yang saya akan buat ? adakah membuangnya lalu mengorder (bahasa rojak) yang baru ? sudah pastinya tidak .... jadi apa yang saya akan buat ? 

Saya tetap akan makan ABC itu juga tetapi ada syaratnya ..... syarat ? apa syaratnya ? saya cuba sedaya upaya untuk tidak mengambil cincau itu daripada masuk ke dalam sudu ..... dan menyesakkan saya.... dalam erti kata mudah saya cuba akan mengelakkan daripada mengambil cincau di dalam mangkuk itu....... kenapa saya tak suka cincau ? adakah kerana sifat fizikalnya berwarna kehitaman atau sifat rasanya yang tidak menyelerakan ? [jawapan seperti di atas] ....

apa kaitannya cincau dengan entri kali ini ?

ia ada perkaitannya dengan diri saya ..... dipendekkan cerita , semasa saya mengunjungi sebuah masjid yang amat terkenal di mana kaki saya berpijak sekarang deretan gerai yang dibuka sepanjang   laluan masjid tersebut , saya bersama sahabat sahabat menghadiri ke satu program pengisian rohani....berjalan bersama sahabat sahabat saya ... kemudian biasalah letih setelah "penat" mengikuti program rohani tersebut ... lalu sahabat saya singgah di satu kedai air dan membuka "peti" air yang berwarna keputihan itu dan mengambil sebotol air ...... Ya sebotol air ... Air apa ? Air cincau ..... saya tidak membeli air pada waktu tersebut ...... kemudian kami lepak di satu sudut sebelum pulang ke rumah kami menunggu sahabat yang lain .... dibukanya penutup botol lalu meneguk air tersebut dengan penuh beradab ...... 

tanpa diduga dia menghulurkan air cincau itu kepada saya ... saya cuba bertanya padanya dan kata yang saya tidak suka cincau dan tak makan cincau .. namun disebabkan saya malas nak berpatah balik ke gerai jualan air dan kebetulan masa tu juga saya mula rasa dahaga .... saya cuba untuk minum air tersebut .... apa yang saya rasa ?

Ya Allah sungguh nikmatnya rasa air cincau itu ...... saya dapat menerima aliran air ke dalam saluran tekak saya dan sampai ke perut =) dan pada saat itu , saya mulai "jatuh cinta" pada air tersebut dan sehingga sekarang saya mampu untuk menghabiskan sebotol air cincau yang fresh .....

[c & p ayat sebelumnya] " tanpa dahaga sejuknya dingin air takkan memberi banyak makna " ... disebabkan saya dahagalah pada waktu itu saya mampu untuk meminumnya walaupun bertahun tahun saya tak dapat untuk "menyuaikan" diri dengan cincau ...... dan akhirnya cincau itu memberi makna pada saya .... apa maknanya ? ia menghilangkan rasa kehausan ... 

sama juga dengan masalah , hakikatnya kita mampu menghadapi masalah , kita mampu mencari solusi untuk setiap permasalah cuma hanya moral diri kita sahaja yang ada kalanya mengatakan masalah itu sememangnya bermasalah buat diri kita ..... sama juga dengan kes saya dengan cincau ... saya xsuka cincau lebih lebih lagi kalau si penjual tersalah masukkan cincau itu ke dalam ABC ... namun nak tak nak saya tetap kena habiskan , saya akan cari jalan untuk tidak "mengaut" cincau itu ke dalam sudu ....... dan yang pastinya saya mampu menghabiskan ABC serta merasai nikmatnya ABC .... begitulah kehidupan kita sebagai hambaNya ..... 

"jalan yang lurus dan mulus takkan pernah menghasilkan pengemudi yang hebat...laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang tangguh....langit yang cerah takkan pernah menghasilkan pilot yang handal ...." 

jadi , di saat kita sedang menghadapi tekanan permasalahan , pada waktu yang sama ianya telah mengajar kita dalam proses pendewasaan samaada kita sedar ataupun tidak ....di situlah proses hidup akan dimulai ... maka sudah pastinya berbahgialah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi masalah tersebut dengan sungguh bijaknya  dan semestinya kita perlu bersandar akan keputusan Sang Khaliq yang Maha Mengetahui , Adil setelah tawakal dilakukan ............. 

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan " (al insyirah)

~ketika Allah campakkan masalah pada kita bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini..... ketika ditimpa musibah Allah menginginkan hambaNya dekat padaNya..Bila tiba kesusahan bererti Allah telah menyediakan kemudahan..Dibalik masalah ada proses pendewasaan , di balik musibah ada hikmahnya , dibalik kesusahan ada kemudahan ... LA TAHZAN INNALLAH HA MA'ANA ~

ketika masalah mendatangi kita jangan cepat untuk berasa keluh kesah , jangan memberontak akan keputusanNya apatah lagi mengatakan Allah tidak adil.... Namun mintalah padaNya seuntai kesabaran serta ketegaran dalam menghadapinya dan diberikan wasilayang terbaik bagi kita , dan selalulah mengharapkan agar Allah sentiasa memberi ganjaran pahala untuk kita ...... 

jadikanlah setiap permasalahan itu mempunyai rasa yang manis ..... semanis cincau ^^

_jom takluki masalah_ 

IKLAN SEKEJAP BOLEH ......

