Saturday 29 June 2013

anugerah dan pengorbanan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum , buat teman-teman seperjuanganku sekalian .. Alhamdulillah hari ini lebih baik dari semalam dan esok diharapkan agar sentiasa baik sejahtera .... menyedari sudah lamanya saya tidak menulis di tinta ini dek kerana kesihatan yang teruk akhirnya hari ini ingin melepaskan kerinduan padanya ... Alhamdulillah hari ini Allah mengizinkan untuk saya makan nasi walaupun tidaklah sebanyak mana yang mampu dihabiskan , namun tetap memaksa menyuap bijian karbohidrat itu masuk ke dalam perutku bagi membesarkan zuriat yang bakal saya tatap bila tiba masanya ...

Allahurabbi , hari ini saya bukan sengaja untuk meluahkan perasaan namun hakikatnya ingin saya berkongsi dengan teman-teman yang selalu mengikuti perkembangan blog ini dari semasa ke semasa dan ada di antaranya membuat permintaan kepada diri saya unutk menceritakan tentang baitul haraki ....

Teman-teman ,

perkhawinan itu memang suatu yang menyeronokkan , apatah lagi apabila cita dan rasa berkasih kasayang itu timbul setelah diijablkabulkan namun hakikatnya perlu diingat perkhawinan itu bukanlah suatu perkara yang sering dipenuhi dengan keindahan seperti mana dalam drama-drama di siaran media ....

Tuga untuk menjadi seorang isteri bahkan suami terletak pada pundak diri masing-masing ... masing-masing memainkan peranan yang begitu penting dalam memastikan keharmonian serta kesucian rumah tangga dapat dijamin .... dan bukan itu sahaja , kerana tanggungjawab (suami dan isteri) jugalah yang akan menentukan diri kita ke mana letaknya kita di negeri akhirat kelak .. andai si isteri tidak mendapat redha suaminya , maka nerakalah tempatnya begitu juga andai suami tidak melaksanakan nafkah zahir dan batin pada isterinya maka di tempat yang membara itulah destinasinya kelak ...sedangkan bagi seorang isteri teramat mudah untuk masuk syurga melalui pintu yang disukainya andai dia menjalankan segala amanahnya terhadap Allah, Rasul dan juga suaminya .....

teman-teman,

suatu hubungan yang dinamakan perkhawinan itu bukanlah hanya untuk bernafas sementara namun hayatnya ingin dikandung sehingga ke nafas yang terakhir ..... "hidup untuk mati" dan semoga sentiasa "berjodoh dengan perjuangan" itulah slogan/tema yang selalu suami  saya minta untuk sematkan dalam hati agar ianya menjadi pemangkin untuk terbang bersama-sama ke syurga (insyaAllah) ...

Alhamdulillah hari ini sudah pun menjangkau lebih kurang 5 bulan pernikahan antara saya dan suami saya ... banyak dugaan yang kami harungi bersama-sama namun dengan adanya Tuhan disisi kami Alhamdulillah kami mampu mengharungi segala ujian ini untuk memperkuatkan keimanan hati hambanya kepada Illahi.. terima kasih Tuhan .... dan alhamdulillah rezeki yang Allah curahkan pada kami di awal waktu untuk menimang zuriat banyak mengajar kami tentang erti kesabaran ...

lain orang, lain cabarannya dan lain dugaanya

"Allah menguji hambanya dengan cara berbeza, hasil juga berbeza..namun terselit hikmah di setiap ujian dan dugaan dariNya bagi mereka yang beriman dan bertaqwa" (Tinta Sundus)

ingin sekali lagi saya tekankan pada teman-teman , ini bukanlah satu luahan atau satu kemegahan tapi coretan ini hanyalah semata-mata untuk mengingatkan kepada kita semua terutamanya yang masih bujang mahupun yang bakal mendirikan rumah Allah agar bersiap sedia dengan fizikal dan mental ... mungkin Allah berikan pada kita fizikal yang kuat tetapi Allah letakkan kekurangan sedikit pada mental kita untuk menguji nilai keimanan seseorang hambaNya .. Hanya doa sahaja menjadi penguat jasadiah dan juga rohaniah .......

dipemdekkan cerita .......

-------------------------------------------

SEKARANG SAYA DI MINGGU KE 14..
MINGGU DEPAN , MINGGU KE 15
sepanjang musim menjelangnya PRU13 , kerahan tenaga dari individu amatlah dikhendaki .. dan pada masa yang sama alhamdulillah saya membalas mesej yang diterima untuk berkhidmat selama seminggu lebih (hari-hari) dan ini merupakan permintaan daripada s/u untuk bercuti dari bekerja (at least seminggu) dan mebuat kerja-kerja jemaah .... dipendekkan cerita dalam ulang alik dari pagi hinggalah siapnya tugasan beberapa hari kemudian terasa bengkak di bahagian perut namun tidak diendahkan cuma hanya merungut diri sahaja di depan suami ... bila malam rutin macam biasa pergi mengajar anak murid yang akan berhadapan dengan upsr di sekitar sek 7 dan sek 17 ..... dan akhirnya bila tiba masanya checkup di klinik , doktor memberitahu pada saya bahawa saya sudahpun mengandung selama 5 minggu dan pada waktu itu belum habis lagi fasa gerak kerja PRU13 ... memang kami terkejut mendengar keputusan itu .. dalam hati hanya bersuarakan "patutlah asyik rasa bengkak je , lenguh-2 pinggang rupanya pregnant"

dipendekan cerita ..................

