Bismillah...Seperti yang telah dijanjikan, saya ingin berkngsi satu ilmu yang mana mungkin setengah dari mereka tidak mengetahui mungkin juga setengah dari mereka lebih mengetahui...Bagi mereka yang mengetahui ucapan alhamdulillah saya panjatkan tetapi bagi mereka yang tidak ketahui jangan terasa hati kita sama sama mempelajarinya.... =) Diriku bukanlah seorang yang hebat dalam berkata kata bahkan bukan juga hebat dalam bidang dakwah apatah lagi ingin memperincikan berkenaan Islam..Namun sebagai manusia yang khususnya dilahirkan dalam keadaan Islam secara automaticnyer tdak salah untuk saya berdiskusi bahkan berkongsi menegnai sesuatu ilmu yang datangnya dari Allah SWT..Berkenaan dengan tajuk yang akan dihuraikan moleklah seandainya saya menyentuh serba sedikit pengenalan kita kepada topik ini..
Membicarakan persoalan muslimat dan penglibatannya dalam gerak kerja Amal Islami, sesuai dengan latar masa hari ini yang menyaksikan kemerosotan nila-nilai agama, kepincangan aqidah,keruntuhan akhlaknya bahkan kebejatan sistem nilai.Peranan seorang muslimat bukan lagi tersorok dibalik sudut sudut yang tersembunyi tetapi golongan hawa ini mestilah berdepan dengan cabaran yang semakin rencam, dengan arus pusaran yang semakin ganas dan melemaskan generasi digital era langit terbuka hari ini.
Sebelum saya mengopek isi kandungannya lebih cantik lagi seandainya kita mengimbas kembali rentetan sirah Nabi SAW....Pada sirahnya terdapat pengajaran bahkan ibrah yang bisa diambil buat para Muslimat.Sejarah ini jugalah menyingkapkan kepada kita penentangan penentangan agama Islam terdiri daripada kalangan kaum hawa.Seandainya adanya penentangan dari kaum Hawa mengapa perlu katakan "TIDAK" pada pejuang dari kaum hawa ????
Mengimbas kembali nama nama penetang tegar Nabi SAW :
~ Ummu Jamil
~Hindun binti Utbah
~Zainab al Harit perempuan yahudi yang telah meracun Baginda SAW selepas perang Khaibar (7 Hijrah).
Di zaman moden pula , pembantaian kepada umat islam juga digerakkan oleh wanita berhati kering seperti Condolezza Rice (Amerika Syarikat), Lipni (Israel)..
Dalam rakaman sejarah yang berpaksikan kebenaran generasi awal muslimat memainkan peranan penting, darah merah berkubang di Mekah.
Sumaiyyah menjadi mercu tanda sejarah dengan segunung ketabahan.
Khaulah sebagai pengobar panji perlawanan,
Aishah sebagai serikandi ilmu dengan sehamparan ingatan yang sangat menggugah, menguasai al quran dan persoalan agama hingga menjadi tarikan pesona terbesar sebagai gudang ilmu yang terus mengalirkan pencerahan.
Ummu Nusaibah binti Kaab mengotakan janjinya dengan menjadi perisai Nabi SAW di medan tempur Uhud (3 Hijrah) yang melakar sejarah itu. Bahkan Nusaibah adalah salah seorang MUSLIMAT yang BERBAIAH dalam peristiwa Perjanjian Aqabah yang kedua dan tidak pernah lelah berjuang dengan barisan kaum muslimin.(to be cont.....)
Di zaman moden ini Zainab Al Ghazali, tokoh seperjuangan Islam di Mesir, beliau berbaiah dengan Imam Hasan al Banna selaku peranannya sebagai ketua Jemaah Muslimat Mesir, akhirnya mendekam dalam penjara dalam temph yang panjang dengan pelbagai penyiksaan.Tokoh ini dibebaskan di zaman Anwar Sadat untuk mendapatkan sokongan massa, terus berbkti di LADANG DAKWAH sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah...
Mesir juga tidak gagal untuk melahirkan muslimah mslimah lain yang hebat seperti Aminah Qutb dan Hameedah Qutb...
Antara muslimah yang menggegar dunia moden ialah Maryam Jameelah yang tidak lelah meruak keharuman agama ini lewat tulisan ulisan yang mnecerahkan akal.
Dr Maryam Solleh antara contoh sosok yang wajib diteladani oleh para muslimat diaman beliau menggalang perjuangan Islam di bumi Jihad yakni di bumi Isra'.
1) Fahaman pertama: Kaum wanita itu kurang akal dan agamanya. Sumaiyyah menjadi mercu tanda sejarah dengan segunung ketabahan.
Khaulah sebagai pengobar panji perlawanan,
Aishah sebagai serikandi ilmu dengan sehamparan ingatan yang sangat menggugah, menguasai al quran dan persoalan agama hingga menjadi tarikan pesona terbesar sebagai gudang ilmu yang terus mengalirkan pencerahan.
Ummu Nusaibah binti Kaab mengotakan janjinya dengan menjadi perisai Nabi SAW di medan tempur Uhud (3 Hijrah) yang melakar sejarah itu. Bahkan Nusaibah adalah salah seorang MUSLIMAT yang BERBAIAH dalam peristiwa Perjanjian Aqabah yang kedua dan tidak pernah lelah berjuang dengan barisan kaum muslimin.(to be cont.....)
Di zaman moden ini Zainab Al Ghazali, tokoh seperjuangan Islam di Mesir, beliau berbaiah dengan Imam Hasan al Banna selaku peranannya sebagai ketua Jemaah Muslimat Mesir, akhirnya mendekam dalam penjara dalam temph yang panjang dengan pelbagai penyiksaan.Tokoh ini dibebaskan di zaman Anwar Sadat untuk mendapatkan sokongan massa, terus berbkti di LADANG DAKWAH sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah...
