Tuesday 28 August 2012

update

Blog ni dah laama tak terisi dengan perkongsian ...... sedang sibuk melaksanakan amanah  penulisan  .... makin menghampiri penutupnya .......... nampak gayanye perlu di susun kembali blog ni ..... =) .... bulan depan kehidupanku tak kan berganjak daripada berpisah dengan laptop kesayangan ibarat 24 hours apa kurangnya dengan sekarang.... laptop selalu di open jarang sekali nak tutup....percaya atau tidak itulah life seorang programmer..... dan bhasa bahasa programming perlu dibelek semula .... enam modul yang perlu disettlkan dalam masa 4 bulan .... mata mulai semakin kabur nampak gayanyer kena g check mata llagi .....

minta maaf semua before sleep its sunnah to recite al-mulk first



Saturday 25 August 2012

Sesuatu...

"Sesuatu"........di kedai makan ....... 

ditunjuk .... dan nak "diberikan" ........ try belek , tengok isinya ...... tak ada kata pengantar penulis mahupun penerbitnya .... terus 'lompat' ke 'pengisian' .....memang SARAT dengan "tazkirah"...............emmmmm..... banyak sungguh dalil dalil dan firman Allah yang digunakan TETAPI .............

*fikir dengan mata HATI .........

SEKIlLAS 'PENGISIAN' ..... Biarlah gambar yang berbicara ........ Sundus sssshhhhhhh ...... 







mood

adakah anda masih berada dalam mood raya ? baguslah kalau begitu untuk rapatkan silaturrahim .... untuk pertama kali raya tahun ini saya tidak dapat menyertai rombongan ziarah raya anak negeri ... bertandang ke rumah sahabat sahabat .... ada yang message kepada saya ketidakbersamaan dalam rombingan kali ini ..... maafkan diriku wahai sahabat sahabat ..... saya memenuhi undangan perkahwinan kawan kawan saya yang menunggu kepulangan saya dari shah alam ke kelantan semata mata untuk memberi kad perkahwinan face to face ..... hemmmm sungguh terharu ...... seriusly dah lama sangat tak jumpa kawan kawan lama ..... bila dah pergi rumah ke rumah banyak yang di borakkan ... ada yang dah ada anak dah pun ! ......

seingat dua tahun yang lepas saya mengajak mereka bertandang ke rumah beraya dan berunio di rumah ku memang ramai sebab yang datang sekaligus dan menggabungkan dua kelas ... kelas bio and LK sebab kedua dua kelas ni teman teman rapatku walaupun berbeza kelas .....

macam tak percaya pun ada ramai yang dah khawin ..... masa zaman 'muda' dulu nakal semacam tup tup dah jadi suami orang .... dan yang tak disangka sangkakan ramai diantara teman temanku yang berkhawin dengan pasangan masing masing yang sama sekolah cuma berbeza kelas ... inilah dikatakan JODOH ALLAH ! .... Subhanallah ..... ape ape pun tumpang gembira ....

akibat terlalu banyak kenduri sehinggakan semalam, mengambil keputusan untuk tak makan nasi ... sebab ? penangan daging yang membuatkan diriku Kepeningan sehari suntuk ... bukan ada penyakit darah ttinggi tapi 'alergic' kot makan banyak banyak daging ..... =)

sehingga hari ini belum diberi kesempatan untuk bertandang ke rumah sahabat sahabat ... plus jem jalan dan juga rata rata rumah sahabat sahabtku jauh sangat ...

Ape ape pun Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin .... ^^

Saturday 18 August 2012

Andai .....

Alhamdulillah hari ini genaplah 1 bulan meraikan tuntutan rukun islam yang ke-3 .... yakni ibadah Puasa ..... dan bulan ini jugalah genap umurku yang ke -------- Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana diberikan kepanjangan umur untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang yang "berhatikan" Islam..... Tahun ini sudah berapa kali hari lahirku 'lahir' bersama sama dengan bulan Ramadhon bulan yang penuh barakah ...... Sekalung Tahniah kepada mereka yang berjaya menggapai matlamat mahupun azam sepanjang menempuhi fasa demi fasa bulan Ramadhan...Mengharapkan agar segala amal soleh yang dilaksanakan pada bulan ini bukanlah sebagai satu 'ketakwaan' kita terhadap Ramadhan... jadikanlah amal soleh yang dilaksanakan sebagai satu amal yang akan sentiasa mekar dan berterusan ..... ibarat tanah yang sentiasa disirami baja menghasilkan bunga yang segar dan kembang kuntumnya ....... 

Ramadhan bukanlah suatu perkara yang perlu ditangisi kepergiannya kerana sememangnya ia akan meninggalkan kita .... Ramadhan inilah menjadikan satu titik permulaan untuk kita semua supaya istiqamah dalam melakasanakan segala kebajikan baik untuk dunia mahupun akhirat...... Bukankah yang perlu ditangisi adalh sekiranya amal soleh yang kita 'memerah' tenaga kita membiarkan dan terus meninggalkan sepertimana Ramadhan berlalu pergi ? Janganlah menjadikan diri kita termasuk dalam kalangan orang yang Khusrin .... orang yang rugi .... rugi sekiranya amal itu tidak bercambah .... 

Ramadhan bulan Tarbiyah ..... memang ianya bulan yang mendidik ... mendidik diri kita bagaimana untuk mengawal bahkan mengekang segala tindak tanduk nafsu yang sering kali melawan arus fitrah manusia .... Namun ada caranya untuk berperang dengan nafsu itu sendiri walau adakalanya ia terlalu SUKAR namun akan terhasil keberkesannanya.....

Malam ni teramat damai apabila melihat gugusan bintang yang penuh di awan hitam ..... awan itu hitam namun tetap bercahaya dengan kehadiran sang Bintang penyeri angkasa ..... Begitu juga Hati .... seandainya Hitam pasti ada yang akan menyuluh jika sumber itu datang dari yang benar .......