*****************

kalau cincau yang dahulunya memang tak makan ----------> makan namun !!!

* Yang Pastinya segala jenis ikan sungai and Laut (sikit sikit) saya tak bisa dan tak akan selamanya untuk makan .... pernah sesaje sembang dulu kala dengan my best FRIEND forever (my mum) ... lebih kurang gini dialognya 

TS : sedap ke ikan sungai .. nak makan pun macam tak lalu ..
emak : sedap la kot ... habistu kalau dapat suami yang suka makan ikan macam tu macam mana ?
TS : gluppp .... senang je dia nak makan dia kena beli yang dah siap .... nak suruh masakkan jugak boleh dia yang kena siangkan ... n dia yang kena rasa tawar , masin , manis juadah tu ....... hemmm tak sanggup nak merasa ..... 
emak : tapi kalau suami suruh kena buat gak kan  .... senyap .... 
TS : senyap .....

sorry yer tu my bakal yang tidak diketahui ....... kesian dan mungkin "xberuntung" si lelaki yang dapat isteri begini @^@  

  .... ikan sungai contoh Keli , Haruan dll ikan laut Pari Pari ... dia tidak boleh memaksa saya ..... 

*sambil menaip ada seorang staff di sini  yang sudahpun berumah tangga meluahkan perasaannya pada saya ... hanya mampu mendengar dan memberi respon dengan jiwa saya yang masih muda ini hehehe .... nampak gayanya kalau nak sambung master boleh apply bidang kaunselor pulak ...  hajat di hati ingin meneruskan dalam networking huhuhu .... Sesuai ker ? Layak ker ? ^^

my prinsip bila kita "terjun" ke dunia kanak kanak kita perlu layan mereka dan diri kita perlu menjadi kanak kanak ..... bila "terjun" ke dunia ibu ibu perlu memahami waqi' mereka ...... bila "terjun" ke dunia remaja ,dewasa perlu menyesuaikan diri dan perlu match dengan karakter mereka

Apa ape pun jadilah pendengar yang setia walaupun kita tidak mampu untuk menjadi penyelesai masalah ....

masih meneruskan misi untuk menyiapkan sistem yang sungguh penuh dengan coding coding yang serabut .... but its a unique language for computer users ...... moga dipermudahkan .......

minta maaf semua ...... assalamualaikum


     




Monday 26 November 2012

R.I.N.D.U itu ....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ...... 

Hari ini entah kenapa saya ingin menyuarakan hasrat saya melalui Tinta Sundus ini ..... Bila melihat gambar kaabah termenung sendirian , jauh berfikir masihkah ada waktu untuk diri ini menjejakkan kaki ke sana ..... rindu itu datang kembali ....... Allahurabbi .....

Namun saya percaya pada kuasa Allah swt segala niat yang baik akan dimakbulkan olehNya , akan ditunaikan buat hambaNya ... Dia bersifat maha pemalu ...... Yer pemalu ... Allah swt Malu seandainya apabila hambanya menadah tangan memohon doa (kebaikan) untuknya Dia malu untuk tidak memberi , memperkenankan doa hamba-hambaNya ..... Allah itu Maha Pemurah ..... Sebagai seorang hamba janganlah kita berasa sombong untuk berdoa padaNya .......

Selama saya hidup tertanam niat yang tinggi untuk sampai ke sana dalam usia yang muda , semasa Allah masih memberi kekuatan pada jasad , dan yang pastinya sebelum tertutupnya mata untuk selamanya ..... Allahurabbi ......

Saya yakin dan pastinya semua hamba Allah ingin menuju ke tempat ini jua ..... siapa tidak mahu kerana di situlah tempat yang paling Agung .... ceritanya tercatat dalam sejarah Islam ..... semestinya ingin merasai pengalaman yang tersendiri ke sana ....... Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui hasrat hati yang tertanam di balik jasad ini .....

Selama bernyawa hanya DUA kali sahaja Allah mengirimkan gambaran Kaabah ke dalam mimpi saya hanya DUA kali sahaja dan selepas itu sudah tiada lagi walaupun sentiasa mengharap agar ianya hadir ke dalam mimpi saya ..... sedih dan sangat sedih ... bila bangun sahaja dari mimpi terus mengalirkan air mata mengimbas kembali mimpi tersebut ..... Labbaikallah .... ........ namun meyakini akan Rezeki dari Allah swt ..... Hanya satu niat dan taget saya untuk tahun hadapan .....TARGET saya untuk tahun hadapan saya akan menjejakkan kaki ke sana ...... YES THAT IS MY TARGET, MY MISSION !!!  akan dan akan dengan izinNya meletakkan diri saya dalam kepanjangan waktu ..... moga moga Allah menjelmakan Kaabah buat kali seterusnya ke dalam mimpi saya mengharapkan untuk kali yang ketiga biarlah jasad saya berada di sana .... InsyaAllah ... bagaimana nak dapatkan duit sebanyak yang diperlukan ?? Hanya Allah sahaja yang mampu memberi rezeki kepada saya ...... mulai menabung tahun ini walaupun bermulanya dari sekeping syiling ..... insyaAllah tahun hadapan saya akan buat Umrah ... saya akan menggapai TARGET saya , saya perlu BERUSAHA ke arah itu ... mengembara seorang diri atau bersama yang tersayang terpulang pada Rezeki Allah swt 

Pernah suatu ketika dulu saya berborak kosong , bergurau "hyperbola" ^^ dengan my lovely and sporting mother  ..... lebih kurang bunyinya ......

