assalamualikum.......moga2x sihat walafiat...........hari ini saya mungkin nak kongsi sedikit ilmu berkaitan dengan surah al-waqiah...rata rata tahu akan kafait di balik kalam suci ini antaranya ialah ramai yang mengenal surah ini sebagai surah bagi brjaya dan menghindari kemiskinan/ kefakiran.....Tidak dinafikan......kerana ada dalam satu hadis yang meriwayatkan bahawa
"sesiapa yang mmbaca surah waqiah setiap malam, dia pasti tidak mengalami kefakiran(hadis Baihaqi daripad ibnu Mas'Ud)"
namun jika kita rujuk balik ayat ayat al-quran dalam surah ini berserta maknanya, ianya banyak menceritakan tentang hari kiamat....
pendahuluan
surah al waqiah terdiri daripada 96 ayat n ia merupakan surah2x makiyyah y diturunkan selepas surah TAHA....Surah ini dinamakan al waqiah kerana perkataan waqiah yg terdapat pada ayat pertama surah tersesbut...Perkataan WAQIAH bermaksud hari KIAMAT....
sebenarnya ad perbezaan antara surah makiyyah dan madaniyyah....Apakah PERBEZAANNYA ?jom kita baca lagi....secara ringkasnya :
surah makiyyah
- mengandungi lafaz sajadah, kalla dan yaa ayyuhannas kecuali surah AL HAJJ ayat 77
- mengandungi kisah2x nabi n bangsa2x dahulu kecuali surah AL BAQARAH
- bermula dengan huruf attahji (6t google yerrrr...)
surah madaniyah
- mnjelaskan berkenaan faridhah (hal hal y wajib)
- mnyebutkan perihal org munafik, kecuali surah AL ANKABUT
- mengandungi perdebatan dengan ahli kitab
* secara ringkasnya surah makiyyah bnyak mnjelaskan hal berkaitan akidah, akhlak manakala surah madaniyyah tertumpu pada hal hal kemasyarakatan, hukum2x dan ibadah2x mahdhah (cer google gak yang ni...) surah makiyyah mngandugi lafaz yang mengerikan kerana ia menjelaskan perihalaancaman, azab, dan seksa neraka bg org y menyimpang drp ketentuan ALLAH..Sebab Ape yer ??
kerana pada masa tuu, sebhgian besar masyarakat mekah sesat...mereka sembah berhala, menetang Nabi, mereka juga tidak mempercayai akan hari kiamat n dsebabkan itulah Allah menurunkan surah al waqiah bg mnjelaskan KIAMAT itu BENAR dan PASTI terjadi
jom kita lihat ayat 11-14 (bukak Al quran masing masing...tapi kalau yang dah hafal tu alhamdulillah)
ad satu laporan y mngatkan bahawa kaum muslimin nie sangat sedih kerana mereka menganggap mereka nie tidak berjaya mahupun berpeluang masuk syurga...Jadi, Allah menurunkan ayat 39 hingga 40 surah ini menjelaskan setiap orang y beriman dimasukkan ke dalam syurga y penuh dengan kenikmatan....
namun ada satu laporan y mengatakan bahawa sewaktu ayat idza waqa'atil waqi'ah turun, Umar bertanya pada Nabi kita bunyinyer lebih kurang begini "Wahai rasululla, adakh benar segolongan besar daripada orang terdahulu masuk syurga dan hanya segolongan kecil daripada kita masuk syurga" kemudian dalam masa lebih kurang setahunnyer turunlah ayat 39-40 y mnjelaskan, segolongan besar drp orang terdahulu dan segolongan besar daripada orang yg kemudian masuk syurga.....
jadi.........padi masa tuuu Nabi Muhammad panggil Umar dan berkata "Wahai Umar, marilah dengar ap yang Allah turunkan, tsullatun minal awwalin wa tsullatun minal akhirin iaitu segolongan besar drp orang terdahulu dan segolongan besar daripada orang yg kemudian masuk syurga" ...
