Thursday, 7 June 2012

bagaikan diriku "seekor Ayam"


 sesudah melaksanakan solat subuh berjemaah...misi diteruskan dengan  membaca kitabullah seterusnya menyambung penulisan ilmiah sebagai nota ringkas yang ditinggalkan oleh imam Hassan al banna selama satu jam masa yang diperuntukkan buat diriku menulis nota tersebut.

Tatkala mata masih belum terlena, kugagahi jua untuk menunaikan misi yang seterusnya dan berganjak alih kepada dunia programming.Itulah cabaran dan tugasku yang perlu dilangsaikan dalam sebulan lebih sahaja lagiナ.menjadi seorang bakal programmer professional banyak cabaran nye terutamanya boleh dikatakan 'wajib' bagiku berada 24 hours di depan laptop. Toshiba is my 'bestfriend'. =)  setelah beberapa jam leka membuat coding yang banyak 'errornya' akhirnya diriku terjun ke bidang penulisan....jadi keluarlah topic ini...diriku bagaikan ayam...hemmmm macam hamper sama jerrr dengan tajuk lagu elyana bagaikan diriku tapak sulaiman.te...tapi jauh sekali bezanya tajuk ni dengan lagu itu...Tapak Sulaiman vs Ayam ??? tapak sulaiman bila dipegang terasa geli tapi ayam jika dipegang okey tetapi najisnya geli .okeylah abaikan statement itu....kenapa bagaikan diriku ayam??? jom teruskan membaca.. sebelum tu.
kita belajar dulu hukum bacaan solat diriku tidaklah pandai untuk menyatakan hukum ini tetapi mengambil sumber yang boleh dipercayai....let we start it!!!!

soalannya begini : Saya ingin bertanya akan hukum seorang imam yang membaca ayat-ayat quran ketika solat dengan salah sebutan, tajwid dan makhrajnya. Adakah ia membatalkan solat. ???

jawapannya begini :Mazhab Hanafi dan kebanyakan ulama Syafie berpandangan dengan pandangan yang agak keras apabila mereka berijtihad bahawa solat si imam adalah batal, terutamanya apabila makna ayat itu berubah atau tiada makna. Malah sekiranya si imam itu beri'tiqad dengan bacaan salah itu, maka ia boleh menjadi kufur. Tetapi jika tersilap dan diulangi maka solat adalah sah.( Ad-Durrul Mukhtar, 1/589; Rawdah at-Tolibin, hlm 109, cet Dar Ibn Hazm)


Manakala kebanyakan ulama mutaakhir menyebut kesilapan dalam tajwid dan makhraj serta tatabahasa di dalam bacaan ayat quran, tidak membatalkan solat. Bagaimanapun sekiranya bertukar huruf yang mudah disebut kepada huruf yang lain seperti "solehat" kepada "tolehat", maka solat adalah batal secara sepakat ulama. Adapun, jika huruf yang sememangnya agak sukar di lafazkan seperti 'sin' dengan 'shim' atau bertukar 'shod' kepada 'sin' dalam bacaan fatihah.  Ia tidak membatalakn solat kerana umum al-balwa (perkara silap yang sukar dielakkan).


Tidak membaca "tasydid" pada bacaan al-fatihah seperti (iyyaka na'budu)  dibaca (iyaka na'budu) atau (rabbil 'alamin) dibaca ( rabil 'alamin) akan merosakkan solat.


Manakala Mazhab Hanbali berijtihad bahawa sebarang kesilapan di dalam bacaan imam yang menukar erti ayat selain pada bacaan al-Fatihah tidak membatalkan solat. Silap dalam fatihah pasti membatalkan solat. ( Al-Mughni, 2/198) 