-------------------------------------------------------------------

TS : emak adat orang khawin ni bila bagi hantaran standard je semua ada baju, tuala , kain sembayang , buah buahan , al quran , sirih la dll ..... 

Emak : kenapa kamu nak khawin nak suruh bakal suami bagi apa ?

TS : kan senang kalau dia bagi satu hantaran sahaja .... tak payah yang lain lain tu ...  kain solat dah ada , al-quran dah ada , kain pasang pun baju kurung dah banyak , tuala pun dah ada , sejadah pun dah ada kalau lah bagi benda benda macam tu .... kan senang je kalau si bakal suami angah tu bagi satu CHEQUE je atas tepak ...

Emak : Cheque apa ? 

TS : hahah cheque pergi ke umrah ..... (sambil gelak gelak)

Emak : amboi kaya sangat bakal suami tu ...... selok (bahasa kelantan) la bakal suami tu nak cari duit ... khawin lambat la jawapannya ........

TS : saje je la mak .... tak da la nak suruh dia bagi hadiah tu as hantaran kalau lah gitu ..... memang nak menangis la anak mak ni .........  mas khawin pun dah cukup emak kan ? 

tetiba mak sedara datang kemudian mak saya memberitahu kepada emak sedara saya tentang perkara yang dibualkan ..... kemudian

Emak : hemmmm betul gak apa yang anak aku kata xpyah hantar barang barang macam hantaran yang orang selalu buat membazir ...

mak sedara : a'a betul gak tu .... bla ... bla ... bla...

BUNYI SEPERTI DEMAND JE TS NI HAKIKATNYA BUKANLAH ITU YANG HENDAK DISAMPAIKAN 

(mereka menyambung perbualan...maklumla adik beradik) .... dan akhirnya Alhamdulillah mereka faham

* kepada bakal suami (yang saya sendiri tak tahu siapakh gerannya) jangan takut , gentar dengan statement dia atas ... sebenarnya perbincangan tu more kepada gurauan BERINTI .... gurauan yang ingin menyatakan bahawa jangan terlalu ikut adat tengok orang buat hantaran banyak kita pun nak buat banyak ..... cuma apa yang emak saya pesan kalau si bakal suami nak bagi hantaran sebegitu (seperti barang barang adat manusia) terimalah dan jangan menolak ........ itu sebagai hadiah ....  

apa yang nak sampaikan disini bukan berkenaan apa yang diborakkan antara saya dengan emak saya tetapi keinginan yang tinggi untuk menjejaki ke Baitullah dalam usia yang muda ..... ketika saraf masih kuat ... hanya Allah sahaja mengetahui perasaan diri saya .... air mata sering membasahi pipi bila mana bercerita tentang Kaabah ...... Sesungguhnya Engkau yang maha 'alim apa yang dirasai olehku .... 

" Ya Allah panjangkanlah umurku dalam kehidupan dunia ini ... janganlah engkau memejamkan mataku ketika mataku ini ingin melihat , merasa, mendekati Kaabah mu ... izinkanlah jasad ini dapat ke sana ..... melakukan Umrah , Haji .... izinklah diriku ini dapat merasai , dapat membyangkan kehidupan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar apabila di sana ... Sungguh betapa cemburunya diriku melihat hamba hambamu yang muda telah pun sampai ke sana ... Allahurabbi ... moga simpanan ku kini mampu menjadi bukit untuk melayakkan diriku ke sana....  moga moga ketidakhadiran Kaabah ke dalam mimpiku sehingga hari ini , daku mengharapkan padamu Ya Allah agar ianya bukan lagi hadir dalam bentuk fantasi tetapi dalam realistik .... sungguh diriku merindui yang teramat untuk kesana .... hadirkanlah suasana di sana dalam mimpiku .. sungguh itu mampu menyuntik semangatku , menggembirakan hatiku....  doakan saya teman teman dan saya juga mendoakan kalian juga ...amin Ya Rabbal 'aa lamin ... "

* janganlah kita sibuk untuk bermimpi kepada perkara perkara yang melaghakan , sibuk untuk mimpikan jodoh kita , sibuk untuk mimpikan perkara yang materialistik tetapi cubalah memohon kepada Allah swt untuk melihat KaabahNya , apatah lagi perkara yang susah dan hanya yang selayak layaknya bisa menerima iaitu bermimpikan untuk bertemu dengan RASULULLAH SAW .... Allahurabbi 

Sunday 18 November 2012

Semangat , Boikot dan Kefahaman

assalamualaikum...... beberapa minit yang lepas saya mendapat satu message dari orang yang tidak dikenali ..... apa yang dia bg ? jom sama sama kita baca ................... nice one ...... ^^

DI BAWAH NI SAYA COPY N PASTE JER jadi boleh la nak ke blog beliau nie dan nak jadi follower pun dialu alukan  =)

http://dakwahmakandalam.blogspot.com


Apabila isu Palestin kembali hangat, saya melihat suatu elemen yang perlu dimuhasabah dengan teliti iaitu semangat. Di kalangan kita sememangnya bersemangat apabila memperkatakan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Israel terhadap penduduk Palestin. Semuanya bernada semangat.