Moga moga tiap imbalan yang kita kerjakan selama kitaran Ramadhan terus bekitar dari bulan ke bulan seterusnya ..... Tiada ertinya jika benar kita menginsafi akan segala perbuatan hanya di bulan Ramadhon namun lantaran itu 'keinsafan' ituu tidak lagi bermaharajalela di sanubari .... cepat cepatlah beristigfar padaNya .....

Sebelum meninggalkan tinta sundus ini elok sekiranya diri ini 'mempersembahkan' beberapa rangkap puisi yang diilhamkan oleh SUTERA a.k.a Tinta Sundus ............. =)

ANDAI ........

Andai Tahajud itu menjadi pendamping setia saatnya Ramadhon ,
 jangan biarkan pendamping itu terus kejauhan di sudut hati ..... 
Andai Taubat itu menjadi satu 'kebersihan' diri , 
jangan pula setelah berlalunya Ramadhon tiada lagi kesucian di jiwa/ hati...... 
Andai Istikharah itu penyeri hidup, 
jangan dilepaskan ia begitu sahaja , 
Andai Hajat itu dipupuk , 
pupuklah ia sentiasa agar segala hajatmu tercapai, 
Andai Tasbih itu membawa diri mengangung agungkan Rabbmu,
Ringankanlah bibirmu itu untuk bertasbih padaNya...
Andai witir itu menjadi penutup segala solat,
kekalkanlah ia sebelum lena tidurmu.....
Andai kalam suciNya menjadi suatu kelaziman,
jangan ditinggalkan satu hurufnya....
Andai cucuran air mata itu sering menghujani pipimu,
basahilah ia dengan rasa penuh kehambaan.....

'Amal' itu selalu memanggil kita,
namun apakan daya kita menjauhi amal tersebut....
Syaitan dilepaskan ikatannya.....
Bersiap menggunakan kehebatan senjatanya....
Andai dirimu rebah jangan biarkan terus lemah..
Bangkitlah wahai HATI yang lemas,
lemas dari tindakan sendiri.......  


 amal itu perlu diupgradekan ...... sekian ..... dengan ini saya denga rasa rendah hatiNya ingin memohon kemaafan seadainya banyak entri yang mengguris hati dan perasaan.... dan sudi juga untuk saya menjemput saudara/ri bertang ke teratak saya (bagi yang tahu empunya tinta sundus) ... 

 balik kampung tersemput semput
biskut raya tak dapat dibuat
namun jangan risau
ada hidangan backupnya ....
Apa dia ?
itu sudah semestinya RAHSIA ....

* PAnTun CaCa MerBa .... =)

mood : mengkaji fasisme dan menelaah serta akan mengolah ia .... masih berbaki 4 subtopic yang perlu dilangsaikan !!! penulisan kini mencecah hampi 26 pages ..... fuuhhh sungguh mencabar !!!

sape boleh tolong bagi hint tentang Nazisme, Machivilisme dan fasisme ...... @^@

Friday 17 August 2012

tak sempat

alhamdulillah......

hari hari intip blog ni tapi xsempat nak update kerana saya sedang mendocumentasikan 'sesuatu' yang kini baru shaaja mencapai 25 pages !! hopefully ianya mampu menjadi buah tangan anak orang Islam .... memang sakit mata menghadap laptop hari hari tapi apakan daya inilah tugas bahkan rutin seharian seorang programmer ...... laptop dan jiwa memang tak dapat nak dipisahkan... bagai aur dengan tebing .... hehhe.... ape ape pun kepada follower 'tegar '[emmm ada ke follower ? ] huuhu .....  maaf setakat ini xdapat nak update blog kesayangan ini ... insyaAllah ada masa yang sesuai akan dibincangkan mungkin lepas nie isu politik ..... bahaya ke tak yer nak tulis isu ini ?? sekarang pun dah ada Akta 114A ..... hemmmm tak perlu rasa gerun rasanya yang perlu digeruni saat Malaikat mencabut Nyawa ...... insyaAllah cuba bongkarkan siapa yang menganut ajaran sesat "Aku atau Engkau" ..... ~ memaknakan yang tersirat disebalik tersurat ~

Di kesempatan ini jua saya sebagai pemilik blog nie memohon maaf seandainya ada yang terguris dengan kata kata yang ada pada mana mana entri .... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday 12 August 2012

Teguran itu ........

alhamdulillah dengan izinNya diberi kesempatan untuk melaksanakan solat terwaikh di masjid kampung ku ..... memang tak dapat nak dinafikan suasana mana mana masjid sudah menjadi satu adat di pengakhiran ramadhan bilangan jemaah semakin berkurangan dan akan dipenuhi apabila menjelangnya raya nanti. Teguran.... ada apa dengan teguran? teguran yang baik mampu memberi kesan yang positif kepada diri namun teguran yang negatif boleh membawa kepada kebaikan ataupun keburukan .... hari ini saje penulis nak kongsi tentang satu teguran sempena bulan ramdhan yang semakin meninggalkan kita ini .... memandangkan semalam selama 5 jam dari sahur penulis drive tanpa henti rehat untuk sampai ke destinasi iaitu kampung tanah merah, dan akhirnya sampai di halaman lebih kurang 11.30am .... apabila sampai sahaja di rumah , tak dapat untuk memejamkan mata jadi layan lah cerita cerita di kaca tv..... 

maghrib

emak : nak pergi terawaikh kat masjid ke nak buat sendiri kat rumah ? 
diriku : nak ke masjid

dipendekkan cerita , pada malamnya menuju ke masjid bersama sama family dengan kereta sebab diri ni dah tak larat nak drive, abahku yang memandu menuju ke sana.... azan isya' telahpun kedengaran dari rumahku ........ kemudian sampai sahaja di masjid terus merapatkan saff untuk solat berjemaah ..... di deretan saff yang diriku berada bersebelahan dengan mak, mak sedara dan sepupuku ..... salam dilafazkan .... mungkin agak keletihan tambahan ada rasa 'malas' sedikit diriku tak melakukan solat sunat selepas isya' ........ 

