Monday, 21 November 2011

SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA


SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA



PENGERTIAN SYAHADAH

Pengertian dan pengiktirafan tidak akan terhasil melainkan dengan mengucap dan melafazkan kalimah syahadah yang bermaksud:

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Syahadah bererti pengetahuan,penerangan,pengkhabaran dan pernyataan. Orang yang bersyahadah dipanggil bersaksi kerana dia mengkhabarkan dan memberitahu apa yang diketahui olehnya. Kalimah syahadah juga mengandungi perkataan ikrar, iktiraf dan iktikad iaitu pengakuan, pengiktirafan, dan kepercayaan. Seseorang yang bersyahadah memang mempercayai kebenaran apa yang dikhabarkannya. Orang yang bersyahadah ini hendaklah yakin kepada Allah dan Rasul-Nya serta yakin segala pengajaran dan peraturan yang disampaikan melalui Al-Quran dan Al-Hadith adalah betul dan benar. Seseorang yang bersyahadah juga hendaklah tunduk dan patuh kepada kehendak syariat dan tuntutannya kerana syahadah itu menuntut melaksanakan tuntutan-tuntutanya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN SYAHADAH

Syahadah yang diucapkan hasil daripada kesedaran dan keikhlasan melahirkan tauhid yang berfungsi untuk mendesak pengucapnya supaya melaksanakan segala tuntutan syahadah tersebut. Di antara tuntutan syahadah ialah:




Membenarkan segala yang datang dari Allah dan Rasul-NYA

Seseorang mu’min wajib percaya tanpa ragu dan syak segala yang datang dari Allah dan Rasul-NYA terkandung di dalam Al-Quran atau Al-Hadith. Seterusnya mereka percaya bahawa segala yang bukan dari Allah dan Rasul-NYA yang bercanggah dengan Islam adalah palsu.
Firman Allah s.w.t :
فما يكذ بك بعد بالدين   اليس الله باحكم الحاكمين
Maksudnya: “ Maka apa pula yang menjadikan engkau pendusta (bercakap tidak benar)berkenaan dengan hari pembalasan sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari) itu? Bukanlah Allah (yang demikian kekuasaan-NYA) seadil-adil hakim”.
                                                                                                                        (At-Tin 95:7-8)

Taat kepada Allah dan Rasul-NYA

Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-NYA tunduk dan patuh kepada perintah kedua-duanya dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan amalan harian supaya sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith.
Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: “Sesiapa yang taat  kepada Rasul maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling  (ingkar) maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad) kerana Kami tidak mengutuskan engkau untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan”).
(An-Nisa 4: 80)

 Melakukan Amar makruf dan nahi Mungkar

Salah satu tuntutan syahadah ialah menjalankan tugas dakwah mengajak diri dan orang lain melakukan kebaikan dan mencegah perkara mungkar.
Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: “ Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan(kuasa) kamu, jika tidak mampu maka cegahlah dengan lidah dan jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati dan demikian itu (cegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman”.

Memberi wala’ kepada orang mu’min dan menolak orang kafir

Seseorang mu’min wajib memberi wala’ (kepatuhannya) kepada sesama saudaranya, yang mu’min dan menolak wala’ orang kafir.
Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasulullah serta orang yang beriman ,yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka ruku’ (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-NYA serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (dia mendapat kemenangan) kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.”
(Al Maidah : 55-56)

Melaksanakan Hukum-hukum dari kitab Allah dan Rasul-NYA

Semua hukum dan peraturan Allah dan Rasul-NYA yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadith mesti dilaksanakan dalam semua urusan hidup, samada urusan ibadah,politik,ekonomi,sosial dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak pula merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”
(An Nisa’ 4: 65)

Dapat difahami dari ayat ini bahawa orang yang beriman rela menghukum dengan hukum Allah dan Rasul-NYA dan menerima hukum itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Tiada perasaan tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan hukuman tersebut dan jauh sekali dari menukar hukum Allah itu dengan hukum ciptaan makhluk. Oleh sebab itu, melaksanakan hukum-hukum atau undang-undang Allah merupakan satu kewajipan dan tangungjawab yang besar dan wajib dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN
MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI
BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH....

*      Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
*  Ingkar nikmat Allah samada yang terang atau yang tersembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
*      Bekerja atau berkidmat dengan tujuan selain daripada Allah.
*      Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
*      Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.
*   Menjalankan segala ketaatan kepada selain daripada Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.
*   Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau membenci agama Islam seluruhnya.
*     Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
*      Membina sesuatu daripada kitabullah atau sunnah atau orang-orang alim yang menegakkannya dan mempersendakan hukum-hukum daripada hukum atau syiar-syiar Islam.
*      Menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan sebaliknya.
*      Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada Al-Kitab dan As-Sunnah.
*      Melantik orang-orang kafir dan munafiqin menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang beraqidah Islam dan mu’min.
*      Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
*      Rasa takut, lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dan terbuka dalam menggalakkan perkara-perkara syirik.
*  Mengatakan bahawa Al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat-ayat yang lahir dan isi yang terkandung dalam ayat-ayat itu.
*      Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengertian yang jelas serta ingkar sifat-sifat ketuhanan-NYA atau ingkar nama-nama-Nya.
*      Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau tidak mengi’tiqadkan bahawa baginda contoh utama bagi manusia.
*    Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
*      Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf selain kepada baitullah dengan niat mendekati Allah.
*      Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadah yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana mendapat pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah ia berjihad kerana supaya orang mengenang jasa dan namanya.

No comments:

Post a Comment