            Dalam kita bersemangat mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis tetapi pada masa yang orang yang sama juga menyuburkan lagi kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Israel. Ini boleh dilihat dengan jelas dalam persoalan usaha boikot.

"Memang tak guna betul rejim Zionis. Habis terkorban penduduk Palestin dibedil peluru berpandu," ucap seorang anak muda sambil meminum kopi di Restoran Starbuck.

"Tak berhati perut betul rejim Zionis. Anak kecil yang tidak berdosa pun turut dibom. Memang hati binatang betul. Teruk daripada binatang lagi," ucap  seorang gadis sambil mengunyah-ngunyah burger di Restoran McDonald.

Semangat Boikot

Bersemangat itu suatu yang bagus. Sebagai manusia, suatu semangat itu boleh dikatakan sebagai peledak kepada usaha yang besar. Namun, semangat itu mesti diluruskan dengan kefahaman yang jelas dari masa ke semasa.

"Dengar kata Mark Zuckernberg membekalkan dana kepada Israel. Jadi Facebook ni pun kena boikot juga ke?" soal salah seorang pengguna Facebook.

            Apabila saya melihat soalan ini wujud, maka saya memikirkan untuk menulis serba sedikit mengenai boikot supaya usaha boikot ini lebih menonjolkan kebijaksanaan umat Islam, menyentak kezaliman rejim Zionis dan terus istiqomah menjalankan usaha boikot. Untuk bahagian seterusnya, saya pecahkan fokus usaha boikot kepada 2 bahagian iaitu kehendak dan keperluan.

Antara Kehendak dan Keperluan

Kehendak : Antara produk yang boleh kita kategorikan sebagai kehendak adalah seperti McDonald, Nestle', Starbuck, Coca-cola dan seumpamanya yang kebanyakkannya berbentuk makanan dan minuman. Kalau tidak dapat beli pun, masih banyak lagi produk lain yang dapat dijadikan sebagai inisiatif seperti Radix Cola, Kopi Orang Kampung dan sebagainya yang mudah diperolehi di pasaran. Bukannya mati pun kalau sebulan tak dapat makan burger McDonald.

Keperluan : Antara produk yang boleh kita kategorikan sebagai keperluan adalah seperti Facebook, Google dan gajet-gajet elektronik yang lain. Ini memang sangat diperlukan untuk membolehkan kita mengakses maklumat yang berlaku mengenai umat Islam di seluruh dunia dan menjalankan usaha kesedaran terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam. Gunakan kembali teknologi yang mereka hasilkan ini untuk membina kekuatan di kalangan umat Islam. Janganlah pula menjadi teknologi mereka ini sebagai tempat untuk menyuburkan maksiat, lantas melemahkan lagi perjuangan umat Islam.

Elok kiranya kita merenung kembali surat Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqas :

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-sama mu (tentera Islam) supaya menjauhkan diri daripada maksiat. Kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi orang Islam pada kekuatannya.

Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka, jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak mereka.

*Semoga kita semua istiqomah menjalankan usaha boikot dan teruskan semangat kita asalkan dikukuhkan dengan kefahaman yang jelas dari masa ke semasa. Penulisan ini mungkin penuh dengan kelemahan. Tegurlah jika ada bahagian yang saya terlepas pandang.

Monday 12 November 2012

10 muwasafat Tarbiyah

alhamdulillah Ya Allah , engkau telah memberi ruang kepada diri saya untuk bertemu dengan sahabat yang lama yang sebaris dengan saya tatkala dulu .... hati terus jadi sayu bila mata bertentang mata .... sungguh xcukup sehari bersama sama ....... tatkala menerima message darinya , "nak datang tempat awak" ... gembira sangat sangat ...... dirancang untuk ke satu tempat bersamanya sebab itulah beliau sanggup ke sini namun perancangan Allah itu hebat daripada perancangan hambaNya ...... namun dia gagahi juga untuk turun ke sini ...... dan pada hari jumaat 9/11/2012 saya bergegas ke KTM untuk mengambilnya sewaktu solat jumaat .... 

dipendekkan cerita , kebetulan malam tu saya memenuhi jemputan untuk memberi sedikit pengisian kepada yang tersayang kerana Allah swt dengan kudrat yang ada saya gagahi ke sana dan membawa sahabat saya juga ke sana ...... kemudian di sana masih terdapat seorang sahabat saya yang sebaris juga dengan kami dulu kala membawa menaiki kancil yang banyak berjasa kepada tuannya ke satu tempat untuk melaksanakan qiam bersama .......

