MARAH!!! |
insyaAllah..................
Jam menunjukkan pukul 11.15mlm.....diriku kembali segar untuk 'beriadah' di ruangan ini....tidak dinafikan setelah berhempas pulas dengan sistem dari pagi ke pagi keesokan hanya duduk menghadap laptop selama beberapa hari dan mampu memejamkan mata selama 5-10 minit....Hanya Allah sahaja yang tahu....namun syukur Alhamdulillah kepadaNya jasad ini mampu bertahajjud kepadanya...Allah membantuku untuk qiyamulail menunduk wajah padaNya....Alhamdulillah......kerana matlamatku seminggu mesti lebih 3 kali walaupun dalam diri niat untuk melakukan hari hari......
Hari ini, tatkala mendongak ke langit biru melihat kepulan awan yang pada mulanya putih secara zahir berubah warna sedikit demi sedikit...." agaknya awan sudah sarat....kain di jemuran belum dialihkan..."berbisik hatiku......Cuaca hari ini tidak seperti kebiasaannya.....mendung serta menyamankan.....itulah nikmat Allah yang kadang kala kita lupa untuk mensyukuri...Adakalanya kita mengeluh kesah dek panas yang terik, kegelisahan hati tatkala hujan menyirami bumi namun semua kejadian tersebut tidaklah Allah timpakan melainkan ada hikmah di penghujungnya.......Semua keadaan cuaca itu akan memberi kesan kepada kita.....
Pembaca yang dikasihi kerana Allah swt,
Seringkali kita melihat pada perubahan cuaca dalam kehidupan kita...ada masa cuaca itu mendung yang memberi ketenangan......ada ketika cuaca itu panas seolah olah tubuh bermandikan peluh.....dan ada juga cuaca itu hujan sehingga mampu menyelimuti jasad....cuaca itu boleh berubah dari semasa ke semasa....namun setiap perubahan itu atas kehendakNya serta TakdirNya...sesungguhnya Allah yang mengawal aturan alam semesta ini..
Jadang kadang kita sentiasa merengek di atas cuaca yang tidak menentu disebabkan cuaca yang Allah limpahkan pada kita tidak seperti yang kita khendaki,namun pernah atau tidak kita melihat cuaca hati diri sendiri....jika diselidiki adakah hati kita seharian dalam keadaan tenang dan cuaca hati itu tidak pernah berubah ? sudah pasti hati kita ada perubahannya..ada masa kita lebih cenderung untuk melakukan kebaikan dan ada masanya kita juga tidak mahu untuk melakukan sebarang kebaikan..Kita ambil contoh yang paling mudah iaitu sifat amarah. Semua manusia pasti mempunyai sifat amarah dalam diri cumanya bergantung kepada bagaimana seseorang mengawal sifat mazmumah tersebut.
"Aku sangat marah dan geram !!! " Marah itu adalah perasaan namun hati hati dalam menguruskannya walaupun hakikatnya terdapat sedikit kesulitan dalam menguruskannya...Tatkala hati kita geram, marah dan sebagainya sedikit demi sedikit ianya banyak memberi kesan kepada diri sendiri bahkan juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita...kajian ada menyatakan bahawa apa yang difikirkan otak benar benar mampu mencederakan jantung kita. Dalam kata lain, pekerja yang terlalu bercita-cita tinggi dan 'terlebih' rajin kurang risiko diserang sakit jantung berbanding golongan yang menyimpan dendam, marah dan menentang secara berselindung.Jikalau hati seseorang pada mulanya dalam keadaan tenang, tidak mustahil dalam waktu terdekat hati itu boleh berubah kerana hati itu dipegang oleh Allah swt.Ternyata Islam mencela sikap marah sebagaimana firman Allah:
"Aku sangat marah dan geram !!! " Marah itu adalah perasaan namun hati hati dalam menguruskannya walaupun hakikatnya terdapat sedikit kesulitan dalam menguruskannya...Tatkala hati kita geram, marah dan sebagainya sedikit demi sedikit ianya banyak memberi kesan kepada diri sendiri bahkan juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita...kajian ada menyatakan bahawa apa yang difikirkan otak benar benar mampu mencederakan jantung kita. Dalam kata lain, pekerja yang terlalu bercita-cita tinggi dan 'terlebih' rajin kurang risiko diserang sakit jantung berbanding golongan yang menyimpan dendam, marah dan menentang secara berselindung.Jikalau hati seseorang pada mulanya dalam keadaan tenang, tidak mustahil dalam waktu terdekat hati itu boleh berubah kerana hati itu dipegang oleh Allah swt.Ternyata Islam mencela sikap marah sebagaimana firman Allah:
(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)
Kenapa Allah kurniakan rasa Marah ?
