Monday, 6 August 2012

alhamdulillah

alhamdulillah sepanjang 5 hari di BANGI Allah masih mengizinkan u bertandang ke surau mujahid [xsilap la namanya] untuk bertarawikh disini .... Surau dalam kawasan perumahan namun agak jauh sedikit yang pastinya perlu berkenderaan ... ikutkan boleh je nak berjalan memandangkan diri ni pun 'asing' kat kawasan ni agak kaget jugak la nak jalan sorang sorang jadi jalan paling selamat ialah naik kereta ..... memandangkan mak sedara masih mempunyai anak kecil agak sukar untuk terawikh secara berjemaah .... Hari pertama menyiggah di surau itu pada mulanya mencari cari dimana pintu masuk untuk wanita agak mengambil masa lama jugak la rupa-rupanya di satu sudut kecil ada satu pintu masuk yang 'comel' untuk wanita ... manala tak jumpa kan ..... di sini agak berbeza sedikit jika nak dibandingkan masjid atau surau yang pernah diri ini solat jemaah .... di BANGI solat terawikh bermula pada 9.30 kerana selepas isya selama setengah jam ustaz akan memberi serba sedikit tazkirah ringkas sebagai peringatan bersama ......

masih pada hari pertama, sejurus selepas tazkirah kemudian ustaz membuat satu 'announcement'...

lebih krang gini ayatnya ... hehe

Ustaz : para jemaah sekalian , esok malam selepas terawikh ada satu forum yang mana akan diwakili oleh ABIM...

Sundus : dalam hati "owh surau ni rupanya orang kuat ........"

Ustaz : esok akan dihadiri oleh DSAI dan seorang lagi (lupa pulak nama) yang mana akan membincangkan tentang topik KEBANGKITAN RAKYAT

Sundus : "owhhh hemmmmmm.... berhajat u dengar nih ....."

baru je menjadi 'orang baru' di sini namun setiap kali doa yang dibaca imam pasti terselit namaku dan mulalah perasaan itu bercampur baur .....

dan terawikh y seterusnya imam membacakan surah kemudian ada juga namaku dan termasuk berkaitan jihad fi sabilillah .... lagilah berABC perasaan ...... yang pasti Imam itu juga membacakan surah di mana dalam surah tersebut tercatat satu nama iaitu SUNDUS ...


__________________*************___________________

sambungan next entry ....


No comments:

Post a Comment