sampai di destinasi tersebut , sebelum melelapkan mata untuk bertemu dengan 1/3 malam kami bertiga bersembang di satu sudut yang ada di sekitar rumah Allah itu ..... kemudian hati tiba tiba ingin bertanya pada mereka berdua secara spontan....

sepanjang dialog antara kami bertiga [ayat telah dimanupulasi tetapi maksud yang sama]

S: apa kelemahan yang ada pada saya yang awak berdua nampak ?
An: memendam perasaan
Ad: menyokong statement dari An
S: blurr sekejap.....dalam hati saya semasa itu "sama juga seperti sahabat yang pernah bagitahu tentang kelemahan yang ada pada saya beberapa mingggggu yang lalu"
S: contohnya ?
An: suka pendam rasa kalau sakit still juga degil nak buat kerja ... kadang kadang nampak sebenarnya kat air muka tu [letih , sakit dll] walaupun buat buat ceria .... awak tak boleh nak sorok
Ad : A'ah betul betul
S : tersentap di situ (bukan terasa hati yer .... tersentap dalam berfikir).... dan cuba menafikan kata kata mereka .... saya terus membiarkan mereka berdua mengomen dan mengomel ... ^^
An: Ad apa dah yang 10 tu 
Ad: 10 muwasaffat tarbiyah .... 
An n Ad : kita tak boleh tinggalkan 10 muwasafat tarbiyah tu apa dah haaa yang part kesihatan
S : tersenyum melihat gelagat dia huh dah masuk bab 10 muwasaffat tarbiyah ni ..
An : kamu suka masak , suka bagi orang makan tapi xmkan untuk dirii sendiri ... satu hari wat kerje kadang kadang sampai tak makan nasi sepinggan sehari ..... ishhh 
S : melihat je dia membebel sebab dia suka membebel orangnya ... hehehe

* saya membiarkan mereka berdua terus mengomel dalam hati Allah je tahu (sungguh mencuit hati) .... pada masa yang sama ada gak perkara perkara lain yang kami berbincang bersama .....

apa yang nak sampaikan di sini bukan berkenaan kisah dialog saya di atas tetapi hakikat 10 muwasafat tarbiyah itu ........sebelum saya berkongsi berkenaan 10 muwasaffat tarbiyah , ada yang ingin saya sampaikan ....

selepas balik ke rumah untuk sertai satu program diri saya mula berfikir kembali kesemua statement daripada sahabat sahabat saya .... akhirnya terpaksa mengaku (monolog gak ngan diri sendiri) ..... kenapa ??? sebelum sahabat sahabat saya komen tentang perangai saya yang suka memendam rasa (pendam rasa yang tidak menimbulkan api kemarahan yer....) hakikatnya Allah terlebih dahulu mengirimkan satu mimpi untuk saya .... DIA menghantar seorang sahabat yang saya sendiri tak mengenali dirinya sepenuhnya hadir dalam mimpi saya .... siapakah orangnya ? biarlah menjadi rahsia ... hanya pemilik Nyawa saya yang tahu bak kata saudara saya Siti Nur Haliza BIARLAH RAHSIA ^^ ...... dalam mimpi tersebut dia pesan lebih kurang gini ayatnya "Buat kerja jangan melebihi kudrat" .... mimpi itu membuat saya sentiasa berfikir ....

PAPAN TANDA TS
memang benar mimpi itu adakalanya datang dari jentikan syaitan namun saya meyakini mimpi tersebut dari Allah swt ... macam mane ? depends bagaimana kita hendak meyakininya ..... =) ...

jadi bila difikirkan balik ad benarnya kata kata sahabat .... bukan saya nak jadi hipokrit tetapi tidak mengharapkan sahabt sahabat di sekeliling saya sukar untuk meminta pertolongan sari saya dan simpati  .... selagi anggota badan terutamanya kaki ini mampu digerakkan saya akan lakukan .... insyaAllah

cerita yang sebenar di sini apakah yang dimaksudkan dengan 10 muwasafat tarbiyah ?


10 muwasafat tarbiyah
 10 muwasaffat Tarbiyah 

Antara kesemua 10 muwasafat Tarbiyah .... saya hanya ingin menyentuh perihal point number 5 (seperti di gambar sebelah) ..... atau dalam bahasa Arabnya ialah Qowiyyul Jismi ..... sememangnya tidak boleh dinafikan setiap peribadi muslim perlu menjaga kekuatan jasmani atau dalam erti kata lain sihat tubuh badan .... kenapa perlu badan yang sihat ??

Allah swt menganugerahkan kita tubuh badan bukan untuk disia siakan apatah lagi untuk menggunakan ke arah kejahatan atau keburukan tapi Allah memberi kita sebujur tubuh badan untuk kita melkasanakan segala apa yang diperintahkanNya yang telah termaktub dalam Kalamnya ... yakni dengan mengerjakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat .....

lima rukun Islam yang dipelajari semenjak bangku sekolah perlu ditunaikan dengan menggerakkan seluruh anggota tubuh badan .... bahkan bukan sahaja persoalan rukun Islam hatta dalam perjuangan Islam pun menunut seorang individu muslim perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang sihat ...

