HADITH / AYAT HAFAZAN
- HADITH 34 IMAM AN NAWAWI
- SURAH AL AHZAB AYAT 21
PENGERTIAN AMAR MA’RUF NAHI
MUNGKAR
Amar ma’ruf nahi mungkar adalah proses menyeru atau memanggil,memerintah
atau menyuruh kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan iaitu
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, termasuk juga kerja yang dilaksana untuk
memperbaiki masyarakat.
Menegah atau
melarang dari kejahatan yang dilarang oleh Allah yang terkandung di dalam
Al-Quran dan as-Sunnah.
Amar ma’ruf tidak hanya menuntut kepada seruan semata-mata atau menyuruh
melaksanakan kebaikan sahaja. Ia juga menuntut kepada larangan atau cegahan dan
tegahan daripada melakukan keburukan dan kejahatan. Sekiranya salah satu di
tinggalkan, maka akan pincang dan rapuhlah dakwah.
Memerintah dan
melarang merupakan fitrah yang terdapat dalam jiwa manusia. Sekalipun
seseorang itu hidup sendiri dan terpisah daripada manusia lain. Dalam jiwanya
tetap ada perasaan memerintah dan melarang. Tidak kira mereka memerintahkan
yang ma’aruf dan melarangkan yang mungkar atau sebaliknya iaitu memerintahkan
yang mungkar dan melarang yang ma’aruf. Atau mereka memrintahkan kedua-duanya
dan melarang kedua-duanya. Oleh itu dikatakan:
“jiwamu jika tidak disibukkan dengan
kebaikan maka akan sibuklah dirimu dengan kemungkaran kejahatan”
DALIL-DALIL AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR
Firman Allah;
Maksudnya : “ kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan
untuk umat manusia. Menyuruh kepada ma’aruf dan mencegah daripada yang mungkar
dan beriman kepada Allah…”
(Ali-Imran 3:110)
Firman Allah S.W.T lagi :
Maksudnya : “dan orang yang beriman lelaki dan perempuan
sebahagian daripada mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka
menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah daripada yang mungkar…”
(At-Taubah 9:71)
Hal ini amat berbeza sekali
dengan sikap orang-orang munafiq. Diceritakan di dalam Al-Quran:
Maksudnya: “ Orang munafik lelaki dan perempuan,
sebahagian mereka dengan seahagian yang lain adalah sama. Mereka menyuruh
berbuat mungkar dan melarang berbuat ma’aruf…”
(At-Taubah 9:67)
Sabda Rasulullah S.A.W
dalam hadithnya yang masyur :
Maksudnya : “ barangsiapa di kalangan kamu melihat
(menyaksikan) kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya,
kalau tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya. Jika tidak mampu ubahlah dengan
hati. Dan itulah selemah-lemah iaman.”
AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR
Melaksanakan
amar ma’aruf nahi mungkar dan mencegah kemungkaran adalah satu fardhu kifayah.
Sekiranya telah ada di dalam sesuatu golongan itu mereka yang melaksanakan amar
ma’aruf maka tanggungjawab amar ma’aruf telah terlepas dan gugurlah dosa
sebahagian mukmin yang lain. Sekiranya tidak ada langsung mereka yang
melaksanakan amar ma’aruf maka dosa maksiat tersebut akan ditanggung oleh
semua.
Namun begitu,
apabila terlihat kemungkaran berlaku di depan mata, maka hendaklah segera mengubah
(mencegah) samada dengan tangan, lidah, atau hati.
KAEDAH-KAEDAH AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR
·
Hendaklah orang yang ingin
melaksanakan amar ma’aruf dan nahi mungkar itu memahami apakah yang dikatakan
dengan amar ma’aruf dan nahi mungkar.
·
Bersikap, lemah
lembut atau berkeras memberikan amaran mengikut keadaan (tarhi, targhib da
ta’adi)
·
Memikirkan
tentang keaikan dan keurukan hasil daripada perlaksanan amar ma’aruf dan nahi
mungkar.
·
Melihat dan memerhatikan keadaan mad’u
(orang yang ingin di dakwah)
SYARAT YANG MEMERLUKAN AMAR MA’ARUF DAN NAHI MUNGKAR
- Hendaklah
perkara yang dilarang itu bercanggah dengan syariat Islam. Tidak hanya
terhadap dosa-dosa besar tetapi juga kepada perkara-perkara dosa kecil
yang menjurus kepada akhlak yang buruk.
- Hendaklah kemungkaran itu dilakukan terang-terangan
dan bukannya di ketahui melalui intipan. Contohnya pensabitan hukuman zina
dalam Islam.
- Hendaklah
kemungkaran yang dilakukan itu dalam perkara-perkara yang jelas mungkarnya
dan hukumnya dan disepakati oleh Ijma’ ulama’. Bukan pada perkara-perkara
yang diijtihad hukumnya.
TAHAP-TAHAP CEGAHAN KEMUNGKARAN
TAHAP PERTAMA: Sekadar memberikan peringatan
kerana mungkin dia orang yang
tidak tahu.
TAHAP KEDUA: Mencegah kemungkaran dan memberikan
azab dan seksaan Allah
yang terdapat di dalam
Al-Quran dan As-Sunnah.
TAHAP KETIGA: menggunakan kekerasan dalam
mencegah kemungkaran. Ini
dilakukan apabila
cara lembut tidak memerikan apa-apa kesan
tehadap yang di tegur.
CIRI-CIRI PETUGAS AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR
- Berilmu
- Wara’
- Berakhlak
dengan akhlak yang mulia.