---------------------------------------------

dek kerana hanya baru sahaja kandungan ini , saya direhatkan daripada membuat GK PRU13 yang memrlukan tenaga yang lasak ... jadi dengan itu saya hanya mengikuti suami ke satu markas pada waktu malam dan menolong keluarga tersebut membuat kerja-2 teknikal seperti melipat-2 pamplet dan seutus dengannnya ... kudrat kaum wanita di situ hanyalah 3 orang (saya, makcik tuan rumah dan datin) dan kaum muslimin yang muda dikerah di situ untuk membuat kerja luar sehinggalah ke pagi yang pekat ....hanya itulah yang mampu saya lakukan pada waktu tersebut ....

dipendekkan cerita .......................

---------------------------------------------

pada mulanya , saya merasakan yang saya tidak akan mengalami alahan dan mampu melaksanakan rutin harian seperti biasa namun tersilap sangkaannya rupa-rupanya bila masuk minggu ke 7/8 tak silap dan sehingga kini (alhamdulillah semakin berkurangan) saya mula mengalami alahan yang teruk .... di sinilah peranan seorang suami yang saya kira besar pengorbannya terhadap saya ..... tambahan lagi dia merupakan seorang pelajar akhir yang memerlukan tiap masanya untuk melunaskan projek besarnya di studio bagi degree show pada awal bulan 7 ini .... Allahurabbi .. bukan untuk membanggakan suami saya pada teman sekalian namun ingatlah setiap orang suami mahupun isteri ada tanggungjawab dan tugas masing-2 ....

dipendekkan cerita ................................

------------------------------------------------

MORNING SICKNESS
~tapi saya bukan alami di waktu pagi sahaja malahan
boleh dikatakan 24 hoursss .. ~ 
kurang berselera untuk makan , buat itu tak kena , bau ini tak kena itu merupakan perkara normal bagi mereka (ibu yang mengandung) yang mengalami alahan ... sehinggakan saya terpaksa dimasukkan dua botol air ke dalam badan yang satunya air garam dan satu lagi air glukos ... akibat kehilangan banyak air dan kurangnya tekanan darah dalam badan ... waktu inilah suami saya terpaksa mengorbankan masanya untuk membawa saya ke klinik swasta (air garam) kemudian hospital klang (air glukos) sehinggalah pulang dari rumah pada subuh hari .. al maklumlah bagi mereka yang negetahui bagaimana keadaan hospital klang ...
badan bagaikan sudah tidak bermaya sehinggakan menunaikan solat secara tidur ... sungguh Allah sahaja mengetahui ... tiap muntahan dari saya suami yang buangkan , andai tertumpah melimpah suami juga yang bersihkan ... di kala pagi, di kala petang , dan dikala malam balik dari kampus semata-mata untuk menghantar makanan pada isterinya .. itulah rutin hariannya sehingga ke hari ini ..


dipendekkan cerita ..................................

---------------------------------------------------

banyak lagi pengorbanan yang dia lakukan dan tidak perlu untuk saya ceritakan terhadap isterinya sehingga diri saya berasa bersyukur kerana mempunyai suami yang bertanggungjawab disisi .... pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi oleh kami andai ianya berat bagi saya yang asyik di dalam keletihan (because of first trimister mengandung) dan alhamdulillah kini memasuki 2nd trimester maka alahan makin berkurang dan mampu menyuap nasi kemulut dan sedikit tenaga dikemabalikan ke dalam jasad walaupun masih tidak berdaya untuk terlalu aktif di medan perjuangan ...... dan alhamdulillah saya cuba untuk menemaninya pula ke studio dari maghrib hinggalah ke subuh saya berada di fakultinya dan saya hanya tidur disana sambil dia melunaskan kerja-kerjanya di situ .... baru saya mengerti tugasan seorang pelajar AD yang banyak waktunya di studio dan di saat-saat genting ini saya masih mampu untuk bersabar dan menguatkan diri untuk berseorangan di rumah sehinggalah ke besok paginya namun rutin hariannya menghantar makanan dan minuman masih lagi dia laksanakan .... bila ada keperluan , tenaga dilebihkan saya akan menemani suami di fakultinya dan 'lepak' bersama kawan-kawan sekelasnya yang sungguh spporting .... dan bila saya "semput" ketika itu juga saya tidur di fakultinya .....

dan pada waktu yang sama , saya juga terpaksa menolak tawaran rezeki untuk attend ke syarikat setelah di interview sedangkan saat-2 inilah yang ditunggu bagi fresh graduates dek kerana alahan yang teruk ini namun saya tidak pernah kecewa dengan apa yang Allah berikan kerana saya meyakini akan rezekiNya yang akan datang ...... bukan tidak bergembira dengan kandungan ini malahan bersyukr sekali kerana ada dikalangan sahabat saya yang baru berkhawin dan berbulan-bulan masih tidak diberikan rezeki untuk alahan , ada sahabat yang baru mengandung di awal minggu akhirnya gugur di separuh jalan ....

----------------------------------------------

My Baby Progress...
May Allah bless us ...
akhir kalam ingin saya pesan untuk diri sendiri juga buat teman susah payah, senang lenang perlu bersam-sama ... tanggungjawab itu satu amanah dan amanah itu wajiblah dipikul sehingga ke akhir hayat anadai ingin melangkah kaki ke syurgaNYa .... dan saya juga menyeru pada suami-suami mahupun bakal suami atau senang cerita kaum Adam agar bersedia dari sudut fizikal dan mental .. perlu memahami di saat isteri berbadan dua terutamanya apabila mengalami alahan yang teruk , di saat bersalin dan juga dalam membesarkan anak-anak .... dan juga buat para isteri , bakal , dan kaum Hawa selalulah memohon kemaafan pada suami (bagi yang sudah berkhawin) setiap masa moga-moga apa yang dijanjikan oleh Allah swt :


Daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)