Benarlah hadis Nabi yang membawa maksud : Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim). berdasarkan hadis Nabi , Baginda saw amat menegaskan kepada umatnya bahawa perlunya menjaga kesihatan diri untuk melahirkan kekuatan dalam dan diterjemahkan menerusi secara zahirnya ....

begitu jua ayat yang seringkali kita ungkapkan penceggahan lebih utama daripada mengubati ......  bermakna kita patut mengelakkan sebarang penyakit yang boleh membawa kemudaratan kepada kita .... sebagai contohnya kita sudah tahu bagaimana seseorang individu boleh terkena demam denggi jadi tak lain tak bukan cara penceggahannya adalah dengan memastikan tiadanya air yang bertakung di kawasan rumah ... jika tidak dan kita disyaki demam denggi sudah pastinya cara mengubatinya tak lain tak bukan dengan menghidangkan makanan mewah (masak ketam) untuk meneutralkan balik tahap darah ... [ape ape pun Allah yang Maha Memberi sembuhan] .... 

meskipun kita dalam keadaan sibuk sekalipun janganlah mengabaikan tanggungjawab untuk diri sendiri ... janganlah kita menzalimi diri kita sendiri ... perlunya penjagaan diri dan sememangnya tidak wajar seandainya individu muslim menganmil ringan perihal kesihatan .... 



P/S : entri kali ini adalah untuk muhasabah diri sendiri terutamanya tiada kena mengena sama ada yang masih hidup ataupun yang meninggal dunia ...

kepada sahabat saya yang suka membebel tu terima kasih atas bebelan tersebut .... insyaAllah akan disave kan dalam otak anugerah Allah ini ... tapi kalau dah jadi Tabiat si penulis memang begitu nak buat macam mane kan ??? hahahaha doakanla supaya dihadirkan seseorang yang betul betul mendisiplinkan diri ini dalam masalah ini.... saya tahu anda sedang membaca blog ini ^^

satu je yang saya nak kata saya sangat sayang akan ikatan ini .... sungguhpun lama tidak ketemu namun dirimu seolah olah boleh "membaca" apa yang sedang saya alami ... elektrik ukhwah yang mengalir dalam saluran merah {hyperbola qoute} ^^

sahabat .... dalam erti kata walaupun jauh dari pandangan namun jika seorang terasa sakit maka yang lain juga akan turut rasai ..... Syukur kepada Allah anugerah yang tak terhingga LOVE ALLAH SO MUCH .... 
 Ayuh sahabat sahabat kita sama sama CHECKLIST 10 muwasafat tarbiyah kita yang mana lompong bolehla kita isikan dengan cara yang betul ...

From SS


~syukur adalah memfungsikan anggota tubuh dengan sebaik baiknya selepas kita menjaganya supaya dapat berfungsi dengan baik. "Asysyukru huwa sharfu ni'am fima khuliqat lahu, wasti'maluha fima syuriat li-ajlihi (Syukur adalah mentranformasikan nikmat untuk memfungsikan nikmat untuk memfungsikan penciptaanya , lalu memanfaatkannya untk misi ia dicipta.....)" ~ 



alhamdu melahirkan alhamdu ..... Bersyukurlah dengan anggota badan yang dikurniakan dengan sihat wal afiat , jagalah ia dan gunakannya sebaik baik yang mungkin ..... 

_dalam kesyukuran ada kesyukuran_



SELAMAT MALAM DAN MINTA MAAF SEMUA 

Ya Allah kuatkanlah anggota tubuh badanku untuk melaksanakn perintahMu ..... Kuatkanlah dan paksakanlah kaki ku ini agar bisa bergerak mengikut haluan rabbaniMu  ....  










Thursday 8 November 2012

satu rasa , satu syukur

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ....

Alhamdulillah biiznillah hari ini Allah masih menguatkan lagi seluruh anggota pinjamanNya untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw... Allah masih menguatkan kaki yang kian hari kian 'kerapuhan' untuk meneruskan visi dan misi kesinambungan perjalanan para Anbiya' tetapi saya terus memaksa kaki untuk "lesap" ke sana ke mari bimbang mati dalam su'ul khatimah .... Mungkin hari esok tidak dapat diketemui lagi atau sebaliknya ..... Mengakui kesibukan yang ada kini menyukarkan saya untuk terus menulis berkongsi rasa bersama para pembaca yang saya kasihi kerana Allah swt .... Bila difikirkan inilah hakikat yang akan saya tempuhi untuk masa yang akan datang ..... dan sudah pastinya masa itu akan tiba tak lama lagi .... itupun seandainya Allah masih mentakdirkan kita untuk terus hidup di bumiNya selama hayat yang telah ditetapkan olehNya ..... 