Semua sifat, perasaan, dan sebagainya yang ada pada setiap manusia bukanlah Allah mengurniakan untuk disia siakan tetapi terkandung 1001 hikmahnya..Sama juga perasaan marah ini juga adalah satu kurnian dariNya buat hambaNya.Tapi bagaimana? perasaan marah itu perlu ada pada diri kita cuma yang membingkan adalah perasaan marah ini bisa membakar diri sehingga hangus terbakar..Kenapa perlu adanya perasaan marah. Sebagai contohnya dalam Islam sendiri ada perkara perkara yang sangat penting seperti agama, nyawa, harta, keturunan dan sebagainya dan sudah pasti kita tidak mengkhendakkan perkara perkara ini sewenang wenangnya diperkotak katikkan..
Berbicara mengenai agama, sudah pastinya bagi kita umat Islam sayang akan agama ini dan tidak mustahil dikatakan kita akan memperjuangkan sehabis habisnya apabila agama Islam dijelek, umat Islam ditindas oleh mereka yang memusuhi. Bukankah sekiranya pada waktu tersebut ada segolongan manusia yang menindas kesucian agama ini perasaan marah kita memberontak di hati ? memujuk mujuk hati agar menentang mereka ? Atau kita hanya diam serta membiarkan Islam ditindas? Sudah pasti tidak!!! Pada masa inilah terbitnya perasaan marah kita pada musuh musuh Islam.
Marah kerana untuk menegakkan yang benar adalah marah yang terpuji akan tetapi marah yang bersangkut paut kepada hal yang remeh temeh adalah marah yang terkeji. Imam Al-ghazali ada menyatakan bahawa " salah satu cara kita melihat aib kita ialah dengan mendengar apa kata musuh kita. Seharusnya kita membuka pintu hati kita dan menilai kritikan atau kejian musuh kita " Apakah benar ada pada diri kita ??? Kalaulah kritikan itu sesuatu yang benar, Alhamdulillah..hakikatnya Allah menegur kita melalui musuh kita. Selagi kita ada ruang untuk menegur, selagi itulah kita ada ruang untuk memperbaiki diri kita.
Bagaimana mengawal Marah ?
Menjauhi sifat marah antara nasihat peninggalan Rasulullah. Perkara itu dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki (Abu Darda’) berkata kepada Rasulullah: “Berikanlah aku nasihat,” Baginda bersabda: “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi menjawab: “Jangan marah”. (Hadis riwayat Bukhari).
Perkara ini dijelaskan lagi Rasulullah dalam sebuah hadis lain. Pada satu ketika, terdapat dua orang yang saling mencela di sisi Rasulullah. Seorang mencela lawannya dengan penuh kemarahan hingga berubah wajahnya. Maka Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya aku ajarkan satu kalimah yang kalau diucapkan, pasti hilang apa yang ada padanya. Iaitu sekiranya dia mengucapkan: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan syaitan berusaha memanfaatkan sifat marah bagi memporak-perandakan umat Islam. Sifat marah dalam diri adalah musuh utama manusia.
Sememangnya umat Islam dikehendaki sentiasa memohon perlindungan daripada Allah supaya dijauhkan daripada syaitan yang dilaknat.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200).
Selain itu, secara jelas, Islam memberi jalan penyelesaian bagi mengawal marah. Antaranya seperti yang terdapat dalam hadis di atas iaitu dengan membaca ta’awwuz (a’uzu billahi min al-shaytan al-rajim).
