
maghrib
emak : nak pergi terawaikh kat masjid ke nak buat sendiri kat rumah ?
diriku : nak ke masjid
dipendekkan cerita , pada malamnya menuju ke masjid bersama sama family dengan kereta sebab diri ni dah tak larat nak drive, abahku yang memandu menuju ke sana.... azan isya' telahpun kedengaran dari rumahku ........ kemudian sampai sahaja di masjid terus merapatkan saff untuk solat berjemaah ..... di deretan saff yang diriku berada bersebelahan dengan mak, mak sedara dan sepupuku ..... salam dilafazkan .... mungkin agak keletihan tambahan ada rasa 'malas' sedikit diriku tak melakukan solat sunat selepas isya' ........
pada malam ini [12/08/2012] semasa diriku drive kereta menuju ke masjid, dalam perjalanan tiba tiba emakku bersuara lebih kurang beginilah ayatnyerrr
Emak : lepas solat isya', solat la sunat selepasnya, kesian mentang mentang dah ada solat sunat yang baru (tarawikh) terus nak tinggalkan yang lama... sunat selepas isya' dok tunggu tunggu kita tapi kita buat dekkkkkk ajer...
adushhhhh terkena satu tegurang dari emakku tapi dengan selamba je jawab
diriku : letih la mak semalam tak larat dah ... hehehe
Teguran itu satu teguran yang membina buat diriku dan akan ingat sentiasa... huhu
entri ini hanyalah satu perkongsian sahaja dimana bukan semata mata untuk menunjuk mahupun riak dengan keadaan yang berlaku.....mungkin ianya boleh dijadikan sebagai satu pengajaarn untuk kita semua.... bila difikirkan betul juga apa yang emakku nyatakan ......kepada pembaca pembaca budiman jangan ikut tingkah laku macam penulis ni yerrrrr TERUK ! .....solat la seberapa banyak sekalipun asalkan ikhlas sentiasa mengiringi anda ......
~ jangan anggap teguran itu satu permusuhan ~ _tinta sundus_
No comments:
Post a Comment