Monday 6 August 2012

sambungan entri sebelum ini

masjid USIM
~ CORAT CORET ~

namun keesokan harinya diri ini xpergi berterawikh di surau tersebut ...... membawa diri bersama sang kancil menuju ke satu tempat iaitu NILAI negeri sembilan ...... bertandang di rumah sahabat yang dah lama membuat master di USIM yang kesepian disana .......... itupun tanpa perancangan memang secara Ad Hoc !!!! .... dan untuk ke sana memandangkan suami mak sedaraku dah balik umah [balik seminggu sekali kerja jauh] jadi dengan sukanyer diriku bermalam ke NILAI untuk satu hari .... baru ku tahu owhhh inilah USIM ...... sebelum itu ada yang lagi special .... ^^ SPECIAL ke ??? hemmmm jgan marah yer kalau anda sedang membaca entri ini wahai sahabatku dot dot dot .......

di masjid inilah tempat ku dan dia berterawikh bersama sama sebelum menuju ke rumah sewanya ..... di sini jugalah kami bersama sama solat asar sehinggalah berbuka puasa... banyak perkara yang dikongsi bersama .... maklumlah lama xjumpa ....

nape la banyak2x buku, tajuk ini diberikan??? ngengenege...
ada lagi yang SUPRISE untukku ..... semasa kami bersama sama ke kedai buku tetiba dia bagi hadiah buku ni -------------------->

lawak ke aper sahabatku ..... sesungguhnya dia tahu diriku tak pernah nak membaca buku genre BEGINI dan apatah lagi untuk memiliki....sekali diberikannya as HADIAH ....... tak tahu la bila akan HABIS dibaca !!!! memang diriku tak pernah nak ada buku genre seperti ini bahkan seandainya ditanya pada golongan hawa tentang novel pasti mereka akan " banyak bercerita " tentang novel yang dibaca .... tapi jika ditanya pada si penulis tinta Sundus pasti jawapan yang akan diber "tak pernah pun minat dengan novel satu novel pun tak ada..... hihihi" .... tertelan gak air liur bila melihat kulit buku nih ....... dah la tajuk buku pun tentang CINTA ..... bila agaknya boleh DIBEDAH buku ini ..... 'kelam' rasanya .... tapi duhai sahabatku dot dot dot insyaAllah buku pemberianmu ini akan dihabiskan jua =) .... cuma mungkin inginku kongsi kepada pembaca sekalian terutamanya tentang ISTIKHARAH...... buatlah selalu dalam setiap solatmu sesungguhnya kuasa ISTIKHARAH itu memberi kesan yang amat baik dalam setiap kehidupan... percayalah!!! jangan bila mengaitkan soal jodoh baru kita hendak BERISTIKHARAH tapi banyak lagi pilihan di dunia ini  yang memerlukan pilihan yang TEPAT......keluarkan MINDA kita dari "DISETKAN" istikharah hanyalah untuk JODOH !!! no...no... and no........."cahaya" Allah itu akan masuk ke HATI bilamana kita memerlukan untuk membuat sesuatu PILIHAN secara AD HOC sekiranya solat istikharah itu sudah sebati dengan diri....ape ape pun buku yang masih menjadi 'stock' sang penulis pun ada lagi berbaki .... dan sekarang sedang menghabiskan 1 buku tentang NAFSU yang kupasannya agak menarik hanya tinggal 1 bab sahaja ...... =)

walau apapun terima kasih kepada sahabatku kerana pemberian hadiah ini ..... dan syukran atas layananmu kepada diri ini sepanjang satu hari di USIM ........... insyaAllah akan diri ini terus memuaskan hati sahabat sahabatku sekalian selagi mana nyawa masih dipanjangkan .....


__________ ************** ___________________ sekembalinya di BANGI

5/8/2012

setelah keluar berjalan jalan bersama family mak sedara mencari cari pakaian raya kemudian masa untuk memasak juadah berbuka di rumah.... semalam agak banyak juga yang dimasak kerana sepupu sepapatku yang berada di sekitar selangor bertandang ke rumahnya ....... apa lagi mak sedaraku request kepadaku untuk diriku buat dessert jadi diriku pun buatlah puding karamel ,onde onde / gula melaka dan juga request untuk buat kerabu mangga ....... dan inilah hasilnya serta juadah berbuka .... yang pasti kurma tidak boleh ditinggalkan disebabkan ianya satu 'kegilaan' khusus buat penulis tinta sundus ini

tengok je la gambar yer ...........

onde onde dan puding karamel

kurma Yusuf Taiyob..... kalau sekotak
sekejap je si penulis ni habiskan nasib baik bulan
puasa..... if x memang habislah lagi2x
kalau mengadap TV
kerabu mangga .....
juada berbuka untu kehadiran yang ramai



___________ ********** _______________ hari ini masih lagi di BANGI menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman .... sang kancil itu perlu diservice semula sebelum diriku drive menuju kg tercinta

......ape ape pun cerita ini sesaje untuk dicoretkan sbagai selingan masa untuk membaca dan __________

sempena nuzul quran hari ini sama sama kia check balik dimanakah juzuk yang anda sedang bacakan hari ini ? jika terlewat masih lagi sempat untuk mengejarnya yang pasti USAHA .... jika dah ke hadapan alhamdulillah ... diriku ??? hanya Allah sahaja yang tahu .... =)

selaamat berpuasa , berbuka puasa dan juga berterawikh duhai pembaca sekalian ............................














No comments:

Post a Comment