pada malam ini [12/08/2012] semasa diriku drive kereta menuju ke masjid, dalam perjalanan tiba tiba emakku bersuara lebih kurang beginilah ayatnyerrr

Emak : lepas solat isya', solat la sunat selepasnya, kesian mentang mentang dah ada solat sunat yang baru (tarawikh) terus nak tinggalkan yang lama... sunat selepas isya' dok tunggu tunggu kita tapi kita buat dekkkkkk ajer...

adushhhhh terkena satu tegurang dari emakku tapi dengan selamba je jawab 

diriku : letih la mak semalam tak larat dah ... hehehe 

Teguran itu satu teguran yang membina buat diriku dan akan ingat sentiasa... huhu
entri ini hanyalah satu perkongsian sahaja dimana bukan semata mata untuk menunjuk mahupun riak dengan keadaan yang berlaku.....mungkin ianya boleh dijadikan sebagai satu pengajaarn untuk kita semua....  bila difikirkan betul juga apa yang emakku nyatakan ......kepada pembaca pembaca budiman jangan ikut tingkah laku macam penulis ni yerrrrr TERUK ! .....solat la seberapa banyak sekalipun asalkan ikhlas sentiasa mengiringi anda ......

~ jangan anggap teguran itu satu permusuhan ~ _tinta sundus_

Saturday 11 August 2012

alhamdulillah sudah sampai drive menuju destinasi Tanah Merah ............... bertolak dari Bangi jam 5am kemudian sembahyang subuh di cheras dalam pukul 6.30 am mula bergerak dengan serangkap doa...... jam 10am sudah berada di kawasan gua musang dan alhamdulillah lebih kurang jam 11.30pm sampai di parlimen kesayangan... home sweet home .......... malamnya melkasanakan solat terawikh di masjid namun satu perasaan kepelikan dimana hanya 5 saff sahaja yang memnuhi ruang solat wanita... kemana la agaknya jemaah jemaah yang lain .... jika nak dibangdingkan tahun sebelumnya memang ramai bilangan jemaah di masjid tersebut namun kini....... hemmmm husnudhon sahajala ........ Ya Allah terima kasih kerana memberi perlindungan kepadaku sepanjang perjalanan bersama sang kancil  .......  apa2x pun minta maaf kepada semua yang membaca entri ini .... okey badan sudah terasa lemah masa untuk berehat .... insyaAllah malam ni malam yang ke 23 ganjil jadi mohonlah sama sama kepada Allah moga rezeki bertemu lailatulqadar ada pada kita ........... dan selamat khatam al-quran wahai pembaca sekalian .... dan selamat menghabiskan bcaan al quran dah khatam leh la buat pulut kuning + rendang bagi orang makan ^^ moga2x dirimu dipermurahkan rezeki hendaknya ........ Bismikallah .................... wa amut ......

Friday 10 August 2012

Metafora Nafsu

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk melihat, mendengar,menulis dan bergerak ke sana sini........ i'll drive my " little  baby" by tomorrow after sahur to " reach " my destiny .... home sweet home ..... pray safety for me my beloved readers ..... =) .... perhaps i can sleep early tonight after tarawikh..... so i leave a 'warkah' to all of you... hopefully it will give some benefit to the readers .... and today is 21'st Ramadhan .... so where you are now reading juzuk of al quran ? not too late but you and i need to speed up the gear ..... Selamat menjalani Ibadah Puasa dan berbuka bersama yang tersayang jangan lupa ibadah terawikh dan selamat khatam al -quran ...... moga moga Allah menilai setiap amalan kita ..... dan maafkan diri ini andai tersalah bahasa mahupun melafazkan ungkapa ungkapan yang kesat .... salam sayang dari SUTERA buat para pembaca   budiman sekalian  .................. ( @ Bangi ) 


To anynomous you can leave your comment .......... ^^


Nafsu oh nafsu kenapa engkau JAHAT ?

aiyya......dish dish dish Nafsu !!!
apabila menyebut tentang hawa nafsu ianya merupakan satu rahsia yang boleh kita singkapkan di sebalik Hawa Nafsu itu sendiri ...... ramai yang menyangka hakikat nafsu itu sering mengajak ke arah kejahatan mahupun sesuatu keburukan sesuai dengan hadis yang disabdakan oleh Baginda saw.... Dunia ini adalah medan pertempuran jasad diri dengan bisikan nafsu  hanya keimanan sahaja yang mampu menjadi perisai bagi segala ancaman dan ugutan nafsu kadangkala keimanan juga akan dibelakangi oleh turutan hawa nafsu ..... hanya ketakwaan sahaja yang menjadikan nafsu itu tertunduk diam dan ketakwaan itu juga akan menjadi kemenangan kepada hati hamba hambaNya. Bukan itu sahaja, dunia juga wacana kehidupan bagi segala kebaikan dan keburukan. Baik dan buruknya sesuatu kehidupan bergantung kepada nilai kemanusiaan dalam  diri. Andai sudah tertewas dengan ajakan nafsu pasti ianya mempengaruhi seluruh kehidupan kita. Susahkan sebagai seorang insan yang serba kekurangan ingin bermujahadah dalam memerangi nafsu ? Benarlah kata baginda saw dimana 

Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? 
RasuluLlah berkata: Jihad menentang hawa nafsu”. 

Mana mungkin seorang manusia di dunia kini sering berjaya dalam merantai hawa nafsunya dari memamah hati. Hatta seorang Nabi juga kecundang dalam ajakan nafsu.Mengimbas kembali sejarah lampau memperlihatkan bagaimana Nabi Adam as yang tinggal di taman syurga akhirnya dicampakkan kerana terpesona dengan godaan nafsu . Sejarah nafsu juga memberitakan kisah dua adik beradik iaitu Qabil yang membunuh saudaranya sendiri Habil. Apakah nafsu tidak mengajak kita daripada lalai mentaati perintah Allah ? Sudah tentu tidak ! ianya sentiasa memburui insan yang dinamakan manusia .......

