assalamualaikum buat tatapan pembaca....sudah lama jari jemari ni tidak 'menulis nota di ruangan alam maya....kepada sahabat2x, kawan2x, warga FB yang pernah mengikuti resolusi surah sebelum ini insyaAllah hari ini kita sambung kepada resolusi ke-empat iaitu surah Al-Hadid.....kenapa 3 serangkai??? apa pula perkaitan dengan surah al-hadid??? jom kita sama2x mentadabbur surah al hadid sampai HABIS !!!....insyaAllah...semasa cuti baru-baru ni, seperti kebiasaan saya akan ke pondok berdekatn rumah untuk mmpelajari sedikit sbnyak berkenaan isi kandungan al-quran karim..pengisian rohaniah di rumah.kalau manusia boleh menggunakan ayat 'tak kenal maka tak cinta' kenapa tidak pada al-quran...boleh kan??? kenal isi kandungan insyaAllah makin kita akan cintakannya......itulah hikmah disebalik Kalam Allah yang suci.....
okey.....berbalik kepada surah ini...surah al-hadid merupakan surah yang ke 57 yang mengandungi sebanyak 29 ayat...dan surah ini juga tergolong dalam surah madaniyah.....Dinamakan Al Hadid yang bererti besi diambil dari perkataan Al Hadid yang terdapat pada ayat ke-25 surat ini.surah ini memberi tuntutan kepada kita sebagai umat ISLAM....Antara tuntutan yang Allah nyatkan adalah :
1) Beriman kepada Allah
2)Beriman kpada Rasulullah saw (dua kalimah syahadah)
3)Nafkah harta (zakat, sedekah) yg diberikan
4)berdasarkan ayat pertama Allah telah berfirman : "Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..." dimana apabila kita tengok kelebihan ucaplah SUBHANALLAH....muhasabah juga buat saya yang hina ini dimana seringkali bila kita melihat kelebihan xkisah ape sekalipun ucapan pertama yang dilafazkan adalah selain dari subhanallah....
5)Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara
6)Berhati hati dengan nikmat dunia - dunia adalah medan permainan
7) Berdasarkan ayat pertama - keenam :
1.Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
2.Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu
3.Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Batin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu
4.Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan
5.Kepunyaan-Nya-lah kerejaan langit dan bumi, Dan kepada Allah-lah dikembalikan segala urusan. 6.Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.
* ayat ini sangat sangat digalakkan untuk membacanya untuk hilang ketakutan...insyaAllah sekiranya kita beramal dengannya hilanglah rasa takut.....
8)bagi sesiapa yang Miskin yang mana tidak mampu untuk mberi sedekah dalam apa2x nilai sekalipun sedangkan mereka(si miskin) hendak bersedekah maka ulama mufassirin menyatakan bhawa bersedekahlah dengan mengucap subhanallah sebanyak 33 kali....Allahurabbi.....Sungguh Dia Maha Pengasih....
*Di dalam ayat ke-6 Allah telah berfirman kepada kita di musim panas siangnnya panjang kerana ujian jika musim sejuk malam yang berpanjangan....
*Di dalam ayat 11-12 Allah telah mengOFFER kepada kita bahawa sesiapa yang memberi pinjaman diri kita kepada Allah swt dengan pinjaman yang baik Maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya.....Duhai Kawan2x, sahabat2x, warga FB....MAHA PEMURAH kan ALLAH swt.....mungkin ada yang akan argue "kenapa pula nak pinjamkan diri kita kpada Allah??? bukankah Allah yang dah cipta kita???"....Saya bagi contoh yang senang tetapi kadang2x kita rasa susah untuk laksanakannya.....'Bangun Pagi pukul 4.30' bertahajud kpadanya...... itulah yang dimaksudkan dengan pinjaman......Pinjaman diri kita untuk beribadah kepadanya.....
*ayat 18- berkenaan sedekah
" Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang mulia"....
yang dimaksudkan dengan pahala yang mulia adalah pahala yang kita xnampak....berbeza dengan jika pahala yang banyak dimana pahala yang banyak merujuk kepada kuantit tetapi mulia...hanya Allah sahaja yang mengetahui....
*ayat 20- dunia adalah tempat permainan dan sendagurauan - jadi jangan persia2x kehidupan kita yer kawan2x...
*ayat 21 - keampunan berlumba2x kamu mohon keampunan kepada Allah swt samada bertaubat secara terang terangan mahupun secara tersembunyi...
okeyyy..berbalik kepada title kenapa 3 serangkai??? biasanya kita dengar penyakit 3 serangkai as kencing manis, darah tinggi, jantung tapi kali ini bukan itu yang hendak dibicarakan sebaliknya, seandai kita sedang membaca surah ar-rahman seelok2xnya kita meneruskan bertadarus dengan diikuti surah waqiah dan juga al hadid...itulah dikatakan 3 serangkai...
*jom kita sama2x cuba mengamalkannya...
p/s : seagala penambahan ilmu ataupun teguran berkenaan isi kandungan ini mohon diberi pencerahan....saya hanyalah orang yang jahil ilmu agama.....
No comments:
Post a Comment