Kalimah itu diajar Rasulullah kepada sahabat untuk mengawal rasa marah.
Rasulullah juga menganjurkan supaya umat Islam yang sedang dikuasai sifat marah untuk mengubah keadaan fizikal mereka ketika itu.
Umpamanya apabila seseorang itu sedang marah dalam keadaan berdiri, dianjurkan supaya dia duduk.
Sabda Rasulullah: “Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad).
Begitulah keindahan Islam yang amat prihatin terhadap umatnya. Pelbagai cara dan kaedah dianjurkan bagi mengatasi sifat marah. Secara logiknya, jika seseorang itu marah, dan dalam keadaan berdiri, pelbagai keadaan negatif boleh terjadi jika tidak dikawal dengan cara yang terbaik.
Rasulullah menganjurkan supaya orang yang sedang marah itu duduk dan baring jika rasa marah tidak berkurangan. Umat Islam juga dianjurkan untuk diam daripada berkata-kata ketika marah.
Bayangkan jika rasa marah tidak dapat dikawal, sudah pasti pelbagai kata-kata kesat dan kurang sopan terhambur keluar. Begitu hebat senjata syaitan ini yang tidak jemu menyesatkan manusia.
Sabda Rasulullah: “Apabila di antara kamu marah, maka diamlah.” (Hadis riwayat Ahmad).
Dalam hal ini, sifat sabar amat diperlukan.
Tanpa kesabaran, tidak mungkin seseorang itu boleh diam ketika marah sedang menguasai diri.
Justeru, wajar untuk menanam sifat sabar dalam diri lebih-lebih lagi ketika marah. Firman Allah dalam al-Quran: “Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.” (Surah al-Ma’arij, ayat 5).
Jika sifat sabar dapat ditanam dalam diri, nescaya rasa marah sukar menguasai jiwa dan akal seseorang Muslim.
Oleh sebab itu, darjat orang-orang yang sabar amat tinggi di sisi Allah. Terdapat banyak ayat menyatakan sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama golongan yang sabar. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 66).
Rasulullah amat menyukai orang yang sabar. Baginda pernah memuji seorang sahabatnya Asyaj ‘Abd al-Qays yang memiliki sifat lemah lembut khususnya sabar.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah iaitu sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa).” (Hadis riwayat Muslim).
Menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah, sifat sabar boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Kategori sabar yang pertama ialah sabar ketika melaksanakan perintah Allah, kedua adalah sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan jenis yang ketiga adalah sabar ketika ditimpa ujian (musibah).
Selain itu, Islam juga menganjurkan orang yang sedang marah segera mengambil wuduk. Selain berfungsi sebagai penghapus dosa-dosa kecil, wuduk juga boleh menghilangkan perasaan marah.
Sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad).
Banyakkan mengingati Allah dengan cara berzikir kepadanya antara cara terbaik mengawal perasaan marah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati pasti menjadi tenang dan tenteram.
Jika hati dipenuhi zikrullah, syaitan tidak akan dapat bersarang di dalamnya. Firman Allah: “Ingatlah dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra’d, ayat 28).
Rasulullah menganjurkan kita berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar aku dapat berbicara yang benar ketika marah dan reda.” (Hadis riwayat al-Nasa’i).
Pengiktirafan yang tinggi diberikan kepada mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah. Sabda Rasulullah: “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti (bergaduh), tetapi kekuatan sebenarnya adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi).
Rasulullah menyatakan ganjaran akhirat bagi mereka yang berjaya mengawal perasaan marahnya menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah pasti memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari syurga.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmidzi).
pembaca yang dirahmati Allah swt....
Marah itu bukanlah untuk dihapus tetapi untuk diurus, Marah itu juga umpama api di dapur hati, jangan terlalu kuat nanti hangus, dan jangan terlalu perlahan nanti dayus. Seandainya diri kita berada dalam zon kemarahan, wudhukkanlah hatimu itu adalah sebaik baik jalan.
SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL....
No comments:
Post a Comment