Dengan ilmu didadalah manusia mampu menilai serta membezakan antara yang baik dan buruk sesuai dengan firmanNya :

Allah sekali-kali tidak menzalimi hambanya.” (Surah Al-Kahfi, ayat 49) 

Apa itu hawa nafsu ?

Berdasarkan pandangan ulama tasawuf, maksud hawa nafsu yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan dua perkara penting iaitu :

1) Keenganan menunaikan kewajipan beribadah kepada Allah ataupun bersifat pasif dalam mengerjakan perintah-Nya. Ini yang dimaksudkan dengan hawa

2) Kecenderungan melakukan penderhakaan, bangkangan ataupun kemungkaran kepada perintah allah yang menyebabkan dosa dan maksiat ataupun dalam kata lain, bersifat aktif dalam mengerjakan larangan Allah. Ini yang dimaksudkan dengan nafsu.

Jika dilihat kepada dua pengertian hawa merujuk kepada Keengganan manakala nafsu pula membawa maksud kepada Kecenderungan. Keengganan beribadah ini dapat diubah kepada ketaatan dalam melaksanakan ibadah manakala kecenderungan ke arah maksiat dapat dihapuskan. Inilah kaedah bagaimana hendak menundukkan hawa nafsu dimana ahli tasawuf mengatakan bahawa Hawa itu perlu diaktifkan dan nafsu itu perlu dipasifkan ....ianya perlu digandingkan bersama antara hawa dan nafsu

Dalam surah asy-Syams ayat 8 hingga ayat 10 , Allah telah berfirman 

Kemudian Allah mengilhamkan kepadanya jalan yang kejahatan dan jalan taqwanya;

Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang membersihkannya.

Dan sesungguhnya amat rugilah orang yang mencemarkannya.

Ayat ini jelas menunjukkan Allah Yang Maha Pemurah itu telah mengilhamkan kepada jiwa manusia dua jalan iaitu ke lembah kejahatan ataupun ketakwaan. Bagi manusia yang tertarik kepada kefasikan selalunya mereka adalah insan yang sentiasa terpengaruhan dengan cucukan hawa nafsunya. Namun bagi jiwa manusia yang tertarik untuk menujui jalan ketakwaan sudah semestinya mereka itu mengikut perintah dan petunjuk yang telah dikurniakan Allah swt.

Banyak perkara yang boleh dikupaskan berkenaan hawa nafsu. Namun kali ini kita cuba menyelami metafora yang digambarkan sepertimana yang termaktub dalam lembaran suciNya. Allah telah berfirman dalam surah al-jasiyah ayat 23 yang membawa maksud :

Pernahkah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya (bahwa ia tidak layak lagi memperoleh petunjuk), serta Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan di atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mau ingat?

Allah telah menyatakan dalam surah ini bahawa bagi manusia yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan pastinya Allah akan membiarkannya sesat dan juga mengunci mata pendengarannya serta hatinya dan juga meletakkan tutupan di atas penglihatannya.

Kini ada segelintir dalam masyarakat kita terutamanya tidak lagi menyembah Allah tidak lagi mengakui kewujudan Sang Pencipta. Mereka ini lebih rela menyembah keinginan nafsu yang membuak buak. Nafsu yang sentiasa memukau mata tentang keindahan duniawi ataupun materialistik. Mereka menganggap kesenangan dunia akan berkekalan dan teramat indah jika 'dihargai'......namun mereka lupa akan firman Allah dalam salah satu surah Al-Hadid ayat 20 :

Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga diantara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan,seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani,kemudian (tanaman)itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.Dan diakhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.

Jika hidup bertuhankan nafsu lantaran itu jugalah penyebab kepada berlakunya kezaliman, penindasan, jenayah yang berleluasa dan sebagai kemaksiatan yang mencemari imej agama Islam itu sendiri. Disebabkan manusia yang sering menolak akan petunjuk Illahi dan risalah kebenaran tauhid penyebab kepada kekacauan keamanan dan keharmonian jiwa. Ternyata mereka lebih cenderung memilih jalan kefasikan berbanding ketakwaan . Alangkah ruginya jika kita juga termasuk dalam golongan yang bertuhankan nafsu. Astagfirullahal'azim.....

dalam surah al-Baqarah ayat 7 Allah swt telah berfirman :

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.


Apa makna hidup di dunia andai Allah telah mengunci hati serta pendengaran bahkan penglihatan jua. Ditambah lagi dengan azab yang akan ditimpa oleh mereka. Hanya ubat Taubat Nasuha sahaja yang mampu menjernihkan serta menyucikan hati sudah diwarnai kehitaman.

Terdapat banyak ayat ayat Allah yang menekankan perkaitan antara hati dan kehidupan. Manusia yang bertuhankan nafsu bermaksud mereka yang selalu menuruti keinginan syahwat mereka dengan membuat kemaksiatan dan dosa. Inilah punca mengapa segelintir dari masyarakat kita semakin jauh daripada pancaran hidayah Allah swt dan itu yang disyaratkan oleh Nabi Muhammad dengan katanya , "Ada empat sebab kesengsaraan iaitu kebekuan mata, kekerasan hati, panjang angan angan, dan ketamakan kepada dunia (direkodkan oleh Al-Bazzar)"

Ayuhlah saudaraku jika dirimu sudah menjauhi Tuhanmu masih ada waktu untuk dirimu pulang menemukan Allah swt. Hanya doa taubat yang mampu menyembuh hati yang kerosakan itu supaya ianya kembali bercahaya mengikut neraca al-quran.

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang (an-Nur ayat 35) 

Oleh itu,mereka yang dilimpahi Allah dengan hidayahNya bersyukrlah akan nikmat yang diberikan kerana Hidayah itu akan dianugerahkan kepada sesiapa yang dikhendakiNya sahaja. Mereka inilah golongan ahli syurga yang mendapat kenikmatan kenikmatan yang tiada tara.Sebaliknya siapa yang tidak dikurniakan cahaya Allah mereka akan dipenjarakan sebagai ahli neraka... Nauzubillah .....

