Penting ke Usrah tu ? persoalan yang sering bermain diminda para mujahid dan mujahidah....sebelum saya meneruskan serta menghuraikan dengan lebih mendalam terlebih dahulu saya ingin membuka muqadimah dengan satu hadis dari AL IMAM AN NAWAWI...Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
{Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa
tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) �� باب قوله ) hadis nombor 1908) }
perbincangan hadis :
1)Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais
2) Kepentingan niat : untuk bezakan ibadat dengan adat dan untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnyamoga moga muqadimah ini memberi serba sedikit kefahaman kepada para pembaca untuk memahami dengan lebih dalam tentang NIAT...ok jadi kita terus disscuss berkenaan USRAH...
PENGERTIAN USRAH
MATLAMAT USRAH
- Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul.
- Mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat berjamaah.
- Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam.
- Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah S.W.T.
SEJARAH USRAH
Sejarah usrah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. apabila orang yang memeluk Islam meningkat kepada 50 lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Alqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat. Semua ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin, hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.
Rukun usrah terdiri daripada 3 perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah dan bersungguh-sungguh menjayakannya agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi beban yang tidak membawa sebarang erti. Tiga rukun tersebut adalah:
Ø Al-Ta’ruf (berkenalan)
Ø At-Tafahum (persefahaman)
Ø Al-Takaful ( Bantu-membantu/ perseimbangan)
Al-Ta’ruf (berkenalan)
Berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang dalam naungan roh Allah. Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwwah sejati sesama saudara. Ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut. Ini boleh dilakukan dengan menjunjung perintah Allah S.W.T. dan sunnah Rasulullah S.A.W. bahkan kedua-duanya wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain.
Firman Allah:
انما المؤمنون اخوة فاصلحوابين اخويكم واتقوالله لعلكم ترحمون
Maksudnya:” Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”.
(Al-Hujurat: 10)
Firman Allah lagi:
واعتصموابحبلالله جميعا ولاتفرقوا ...
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai…”
(Ali-Imran 3:103)
Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya: “Seorang mu’min bagi mu’min yang lain seperti bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya”.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka dan perasaan simpati mereka, adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota badan mengadukan hal, maka seluruh badan akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam”.
Rukun kedua usrah ialah Tafahum atau persefahaman. Kita dituntut sepanjang masa untuk berpegang teguh kepada kebenaran, iaitu dengan mengerjakan suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya. Ahli usrah mesti sentiasa meneliti Deen sehalus-halusnya samada benar-benar telah menunaikan perintah Allah s.w.t. atau menderhakai perintah-Nya. Setelah memeriksa diri sendiri, maka hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurangan pada saudara lain.
Dalam memberi nasihat, yang diberi nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat dari saudaranya dan berterima kasih atas nasihat tersebut, manakala pemberi nasihat pula, janganlah berburuk sangka terhadap saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan hati itu sekadar jarak sehelai rambut sekalipun.
Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberikan nasihat dengan cara tidak menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada ketua usrah. Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua usrah jika merasa tidak berdaya untuk memperbaikinya.
Dalam apa jua keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap saudara yang bersalah tadi, malah hendaklah memberikan kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang dikehendaki. Saudara yang diberi nasihat pula, janganlah menunjukkkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kepada pemberi nasihat. Ini kerana martabat “berkasih-sayang kerana Allah” adalah setinggi-tinggi martabat kasih sayang sesama manusia. Nasihat pula merupakan dasar yang amat penting dalam agama Islam. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “agama itu adalah nasihat”.
Al-Takaful (Bantu-membantu/perseimbangan)
Al-Takaful (Al-Ta’awun) atau bantu-membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terbiar atau terdampar. Dasar Al-Takaful ini hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama memikul bebanan sesama sendiri. Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah yang sejati. Untuk mengamalkan rukun Al-Takaful ini kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, saling ziarah-menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin.
Sabda RasulullahSAW:
Maksudnya: “Sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan di dalam masjidku”
Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan melaksanakan rukun-rukun usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti saling percaya dan menjaga kerahsiaan ahli usrah. Bagi para naqib/naqibah pula, laksanakanlah amanah dan tugas ini dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah, istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwwah Islamiyyah di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita.
ADAB-ADAB USRAH.
- Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah s.w.t.
Firman Allah:
قل ان صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين
Maksudnya: “Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.”
(Al-An’aam 6:162)
- Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah.
- Datang ke majlis usrah dalam keadaan berwudhu’ dan suci tubuh badan.
- Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti Al-Quran, teks usrah da buku catatan.
- Hadir usrah dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman Islam.
- Mendahului majlis usrah dengan Al-Fatihah, pujian dan syukur ke hadrat Allah S.W.T serta selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Menutup majlis dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah dengan bertadabbur maknanya.
- Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar.
- Sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwwah Islamiyyah dikalangan ahli usrah.
- Bersalaman dan bermaafan selepas selesai usrah.
p/s : betapa INDAHNYA serta HEBATNYA mereka yang berada dalam usrah..kerana disitu tapak permulaan pertama kita untuk mentarbiyahkan hati kita....
No comments:
Post a Comment