Bagi mengelakkan masalah ini berbangkit, setelah melihat yang paling mengetahui ilmu tentang hukum solat, Nabi SAW amat menggalakkan individu yang layak menjadi imam adalah paling baik bacaannya di samping syarat-syarat yang lain. Berdasarkan hadith : ertinya " "menjadi imam bagi sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaan al-Qurannya, sekiranya bacaannya sama, maka yang lebih mengathui perihal sunnah" ( Riwayat al-Jamaah kecuali al-Bukhari, Nasb ar-Rayah, 2/24)  (Ust Zaharuddin Abd Rahman)


apa pula perkaitan dengan 'bagaikan diriku ayam'ceritanya bermula disini....Allahuakbar...Allah...huakbar..telah terdengar suara memanggil memuji yang Esa..suara azan tinggi di langit....sayup sayup sahaja didengariナ.kaki terus marak menuju langkah yang satu untuk berperangナ.berperang dengan bisikan syaitan paip dicapaiナ.lalu dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim air mula membasi wajahku sesudah selesai berwudhu....menyiapkan diri untuk berhadapan dengan Yang Esa.menanti seorang 'imam muda' melaungkan iqamah beberapa minit kemudian laungan iqamah didengariナ.tanpa menghiraukan orang lain terus diriku mengambil saf hadapan untuk solat berjemaah.

menjadi kebiasaan di surau 'itu' pelajar pelajar perempuan menunaikan solat bersendirian....jikalau ada pun sorang dua jerr berhusnuzon sahajalah.assignment???quizes??test???....Takbiratul Ihram dilaungkan Allah..huakbar ni rukun ke berapa dalam solat??? rukun ke-dua...tanpa melengahkan masa diriku terus melaksanakan tanggungjawab sebagai makmumナ."sahaja aku solat asar empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Taala "lima minit kemudian, rakaat pertama selesai entah bagaimana terasa masuk sahaja rakaat ke dua dan seterusnya begitu pantas sekali sehinggakan terdetik dalam hati 'cepatnya budak ni baca' hilang kekusyukanku disitu (walau hakikatnya sukar untuk hambaNya mendapatkan kekhusyukan dalam solat) tapi kena CUBA!!!...tetiba teringat akan ayat surah al-mu'minun Allah berfirman :"Sungguh beruntung orang2x yang beriman....iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya"lebih kurang begitu maksudnyaナ.hemmナmuhasabbah untuk diri sendiri...cuba bayangkan bilamana anda berada sama dengan apa yang saya lalui..pasti anda pernah melaluinyakan???....Ya Allah...di sinilah yang diriku ingin ungkapkan seolah olah sepanjang melaksanakan solat berjemaah itu terasa diri ni 'bagaikan seekor ayam'....semua kenal ayam kan??? hemmm saya pernah bela ayam masa kecik kecik dulu untuk suka suka aje namanya ayam Israel tapi xsempat pun nak disembelih (selingan) .kalau anda semua pernah tabur makanan dan memanggil ayam...apa yang anda dapat lihat??? lajukan ayam tu saling patuk mematuk makananナ.sama juga macam diri yang sedang saya lalui tatkala solat secara berjemaah di surau tersebut....seperti ayam yang sedang mematuk makanan taburanナ.itu hanyalah 'hyperbola' kesannya amatlah besarナ.yang pasti anda akan rasa tercungap juga....letih seolah olah sedang lari berganti ganti (larian baton)..bayangkan seandainya kita berjemaah bersama sama dengan warga emasナboleh rebah pakcik makcik di tempat tuナ..Tapi tak apelah saya respect pada imam muda tu sebab antara ramai ramai pelajar lelaki dia yang sudi menjadi imam..tak kenal pun siapakah gerangannya...bukan mudah nak tanamkan keyakinan dalam diri untuk menjadi imam kepada makmum..betul tak kaum lelaki di luar sane??? tapi nak tak nak anda semua kenalah belajar menjadi imam bagi sesiapa yang tak biasa....biasakanlah diri kalau tak boleh jadi imam solat..macam mana nak jadi imam untuk sebuah keluarga pula kan....fikirkanlah..belajar dari kesilapan itu lebih baik daripada tak belajar apae ape.

 kesimpulannya....buat kaum adam di luar sana sama ada pernah menjadi imam ataupun tidak janganlah membaca al-fatihah dengan kadar yang tergesa gesa.tunggang langgang jadinyaナ..tajwid ke mana..toma'minah ke manaナbukanlah nak kata saya ni pandai ilmu tajwidナmasih lagi belajar.

Cuma sekadar perkongsian...tak salahkan untuk berkongsi...supaya tidak berlaku perkara sebegini...insyaAllah..yang mana baik itu ambillah ia sebagai teladan yang mana buruk itu jadikan ia sebagai sempadan...Wallahua'lam.

.created by N.S.B.S @ _tinta_sundus_

No comments:

Post a Comment