AQIDAH ISLAMIYAH
Selepas kita mengenali Apa Itu Usrah, sekarang kita beralih ke topik yang paling penting yang perlu ada pada setiap seorang muslim.Aqidah adalah sangat penting dalam aspek kehidupan ibarat ia adalah lilin yang akan memberikan cahaya disegenap ruang.tanpa Aqidah sesatlah manusia itu...
HADIS 4 40
HADITH TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN INI DIPETIK DARI BUKU YANG TELAH DI SUSUN
OLEH ABU ALI AL BANJARI AN NADWI (AHMAD FAHMI ZAMZAM
ILMU AGAMA AKAN
BERANSUR-ANSUR HILANG
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr
bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,
"Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu
dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang
ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila
pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim
Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu
pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah
tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim
ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu
saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama.
Maka pada masa itu
sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan.
Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah
yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini.
Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang
menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana
bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula
tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah
agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak
mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih
keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh
itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
PENGERTIAN AQIDAH
Aqidah berasal daripada perkataan Arab ( عقد )
yang bermaksud ikatan atau seperti tali. Biasanya ikatan atau simpulan ini
berlaku pada benda yang dapat di rasai seperti tali. Tetapi perkataan seperti
ini juga dapat digunakan pada benda yang ma’nawi. Dari segi maksud ini lahirlah
perkataan aqidah iaitu ikatan atau simpulan ma’nawi yang terkhusus dalam
kepercayaan. Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan
tersimpul erat dalam hati terhadap sesuatu perkara yang benar dan hak sehingga
tidak mungkin tercerai atau terurai.
Fahaman praktikalnya: Aqidah merupakan perjanjian
keimanan yang kuat di antara manusia dengan pencipta-Nya. Aqidah Islam
sahajalah yang benar dan betul, manakala yang lain adalah palsu dan batil.
Konsep aqidah yang sebenarnya seperti yang dijelaskan inilah yag di istilah
oleh Islam.
UNSUR-UNSUR PEMBENTUKKAN
AQIDAH
Sarjana Islam berpendapat bahawa unsur-unsur pembentukkan
aqidah terdiri daripada :
o
Unsur aqal atau
pemikiran
o
Unsur iradah
atau daya pemikiran.
o
Unsur wujdan
atau perasan.
Ketiga-tiga unsur ini saling bertalian erat dan kuat.
Kesempurnaan aqidah adalah daripada keteguhan dan keutuhan simpulan jiwa.
Keutuhan dan keteguhan pula tidak wujud melainkan ia terbentuk daripada jalinan
yang erat antara ketiga-tiga aspek penting ini yang juga merupakan tiga daya
kekuatan dalam diri manusia. Melalui proses ketiga-tiga unsur tadi yang
terjalin dan searah jalan tanpa ada pertentangan; iaitu pembuktian dan
kelogikan akal, kerelaan hati serta kehangatan perasaan dapat melahirkan aqidah
yang sempurna yang akan membentuk kesempurnaan peribadi atau sahsiahnya dan
menjadi kompas pengarah atau pembentuk corak dan warna hidupnya samada dalam
lingkungan individu, mahupun dalam lingkungan keluarga ataupun dalam lingkungan
kemasyarakatan yang lebih besar.
Hakikatnya, ciri-ciri aqidah tidak memadai hanya berada di atas permukaan
akal atau intelek, demikian juga tidak cukup berada di atas penerimaan dan
pengakuan sahaja tetapi perlu mengisi dan menyerapi setiap ruang diri dan
jiwanya sehingga sebati dengan perasaan dan sentimen yang sihat.
AQIDAH PEMBENTUK PERIBADI
Aqidah Islamiyyah dapat membentuk nilai akhlak dan
peribadi ynag mencorak dan mewarnakan amalan dan perbuatan Muslim. Sebagaimana
acuan dapat membentuk dan mencorakkan kandungannya, maka demikianlah akhlak
dapat membentuk individu yang mengambilnya agar menepati hakikat dan tabiat
keinsanan yang tulen seperti kehendak Allah. Jelasnya, akhlak dapat membentuk
sifat-sifat naluri muslim, akal fikirannya, iradahnya dan perasaannya.