AKIBAT MENINGGALKAN AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR
Banyaknya kezaliman
Telah
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Zainab binti Jahsy radiallahu ‘anha, bahawa Nabi
s.a.w pada suatu hari bangun dalam keadaan terkejut daripada tidurnya sambil
mengatakan:
Maksudnya : “ laa ilaaha illallah,
celakalah orang Arab dan kejahatan yang telah dekat. Sekarang telah teruka di
antara penghalang ya’juj da Ma’juj seperti ini –beliau memisahkan antara dua
jari-jarinya antara telunjuk dan iu jari. Kemudian Zainab radiallahuanha
berkata kepada baginda, maksudnya: “ wahai Rasulullah, apakah kita dibinasakan
sedangkan dikalangan kita ada orang yang salih? “ Baginda menjawab : “Ya!
Apabila kekejian sudah banyak” “Bagaimanakah banyaknya kekejian itu?”
“Sesungguhnya kemungkaran apabila telah dilakukan secara terang-terangan dalam
sesebuah masyarakat, dan tidak ada orang yang mencegahnya maka kemungkaran
tersebut akan menjadi semakin kukuh dan bermaharajalela”
(Bukhari dan
Muslim)
Banyaknya
kekejian memberikan Isyarat akan datangnya azab Ilahi secara umum.
Hal tersebut sebagaimana
yang telah ditunjukkan olah hadith yang riwayatkan oleh Zainab yang telah
disebutkan di atas untuk dinukilkan daripada kelompok sahabat. Hal tersebut
menunjukkan prihatinnya Nabi s.a.w terhadap masalah ini.
Imam Malik telah memberikan
bab khusus tentang masalah ini dalam kitabnya Al-Muwatta’ yang diberi nama,
(bab tentang azab secara umum kerana amalan orang tertentu). Dan di bawah judul
tersebut beliau mencantumkan athar daripada Umar b. Abdul Aziz iaitu ucapan
beliau:
Katanya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab
masyarakat secara umum kerana perbuatan orang-orang tertentu. Akan tetapi apabila kemungkaran dilakukan secara
terang-terangan semuanya berhak menerima azab”
( Al- Muwatta’)
Perselisihan dan pertentangan
Sesungguhnya
antara akibat yang paling dasyat yang akan menimpa masyarakat yang mengaaikan
amar ma’aruf nahi mungkar ialah berubahnya golongan masyarakat tersebut kepada
kelompok-kelompok yang saling bertentangan kerana menurut hawa nafsu. Akhirnya
terjadilah perselisihan dan pertentangan.
Berkuasanya musuh
Allah S.W.T
kadangkala menguji masyarakat yang mengabaikan amar ma’aruf nahi mungkar dengan
menganugerahkan kuasa keatas diluar daripada kalangan mereka. Mereka disakiti dan
gadis-gadis mereka diperkosa. Adakalanya harta milik mereka dirampas dan
dilakukan sesuka hati oleh musuh tersebut.
Kaum muslimin dalam
sejarahnya telah diberi contoh tentang hal tersebut. Barangkali antaranya ialah
apa yang telah terjadi kaum muslimin di Andalus (sepanyol) di mana keperkasaan
dan kekuatannya telah berubah. Di saat kemungkaran bermaharajalela di tengah-tengah
mereka dan tidak ada orang yang mencegahnya akhirnya mereka menjadi hina,
direndah-rendahkan dan dihinakan oleh orang Nasrani, sehinggakan raja dan
pemimipinnya dijual di pasar abdi, sambil menangis seperti yang dikatakan oleh
seorang penyair :
‘seandainya engkau menyaksikan
tangisan mereka di saat dijual, pasti hatimu akan sedih dan pedih’
Hal yang serupa
juga berlaku di Palestin. Bagaimana Yahudi membuli kaum muslimin. Pembunuhan
dan pengusiran yang dilakukan oleh mereka terhadap kaum muslimin sehingga
Palestin menjadi seperti Andalus. Bahkan lebih daripada itu, ia hilang daripada
paparan peta dunia.
Tidak termakbulnya doa
Manusia hanya
berlindung kepada Allah disaat ditimpa musibah.mereka memohon kepada Allah agar
menghilangkan kesusahan yang dideritainya sehinggakan orang musyrik pun
melakukan hal tersebut. Perbuatan
begini hampirlah dengan perbuatan Fir’aun ketika ditenggelamkan di tengah laut
merah.
Krisis
ekonomi
Krisis ekonomi telah
melanda masyarakat yang mengabaikan amar ma’aruf nahi mungkar. Kemiskinan
bertambah dan ini membuatkan mereka mangalami mala petaka sehingga sukar untuk
mereka mencari rezeki.
Tenggelam
dalam syahwat
Meninggalkan amar ma’aruf
nahi mungkar boleh mengakibatkan
terjerumus ke dalam syahwat dan tenggelam ke dalamnya. Demikianlah
keadaannya, menjadikan manusia terpaut dengan dunia, berjiwa lemah dan tidak
berdaya.
Mengabaikan
persiapan
Baik persiapan mental dan
kekuatan hati dan kebranian atau persiapan fizikal untuk menghadapi musuh.
Sesungguhnya yang melakukan persiapan dengan baik hanyalah orang yang
berkemampuan tinggi, dan berpaling daripada hal-hal yang hina. Adapun mereka
yang tenggelam dalam lautan syahwat tidak akan mampu terhadap hal tersebut.
Bahkan sekadar ucapan tentang perang sahaja sudah menakutkan bagi mereka
apalagi kalau terlibat dalam kancah peperangan.
Tempat
rujukan bagi umat sudah mula berubah
No comments:
Post a Comment