~nafsu itu sering menyuntik ke arah lembah kehinaan namun ayatNya menjadi penawar bagi segala nafsu ~ Qouted from N.S.B.S

wallahu'alam.........




Wednesday 8 August 2012

back to

SIGN BOARD SIJANGKANG
alhamdulillah semalam selamat sampai balik ke rumah sewa yang tercinta di shah alam......untuk menghidangkan juadah berbuka puasa untuk mereka serumah......namun ada sedikit 'ujian' sewaktu dalam perjalanan dari Bangi ke Shah Alam.......semasa perjalanan membwa sang kancil dek kerana mata melilau mencari duit di box kereta untuk bayar TOL akibat unsure dengan baki Touch n Go tiba tiba bila lihat kedepan....MASYALLAH terlepas junction !!!  bila dah terlepas junction confirm la kan susah nak U-turn kembali....jadi bawa je la kancil tu sampai ke satu sign board...........Tanjung pglima.....(lupa nama) Banting, Klang dll..... memang jauh perjalanannya yang hakikatnya kebiasaan drive dari Bangi ke shah Alam hanya mengambil masa selama setengah jam paling lama pun 45 minit......Allah nak uji kesabaran dalam diriku sepanjang perjalanan......bila melihat signboard Klang dalam hati "mesti jemm nih... xsuka lalu klang...bnyak kereta n lori "......memang jauh! dan total Tol pula rm 4 lebih bayarannya....sedangkan kebiasaannya rm 3 lebih jer......namun sewaktu dalam perjalanan tiba tiba terlihat signboard kg Sijangkang..........bermonolog dengan diri......"macam ada sahabat aku ni yang tinggal kat kampung nih...owhhhh ni la sijangkang......dah lama janji dengannya untuk bertandang ke rumahnya sewaktu emaknya sakit...maaf sangat sangat.....hemmm nampak gayanya Raya lah jawapannya....itupun kalau dijemput  =)..... moga moga keluarganya sentiasa disinari dengan kebahagiaan...dan emaknya sihat walafiat....".......jadi hanya meneruskan perjalanan.........memang agak sibuk waktu tu jalanraya..... sambil tengok depan sambil tengok jam.... rushing sangat !!! rushing takut tak sempat nak wat hidangan ikan bakar, sayur sayuran kuih Butir nangka dan Gula melaka........ namun alhamdulillah  dan hari ini  8/8/2012.....sekali lagi akan meninggalkan jejak untuk kembali ke Bangi dan insyaAllah jika dipanjangkan umur raya nanti datang balik........

di shah alam dah berbunyi dentuman menrcun sama juga seperti di Bangi ..... di rumahku pula ? yang sempadan dengan Thailand confirm lagi hebat dentuman tersebut ... rindunya Kampung..... kira kira dah hampir 4 bulan tak balik ..... tak tahu la sibuk atau buat buat sibuk !!!! huhuhu ..... biskut raya pun nampak gayanya kena beli sikit kat sini as a backup .... takut tak sempat nak menguli ..... maklumlah tak da 'perintis' perempuan dalam family...alone as a girl sorang sorang... ngengenge..tahun lepas boleh la menguli  beberapa doh dan dapat la 12 botol semuanya .........

bila balik kg ?

insyaAllah 11/08 after sahur akanku drive alone menuju ke bumi serambi mekkah .... doakanku teman supaya selamat menuju ke destinasi..........cabaran gak drive dalam keadaan berpuasa ........ insyaAllah akan dikongsikan satu tajuk berkaitan NAFSU .... bahan bacaan yang menarik untuk dibedah ...... hakikat nafsu memang mengajak ke arah kejahatan namun nafsu Kamilah itulah sebaik baik nafsu ............


Tuesday 7 August 2012

DIAM.............. sshhhh


Bicara dan diam laksana dua sisi dari sekeping mata wang, yang tidak mungkin dipisahkan. Kedua-duanya adalah nikmat Allah yang amat besar yang diberikan kepada umat manusia. Dengan berbicara, manusia boleh berinteraksi sesama mereka dan menjadi makhluk yang termulia di antara makhluk-makhluk Allah yang lainnya.
Oleh kerana itu, secara jelas Allah Taala berfirman di dalam al Quran :
"(Allah) Mengajarkannnya (kepada manusia) pandai menerangkan (berbicara)" - Surah ar Rahman:4

Dari Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya". [Sahih Bukhari]

Kalimah, "...Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat", maksudnya adalah sesiapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, "...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam" kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu takut kepada ancamanNya, mengharapkan pahalaNya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya. Dan yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan semua anggota badannya, sebagaimana tersebut pada firman Allah :
"Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya" - Surah al Isra':36

Dan firmanNya lagi :
"Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid". Surah Qaff:18

Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah S.A.W bersabda, "Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka karena tidak dapat mengendalikan lidahnya" [Sunan Abi Daud].

Baginda turut bersabda, "Tiap-tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran" [Sunan Ibnu Majah].

Apabila Nabi S.A.W bersabda, "...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam", ia menunjukkan bahawa perkatan yang baik itu lebih utama daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata buruk. Berkata baik dalam hadis ini mencakup menyampaikan ajaran Allah dan RasulNya dan memberikan pengajaran kepada kaum Muslimin, amar makruf dan nahi mungkar berdasarkan ilmu, mendamaikan orang yang berselisih pendapat, berkata yang baik kepada orang lain. Dan yang terbaik dari semuanya itu adalah menyampaikan perkataan yang benar di hadapan orang yang ditakuti kekejamannya atau diharapkan pemberiannya.

Islam menjelaskan bagaimana seharusnya memanfaatkan kedua nikmat yang amat besar itu, iaitu bercakap dan diam, agar manusia benar-benar mampu memanfaatkan untuk berbicara sehari-hari sehingga ia menjadi jalan kebaikan bagi penuturnya. Dan kalau tidak mampu, maka lebih baik diam. Dan bagi yang mampu untuk diam pula, tetapi menolak untuk mengucapkan kebenaran, ia adalah "syaitan" yang bisu - as saakitu anil haq syaitonul akhras. Kerana itu, diam juga boleh memberikan kesan sampingan yang bermacam-macam dan nilai impaknya. Ada yang dengan diam ia menjadi emas, tetapi ada pula dengan diam ia menjadi masalah. Semua bergantung kepada niat cara situasi juga kondisi pada diri dan lingkungannya. 