Mesir juga tidak gagal untuk melahirkan muslimah mslimah lain yang hebat seperti Aminah Qutb dan Hameedah Qutb...
Antara muslimah yang menggegar dunia moden ialah Maryam Jameelah yang tidak lelah meruak keharuman agama ini lewat tulisan ulisan yang mnecerahkan akal.
Dr Maryam Solleh antara contoh sosok yang wajib diteladani oleh para muslimat diaman beliau menggalang perjuangan Islam di bumi Jihad yakni di bumi Isra'.
Ya betul. Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Wahai wanita, aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agama mampu melumpuhkan hati seorang lelaki melebihi kamu. Mereka bertanya: Apakah kekurangan akal dan agama kami ya Rasulullah? Rasulullah bersabda: Bukankah persaksian wanita sama dengan setengah lelaki? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: Maka disitulah letak kurangnya akalnya. Bukankah wanita ketika haid tidak boleh solat dan puasa? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: Maka di situ lah letak kekurangan agamanya."
(Riwayat al-Bukhari, Hadith No 296, Kitab al-Haidh,
Bab Turki al-Haaidh al-Saoum)
` kekurangan ini adalah dari segi "kuantiti" sahaja, bukan dari segi "kualiti".
* Wanita yang datang haid, mereka tidak boleh mendirikan solat & berpuasa, sedangkan lelaki sentiasa boleh berpuasa & solat. Wanita akan mengqadhakan puasanya & tidak perlu solatnya yg mnyebabkan jumlah & bilangan solatnya kurang dan sedikit berbanding kaum lelaki. *
- Inilah dimaksudkan dengan kurangnya agama bagi wanita. Namun, jika ditampung dengan ibadat-ibadat sunat dan amal soleh yang lain, malah ia boleh jadi melebihi lagi dari kaum lelaki..Justeru, tidak ada halangan untuk muslimah melayakkan diri menjadi pejuang..
*Wanita kurang kemampuannya daripada lelaki yang memungkinkan perasaannya mengatasi pertimbangan akalnya, manakala Allah mengurniakan kekuatan akal kepada lelaki yang menjadikan mereka mampu menguasai perasaan & hawa nafsunya.*
- kekurangan ini bersifat nisbi(relatif), sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani: "Yang sempurna itu adalah kurang jika dinisbahkan dengan yang lebih sempurna". Namun, ia adalah kurniaan dari Allah S.W.T yang membolehkan wanita itu melaksanakan tanggungjawab dalam penjagaan dan melayani anak-anak kecilnya, sementara lelaki pula melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam rumahtangga dan masyarakat.
Kesimpulannya, tidak sepatutnya seorang lelaki muslim memandang remeh & merendah-rendahkan kaum wanita dengan hujah mereka & tidak berhak menjadikan hadith nabawi yang mulia ini sebagai bahan untuk memperlekehkan wanita muslimah.
2) Fahaman kedua: Kepimpinan lelaki ke atas wanita
Segelintir lelaki menganggap kepimpinan merupakan lambang kemuliaan dihadapan wanita.
Pemahaman ini salah.
Sesungguhnya kepimpinan adlh tanggungjawab iaitu kepimpinan dalam ruang lingkup rumah tangga. Kelebihan yang tertentu ini dianugerahkan oleh Allah SWT untuk menjadikan mereka lebih berupaya untuk memimpin dan bukanlah satu kelebihan yang mutlak. Malah, jika dilihat , wanita lebih mengatsi kaum lelaki dari segi penjagaan anak kecil.
Kenyataan ini menguatkan lagi bahawa isunya di sini ialah isu perbezaan tugas dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita.
Telah tersurat hikmah-hikmah Ilahi bahawa kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan kepada kaum lelaki adlh untk membantu menjalankan tugasnya. Kaum wanita juga dikurniakan dengan keistimewaan tersendiri supaya dapat membantu mereka dalam menunaikan tanggungjawabnya.
Sesungguhnya kefahaman yang salah tentang makna kepimpinan telah menjadikan wanita umpama orang yang lumpuh, hanya menunggu kaum lelaki menetapkan sistem, perancangan dan ketentuan ke atas kaum wanita dan wanita hanya melaksanakan. sedangkan muslimat lebih berupaya memahami realiti kerja-kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri. Jika kaum wanita berusaha ke arah itu, sudah tentu kerja-kerja kewanitaan Islam lebih ketara keberkesanannya.
(untuk maklumat lanjut tentang faktor-faktor lain, bolehlah meneruskan pembacaan buku ini "Peranan muslimat di medan amal Islami")
Peranan Muslimat di Medan Amal Islami...
Suatu yang diketahui bahawa matlamat bagi gerak kerja Islam masakini ialah menegakkan hukum Allah SWT di atas muka bumi ini. Matlamat ini selari dengan sejumlah matlamat di setiap peringkatnya iaitu membina peribadi muslim, rumahtangga muslim, masyarakat Islam dan daulah Islamiyah.
Persoalannya:
1) Adakah wanita mempunyai peranan dalam pentarbiyahan masyarakat?
2) Adakah wanita mempunyai peranan dalam pembinaan rumahtangga muslim?
3) Adakah wanita mempunyai peranan dalam pembinaan masyarakat Islam?
4) Adakah wanita mempunyai peranan dalam politik Islam?
Ayuh kita bedah buku ini bersama-sama untuk kita selami sejauhmana tanggungjawab kita sebagai muslimah khususnya dalam memartabatkan Islam..:)
No comments:
Post a Comment