PENGERTIAN TAUHID
Perkataan tauhid berasal daripada
perkataan Arab yang beerti mengesakan. Dari segi istilah bermaksud beriktiqad
dan mempercayai bahawa Allah s.w.t itu Esa dan tunggal, tidak ada syirik dan
sekutu bagiNya. Fahaman secara praktikalnya, tauhid ialah satu pegangan hidup
yang mempercayai bahawa Allah s.w.t adlah Tuhan yang Esa dan tidak ada sekutu
atau yang menyerupaiNya.
Firman Allah
s.w.t:
Maksudnya:
“Katakanlah
(wahai Muhammad) Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan
sekelian makhluk untuk memohon segala hajat. Ia tidak beranak dan tidak pula di
peranakan. Dan tiada siapa yang setara denganNya.”
(Al-Ikhlas:
1-4)
PEMBAHAGIAN TAUHID
Tauhid terbahagi
kepada tiga :
- Tauhid Rububiyyah.
- Tauhid Uluhiyyah.
- Tauhid Asma’wa Siffat.
Tauhid Rububiyyah
Tauhid Rububiyyah beerti mempercayai
Allah sebagai ‘Rabb’ atau pencipta dan penguasa terhadap sesuatu.Allahlah
pencipta sekelian makhluk dan alam ini,pemilik, pentadbir dan pemberi
segala-galanya. Allah yang menghidup dan mematikan sesuatu, berhak dan berkuasa
untuk melakukan kebaikan dan keburukan dengan izinNya.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
“Jika Allah
menimpakan sesuatu kemudharatn kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya
kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki sesuatu kebaikan bagi kamu, maka tiada
yang dapat menolak kurniaanNya. Dia memberikn kebaikan itu kepada sesiapa yang
di kehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah yang Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.”
(Yunus:
107)
Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Uluhiyyah yang dikenali
sebagai tauhid ibadah. Tauhid Uluhiyyah
ialah mengiktiqad dan beriman bahawa Allah s.w.t sahaja yang berhak disembah
dan tiada sekutu didalam penyembahanNya. Dia sahaja berhak disembah, ditaati
dan dikasihi. Kepada-Nya tempat bertawakkal, tempat berserah, tempat menaruh
harapan, permohonan dan berdoa.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
“Hanya Engkau
sahajalah (ya Allah) ynang kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami
memohon pertolongan.”
(Al-Fatihah
1:5)
Inilah konsep
ibadah atau pengabdian diri yang sebenar yang membezakan antara mukmin dan
kafir. Iaitu setiap perbuatan lahiriah dan batin di lakukan semata-mata kerana
Allah s.w.t dan untuk mendapatkan keredhaanNya. Ini beerti meletakkan seluruh
perbuatan, percakapan dan tingkah laku di atas perintah Allah s.w. semata-mata.
Tauhid Asma’ wa Sifat.
Tauhid Asma’ wa Siffat iaitu
mengi’tiqad dan beriman bahawa Allah s.w.t brsifat dengan sifat-sifat
kesempurnaan dan Maha Suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan kelemahan dan
Allah s.w.t mempunyai nama-nama yang layak dengan kebesaran-Nya. Segala nama
dan sifat Allah itu tidak sama dengan nama dan sifat makhluk. Walaupun nama
nama dan sifat itu sama pada sebutannya
dengan sifat makhluk tetapi hakikatnya ia tidak menyerupai nama dan
sifat makhluk.
Umpamanya Allah s.w.t bersifat dengan sifat ilmu, maka ilmu Allah tidak
sama dengan ilmu manusia kerana ilmu manusia adalah baru dan diperoleh dengan
belajar dan manusia adalah jahil sebelum mempelajarinya. Sedangkan ilmu Allah
adalah qadim dan tidak menyerupai ilmu makhluk.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Tiada suatupun yang sebanding denganNya, dengan zatNya,
namaNya dan sifatNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(As Syura : 11)
Didalam ayat
lain,
Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya:
“Dan bagi Allah
itu nama-nama yang baik. Serulah dan berdoalah kepadaNya dengan menyebut
nama-nama itu dan pulaukanlah orang yang berpaling dan kebenaran dalam masa
menggunakan nama-namaNya, mereka akan mendapat apa yang mereka kerjakan.”
(Al A’raf
: 180)
PERTAUTAN KETIGA-TIGA JENIS TAUHID.
Seseorang Muslim mesti mentauhidkan
Allah s.w.t pada ketiga-tiga jenis tauhid ini. Jika tidak, dia tidak dianggap
sebagai mukmin. Seorang Mukmin wajib beri’tiqad bahawa Allah s.w.t adalah
“Rabb” bagi segala perkara dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan-Nya.Dia
juga wajib mengaku dan beriman bahawa Allah bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan dan mempunyai nama-nama yang layak dengan-Nya.Setelah seseorang
beriman dengan ketiga-tiga jenis tauhid ini barulah dia dikatakan beriman
dengan Allah s.w.t.
Tauhid Rububiyyah diiktiraf dan diakui
oleh semua manusia samada Muslim ataupun kafir. Oleh itu, kalau seseorang hanya
mengakui dan beriman kepada tauhid ini sahaja tanpa disertai dengan kedua-dua
tauhid ini lagi, maka dia tidak boleh dianggap Muslim. Fitrah insaniyyah sudah
sedia mengenali dan mengakui Rububiyyah Allah s.w.t. Tetapi tauhid ini tidak
boleh diingkari walaupun ia diakui oleh semua manusia.
Firman Allah s.w.t;
Maksudnya: ”Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (orang musyrik) itu :
“Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab
Allah. Ucapkanlah wahai Muhammad : Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan
pengakuan mereka demikian tidak mengingkari Allah) bahkan kebanyakkan mereka
tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik.)”
(Al
Ankabut : 63)
Segala pengakuan manusia terbukti
melalui ibadahnya yang terkandung di dalam tauhid Uluhiyyah. Apabila seseorang
beriman dengan tauhid Uluhiyyah, maka secara tidak langsung dia beriman dengan
tauhid Rubibiyyah dan tauhid Asma’ wa Sifat.Ini kerana tauhid Uluhiyyah
terkandung di bawahnya kedua-dua tauhid lagi dan bukan sebaliknya. Seseorang
ynag beriman dengan tauhid Rububiyyah sahaja tidak semestinya beriman dengan
Uluhiyyah Allah. Ada dari mereka yang beriman dengan Rububiyyah Allah tetapi
menyembah patung, berhala, bulan, matahari dan seumpamanya dan tidak mentaati
Allah.
Begitu juga seseorang yang beriman
dengan tauhid Asma’ wa Siffat kadang-kadang kufur dengan tauhid Uluhiyyah.
Tetapi jika dia beriman dengan tauhid Uluhiyyah dan menyembah Allah s.w.t, dia
juga beriman dengan tauhid Rububiyyah dan tauhid Asma’wa Sifat. Tauhid
Uluhiyyah adalah berasaskan kepada ucapan, manusia dijadikan untuk menyembahNya. Inilah intisari tauhid
Uluhiyyah.
Jadi, untuk menjadi Muslim sejati, seseorang itu wajib beriman dengan
ketiga-tiga jenis tauhid serentak tanpa mengasingkan satu sama lain.
No comments:
Post a Comment