Untuk mencapai kebaikan Islam, seseorang tidak cukup dengan diamnya lisan, dan anggota tubuh yang lain dari hal-hal yang dilarang oleh Allah Taala. Namun, ia harus juga diam dan meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya. Dan juga bagi agamanya Islam. Rasulullah S.A.W bersabda, "Di antara kebaikan Islam seseorang itu iaitu meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya". [Sunan Tirmizi]

Kalau seseorang sudah mampu untuk memilih hanya yang bermanfaat baginya, bagi keluarga, agama, dan masyarakatnya, dan mampu juga untuk diam meninggalkan ucapan yang tidak bermanfaat, ia sudah selamat dari kejahatan dan bala` yang besar. Dan keselamatan dari kejahatan itu bererti prestasi besar dalam meraih kebaikan yang sangat besar. Ini kerana manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka. 

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Misalnya, berkata-kata dan kemampuan berbicara di depan khalayak umum menjadi sebuah keperluan kerana kita memiliki fungsi sebagai makhluk sosial dengan kebiasaan berinteraksi antara mereka. Untuk kepentingan itu, berkata-kata adalah sebuah jalan sikap yang harus diambil. Lalu bagaimana dengan diam?

Sama halnya, diam memiliki faedah dan syarat kondisionalnya tersendiri. Yang penting adalah kita mengetahui waktu-waktu yang tepat untuk mengambil diam sebagai sikap ketika berinteraksi dengan orang lain. Diam bahkan boleh menjadi kebiasaan efektif yang bila diterapkan dalam diri, ia akan membuat kita menjadi lebih produktif. Iaitu dengan membiasakan diam dan mendengar daripada berbicara dengan memperbanyakkan kerja.

Hikmah Yang Terkandung Pada Perbuatan Diam
  1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  2. Menjadi perhiasan tanpa berhias.
  3. Memiliki kehebatan tanpa kerajaan.
  4. Membina benteng tanpa pagar.
  5. Mempunyai kekayaan budi tanpa meminta maaf kepada orang.
  6. Memberi istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal.
  7. Menutupi segala aib dan masalah.
Antara hadis mengenai kelebihan diam bermaksud, "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". [Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya']
Bersikap diam juga suatu kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan bahkan ada yang menyebutnya merupakan media pendidikan yang sangat bagus dan telah teruji. Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu". [Musnad Imam Ahmad]
Manakala nasihat Amirul Mukminin Umar bin Khattab berbunyi :
  • "Barangsiapa yang banyak ketawa, maka akan sedikit sekali wibawanya"
  • "Barangsiapa yang suka senda gurau, maka dia akan dianggap remeh"
  • "Barangsiapa yang bersikap melampau (berlebih-lebih), maka akan jatuh jatidirinya"
  • "Barangsiapa yang banyak cakap, maka dia akan banyak salah"
  • "Barangsiapa yang banyak salah, maka akan hilang rasa malunya"
  • "Barangsiapa yang hilang rasa malunya, maka kurang sikap wara'-nya (sikap berhati-hati dari perkara dosa)"
  • "Barangsiapa yang sedikit rasa berhati-hati dari perkara dosa, maka akan mati hatinya" [Hilyatul Auliya']
Semoga Allah merahmati Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ketika beliau berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu (Salafus Soleh) itu berhenti (tidak bersikap melampau) di atas dasar ilmu dengan penelitian yang tajam (menembus), lalu adakalanya mereka menahan dirinya (dari meneruskan sesuatu perbahasan) sekalipun mereka lebih mampu dalam membahas sesuatu perkara jika mereka ingin membahasnya"[Bayan Fadhli Ilmi Salaf]
Diam Juga Boleh Mengundang Fasad
Tedapat dalam sebuah hadis yang masyhur berbunyi, "Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dan mencegahnya dengan menggunakan tangannya (kuasa), sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia menggunakan mulutnya, sekiranya ia tidak mampu juga maka hendaklah ia menggubah dengan menggunakan hatinya. Sesungguhnya mengubah dan mencegah perbuatan mungkar dengan menggunakan hati itu adalah tanda selemah-lemah iman". [Sahih Muslim]

Justeru, tidak mengubah dan mencegah sesuatu kemungkaran adalah tanda tiada iman atau hampir kepada kekufuran. Jika dilihat daripada hadis yang disebut di atas, Nabi Muhammad S.A.W menggunakan pendekatan yang sangat berhemah dalam mengkategorikan seseorang Muslim itu kepada tiga peringkat. Bagaimanapun, selalu sangat disalah-tafsirkan kategori yang terakhir itu sebagai diam. Maka mengatakan kategori yang terakhir dalam melunaskan kerja untuk mencegah kemungkaran sebagai diam adalah suatu kesilapan, kerana diam bukan tanda beriman dan bukan pula tanda kekufuran. Dalam bahasa lain diam tidak boleh dijadikan ukuran salah atau betul, beriman atau kafirnya seseorang.

Semua bentuk pendakwaan atau tuduhan pada asasnya mestilah disaksikan, yakni dibuktikan melalui penyaksian, melihat, mendengar atau merasa. Ini sesuai dengan asas undang-undang bahawa beban pembuktian itu berada di atas bahu yang mendakwa atau yang membuat tuduhan dengan saksi-saksi dan penyaksian serta bukti yang sah sebelum ia berpindah kepada pihak yang dituduh.

Dalam satu hadis yang turut dijadikan kaedah feqah dalam hal pembuktian, berbunyi, "(Beban pembuktian dengan) penyaksian (dan lain-lainnya) adalah di atas mereka yang mendakwa (yakni orang yang membuat tuduhan). (Hanya selepas ia dibuktikan maka dikehendaki memberikan) penjelasan (dan bukti-bukti sebagai jawapan) adalah di atas mereka yang mengingkarinya (sama ada yang tertuduh atau selainnya)".

