Tuesday 10 June 2014

Sya'ban ..............

Bulan yang memecah belah ?



alhamdulillah masih dipanjangkan umur sehingga ke bulan Sya'ban ....... Alhamdulillah akhirnya jari jemari kembali menulis di ruangan ini dek terlupa password...hari ini ingin saya kongsikan berkenaan bulan Allah iaiatu bulan Sya'ban ..... Ayuh membacanya ..........

Bulan Sya'ban itu hadir selepas bulan Rejab. Selepas bulan Sya'ban hadirlah pula bulan Ramadhan. Perlu difahamibahawa kesemua bulan-bulan ini ialah bulan-bulan Allah swt. Ini kerana , dalam hadis daif (lemah sanadnya) ada menyebut bahawa bulan Allah swt hanyalah bulan Rejab sahaja. Rasulullah saw bersabda ;

"Rejab adalah bulan Allah. Sya'ban adalah bulanku. Dan Ramadhan adalah untuk umatku"

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. 
(at-Taubah : 36)

INTISARI AYAT 

apa erti Sya'ban ?

Sya'ban membawa maksud berpecah atau bercerai-berai .

Kenapa dinamakan sedemikian ?

1. Kerana orang-2 Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-2 tempat untuk mencari air , sebahagiannya mengatakan bahawa mereka mencari air di gua-gua.

2. Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikina kerana ia sebagai pemisah iaatu memisahkan diantara bulan Rejab dan Ramadhan

PERLU FAHAM !!!

Hadis berkenaan : 

"Rejab adalah bulan Allah. Sya'ban adalah bulanku. Dan Ramadhan adalah untuk umatku"

TIDAK SAHIH !

KENAPA ???

sanadnya yang sangat lemah dan ulama bersepekat mengatakan bahawa ini tidak sahih daripada Nabi saw. Namun begitu, apabila ramai perawi meriwayatkan hadis yang sama, maka kedudukan hadis ini bertukar kedudukannya; daripada martabat sebagai hadis mawdu' (palsu) ditingkatkan kepada martabat hadis daif (lemah). Walau apa juga tafsirannya, kesemua bulan yang ada itu adalah milik Allah swt dan semua keberkatan yang ada itu ada dalam bulan-bulan tersebut perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh umat manusia .

Bulan Sya'ban merupakan bulan di mana Nabi saw berpuasa lebih banyak daripada bulan-2 lain. Ini merupakan sunah Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh para sahabat bahawa baginda akan berpuasa sehingga adakalanya baginda tidka berbuka Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

"Baginda berpuasa, sehingga kami mengatkan :baginda tidak berbuka; dan apabila tiba waktu baginda berbuka, kami mengatakan; baginda tidak berpuasa "

Ada sebahagian riwayat mengatakan baginda berpuasa penuh dan sebaliknya namun yang pastinya baginda berpuasa penuh pada bulan Ramadhan. 

Diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid, bahawa dia bertanya kepada baginda; "Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu berpuasa pada bulan-bulan yang lain seperti kamu berpuasa pada bulan Sya'ban." Baginda menjawab; 

"Itu adalah bulan yang diabaikan oleh kebanyakkan orang, kerana bulan ini terletak antara Rejab dan Ramadhan. Dan itu adalah bulan dimana perbuatan & amalan manusia akan diangkat Tuhan semesta alam. Dan aku berasa senang bahawa amalku diangkat ketika aku berpuasa."  (Hadis Riwayat An-Nasaai)

Selain itu, Nabi saw turur berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu. Dala beberapa hadis, baginda ditanya oleh Zaid bin Usamah tentang rahsia yang terkandung dalam kedua-dua hari tersebut . Baginda menjawab;

"Itu adalah dua hari yang diajukan padanya amal-amal kepada TUhan sekalian alam. Dan aku senang amalku diajukan ketika aku berpuasa." (Hadis riwayat Abu Daud)

* semoga bermanfaat untuk semua.. andai silap mohon betulkan ... insyaAllah diiznkan waktu , saya akan menyambung kembali berkenaan bulan Sya'ban 



Monday 9 June 2014

password..........

alhamdulillah .......... akhirnya password blog ini berjaya juga......... Allah tak terhan ingin menulis di ruangan ini kembali .......... selepas bersalin, banyak kali memasukkan password tapi semuanya salah ........ mungkin ada sedikit kesan selepas bersalin .. banyak segala urat-2 yang putus.. sahabat-2 nantikan kemunculan saya yer ...........