Asbabun Nuzul Surah Al waqiah
apakah itu asbabun nuzul ???
asbabun nuzul adlah sebab sebab turunnya quran / suatu peristiwa y menggambarkan sejarah turunnya sesuatu ayat itu sesuai dengan situasi pad waktu ia turun
sebenarnya kalau kita membaca al quran tidak kisahlah surah ape sekalipun kita kena tahu asbabul nuzul.....untuk kefahaman kita bekenaan pesanan y terkandung dalam setiap ayat quran.......Ibnu Taimiyah berpendapat :
"dengan mengetahui asbabun nuzul sesuatu ayat quran, ia dapat membantu kita memahami pesanan y terkandund dalam ayat itu...Pengetahuan asbabun nuzul sesuatu ayat memberikn asas yang kukuh bg kita meneylami kandungan ayat itu"
Para Ulama menggunakan bberapa landasan dlm memahami sanad...dalam hal ini mereka perlu menentukan kesahihan sesuatu laporan...Apbila sesuatu laporan itu sumbernya daripada nabi ataupun para sahabatnya, kisahnya perlu terang n tidak menimbulkan pendapat2x y berbeza.....
okey....dalam surah al waqiah menyatakan sila refer ayat 79-82
satu laporan di dalam kitab asbabun nuzul menjelaskan, "sewaktu hujan turun, Nabi Muhammad saw berkata : 'ada manusia y bersyukur dan ad yang kafir kerana hujan yang turun ini'Sbhagian orang berkata 'ini adalah rahmat allh berikan pd kita' manakala sbhagian y lain pula kata 'sungguh tepat ramaln si polan"
jadii........daripada kisah itu turunlah ayat 75-78 (hopefully masih di depan al quran yer....)
ayat 75-78 tidak lain bertujuan mengingatkan orang yg sesat, semua y terjadi itu adalah atas kehendak Allah swt. Manusia sama sekali tidak berdaya dengan segala yang terjadi, baik sekarang mahupun pada masa akan datang....
tapi ada lagi laporan yg lain yang menjelaskan bahawa ayat nie ada kaitan dengan rombongan kaum Ansar semasa perang tabuk...Mereka berehat di Hijr dan dilarang menggunakan air y berada di sana....kemudian mereka pindah ke tempat lain ttp tidak mendapat air sama sekali...Apa yang mereka buat ??? mereka mengadu kepada Nabi kemudian nabi melaksanakan solat sunat dua rakaat dan berdoa....tak lama kemudian hujan pun turun dengan lebatnyerrr......mereka pun dapatlah minum sepuas2x.......
Salah seorang Ansar bertanya kepada seorang yang dituduh munafik 'apa pendapat kamuu tentang huja ny turun selepas Nabi berdoa? oran itu menjawab 'hujan tu turn sebb ramalan seseorang''oleh dsebbkan kemunafikan itu Allah menurunkan ayat di atas bagi mengingatkan umat islam, segala sesutau itu ditetapkan oleh ALLAH swt...
dalam ayat 27- 29 maksudnya :
"alangkah bhagianya gol kanan itu.mereka berada antara pohon bidara yang tidak beduri dan pohon pisang y bersusun susun buahnya".....Ayat nie ditrunkan selepas Nabi mmbenarkan orang Thaif menguasai suatu lembah y subur..mereka mendengar keadaan di syurga umpama lembah itu hingga sebhgian daripada mereka berangan angan mahu masuk syurga dan duduk selama lamanya di sana.....
persoalan persoalannya
- apkah hubungan antara keajaiban dan kelebihan surah waqiah dengan sebb ataupun peristiwa semasa surah itu diturunkan?
- surah ini menjelaskna mengenai syurga dan neraka serta kiamat...Apkh hubungannya dengan kelebihannya?
- Ramai orang yg mengenal surah ini sebagai surah u=bg berjaya dan menghindari kemiskinan..Di manakah letaknya kekuatan itu???
- ada lagi persoalan persoalannya....insyaAllah next time
* SETAKAT INI SAHAJA YANG DAPAT DIKONGSI INSYAALAH AKAN BERSAMBUNG JIKA BERKESEMPATAN UNTUK MENULIS......DAN KITA AKAN MEMBAHSKAN BERKENAAN PERSOALAN2X YANG TIMBUL......(HOPEFULLY...... =) ) ....
apa yang baik itu datang dari Allah dan yang jahil itu datang dari kelemahan diri sendiri.....
teramatlah menaglu alukan pembaca2x unutk membetulkannya, menegur serta menambah isi isinya.....wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment