Tuesday 29 November 2011

~ MANISNYA CINTA ~


Hari ini tetiba sahaja ingin menaip di ruangan tinta sundus berkenaan topik suasana...setiap orang impikan suasana yang indah dan harmoni kerana keindahan itu sukar untuk diungkapakan bila mereka sendiri merasakan serta mengalami keindahan suasana tersebut.....Begitu juga dengan pasangan suami isteri yang baru diijabkabulkan..saat lafaz sakinah dilontarkan oleh sang suami  tidak lain tidak bukan yang dititpkan doa oleh mereka adalah kebahagian di alam rumah tangga yang penuh dengan sulaman BarakahNya... (cont....)


Tangan ini masih lagi ingin kongsikan suatu perasaan yang sukar untuk dilontarkan bahkan untuk diterjemahkan.Cinta itu indah jika kita tahu untuk menghargaiNya, tapi sejauh mane kita benar benar memahami erti Cinta itu, sejauh mana kita benar benar boleh menguasai Cinta itu, dek kerana Cinta jugalah manusia jatuh tersungkur di saat yang menghibakan..Andai Cinta Manusia yang Hakiki yang kita cari maka benarlah anda akan mendapatkannya.Namun andai Cinta yang benar benar kita dambakan hanyalah Cinta kepada Pemilik Langit maka kita juga akan mendapatkannya itulah semulia mulianya Cinta Yang Diimpikan.Berada di suasana masyarakat kini yang kian goyah dengan maksiat di merata tempat baik di depan mata mahupun beribu batu maksiat ada di mana mana.Tidak boleh dinafikan.(cont...)....


Dalam keadaan yang agak kesibukan disaat saat akhir pembeljaran suka untuk aku nyatakan bahawa Maksiat Semakin Hebat....Lemahnya seorang insan itu akibat dari lemahnya ketahanan dinding taqwa...Sukar untuk dilafazkan apakah yang dimaksudkan dengan Taqwa..Sedih perasaan ini apabila melihat wanita wanita yang mudah rebah di lorong lorong hitam..Bukankah seorang wanita itu tinggi martabatnya sepertimana yang diSabdakan oleh Rasul junjugan kita..Teramat banyak kelebihan yang ada pada wanita...Namun akirnya jalan yang hitam itu juga dipilih sebagai cara hidup mereka....Nauzubillah........
Mugkin disaat dunia penuh dengan arus kemodenan deras jugalah arus kemaksiatan..kebejatan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja...tidak sedikit mahupun tidak banyak kita sebagai seorang yang peka kepada Agama Islam tidak boleh membiarkan gejala gejala ini semakin berleluasa...Kita Orang Islam yang harus merubahkan fenomene manusia yang ketandusan dengan ilmu agama....Berikanlah secupak sedekah dengan DAKWAH atau dalam erti kata lain menyeru/mengajak dan sewaktunya...Sucikanlah hati kita ini dengan rasa titip kehambaan kita kepada Allah swt.Bukan dunia yang dikejar tetapi akhirat yang perlu dikejar......(to be cont...)

DAKWAH ISLAMIYAH

DAKWAH ISLAMIAH

PENGERTIAN DAKWAH MENURUT ISLAM

Bahasa: Dakwah bererti menyeru dan memanggil samada kepada yang hak atau yang batil.

Istilah: Menyeru dan memanggil ke jalan Allah.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Katakanlah inilah jalan (deen) ku, aku dan orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik…”
(Surah Yusuf: 108)

Tugas dakwah yang diberikan kepada para Anbiya’ ini telah dirumuskan sebagai tugas Rasulullah sebagimana yang difirmankan Allah:

“Wahai Nabi, kami telah mengutus engkau sebagai saksi dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan dan untuk menjadi penyeru (da’ie) kepda (deen) Allah dengan keizinannya untuk menjadi cahaya yang menenangi”
(Al-Ahzab 33:45-46)

Orang yang beriman adalah mereka yang mentaati jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. maka mereka tidak akan meninggalkan tugas dakwah kerana tugas ini sepatutnya terpisah dari sifat mereka yang mengaku tergolong daripada kalangan kaum muslimin. Firman Allah:

Maksudnya: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru ke jalan Allah, mengerjakan amal soleh da berkata; “sesungguhnya aku termasuk dalam orang-orang yang menyerah diri (muslimin)”.
     (Fussilat 41: 33)

DALIL-DALIL TUNTUTAN DAKWAH

Syarak menuntut dakwah di laksanakan atas beberapa sebab di antaranya:

  1. Untuk menyelamatkan diri dari azab Allah
Firman Allah:
Maksudnya: sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri (kepada mreka) malaikat bertanya “ dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab, adalah kami orang yang tertindas di bumi (Mekah) para malaiat berkata bukankah Bumi Allah itu luas sehingga kamu dapa t berhijrah ke bumi itu? Orang itu tempatnya di neraka Jahannam dan jahannam itu seburuk-buru tempat kembali”
(an-Nisa’ 97)

  1. Untuk menyelamatkan Ummah
Tujuan musuh-musuh Islam adalah untuk melemahkan umat Islam sendiri.mereka sentiasa berusaha menutup kebenaran dan menegakkan kebatilan.sekiranya tidak ditentang, maka akan meluaslah kerosakan kepada seluruh ummat. Apabila Allah menurunkan azabNya ke atas kaum yang zalim dan ingkar, ia akan meliputi seluruhnya tanpa membezakan di antara yang zalim dengan yang soleh.-

Firman Allah:
Maksudnya: “dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya”
(al-Anfal :25)

  1. Untuk memenuhi sifat mukmin sejati
Allah menyifatkan orang yang beriman seagai umat yang terbaik dilahirkan di kalangan manusia. Firman Allah:

Maksudnya: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, menyerah kepada yang ma’aruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah”
    (Ali-Imran 3:110)

  1. Untuk membezakan diri dari golongan munafik
Allah menjelaskan hakikat orang munafik dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain adalah sama. Mereka menyuruh berbuat mungkar dan melarang berbuat ma’aruf…”
    (At-Taubah 9:67)

  1. Untuk mewarisi jalan Rasulullah
Allah telah memuliakan Rasulullah s.a.w dengan meberikan kepadanya beberapa sifat utama diantaranya, firman Allah:

“Wahai Nabi, kami telah mengutus engkau sebagai saksi dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan dan untuk menjadi penyeru (da’ie) kepda (deen) Allah dengan keizinannya untuk menjadi cahaya yang menenangi”
(Al-Ahzab 33:45-46)

  1. Untuk memenuhi keutuhan ummah
Keutuhan umat Islam akan terjamin sekiranya mereka tolong menolong untuk mencapai kebaikan, pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran, berpegang kepada yang haq serta bantu membantu antara satu sama lain agi membanteras kejahatan.

KEDUDUKAN DAKWAH DARI SEGI HUKUM ISLAM

Dakwah merupakan perkara yang amat dititikberatkan di dalam Islam. Hal ini kerana apabila dakwah tidak terlaksana maka manusia akan berada di bawah kekuasaan jahiliyah dan membawa manusia jauh dari jalan kebenaran. Maka berlakulah kesesatan di atas muka bumi Allah s.w.t.hal ini di beritakan Allah di dalam Al-Quran sepertimana firmanNya:

Maksudnya: “Dan sekiranya kamu mengikut kebanyakan orang yang berada di muka bumi ini, nescaya mereka akan meyesatkan kamu dari jalan Allah.mereka tidak lain hanya mengikut sangkaan mereka belaka dan tidak lain hanyalah berdusta (kepada Allah)”
   (Al-An’aam 6:116)

Orang yang tidak berpegang kepada akan merasakan diri mereka berada di dalam kebenaran. Segala keputusan mereka di buat berdasarkan hawa nafsu dan dorongan iblis serta syaitan. Oleh itu dakwah islamiyyah harus dijalankan bagi memastikan dan membanteras maksiat dan memanteras jahiliyyah di zaman ini. Telah menjadi satu kemestian yang bersifat fardhu ke atas umat islam untuk melaksanakan dakwah islamiyyah.

Hukum berdakwah ialah:

Fardhu kifayah: Hukum berdakwah adalah fardhu kifayah. Sebahagian besar ulama’ mengatakan bahawasanya menyeru dan berdakwah kepada Islam adalah seahagian daripada tuntutan fardhu kifayah ke atas masyarakat Islam. Berdasarkan ayat Al-Quran berikut:
Alakn mnkm
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada ma’aruf dan mencegah dari kemungkaran dan merekalah orang yang berjaya”

Fardhu ain : Sesetengah ulama’ mengatakan bahawa melaksanakan dakwah adalah fardhu ain mengikut kadar kemampuan.

Ibn Hazm berkata : “Menyuruh kepada ma’aruf dan mencegah dari kemugkaran adalah dua fardhu yang di tetapkan ke atas setiap orang Islam mengikut kadar kemampuannya. Jika tidak mampu dengan tangan (kuasa) maka laksanakanlah dengan lidah. Jika tidak mampu laksanakanlah dengan hati sahaja”

Sabda Rasulullah:

Maksudnya: “Barangsiapa dari kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah kemungkaran tersebut dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, jika tidak mampu, ubahlah dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman.”

RUKUN-RUKUN  DAKWAH

Dai’e
Mereka yang menyeru kepada Islam. mereka perlulah mempunyai pemahaman yang jelas mengenai Islam dan hendaklah dari golongan yang mengamalkan Islam sepenuhnya.

Mad’u
Mereka diseru kepada Islam. Para dai’e perlulah menilai dan mengkaji mad’u mereka sebelummenjalankan dakwah. Hal ini penting agar dakwah menjadi lebih berkesan.para mad’u pula perlulah bersedia untuk ditarbiyah dan didakwah.

Maudhu’
Perkara yang disampaikan untuk menyeru kepada Islam. Maudhu’ perlulah tidak bercanggah dengan syara’ dan mengandungi nasihat dan pengajaran yang baik. Maudhu’ juga perlu bersesuaian dengan keadaan mad’u.

Uslub/method
Cara atau skill penyampaian dakwah. Uslub atau cara penyampaian dakwah islamiah perlulah bersesuaian mengikut keadaan mad’u samada tarhib, targhib atau ta’dib.

PEMBAHAGIAN DAKWAH

Dakwah merupakan satu cabang ilmu yang menuntut kepada kebijaksanaan.para ulama’ mencari jalan untuk memastikan dakwah yang dijalankan mampu diterima oleh mad’u dan mampu memberikan kesan yang baik terhadap Dai’e dan mad’u. secara umumnya ulama menggariskan beberapa cara dan kaedah dalam berdakwah :

Dakwah umum : dakwah malalui cara ini adalah dilaksanakan oleh dai’e terhadap mad’u dalam bilangan yang besar. Contohny adalah pelaksanaan mjis tazkirah, majlis forum dan ceramah.

Dakwah fardiyyah : dakwah yang dilaksanakan oleh dai’e terhadap mad’u dalam kuantiti yang sedikit. Cara ini dikatakan cara yang paling berkesan terhadap mad’u.Dakwah il hal yang ditunjukkna oleh dai’e akan lebih diterima oleh mad’u. contohnya pelaksanaannya ialah dengan cara ziarah menziarahi, memberikan nasihat sesame kawan dan juga usrah.

Namun begitu, untuk memberikan kesan yang lebih baik dan berkesan,dakwah hendaklah dilakukan secara tersusun dan mengikut keprluan semasa. Perlunya dakwah digerakkan di bawah satu system yang baik dan dilaksanakan secara berjemaah. Jemaah dakwah inilah yang akan menjaminkeberkesanan dakwah islamiyyah.saidina Ali k.w berpesan

Maksudnya: “jemaah yang tidak bersistem akan ditewaskan oleh jemaah yang bersistem”  

KEBANGKITAN ISLAM- SATU RENUNGAN

Dalam membicarakan kebangkitan islam, para ulama’ haraki telah membahagikannya kepada eberapa peringkat. Setiap peringkat mempunyai cirri-cirinya tersendiri yang membezakannya dengan  peringkat yang lain. Yang pastinya, kebngkitan islam akan terus berlaku sesuai dengan sada Rasulullah:

Maksudnya : “akan terus kekal di kalangan umatku orang yang terus memperjuangkan kebenaran dan tidak memudaratkan mereka orang yang berseteru dengan mereka sehinggalah daangnya ketentuan Allah.”

Zaman keangkitan islam yang pertama
Kira-kira 1400 tahun yang lalu, Rasulullah s.a.w telah berjaya mewujudkan generasi yang  dinamakan oleh syed Qutb dalam bukunya ‘ Petunjuk Sepanjang Jalan’ sebagai jeel Al Quran Al-Fareed (generasi  Al Quran yang unik). Generasi itu telah menerajui islam ke zaman kegemilangan. Pembinaan ini bermula engan pembinaan insan, kemudian barulah dibuat pembagunan matrial.lahirlah peribadi-peribadi seperti Abu Bakar As Siddiq dan Umar Al Khattab yang telah mengobankan seluruh harta kekayaan, diri, tenaga, dan masa merka bagi membela Islam.

Di waktu itu juga telah gugur ramai syuhada’ yang berani mempertaruhkn nyawa demi menumpaskan musuh Islam, dan ahli korporat yang bertaqwa bukan sahaja telah memiskinkan dirinya untuk Islam, bahkan telah berjaya menumpaskan cengkaman monopoli perniagaan orang yahudi terhadap umat Islam.

Hasil didikan Rasulullah telah melahirkan satu umat yang baik yang menjadi contoh dalam semua sudut dan aspek penghidupan iaitu akhlak. Ukhwah kekeluargaan, sistem ekonomi, Negara, perhubungan diplomasi antarabangsa dan lain-lain. Di waktu itu juga ¾ dunia telah jatuh di bawah pemerintahan Islam.sungguhpun begitu, tidak semua mereka memeluk Islam. Tetapi golongan bukan Islam rela duduk di bawah pemerintahan Islam kerana yakin dengan pemerintahan Islam.mereka yakin mereka akan selamat, hak mereka akan dipelihara dan tidak di beza-bezakan.

Zaman Keangkitan Melepaskan Diri Daripada Penjajahan

Kedatangan Islam merupakan tiik peralihan bagi sejarah sesuatu bangsa Arab dan bukan arab. Ia bukan sahaja mengubah kepercayaan mereka daripada menyembah cakerawala dan patung kepada menyembah Allah Yang Maha Esa, tetapi juga mengubah fikiran dan memersihkan pandangan hidup mereka daripada pengaruh kuasa penjajahan serta membawa budaya ilmu yang lebih kaya dan murni. Ini di buktikan dengan apa yang berlaku di rantau Melayu sendiri. Sejak kedatangan Islam masyarakat melayu mempunyai bahasa dan kebudayaan yang lebih mantap.

Agama Islam telah menjadi teras keperibadian sesuatu bangsa. Dengan kata lain Islam menjadikan sesuatu bagsa sebagai satu bangsa yang beridentiti dan bermaruah tinggi dengan berpandukan falsafah al Quran dan ajaran tauhid serta berjaya menyucikan umatnya dari fahaman sekularisme yang berorientasikan kebendaan serta corak hidup barat yang bebas melalui penjajahan seperti British, Eropah, Portugis dan sebagainya.

Antara ojektif dan tujuan utama penjajahan ini tidak lain adalah untuk menyebarkan fahaman dan idea-idea barat di kalangan bangsa yang di takluk serta memperkenalkan fahaman sekularisme dan kapitalisme dengan tidak menghiraukan kemajuan ekonomi tanah jajahan mereka.
  
Zaman Kebangkitan Membebaskan Diri Dari Ideologi

Fahaman seperti nasionalisme, komunisme, sosialisme, kapitalisme dan lain-lain isme di namakan ideologi. Sungguhpunu penjajahan barat berakhir, di Negara umat islam. Namun mereka telah mewariskan ideologi-ideologi yang telah sekian lama mencengkam kehidupan kehidupan umat islam. Hakikatnya pembebasan dan kemerdekaan yang di serahkan kepada umat islam hanyalah akan dilakukakn oleh penjajah setelah berjaya mengindoktrinkan pewaris-pewaris kepimpinan yang beragama Islam, namun berfikiran seperti penjajah. Kewujudan-kewujudan gerakan Islam dan tajdid sedikit sebanyak telah memberikan satu citra baru bahawa Islam adalah cara hidup (islam is the way of life) yang sebenar.

KELAHIRAN GERAKAN ISLAM ABAD KE 21

Gerakan Ikhwan Al-Muslimun ( Mesir)

Di permulaan abad ke 20, dunia islam telah meluas dan pantai barat lautan Atlantik sehingga di hujung Timur Indonesia . dunia Islam tersenyum menyambut kedatangan seorang mujaddid Islam zaman aru iaitu Hassan Al-Banna yang dilahirkan di mahmudiyyah- sebuah desa Mesir pada 1906. pada tahun 1927, beliau telah tamat pengajiannya dari Universiti Darul Ulum di Kaherah dan mengasaskan ikhwanul muslimin di Bandar Ismailiyyah pafda tahun 1928. beliau mati dibunuh oleh tentera upahan Raja Faroq.

Ikhwanul muslimin dibentuk dan dipimpin oleh beliau. Harakah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan kejelasan tujuannya dan kesyumulan pemikirannya. Begitu juga keistimewaan perencanaan dan penganalisaan keadaan semasa. Juga telah di padukan di antara ke dalaman pemikiran dan kefahaman Islam dan pembentukan akhlak dengan amal politik.

Kebangkitan dan perjalanannya bukanlah secara spontan tanpa perencanaan dan bukan semangat yang menyala-nyala tanpa ilmu dan tarbiah. Akan tetapi satu keerangkatan dan perjalanan yang lebih dahulu dikaji dengan teliti. Kemudian disambung terus menerus dengan amal dan dakwah , dengan jihad dan pelakasanaan yang sungguh-sungguh.

Harakah ini (dan juga tiap-tiap harakah Islam) mesti mempunyai amal dan tindakan yang berkesan di dalam, hidup manusia dan reliti mereka. Untuk itu mesti lebih dahulu mementukan segenap manhaj( program) amalnya. Menetapkan segenap cara usahanya dan mengariskan garis perjalanannya di atas sinar dua konsep yang asasi:

Konsep syamilah – yang merangkumi reality yang hendak diubahnya . satu konsep yang mencukupi untuk menentukan segala factor yang menyebabkan keruntuhan dan kelemahannya.

Konsep kesedaran- terdapat jalan dan uslub yang bersinar dalam amal dan usaha perubahan.konsep ini menentukan falsafah aqidah dan segala prinsip perbaikanya.

Di atas sinar konsep asasi ini, untuk merealisasikan amal islam dan segala tuntututannya, harakah islam telah melukiskan garis perjalanannya dan pembahagian 3 marhalah/tahap :

1)     marhalah ta’arif (memperkenalkan dan memberi kesedaran): dengan mengembankan fikrah islam, menjelaskan hakikatnya dan menerangkan segala tujuannya dan menyeru manusia kepadanya.
2)     Marhalah al- ‘idad atau takwin ( persediaan dan pembentukan) : dengan memilih anasir yang baik yang memikul bebanan dan membentuknya. Kemudian mempersiapkannya selaras dengan tanggungjawab yang menunggunya.
3)     Marhalah tanfiz (perlaksanaan) : dengan merubah reality yang ada dan merealisasikan reality yang di cita-citakan menurut garis yang di semaikan.



Gerakan Wahabi (Arab Saudi)

Pada abad ke 18, lahirlah harakah Wahabiyyah di bawah pimpinan Muhammad Abdul Wahab. Beliau dilahirkan di Uyainah di negeri Najd pada tahun 1016 Hijrah. Harakah Islam ini memerangi bida’ah, khurafat dan karut dan menyeru umat Islam kembali semula kepada teras dan intisari Islam.

Malangnya sikap melampau yang sangat keras telah meresapi dakwah ini dan menghalangnya untuk berkembang terus dan merintangi penyebarannya. Golongan taghut telah bangun menentang dengan sekeras-kerasnya. Gabenor Mesir ketika itu Muhammad Ali Basya telah menghantar satu angkatan tentera untuk memeranginya dan memenuhi bumi Hijjaz dengan darah.

Gerakan Jamiat Islami (Pakistan)

Di Pakistan, Maulana Abul A’la Al-Maududi telah mula bangkit memimpin tajdid Islami pada tahun 1936. Beliau bangun membela Islam dan mewujudkan segala pengaruh dan kuasa Islam dalam jiwa manusia. Beliau telah menerbitkan majalah bulanan “Tarjuman Al-Quran” sebagai persedian untuk jalan dakwah an sesuai dengan amal Islam. Pada tahun 1936, beliau telah melancarkan serangan yang sengit terhadap parti kongres India.

Al-Maududi terus menerus tegak dalam jihadnya yang susah dan panjang itu, menyeru manusia kepada Islam dan menyatupadukan segala hati kepada Islam. Angkatan pemuda dipelihara dan dididik dengan tarbiah dan ta’alim Islam. Pada tahun 1940 telah berhimpun di Lahore sekumpulan pemuda dan kalangan mereka untuk menyahut daerah Islam yang telah dikumandangkan oleh Al-Maududi bertahun-tahun sebelum ini. Mereka bersetuju membentuk “ Jamaah Islam” dan mereka memilih abul A’la Al-Maududi menjadi amirnya. Jami’yat Islami bertujuan dan bercita-cita menegakkan system hidup Islam yang sempurna di muka bumi dan mengharapkan keredhaan Allah di akhirat.

Dalam mendukung dan melancarkan dakwah Islam, disana jamaah Islam itu telah menghadapi pelbagai ganguan dan mehnah. Mereka melalui pertarungan yang sengit dengan segala golongan dan aliran yang telah diciptakan oleh penjajah Inggeris. Golongan Qadiyani ,golongan yang menyangkal sunnah nabawiyah, golongan yang bertaqlid kepada Perancis dan golongan yang tertipu dengan budaya barat.

Pada tahun 1963, pemerintah merampas majalah ‘Tarjuman Al-Quran’ dan memansuhkan lesennya dengan alasan (yang sengaja dibuat-buat) bahawa majalah itu cuba merosakkan hubungan Pakistan dengan Iran. Pada 1964 pemerintah membubarkan Jami’yat Islami dan segeanp anggota syura, seramai 60 orang ditangkap. Mereka disumbat ke dalam penjara dan rumah tahanan. Setelah itu Al-Maududi dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan dan dijatuhkan hukuman gantung kepadanya sebagai balasan karangannya risalah ‘ al-mas’alah al-Qadiyaniah’ kerana menentang mazhab Qadiyani kemudian hukuman ini diringankan menjadi hukuman penjara seumur hidup, kerana permintaan dunia Islam yang menyangkal keras sikap pemerintah islam terhadap jami’yat Islami.

Disamping melancarkan dakwah Islam, Al-Maududi telah memberi sumbangan besar kepada dunia Islam dengan buah penanya yang istimewa. Dengan kebijaksanaan dia mengarang beberapa kitab dan majalah yang sangat tinggi nilainya.


HARAKAH ISLAM DI INDONESIA

Di Indonesia telah berdiri harakah Islam Majlis Syura Muslimin (Masyumi) Indonesia yang dipimpin oleh Muhammad Nasir untuk membangunkan Negara Islam di segenap jurusan hidup, menjauhkan Indonesia dari blok Barat dan Timur (berkecuali). Masyumi telah bangun berjihad menentang parti komunis dan memberi kebebasan penuh kepada pemikiran komunisme untuk berkembang biak di Indonesia.

Harakah Islam yang dipelopori olek Masyumi telah mengawal benteng-benteng Islam dan segenap prinsipnya. Dia tampil ke depan menjadi komanda umat Islam dengan berjihad melawan penjajah Belanda yang zalim dan kejam itu. Para penduduk Masyumi dianggarkan lebih sepuluh juta dari putera-puteri Islam.

AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR


HADITH / AYAT HAFAZAN
  • HADITH 34 IMAM AN NAWAWI
  • SURAH AL AHZAB AYAT 21
PENGERTIAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Amar ma’ruf nahi mungkar adalah proses menyeru atau memanggil,memerintah atau menyuruh kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan iaitu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, termasuk juga kerja yang dilaksana untuk memperbaiki masyarakat.

Menegah atau melarang dari kejahatan yang dilarang oleh Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan as-Sunnah.
 
Amar ma’ruf tidak hanya menuntut kepada seruan semata-mata atau menyuruh melaksanakan kebaikan sahaja. Ia juga menuntut kepada larangan atau cegahan dan tegahan daripada melakukan keburukan dan kejahatan. Sekiranya salah satu di tinggalkan, maka akan pincang dan rapuhlah dakwah.

Memerintah dan melarang merupakan fitrah yang terdapat dalam jiwa manusia. Sekalipun seseorang itu hidup sendiri dan terpisah daripada manusia lain. Dalam jiwanya tetap ada perasaan memerintah dan melarang. Tidak kira mereka memerintahkan yang ma’aruf dan melarangkan yang mungkar atau sebaliknya iaitu memerintahkan yang mungkar dan melarang yang ma’aruf. Atau mereka memrintahkan kedua-duanya dan melarang kedua-duanya. Oleh itu dikatakan:

“jiwamu jika tidak disibukkan dengan kebaikan maka akan sibuklah dirimu dengan kemungkaran kejahatan”

DALIL-DALIL AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR

Firman Allah;

Maksudnya : “ kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia. Menyuruh kepada ma’aruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah…”
(Ali-Imran 3:110)

Firman Allah S.W.T lagi :

Maksudnya : “dan orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian daripada mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah daripada yang mungkar…”
(At-Taubah 9:71)

Hal ini amat berbeza sekali dengan sikap orang-orang munafiq. Diceritakan di dalam Al-Quran:

Maksudnya: “ Orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian mereka dengan seahagian yang lain adalah sama. Mereka menyuruh berbuat mungkar dan melarang berbuat ma’aruf…”
(At-Taubah 9:67)

Sabda Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang masyur :

Maksudnya : “ barangsiapa di kalangan kamu melihat (menyaksikan) kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, kalau tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya. Jika tidak mampu ubahlah dengan hati. Dan itulah selemah-lemah iaman.”

AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR

Melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar dan mencegah kemungkaran adalah satu fardhu kifayah. Sekiranya telah ada di dalam sesuatu golongan itu mereka yang melaksanakan amar ma’aruf maka tanggungjawab amar ma’aruf telah terlepas dan gugurlah dosa sebahagian mukmin yang lain. Sekiranya tidak ada langsung mereka yang melaksanakan amar ma’aruf maka dosa maksiat tersebut akan ditanggung oleh semua.

Namun begitu, apabila terlihat kemungkaran berlaku di depan mata, maka hendaklah segera mengubah (mencegah) samada dengan tangan, lidah, atau hati.

KAEDAH-KAEDAH AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR

·         Hendaklah orang yang ingin melaksanakan amar ma’aruf dan nahi mungkar itu memahami apakah yang dikatakan dengan amar ma’aruf dan nahi mungkar.
·         Bersikap, lemah lembut atau berkeras memberikan amaran mengikut keadaan (tarhi, targhib da ta’adi)
·         Memikirkan tentang keaikan dan keurukan hasil daripada perlaksanan amar ma’aruf dan nahi mungkar.
·         Melihat dan memerhatikan keadaan mad’u (orang yang ingin di dakwah)

SYARAT YANG MEMERLUKAN AMAR MA’ARUF DAN NAHI MUNGKAR

  1. Hendaklah perkara yang dilarang itu bercanggah dengan syariat Islam. Tidak hanya terhadap dosa-dosa besar tetapi juga kepada perkara-perkara dosa kecil yang menjurus kepada akhlak yang buruk.
  2. Hendaklah kemungkaran itu dilakukan terang-terangan dan bukannya di ketahui melalui intipan. Contohnya pensabitan hukuman zina dalam Islam.
  3. Hendaklah kemungkaran yang dilakukan itu dalam perkara-perkara yang jelas mungkarnya dan hukumnya dan disepakati oleh Ijma’ ulama’. Bukan pada perkara-perkara yang diijtihad hukumnya.

TAHAP-TAHAP CEGAHAN KEMUNGKARAN

TAHAP PERTAMA: Sekadar memberikan peringatan kerana mungkin dia orang yang        
tidak tahu.

TAHAP KEDUA: Mencegah kemungkaran dan memberikan azab dan seksaan Allah 
                             yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

TAHAP KETIGA: menggunakan kekerasan dalam mencegah kemungkaran. Ini
                             dilakukan apabila cara lembut tidak memerikan apa-apa kesan 
                            tehadap yang di tegur.

CIRI-CIRI PETUGAS AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR

  1. Berilmu
  2. Wara’
  3. Berakhlak dengan akhlak yang mulia.

AKIBAT MENINGGALKAN AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR

Banyaknya kezaliman
Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Zainab  binti Jahsy radiallahu ‘anha, bahawa Nabi s.a.w pada suatu hari bangun dalam keadaan terkejut daripada tidurnya sambil mengatakan:

Maksudnya : “ laa ilaaha illallah, celakalah orang Arab dan kejahatan yang telah dekat. Sekarang telah teruka di antara penghalang ya’juj da Ma’juj seperti ini –beliau memisahkan antara dua jari-jarinya antara telunjuk dan iu jari. Kemudian Zainab radiallahuanha berkata kepada baginda, maksudnya: “ wahai Rasulullah, apakah kita dibinasakan sedangkan dikalangan kita ada orang yang salih? “ Baginda menjawab : “Ya! Apabila kekejian sudah banyak” “Bagaimanakah banyaknya kekejian itu?” “Sesungguhnya kemungkaran apabila telah dilakukan secara terang-terangan dalam sesebuah masyarakat, dan tidak ada orang yang mencegahnya maka kemungkaran tersebut akan menjadi semakin kukuh dan bermaharajalela”

(Bukhari dan Muslim)

Banyaknya kekejian memberikan Isyarat akan datangnya azab Ilahi secara umum.
Hal tersebut sebagaimana yang telah ditunjukkan olah hadith yang riwayatkan oleh Zainab yang telah disebutkan di atas untuk dinukilkan daripada kelompok sahabat. Hal tersebut menunjukkan prihatinnya Nabi s.a.w terhadap masalah ini.

Imam Malik telah memberikan bab khusus tentang masalah ini dalam kitabnya Al-Muwatta’ yang diberi nama, (bab tentang azab secara umum kerana amalan orang tertentu). Dan di bawah judul tersebut beliau mencantumkan athar daripada Umar b. Abdul Aziz iaitu ucapan beliau:

Katanya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab masyarakat secara umum kerana perbuatan orang-orang tertentu. Akan tetapi apabila kemungkaran dilakukan secara terang-terangan semuanya berhak menerima azab”
     ( Al- Muwatta’)




Perselisihan dan pertentangan
Sesungguhnya antara akibat yang paling dasyat yang akan menimpa masyarakat yang mengaaikan amar ma’aruf nahi mungkar ialah berubahnya golongan masyarakat tersebut kepada kelompok-kelompok yang saling bertentangan kerana menurut hawa nafsu. Akhirnya terjadilah perselisihan dan pertentangan.

Berkuasanya musuh
Allah S.W.T kadangkala menguji masyarakat yang mengabaikan amar ma’aruf nahi mungkar dengan menganugerahkan kuasa keatas diluar daripada kalangan mereka. Mereka disakiti dan gadis-gadis mereka diperkosa. Adakalanya harta milik mereka dirampas dan dilakukan sesuka hati oleh musuh tersebut.

Kaum muslimin dalam sejarahnya telah diberi contoh tentang hal tersebut. Barangkali antaranya ialah apa yang telah terjadi kaum muslimin di Andalus (sepanyol) di mana keperkasaan dan kekuatannya telah berubah. Di saat kemungkaran bermaharajalela di tengah-tengah mereka dan tidak ada orang yang mencegahnya akhirnya mereka menjadi hina, direndah-rendahkan dan dihinakan oleh orang Nasrani, sehinggakan raja dan pemimipinnya dijual di pasar abdi, sambil menangis seperti yang dikatakan oleh seorang penyair :

‘seandainya engkau menyaksikan tangisan mereka di saat dijual, pasti hatimu akan sedih dan pedih’

Hal yang serupa juga berlaku di Palestin. Bagaimana Yahudi membuli kaum muslimin. Pembunuhan dan pengusiran yang dilakukan oleh mereka terhadap kaum muslimin sehingga Palestin menjadi seperti Andalus. Bahkan lebih daripada itu, ia hilang daripada paparan peta dunia.

Tidak termakbulnya doa
Manusia hanya berlindung kepada Allah disaat ditimpa musibah.mereka memohon kepada Allah agar menghilangkan kesusahan yang dideritainya sehinggakan orang musyrik pun melakukan hal tersebut. Perbuatan begini hampirlah dengan perbuatan Fir’aun ketika ditenggelamkan di tengah laut merah.

Krisis ekonomi
Krisis ekonomi telah melanda masyarakat yang mengabaikan amar ma’aruf nahi mungkar. Kemiskinan bertambah dan ini membuatkan mereka mangalami mala petaka sehingga sukar untuk mereka mencari rezeki.

Tenggelam dalam syahwat
Meninggalkan amar ma’aruf nahi mungkar boleh mengakibatkan  terjerumus ke dalam syahwat dan tenggelam ke dalamnya. Demikianlah keadaannya, menjadikan manusia terpaut dengan dunia, berjiwa lemah dan tidak berdaya.

Mengabaikan persiapan
Baik persiapan mental dan kekuatan hati dan kebranian atau persiapan fizikal untuk menghadapi musuh. Sesungguhnya yang melakukan persiapan dengan baik hanyalah orang yang berkemampuan tinggi, dan berpaling daripada hal-hal yang hina. Adapun mereka yang tenggelam dalam lautan syahwat tidak akan mampu terhadap hal tersebut. Bahkan sekadar ucapan tentang perang sahaja sudah menakutkan bagi mereka apalagi kalau terlibat dalam kancah peperangan.

Tempat rujukan bagi umat sudah mula berubah
Ada akiat yang sangat bahaya iaitu tempat rujukan bagi umat islam di beberapa Negara islam mulai berubah. Yang demikian itu adalah kerana orang-orang munafik sentiasa melakukan kerosakan dan tidak merasa cukup dengan menyebarkan kemungkaran sahaja, bahkan mereka membuat rencana-rencana untuk menelanjangkan umat Islam daripada agamanya secara keseluruhansehingga berubah menjadi seorang secular yang menrima untuk berhukum dengan hokum thaghut dan menolak hokum-hukum Allah hingga tersebar di tengah-tengah mereka penyimpangan apa sahaja, baik pada pemikiran mahupun akhlak.  

AKHLAK ISLAMIYAH


MUQADIMAH: AL-QURAN / HADIS

HADIS 40 TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN INI DIPETIK DARI BUKU YANG TELAH DI SUSUN OLEH ABU ALI AL BANJARI AN NADWI (AHMAD FAHMI ZAMZAM)

10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."

"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".

H.R. Bukhari Muslim
Keterangan

Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.

Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.


PENGERTIAN

Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada al-akhlak (       ) iaitu jama’ daripada perkataan al-khulq (        ) bererti tabiat kelakuan, perangai, tingkah laku, maruah dan adab kebiasaan. Malah ia juga bererti agama itu sendiri. Perkataan al-khulq ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya dalam firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
 (Al-Qalam 64: 4)

Sementara perkataan al-khulq bererti kejadian, ciptaan, bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada manusia, ia bermaksud struktur tubuh badan yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, seimbang, disusun rapi menurut peraturan dan undang-undang yang tepat. Didalam Al-Quran terdapat 52 perkataan al-khulq merujuk kepada kejadian manusia, alam sejagat dan lain-lain.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia menghidupkan bumi sesudah mati (kering) dan Dia sebarkan bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Sungguh (terdapat) tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkannya”.
(Al-Baqarah: 164)

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata); Ya Tuhan kami tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka”.
(Ali-Imran 3: 190-191) 

Menurut Istilah:
Sifat yang tertanam di dalam diri iaitu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penilitian dan paksaan.

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM 

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah dan palsu? Persoalan inilah yang dijawab oleh ilmu akhlak.

Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang mencari pangkat, kebesaran dan kekuasaan. Ada yang mencari kemasyhuran dan nama. Ada juga yang berusaha mencari pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud dalam kehidupan dunia, memadai dengan cara hidup yang sederhana. Mereka lebih mementingkan peningkatan rohaniah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.

Perbezaan pandangan inilah yan menyebabkan timbulnya beberapa aliran dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat kita jadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, disebalik pandangan atau perbezaan tersebut ada sesuatu matlamat yang hakiki dan wajib dituntut manusia. Itulah yang menjadi ukuran tepat dalam meneliti tindak tanduk dan perbuatan manusia. Apabila sesuatu pelaku atau perbuatan itu selaras dengan ukuran tersebut, itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.

Persoalan–persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan pengertian baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan seseorang dalam perjalanan hidup ini. Ilmu ini juga menerangkan matlamat yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia meneliti dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop perbahasan ilmu akhlak. Jadi tidak bolehlah diberi nilai atau hukuman ke atas kejadian itu sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan yang dilakukan secara sedar dengan ikhtiar samada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik berupa peribadi mahupun sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya yang mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada setiap mereka yang terlibat di dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberi balasan seksa.

Jadi, bidang akhlak ini hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:

1)    Dilakukan dengan sedar dan sihat.
2)    Dilakukan dengan ikhtiar sendiri.
3)    Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL

            Menurut istilah moral berasal daripada perkataan Latin: moralis atau mores iaitu jama’ daripada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti atau perangai. Dictionary of education menjelaskan moral ialah satu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dan sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan yang secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik atau buruk.

            Manakala perkataan etika pula berasal daripada perkataan yunani: ethikos daripada ethos yang membawa juga erti adab dan kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan-peraturan atau norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan pemikiran pandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat yang tertentu. Nilai-nilainya bersifat relatif, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah mengikut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.

            Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak dari bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkahlaku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.

            Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna menjadikan akhlak sebagai satu cabang asasi dalam program hidup individu malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.

            Ilmu akhlak berusaha membina memupuk rohaniah manusia, membina insaniah, membentuk tingkahlaku dan mengarah individu kea rah kebaikan dan ketinggian di samping mengingatkan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak ke lembah pengaruh sifat-sifat negatif.

            Oleh kerana akhlak ini menyentuh tentang tingkahlaku manusia, tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia dinamakan sebagai “ilmu Al-Suluk” (ilmu tingkahlaku), “Ilmu Hikmah” dan “Ilmu Tahdhib Al-Akhlak” (Ilmu pencarian akhlak). Jika ilmu ini dihubungkan dengan agama, tidak menjadi halangan kita namakannya sebagai “Ilmu Aqliyy”.

            Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan beberapa prinsip utama antara lain:

  • Beriman kepada Allah
  • Membenarkan risalah Muhammadiah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah.
  • Membenarkan Al-Quranul dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan kedua-duanya dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya.
  • Niat yang baik dan benar dalam melaksanakan tingkahlaku baik.
  • Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram.
  • Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat.
  • Keadilan syara’.
  • Beriman dengan hari kebangkitan dan hari kiamat.

Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniah dan jasmaniah yang bersifat mutlak dan tepat penilainya. Oleh itu bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai Allah, seseorang itu wajib berpegang dan beramal dengan prisip-prinsip tersebut. Apa yang penting bagi seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amalan ke arah yang positif sesuai dengan prinsip-prinsip tersebut dan sedaya mungkin hendaklah menghindarkan diri daripada sifat-sifat atau gejala negatif.

Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika iaitu menentukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adab kebiasaan yang umum dalam masyarakat.

AKHLAK YANG AGUNG

            Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada Nabi Muhammad S.A.W kerana sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya itu adalah sifat-sifat terpuji dan merupakan uswah hasanah, iaitu contoh tauladan yang terbaik bagi seluruh kaum muslimin. Allah s.w.t sendiri memuji akhlak junjungan kita di dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak yang agung”.
(Al-Qalam 64: 4)
            Dasar akhlak Islamiah yang terkandung dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Risalah ini bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh cara hidup dan perbuatan Rasulullah sendiri. Perilaku dan cara hidup Rasulullah itu adalah menjadi ikutan dan contoh teladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik dari segi jasmani ataupun rohani.

            Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi itu pelbagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan pembinaan tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasannya dalam menjangkau segala aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib. Allah menurunkan wahyu-Nya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan manusia dalam membina kehidupan dan tamadun yang serasi dengan nilai-nilai akhlak mulia. Di sinilah terletaknya peranan risalah yang dibawa oleh Islam melalui Nabi Muhammad S.A.W bertujuan untuk membentuk suatu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan hidup seluruh manusia. 

KESYUMULAN AKHLAK ISLAM

            Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapannya dan luas bidangnya meliputi semua aspek perbuatan manusia samada mengenai dirinya, orang lain atau orang perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak dalam Islam.

            Kesyumulan akhlak Islamiyyah ialah ia tidak terpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia merupakan suatu neraca terhadap seluruh tindak-tanduk manusia. Akhlak Islamiyyah tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini.

            Asas keimanan kepada Allah ialah sendi-sendi Islam, manakala asas akhlak terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas asas akidah yang sah dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan atas dasar akidah.

            Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadith-hadith Rasulullah merumuskan akhlak sebagai:
“Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”

“Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang paling baik Deennya”

“Wahai Rasulullah S.A.W. apakah Deen itu?” Baginda menjawab: “Akhlak yang baik”.

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH

            Antara ciri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:

·         Bersifat mutlak dan menyeluruh
Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda dan diubah suai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat dan masa.

·         Melengkapkan dan kesempurnaan tuntutan
Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiah adalah merangkumi semua aspek kemanusiaan, rohaniah, jasmaniah dan aq’liah, sesuai dengan semua tuntutan dalam usaha mengawal sifat-sifat tercela (mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk menyekat kebebasan peribadi seseorang.

·         Bersifat sederhana dan seimbang
Tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.

·         Mencakupi suruhan dan larangan
Bagi kebaikan manusia, pelaksanaan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak mengutamakan dan mengabaikan mana-mana aspek tersebut.

·         Bersih dalam pelaksanaan
Untuk mencapai kebaikan akhlak Islamiyyah memerintah supaya cara dan method pelaksanaan suatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai sesuatu matlamat mestilah menurut tatacara Islam. Islam tidak menerima falsafah “matlamat menghalalkan cara”.

·         Keseimbangan
Akhlak dalam Islam membawa keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan realiti hidup antara rohaniah dan jasmani serta aqliah dan antara kehidupan akhirat sesuai dengan tabi’I manusia itu sendiri.

PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM

            Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang disyariatkan oleh Allah dan RasulNya. Akhlak yang dibentuk atas dasar kesedaran dan hidayah Allah mampu dimiliki setiap manusia yang mahu dirinya digelar hamba.

            Antara jalan yang terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah:

·         Ilmu pengetahuan
Setiap mu’min perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (mahmudah) dan apakah yang dikeji (mazmumah). Al-Quran telah menggariskan akhlak utama yang mesti dihayati oleh setiap mu’min. Sunnah Rasulullah pula telah memperincikannya serta menterjemahkannya ke dalam realiti kehidupan yang sebenar.

·         Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan
Akhlak adalah cermin bagi individu itu sendiri malah daya tarikan Islam juga bergantung kepada akhlak yang baik.

·         Keazaman yang tinggi
Melalui azam yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat-sifat yang mulia.

·         Ibadah yang kuat dan ikhlas
Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutama bisikan nafsu.

·         Bergaul dengan orang yang baik akhlak
Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini kerana manusia cepat meniru orang lain. Dalam masa yang sama perlu menjauhi orang yang melakukan maksiat dalam erti kata uzlah syu’uriah (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar.

·         Membiasakan diri dengan kebaikan
Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta sentiasa membiasakannya agar ia dapat kekal dan bersemadi dalam jiwa.

·         Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat.
Kadangkala seseorang itu tidak menyedari kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada untuk menerima nasihat yang bertujuan untuk membaiki diri. Umar Ibn Khatab pernah berkata “Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku”.

AKHLAK YANG BAIK IALAH KESEMPURNAAN ISLAM

Rasulullah S.A.W diutus kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak mulia sebagaimana dalam hadith baginda S.A.W. dalam akhlak baginda, Rasulullah S.A.W memenuhi kewajipan dan menunaikan amanah, menyeru manusia kepada tauhid dan dengan akhlak jugalah baginda menghadapi musuh dimedan perang. Dengan akhlak baginda memimpin rakyat dalam mencapai cita-cita serta membangunkan Negara yang berdaulat dan merdeka. Sesungguhnya akhlak mulia melengkapkan sendi keimanan menuju kepada kesempurnaan keperibadian manusia sebagaimana keterangan hadith yang berbunyi:
Sabda Rasulullah:

Maksudnya: “Paling sempurna keimanan orang mu’min ialah yang lebih baik akhlaknya, dan yang paling baik dikalangan kamu ialah yang baik kepada isterinya.”
(HR At-Tirmizi dari Abu Hurairah)

            Dalam konteks pengamalan syariah iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap Allah, dapat dilihat pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah, akhlak sangat berperanan untuk melengkapinya.

            Manakala dalam bab ibadah, kita akan dapati antara hikmah-hikmah ibadah yang dianjurkan oleh Islam terdapat tautan yang erat antara ibadah dan akhlak meskipun ibadah itu berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju ke suatu sasaran yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabda baginda:

Maksudnya: “Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

            Sembahyang, puasa, zakat, haji dan amalan yang diarahkan oleh Islam adalah anak tangga untuk mendaki puncak kesempurnaan dan sebagai strategi untuk melindungi diri dari kerosakan dan kerendahan moral. Dengan sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam agama Allah.

            Persiapan umat Islam untuk menjadi “ummatan hasanatan” yang dilengkapi dengan tuntutan yang dijadikan alat komunikasi sesama manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlak mulia, yang diharapkan untuk menjadi aspek kehidupan manusia. Kerana itu, ilmu komunikasi yang hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak mulia.

KEPENTINGAN AKHLAK DALAM PERIBADI MUSLIM

            Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam sistem hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu semakin tinggi nilai kemanusiaan seseorang. Akhlak inilah yang membezakan antara manusia dan haiwan dalam kehidupan sehari-hari. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama taraf dengan haiwan malah lebih rendah darinya.
Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya kami sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia yang mana mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti binatang malah lebih sesat, mereka ialah orang yang lalai.”
(Al-A’raf: 179)

            Akhlak mempunyai hirarki paling tinggi dalam tamadun umat manusia. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang mulia dan baik walaupun mempunyai kemajuan yang tinggi dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.
Muslim terhadap Allah

            Sedar dan taat perintah Tuhan:
Menyedari dia sentiasa perlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah Allah sekalipun bertentangan dengan kehendak nafsunya.

Sentiasa bertaubat dan mencari keredhaan Allah:
Sentiasa memohon keampunan Allah apabila menyedari dirinya lalai atau berlaku cuai serta memastikan seluruh gerak kerja adalah untuk mencari keredhaan Allah. Firman Allah S.W.T;


Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dan syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka”
(Al-A’raf 7: 201)

Pelaksanaan ubudiyyah terhadap Allah:

Maksudnya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku”
(Az-Zariyat 51: 56)

Beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan dalam setiap gerak-geri manusia selagi niatnya hanyalah semata-mata kerana Allah. Sebesar-besar ibadah ialah menegakkan hukum Allah dan membangunkan pemerintahan Islam.


Muslim terhadap dirinya

            Memurnikan Aqidah:
Pembersihan keyakinan, kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras dengan keterangan dan tuntutan Al-Quran dan Hadith serta memastikan aqidah bersih dari dicemari dengan segala bentuk syirik, bida’ah, khurafat dan tahyul.

Memiliki Ilmu yang Mantap:
Perkara pertama yang patut diketahui dengan lebih mendalam ialah ilmu pengetahuan berkenaan kitab Allah diikuti dengan ilmu-ilmu fardhu a’in yang lain.

Memiliki Bidang Pengkhususan:
Menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada jurusan yang menjadi pengkhususan samada dalam bidang agama (fardhu ai’n atau bukan). Kejayaan ilmiah yang paling tinggi menyebabkan seseorang itu dipandang tinggi mulia oleh manusia selagi individu tersebut merealisasikannya dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan menjaga adab-adabnya.

Muslim Terhadap Ibu Bapa Dan Keluarga

            Berbuat baik kepada kedua-duanya:
Islam meletakkan martabat ibu bapa sehingga Allah meletakkan keredhaan ibu bapa sesudah keredhaan-Nya. Firman Allah s.a.w;

Maksudnya: ”Dan Tuhanmu telah perintahkan, sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa…”
(Al-Isra’ 17: 23)

            Mentaati keduanya selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam:
Melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka.
Firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu…”
(At-Tahrim 66: 6)

Muslim Terhadap Saudara Mara Dan Sahabat

Mencintai kerana Allah atas dasar iman dan ikatan aqidah Islamiyyah:
Tidak mencintai seseorang kerana peribadinya semata-mata, sebaliknya kerana kelebihan-kelebihan yang ada padanya yang membawa orang-orang lain menuju keredhaan Allah.

Tidak membelakangi mereka:
Meraikan mereka samaada di dalam keadaan senang atau susah.

Memenuhi keperluan apabila diperlukan:
Hendaklah menunaikan keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan mereka dari kepentingan diri sendiri.

Berpesan-pesan atas kebenaran dan kesabaran:
Mengingatkan tentang suruhan agama yang perlu ditunaikan serta larangan-larangan yang mesti ditinggalkan.