Dalam kes-kes berkaitan zina dan liwat yang menjadi isu semasa pada hari ini, perlulah diingat bahawa undang-undang Islam jelas menekankan bahawa beban pembuktian adalah di atas mereka yang membuat tuduhan dan dakwaan mengenainya yakni mereka mesti mendatangkan empat (4) orang saksi. Sekiranya mereka gagal mendatangkan dengan bilangan saksi tersebut, maka wajiblah mereka dikenakan hukuman qazaf sesuai dengan ketetapan Islam dalam undang-undang hudud.

Dalam hal ini tertuduh tidak perlu menjawab apatah lagi membuktikan apa-apa sehinggalah empat orang saksi dikemukakan oleh yang membuat dakwaan atau tuduhan. Adalah menjadi prinsip bahawa Islam mengiktiraf bahawa yang tertuduh adalah suci dan bersih daripada sebarang dakwaan dan tuduhan melainkan setelah dakwaan dan tuduhan berjaya dibuktikan tanpa ada keraguan yang munasabah. Bahkan ini juga adalah prinsip undang-undang lazim (common law) yang sedia terpakai di negara kita.

Tiada satu peruntukan baik dalam Islam mahupun undang-undang lazim yang memberikan satu dalil mahupun isyarat membolehkan orang yang tertuduh dianiayai atau dizalimi dengan sebarang bentuk prasangka atau layanan buruk hanya dengan sebab dia diam atau enggan memberikan kerjasama menjawab sebarang pertuduhan dan dakwaan sebelum penuduh atau pendakwa membuktikan kesnya terlebih dahulu. Bahkan mereka yang menyebarkan pertuduhan dan dakwaan sebegitu yakni tanpa ia dibuktikan, boleh dikenakan tindakan undang-undang baik tindakan secara tangkapan polis, injunksi mahupun tindakan defamasi sesuai dengan ketetapan undang-undang lazim.

Mendengar & Melaksanakan Apa Yang Baik Itu Lebih Utama

Pada umumnya, orang yang banyak berbicara (berkata-kata) adalah orang yang lemah keperibadiannya. Ciri orang intelek menurut Islam yang disebutkan al Quran adalah orang yang mendengarkan perkataan orang lain, "allaziina yastami’unal qaul..." dan mengikuti yang baik dari perkataan itu, "fa yattabi'una ahsanah...".

Pada umumnya juga, orang pandai yang suka mendengarkan orang lain akan disukai. Sebahagian manusia lebih gemar untuk perkataannya didengar, diambil peduli daripada dia mendengar bicara orang lain. Ada orang yang mempunyai kebiasaan berbicara dahulu, baru berfikir. Kerana itu, diam menunjukkan kekuatan keperibadian seseorang. Kemampuan mendengarkan adalah kekuatan keperibadian yang luar biasa besarnya.

Jika ingin berbicara, sebaiknya kita harus benar-benar yakin bahawa apa yang akan disampaikan adalah sesuatu yang sudah difikirkan. Kurangilah perkataan-perkataan yang muncul secara refleks. Biasakanlah diam atau merenung, maka kita akan menjadi produktif dalam hidup. Diam bukan dalam erti kita sama sekali tidak berbicara, melainkan diam dalam erti hanya berbicara jika ada keperluan untuk itu. Ada mekanisme lain juga yang telah ditunjukkan di dalam al Quran :
"Dan apabila sewaktu pembahagian (hak) itu hadir beberapa kerabat, anak-anak yatim dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu (sekadarnya) dan ucapkanlah perkataan yang baik" - Surah an Nisa':8

"Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran)" - Surah an Nisa':9

"Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Kerana itu berpalinglah dari mereka, dan berilah mereka nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas pada jiwanya" - Surah an Nisa':63

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)"- Surah Isra':23
"Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati" - Surah Isra':28

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" - Surah Luqman:19
Al Quran menunjukkan kepada kita tentang pilihan dalam berbicara, qaulan ma'rufan, qaulan kariman, qaulan maysuran, qaulan sadidan danqaulan balighan, yakni pembicaraan yang disertakan perkataan yang baik. Dan mekanisme mana lagi yang lebih baik dibandingkan dengan anjuran yang difirmankan olehNya?


Monday 6 August 2012

sambungan entri sebelum ini

masjid USIM
~ CORAT CORET ~

namun keesokan harinya diri ini xpergi berterawikh di surau tersebut ...... membawa diri bersama sang kancil menuju ke satu tempat iaitu NILAI negeri sembilan ...... bertandang di rumah sahabat yang dah lama membuat master di USIM yang kesepian disana .......... itupun tanpa perancangan memang secara Ad Hoc !!!! .... dan untuk ke sana memandangkan suami mak sedaraku dah balik umah [balik seminggu sekali kerja jauh] jadi dengan sukanyer diriku bermalam ke NILAI untuk satu hari .... baru ku tahu owhhh inilah USIM ...... sebelum itu ada yang lagi special .... ^^ SPECIAL ke ??? hemmmm jgan marah yer kalau anda sedang membaca entri ini wahai sahabatku dot dot dot .......

di masjid inilah tempat ku dan dia berterawikh bersama sama sebelum menuju ke rumah sewanya ..... di sini jugalah kami bersama sama solat asar sehinggalah berbuka puasa... banyak perkara yang dikongsi bersama .... maklumlah lama xjumpa ....

