Thursday, 7 June 2012

al buruj


assalamualaikum.....kawan kawan yang dimuliakan...moga moga kalian berada dalam RahmatNya.....insyaAllah hari ini saya nak kongsikan serba sedikit berkenaan surah al-Buruj.........jom kita tadabbur sama sama surah ini......let's we refer one by one...word by word of this Kalam.....

Pernah dengar tak cerita Ashabul Kahfi??? confirm pernah kan....sbb dalam al-quran itu sendiri pun sudah mempunya surah al-kahfi.......tetapi pernah tak dengar kisah ashabul ukhdud ??? kalau pernah dengar Alhamdulillah...tapi kalau belum pernah dengar Alhamdulillah...anda insan yang terpilih untuk mengetahuinya.......

sebenarnya surah al-buruj ni mempunyai 1001 cerita di sebalik ayat suciNya...penulis tertanya tanya juga kenapa surah Al-Buruj..jadi bila baca,hafal then tadabbur ayat by ayat baru mengerti......there is something SPECIAL behind this surah....okeyy sebelum tu,mari kita'bertaa'ruf' dengan surah ini...kemudian kita bercinta dengan ia.....

introduction

okeyy.....Surah al-Buruj ini mengandungi 22 ayat Makkiyah yang terlalu besar penekanan dan tujuannya. Ia mengandungi sumpahan, ancaman, penegasan tentang kuasa Allah swt yang mengatasi kuasa golongan yang jabbarin seperti ashab al-Ukhdud, Firaun dan bangsa kaum Thamud, ancaman terhadap golongan yang tidak bertaubat dan terus menerus melakukan penindasan dan penganiyaan. Ia juga mengancam tentera-tentera yang mengepung golongan yang beriman bahawa kepungan mereka akan tumpas dengan kepungan Allah yang maha berkuasa, Surah ini juga menawarkan janji syurga yang berlari-lari air sungainya disediakan kepada golongan yang mu’minin dan salihin

[refer ayat 1-3]

kalau kita refer ayat tersebut, di situ terdapa tiga sumpahan  y begitu hebat di permulaan ayat ini...
  1. Demi langit yang terbuka luas dengan bintang-bintang
  2. demi suatu hari yang dijanjikan
  3. demi menyaksikan dan yang disaksikan
selain pada itu.....Allah telah menceritakan tiga ancaman u mengetuk pintu hati manusia

1) Ancaman pertama ialah kebinasaan terhadap golongan penggali parit yang menyediakan parit-parit tersebut untuk membakar golongan yang beriman.
2) Ancaman kedua terhadap golongan yang melakukan kezaliman dan fitnah terhadap golongan mukminin dan mukminat dan mereka tidak bertaubat sehingga ke akhirnya bahawa mereka akan dihumbankan ke dalam api neraka jahanam dan menghadapi siksaan Allah yang yang tidak tertanggung.
3) Ancaman ketiga ialah terhadap dua kumpulan manusia yang memiliki darjat dan penguasaan di dunia baik dari segi kuasa politik, ketenteraan yang besar dan juga kemewahan tetapi mereka telah melampau dan mendustakan titah perintah Allah dengan cara membuat kezaliman.

Apa kaitan dengan dengan Kisah Ashabul Ukhdud ???

next note saya akan tulis...insyaAllah........ =)

Tiga Penyaksian dan penegasan

Setiap manusia yang lahir ke dunia ini tidak dibiarkan hidup tanpa tiada tujuan. Mereka ini bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa mereka ialah makhluk yang tunduk kepada Allah yang maha pencipta. Sebagai makhluk, manusia wajib menyatakan saksi keimanan terhadap Allah swt dan akan dipersoalkan satu persatu setiap tindakan, kata-kata, amalan mahupun apa jua kepercayaan dan keyakinan di dalam jiwanya. Allah swt tidak sesekali membiarkan manusia hidup tanpa panduan. Setiap kurun ataupun zaman, setiap bangsa keturunan, Allah anugerahkan dengankehadiran para rasul-Nya yang amanah untuk membimbing mereka.......

Allah sebagai

(1) Ilah (yang hanya kepadanya disembah) dan
(2) Rab (yang teliti menjaga manusia dan alam) bekalkan dengan peraturan-peraturan hidup dan kitab. Dengan sifat-sifatnya yang maha mulia dan tinggi (tergambar di dalam asma’ wa assifat-Nya)

Allah pamerkan kekuasaan, kehebatan, keagungan, kekayaan, melalui alam baik bumi yang terhampar, gunung-ganang yang memasak, langit dan bintang yang tinggi berkilau, ataupun melalui kasih-sayang sesama manusia, kemanisan dalam ukhuwwah persaudaraan, ikatan perkahwinan, kelahiran zuriat, keselamatan dan banyak sungguh nikmat-nikmat daripada Allah yang maha mulia ini. Berdasarkan kepada kesedaran ini akidah ataupun tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan keyakinan serta kegerunan terhadap Allah yang bersifat dengan segala sempurna serta memiliki nama-nama yang mulia sepatutnya terpasak kukuh di dalam diri setiap insan yang beriman.

Di dalam surah al-Buruj ini..........

diterangkan bahawa golongan beriman dan berpegang teguh terhadap akidah yang dibawa telah menghadapi mehnah yang amat besar. Surah ini juga menyatakan bahawa setiap zaman, umat Islam yang beriman akan berdepan dengan halangan-halangan baik dari segi halangan untuk menyatakan keimanan, halangan untuk berdakwah dan juga halangan untuk melaksanakan perlembagaan al-Quran dari Luh al-Mahfuz. Gambaran dan halangan ini sentiasa berulang-ulang baik pada zaman Rasulullah saw., zaman nabi Musa a.s, zaman Nabi Solih a.s dan pada zaman sekarang.

Seorang sahabat r.a bernama Habbab Ibn al-Munzir r.a telah bertanya Rasulullah s.a.w. tentang bilakah akan datang pertolongan daripada Allah sewaktu beliau tidak berkesanggupun lagi mengalami penderaan dilakukan oleh kumpulan musyrikin Makkah. Lalu Rasulullah saw dengan amat simpati memujuk hati Habbab dengan menceritakan bahawa pengalaman pahit umat beriman terdahulu yangdigergaji , dirotan, dan diselar-selar muka, dan seluruh batang tubuh mereka supaya meninggalkan keimanan mereka.

di atas hanyalah overview sahaja....untuk ayat by ayat insyaAllah akan di share tapi bila tak tahu wallahua'lam...

jadi apa yang baik itu datang dari Allah dan yang Kurang itu datang dari insan yang serba LEMAH, dan KURANG ini....mana2x yang patut ditolak...tolak lah dan mana mana yang patut diambil...ambillah ia....

*seronok bila BERCINTA dengan Al-QURAN ..... =)

No comments:

Post a Comment