wahai sahabat sahabat sekalian ,

alhamdu melahirkan alhamdu ....... dalam kesyukuran ada kesyukuran itulah hakikat kita sebagai seorang manusia yang menjadi hamba kepada Allah perlu menitipkan, melafazkan setiap yang dirasa dalam kehidupan seharian dengan penuh rasa kesyukuran .... kesyukuran juga tidak menjadi sesuatu kenikmatan sekiranya ia tidak dapat dirasai oleh hati insani .... mungkin mudah bagi kita untuk melafazkan rasa kesyukuran namun mungkin sukar untuk kita menterjemahkan perasaan syukur yang kita perolehi .... Dalam kenikmatan yang kita rasai , nikmat yang kita terima kadang kadang kenikmatan yang diberiNya menjadi diri kita lupa, alpa dan  adakala tersungkur dengan peranan syaitan yang sentiasa menghasut anak cucu Adam.... Itulah yang dikatakan oleh Allah swt yang diulang ulang ayat tersebut dalam surah ar-rahman yang bermaksud "maka nikmat mana yang kamu dustakan?" ... sungguh manusia apabila dicurahkan nikmat yang melimpah ruah ada yang gagal untuk mengawal segala turutan hawa nafsu ... namun ada juga yang berjaya menempuhinya ... Nikmat pemberianNya adakalanya menyergah hati kita untuk menguji tahap keimanan serta ketaqwaan kita padaNya ...... dengan Nikmat yang kita perolehi itulah menjadikan diri kita semakin jauh atau semakin dekat dengan Allah swt ......

Pembaca yang saya sayangi sekalian,

Kasih sayang Allah pada hambaNya tidak dapat digambarkan keana kasih sayangNya tidak sama sekali kasih sayang antara sesama manusia... MarahNya Allah pada kita juga tidak persis seperti marahnya seorang teman kepada temannya yang lain..Allah itu sungguh kaya dengan sifat kesempurnaanNya tetapi jauh di sudut hati manusia untuk mendekatkan diri padaNya ....

Berbicara tentang nikmat tidak boleh dinafikana akan kuantiti nikmat yang telah dianugerahkan olehNya buat hamba hambaNya sehinggakan sukar unutk dihitung kira..Saya yakin dan percaya jika ditanya kepada orang sekeliling kita tentang pandangan mereka tentang nikmat sudah pasti mereka akan menyatakan nikmat nikmat yang positif di mata mereka seperti nikmat diberi kesihatan yang baik , nikmat diberikan rezeki yang baik dan sebagainya namun sejauh manakah kta sedar bahawa perkara perkara yang memberi impak negaif kepada manusia juga merupakan satu nikmat ?

Seumpama ketika mana kita ditimpa miskin , saat kita jatuh sakit dan sewaktu dengannya... bukankah semua itu juga dikatakan nikmat dariNya ? Analoginya mudah seandainya kita ditimpa kesakitan lalu Allah ingin menguji hambanya sejauh mana kita mampu unutk melaksanakan ibadah kepadaNya dalam kondisi yang sakit tersebut ... Andai kita masih melaksanakannya maka sudah pasti kita sudah melepasi ujian dariNya lalu kita bersyukur kerana walau dalam keadaan sebegitu kita masih mampu untuk taat pada perintahNya.. Bukankah itu juga satu nikmat ? itulah yang dikatakan Nikmat yang diberikan oleh Allah swt kepada hambaNya disebalik kesakitan ....

kebetulan semalam bila saya online chat FB ada seorang hamba Allah " mem bizzzzzzz " di chat side.... Saya mengaku teramat jarang saya mengon kan chat side FB saya disebabkan hal hal tertentu...hamba Allah itu lalu bertanya kepada saya bahawa dia ada satu persoalan yang mana bagi saya untuk merungkaikan persoalannya adalah perlu dengan penyampaian hati yang ikhlas .... soalannya adalah lebih kurang begini "kenapa yer kita selalu pertikaikan takdir dan ujian Allah swt dan sering bersangka buruk dengan Allah swt" ..... perbualan memang agak panjang di situ sebab itu semalam saya memanjangkan on chat side FB .....

saya cuba untuk memberi satu penerangan dan satu solusi kepadanya dari sudut pandangan saya ... dan berdasarkan secetek ilmu yang ada di dada .... berbual panjang dengan beliau akhirnya jawapan yang saya berikan adalah berkenaan diri sendiri dan juga berbalik kepada perasaan syukur kepada sang Khaliq .....

cuba kita ukur indeks kesyukuran kita hari ini adakah kita sudah membuktikan rasa syukur kita padaNya ... sebagai contoh kita diberikan sesuatu ganjaran dari manusia dalam bentuk mata wang tanpa disangka sangka adakah dengan rezeki wang yang kita perolehi itu , kita menggunakan separuh atau menarik RM seringgit (contohnya) dari wang yang kita perolehi belanja kawan kawan kita minum , atau kita sedekahkan di masjid tatkala solat berjemaah di rumah Allah ? atau kita menggunakan sedikit mata nilaian wang tersebut untuk infak di jalan Allah ? itulah syukur yang harus kita amalkan melalui tindakan ... tetapi mentaliti manusia kini bila diberikan ketambahan dalam rezeki terutama dalam bentuk nilaian mata wang mereka bimbang andai memberi sedekah atau menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan mereka akan menjadi miskin bahkan papa kedana... Adakah dengan mempunyai fikiran sebegitu kita tidak meyakini akan firmanNya yang mengatakan bahawa :

Maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu : demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih...."