nape la banyak2x buku, tajuk ini diberikan??? ngengenege...
ada lagi yang SUPRISE untukku ..... semasa kami bersama sama ke kedai buku tetiba dia bagi hadiah buku ni -------------------->

lawak ke aper sahabatku ..... sesungguhnya dia tahu diriku tak pernah nak membaca buku genre BEGINI dan apatah lagi untuk memiliki....sekali diberikannya as HADIAH ....... tak tahu la bila akan HABIS dibaca !!!! memang diriku tak pernah nak ada buku genre seperti ini bahkan seandainya ditanya pada golongan hawa tentang novel pasti mereka akan " banyak bercerita " tentang novel yang dibaca .... tapi jika ditanya pada si penulis tinta Sundus pasti jawapan yang akan diber "tak pernah pun minat dengan novel satu novel pun tak ada..... hihihi" .... tertelan gak air liur bila melihat kulit buku nih ....... dah la tajuk buku pun tentang CINTA ..... bila agaknya boleh DIBEDAH buku ini ..... 'kelam' rasanya .... tapi duhai sahabatku dot dot dot insyaAllah buku pemberianmu ini akan dihabiskan jua =) .... cuma mungkin inginku kongsi kepada pembaca sekalian terutamanya tentang ISTIKHARAH...... buatlah selalu dalam setiap solatmu sesungguhnya kuasa ISTIKHARAH itu memberi kesan yang amat baik dalam setiap kehidupan... percayalah!!! jangan bila mengaitkan soal jodoh baru kita hendak BERISTIKHARAH tapi banyak lagi pilihan di dunia ini  yang memerlukan pilihan yang TEPAT......keluarkan MINDA kita dari "DISETKAN" istikharah hanyalah untuk JODOH !!! no...no... and no........."cahaya" Allah itu akan masuk ke HATI bilamana kita memerlukan untuk membuat sesuatu PILIHAN secara AD HOC sekiranya solat istikharah itu sudah sebati dengan diri....ape ape pun buku yang masih menjadi 'stock' sang penulis pun ada lagi berbaki .... dan sekarang sedang menghabiskan 1 buku tentang NAFSU yang kupasannya agak menarik hanya tinggal 1 bab sahaja ...... =)

walau apapun terima kasih kepada sahabatku kerana pemberian hadiah ini ..... dan syukran atas layananmu kepada diri ini sepanjang satu hari di USIM ........... insyaAllah akan diri ini terus memuaskan hati sahabat sahabatku sekalian selagi mana nyawa masih dipanjangkan .....


__________ ************** ___________________ sekembalinya di BANGI

5/8/2012

setelah keluar berjalan jalan bersama family mak sedara mencari cari pakaian raya kemudian masa untuk memasak juadah berbuka di rumah.... semalam agak banyak juga yang dimasak kerana sepupu sepapatku yang berada di sekitar selangor bertandang ke rumahnya ....... apa lagi mak sedaraku request kepadaku untuk diriku buat dessert jadi diriku pun buatlah puding karamel ,onde onde / gula melaka dan juga request untuk buat kerabu mangga ....... dan inilah hasilnya serta juadah berbuka .... yang pasti kurma tidak boleh ditinggalkan disebabkan ianya satu 'kegilaan' khusus buat penulis tinta sundus ini

tengok je la gambar yer ...........

onde onde dan puding karamel

kurma Yusuf Taiyob..... kalau sekotak
sekejap je si penulis ni habiskan nasib baik bulan
puasa..... if x memang habislah lagi2x
kalau mengadap TV
kerabu mangga .....
juada berbuka untu kehadiran yang ramai



___________ ********** _______________ hari ini masih lagi di BANGI menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman .... sang kancil itu perlu diservice semula sebelum diriku drive menuju kg tercinta

......ape ape pun cerita ini sesaje untuk dicoretkan sbagai selingan masa untuk membaca dan __________

sempena nuzul quran hari ini sama sama kia check balik dimanakah juzuk yang anda sedang bacakan hari ini ? jika terlewat masih lagi sempat untuk mengejarnya yang pasti USAHA .... jika dah ke hadapan alhamdulillah ... diriku ??? hanya Allah sahaja yang tahu .... =)

selaamat berpuasa , berbuka puasa dan juga berterawikh duhai pembaca sekalian ............................














alhamdulillah

alhamdulillah sepanjang 5 hari di BANGI Allah masih mengizinkan u bertandang ke surau mujahid [xsilap la namanya] untuk bertarawikh disini .... Surau dalam kawasan perumahan namun agak jauh sedikit yang pastinya perlu berkenderaan ... ikutkan boleh je nak berjalan memandangkan diri ni pun 'asing' kat kawasan ni agak kaget jugak la nak jalan sorang sorang jadi jalan paling selamat ialah naik kereta ..... memandangkan mak sedara masih mempunyai anak kecil agak sukar untuk terawikh secara berjemaah .... Hari pertama menyiggah di surau itu pada mulanya mencari cari dimana pintu masuk untuk wanita agak mengambil masa lama jugak la rupa-rupanya di satu sudut kecil ada satu pintu masuk yang 'comel' untuk wanita ... manala tak jumpa kan ..... di sini agak berbeza sedikit jika nak dibandingkan masjid atau surau yang pernah diri ini solat jemaah .... di BANGI solat terawikh bermula pada 9.30 kerana selepas isya selama setengah jam ustaz akan memberi serba sedikit tazkirah ringkas sebagai peringatan bersama ......

masih pada hari pertama, sejurus selepas tazkirah kemudian ustaz membuat satu 'announcement'...

lebih krang gini ayatnya ... hehe

Ustaz : para jemaah sekalian , esok malam selepas terawikh ada satu forum yang mana akan diwakili oleh ABIM...

Sundus : dalam hati "owh surau ni rupanya orang kuat ........"

Ustaz : esok akan dihadiri oleh DSAI dan seorang lagi (lupa pulak nama) yang mana akan membincangkan tentang topik KEBANGKITAN RAKYAT

Sundus : "owhhh hemmmmmm.... berhajat u dengar nih ....."

baru je menjadi 'orang baru' di sini namun setiap kali doa yang dibaca imam pasti terselit namaku dan mulalah perasaan itu bercampur baur .....

dan terawikh y seterusnya imam membacakan surah kemudian ada juga namaku dan termasuk berkaitan jihad fi sabilillah .... lagilah berABC perasaan ...... yang pasti Imam itu juga membacakan surah di mana dalam surah tersebut tercatat satu nama iaitu SUNDUS ...


__________________*************___________________

sambungan next entry ....