Monday, 5 December 2011

Bedah Buku Golongan Yang Tercicir...

Pasti ada yang telah habis menelaah buku ini...Tapi bagi mereka yang belum membacanya lagi dapatkan segera di pasaran (Ayat macam trademark sesuatu..... =) )Melalui pembacaan ini eloklah seandainya saya mengulas beberapa perkara berkaitan isi kandungannya.Walaupun agak lama telah menghabiskan masa untuk membaca/berdiskusi berkenaan buku ini sewaktu dulu, namun ianya hanya dikongsikan dengan orang orang yang tertentu memandangkan saya masih lagi tidak mempunyai blog kerana kekangan waktu.Namun hari ini Alhamdulillah saya memperoleh kekuatan dariNya untuk mempunyai Blog ini dan moga moga ianya dapat memberikan hasil yang positif kepada para pembaca serta dapat dimanfaatkan..
Buku ini dibedah oleh para jemaah bagi memastikan tidak ada seorang yang termasuk dalam golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah..Tanpa Dakwah agama Islam tidak tersebar ke seluruh dunia.Dakwah merupakan tunjang kepada penyebaran Islam.Meskipun begitu dakwah bukan jalan yang ditaburi bunga bunga indah, dan bukan juga jalan yang rata semudah kaki melangkah..Andainya kita telah berada di jalan dakwah ini teruskan jangan mudah berputus asa istiqamahlah dengan pendirian anda...kalu bukan daie siapa lagi yang akan menyeru amar maaruf nahi mungkar....

Gejala keciciran para petugas dan pendokong gerakan Islam dan saff jamaah merupakan satu gejala yang amat merbahaya sekalipun dipandang dari sudut proses peningkatan jamaah.Ia merupakan satu tabii yang dapat mematangkan saff dan membersihkan jamaah dari aliran-aliaran fikrah dan anasir-anasir yang membantutkan kelancaran organisasi dan dakwah. Kesan awal gejala ini, Harakah Islamiyyah sentiasa dilanda fitnah.

Apabila dilihat dari sudut kelancaran organisasi jamaah akan kehilangan para petugasnya dan ini akan mengendalakan berbagai urusan organisasi dan dakwah. Dari sudut keanggotaan dan kesetiaan ahli pula, jamaah mungkin menghadapi perbezaan pendapat dan sikap terhadap golongan yang tercicir.


Perbezaan-perbezaan ini jika tidak dibendung akan membawa kepada perpecahan dan mencemar nama baik jamaah. Akibatnya kepercayaan dan rasa hormat masyarakat umum terhadap seruan dan wibawa jamaah Islam akan beransur pudar dan luntur. Lebih jauh lari itu ‘rangkaianan tanzim’ jamaah Islam akan terdedah atau didedahkan kepada musuh-musuh Islam yang saban waktu menunggu-nunggu dan mencari kesempatan serta ruang bertindak membinasakan gerakan dan risalah Islam.

Sebab-sebab keciciran yang berhubung dengan gerakan:
1. Kelemahan sudut tarbiyyah
2. Tidak meletakkan seseorang di tempat yang sesuai
3. Tidak membahagikan-bahagikan kerja kepada anggota
4. Tidak mengambil berat ahli
5. Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
6. Pertikaian dalaman
7. Pimpinan tidak layak

Sebab-sebab yang berkaitan dengan individu:
1. Tabii yang tidak tetap
2. Takut berlaku sesuatu kepada diri dan pendapatan
3. Melampau
4. Bermudah-mudahan dan longgar
5. Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
6. Cemburukan orang lain
7. Fitnah senjata

Sebab-sebab luar yang menekan:
1. Tekanan ujian
2. Tekanan keluarga
3. Tekanan persekitaran
4. Tekanan gerakan-gerakan bahaya
5. Tekanan bermuka-muka


p/s : Cuba check diri masing masing sebagai satu peringatan buat kita seandainya kita dikatakan sebagai seorang ahli jemaah moga moga selangkah anda menuju ke medan dakwah selangkah anda akan masuk ke syurga...
         Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut bolehla letak comment di bawah

2 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t.

    alhamdulillah, harap lepas ni bedah buku "wabak sepanjang jalan" pulak yerr... ok?

    syukran atas perkongsian...
    moga terus istiqamah =)

    ReplyDelete
  2. pencinta Allah : meninggalkan serpehin pahala selepas kematian...

    ReplyDelete