Yer kita perlu yakin dengan setiap bait kalamNya !!! jangan ragu ragu terhadap ayatNya itu ....

sahabat sahabat yang dikasihi sekalian,

Salah satu dari sifat salafussoleh adalah mereka merasakan diri mereka tidak pernah bersyukur ...iiatu melihat dengan mata hati mereka bahawa mereka tidak pernah mensyukuri nikmat Allah swt walau sebesar zarah ... kerana mereka melihat apa yang mereka syukuri itu adalah sedikit sahaja daripada nikmat yang Allah swt berikan sedangkan nikmatNya tidak akan habis terhitung ...... Allahurabbi .....

Terima kasih Allah kerana NerakaMu ..... pasti pembaca berasa jengkel dengan statement ini [barangkali] .... bila mana kita sentiasa menyebut akan NerakaNya sudah pasti kita akan sentiasa berjaga jaga , berwaspada dalam segala tindak tanduk kita ... secara ringkas saya memberi perumapamaan ringkas .... anda seorang pemandu kereta , ditengah kehujanan anda membawa kereta penuh berhati hati , 500 meter dari kereta anda , anda melihat sign board yang memberi isyarat pada kita Bonggol dihadapan , Awas selekoh tajam dan sebagainya .... apa tindakan anda untuk berhadapan dengan  sign board itu ... sudah pastinya anda akan memperlahankan kereta supaya kereta anda tidak "melompat tinggi" ketika melalui bonggol tersebut betul kan ? jadi itulah yang ingin saya sampaikan bahawa bila kita sering memikirkan tentang neraka kita akan mengelakkan diri daripada menjunamkan diri ke lembah yang bahaya yang semestinya kita sudah  membayangkan akan siksanya ...........

Teringat kata As-syibli "Syukur itu adalah dengan sentiasa memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatNya"

kata Al Junaid pula "Syukur itu hendaklah kamu melihat bahawa sebenarnya kamu tidak layak menerima nikmat"

Ya Allah sungguh tinggi nilai syukur yang perlu diterapkan dalam sanubari ...... susah untuk beramala dengan syukur tetapi gapailah serta usahakanlah tindakan kita bersama dalam membuktikan rasa kesyukran kita .....

Syukur kerana Allah swt menganugerahkan anggota badan dan berfungsi dengan sempurna lahirkan dengan sifat gerakkan anggota kaki ke masjid , gerakkan anggota tangan sentiasa bersedekah dan seumpamanya jangan bilamana Allah menarik nikmat itu sedikit demi sedikt lalu kita berkata "kalaulah dulu aku ......." .... tidak boleh sama sekali kita berkata "Kalau" .....

Gunalah peluang dan ruang yang ada semasa waktu sihat ini tidak kira siapa pun kita , tinggi mana darjat kita jangan lupa untuk membuktikan rasa syukr dengan bertindak dan beramal .......

IKLAN SEDIKIT ...... ^^

 

sepanjang berada di sini / hidup tak pernah nak makan nasi arab .... tetiba khusyuk memprogramming system dengan kepeningan melihat coding then  staff masuk dan tanye dah makan belum ... so tak kan la nak menipu dan hakikatnya memang saya tak keluar lunch bila waktu rehat kebiasaan malam baru "jumpa" nasi sepinggan [total up pagi hingga ke malam] ... jadi dia beri pada saya nasi tersebut {sesungguhnya staff disini teramat sporting dan menghormati saya especially staff lelaki yang sama taraf umur dengan saya } .... bila balik ke rumah biasalah orang jakun macam saya yang tak pernah makan nasi "pelik" sebegitu terkejut gak tengok isi dalam tupperware tu .... bila buka dalam hati "emm macam mana nak makan nasi nih " .... nak tahu apa yang ada kat dalam tu ? sup , sambal [u cecah ayam barangkali] , ayam bakar warna merah sikit , lada besar , asam limau , dan roti arab .... jadi saya pun perah la semua limau nipis y diberi dan pakai hentam makan nasi tersebut .... akhirnya "hidangan" sardin di rumah y disediakan by sahabat saya lagi menyelerakan berbanding nasi arab ini .... jadi conclusionnya ... x leh sambung pengajian kat tanah arab nampak gayanyer ... heheh ... Apa ape pun tetap bersyukur rezeki dapat merasa nasi arab ...

P/S  : iklan itu hanyalah sekadar iklan .....

sahabatku TOSHIBA

Apa yang saya sampaikan ini mungkin ada dikalangan pembaca yang tidak menyetujui terpulanglah kerana ini hanyalah pendapat saya sahaja dan sedikit ilmu yang dibaca ...... jadi marilah kita sama sama tingkatkan frekuensi kesyukuran kita dan lonjakkan indeks tindakan ke atas rasa syukur tersebut insyaAllah mudah mudahan kita dirahmatiNya .....

akhir kalam saya ucapkan dengan lafaz astaghfirullah dan mohon maaf ......