Aqidah
Islam adalah bersumberkan ketuhanan atau merupakan aqidah Rabbaniyyah yang
tetap, sempurna dan menyeluruh. Hanya aqidah yang kukuh sahaja yang dapat
membentuk manusia yang kukuh dan teguh. Kekukuhan dan keteguhan aqidah inilah
yang menjadi sumber kekuatan Islam; kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya
yang menjadi asas kekuatan jasmaninya.
CIRI-CIRI AQIDAH
Aqidah
Islam mengandungi ciri-ciri atau rukun-rukunnya yang asas. Ciri-ciri tersebut
dapat disimpulkan kepada tiga :
Ma’rifatullah (Mengenali Allah)
Mengenali
dan mengetahui serta beriman dengan Allah s.w.t, nama-namaNya yang mulia serta
sifat-sifatNya yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita
meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang
ada di alam ini.
Ma’rifaturrasul (Mengenali Rasul)
Mengenali dan mempercayai
Rasul-Rasul yang di pilih oleh Allah untuk menerima wahyu dan menyampaikan
syariatNya serta menjadi pembimbing dan memimpin seluruh makhluk menuju jalan
kepada jalan yang hak dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama Islam.
Ma’rifahtul Ba’thi (Mengenali Hari Kebangkitan)
Mengetahui
dan mempercayai tentang Hari Kebangkitan iaitu hari di mana manusia di
bangunkan dari kubur masing-masing (di hidupkan sesudah mati), di kumpulkan dan
di hisab segala amalan sama ada baik atau buruk untuk di berikan balasn pahala
atau siksaan dan di sana juga ada sirat
al mustaqim, syurga dan neraka.
KEISTIMEWAAN AQIDAH ISLAM
Aqidah
Islam ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang mana ia membuktikan
kesucian dan keluhurannya :
1. Aqidah Yang Menyeluruh
Aqidah Islamiyyah ialah aqidah yang menyeluruh dan
merangkumi kedua-dua unsur kejadian manusia; rohani dan jasmani. Ia tidak
menerima perubahan dan perkembangan tidak ada permulaan dan akhiran dan
mengakui persambungan dan kelangsungan kehidupan selepas mati iaitu kehidupan
akhirat.
2. Aqidah Yang Kekal
Aqidah Islam kekal kerana tidak berubah di sebabkan
perubahan keadaan dan zaman. Ini berbeza dengan ideology yang berasaskan dasar
yang lemah dan luntur.Contohnya ideologi yang berasakan kebendaan dan perkauman
yang menjadikan kebendaan dan perkauman sebagai asas dan dasar kehidupan.
3. Aqidah Yang Sesuai Sepanjang Masa
Aqidah
yang bersifat kekal sepanjang masa.
4. Aqidah Islam aqidah yang praktikal.
Aqidah Islam bukan hanya bersifat aqliah yang dapat di
terima oleh akal tetapi juga pada wakttu yang sama adalah bersifat nafsiyyah dan kejiwaan dan amaliyah.
Keimanan kepada Allah dan hari akhirat bukan hanya suatu
teori yang benar yang boleh di bincangkan tetapi yang telah bertapak dan sebati
dalam hati. Aqidah yang sedemikian akan menjadikan tenaga penggerak untuk
membebaskan dan menyelamatkan umat manusia.
5. Aqidah Islam penyusun hidup.
Aqidah diibaratkan seperti akar yang mencengkam erat tanah..seandainya kita memilih untuk menjadi akar serabut maka mudahlah musuh Allah memusnahkan benteng sekelip mata NAMUN seaindainya kita memilih untuk mempunyai akar Tunjang seperti gambar disebelah sudah tentu ianya menyukarkan pihak musuh dari memusnahkan benteng pertahanan...Moga AQIDAH kita sekuat AKAR TUNJANG yang mencengkam erat tanah....
No comments:
Post a Comment