Pernah dengar tak lagu ini " tanya sama pokok apa sebab goyang nanti jawab pokok angin yang goncang..... " mungkin ini lagu kesukaan kita tatkala kita diusia yang masih muda....tapi kalu kita tanya sama IMAN, agak agaknya apa yang IMAN boleh bagi jawapan kepada kita??.....tatkala Iman kita kadang kadang naik dan kadanag kadang menjunam turun lajunya namun apakah kita sebagai hamba ALLAH ingin membiarkan IMAN kita beredar dengan masa dibuang begitu sahaja.....ada segelintir dikalangan masyarakat kita hari ini tidak bisa merungkaikan persoalan mengenai keimanan.Di sini serba sedikit saya akan berkongsi berkenaan IMAN.......
PENGERTIAN IMAN
Iman itu ialah tasdiq (membenarkan)
dengan hati. I’tiqod dengan hati kepada apa yang ia ketahui yang ia daripada
Deen Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w serta ikrar dengan lidah dan
amal seluruh ajaran Islam dengan anggota badan.
Firman Allah s.w.t:
ان الذين امنوا وعملوا الصالحات
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal
soleh..”
(Al-Kahfi
18:107)
Iman dan amal merupakan dua perkara
yang beriringan dan tidak berpisah walaupun berbeza dari segi takrif kerana
amal itu adalah hasil daripada iman dan iman pula tidak sempurna tanpa amal.
Lantaran itu Allah s.w.t menyebut iman itu beriringan dengan amal.
Firman Allah s.w.t:
انما المؤمنون الذين اذاذكر الله
وجلت قلو بهم واذاتليت عليهم اياته زادتهم ايمانا وعلى ربهم يتوكلون 0 الذين يقيمون
الصلوة وممارزقناهم ينفقون 0 اولئك هم المؤمنون حقا لهم درجات عند ربهم ومغفرةورزق
كريم 0
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah mereka
yang apabila disebut nama Allah gementar hati dan apabila dibacakan
ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambahlah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka
bertawakkal. (iaitu) orang-orang yang melaksanakan solat dan yang menginfakkan
sebahagian dari rezeki (nikmat) yang mulia. Mereka itulah orang-orang yang
benar-benar beriman. Mereka akan memperoleh darjat (tinggi) di sisi Tuhannya
dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.”
(Al-Anfal
8:2-4)
RUKUN IMAN
1.
Beriman kepada
Allah s.w.t
2.
Beriman kepada
Malaikat
3.
Beriman kepada Kitab
4.
Beriman kepada
Rasul
5.
Beriman kepada
Hari Akhirat
6.
Beriman kepada
Qadha dan Qadar
CIRI-CIRI DAN PERBAHASAN IMAN
Iman tidak boleh
dibahagi-bahagikan
Iman itu tidak
boleh dibahagi-bahagikan dan dijuzuk-juzukkan, maka sesiapa yang kufur dengan
salah satu rukun daripadanya bererti kufur dengan semuanya, ataupun kufur
dengan beberapa perkara daripada rukunnya juga menjadi kufur.
Iman itu syumul
Iman juga
mempunyai sifat syumul pada tiap-tiap rukunnya, dengan membenarkan segala ijmal
dan tafsilnya. Iman tidak boleh dipisah-pisahkan. Keenam-enam rukun iman itu
harus dipercayai. Tidak boleh seseorang itu hanya percaya kepada Allah sahaja
dan tidak percaya kepada yang lain, tidak boleh seseorang itu beriman terhadap
sebahagian daripada kitab atau Al-Quran dan mengingkari sebahagian yang lain.
Iman itu bertambah dan
berkurang
Menurut pendapat
Salaf bahkan pendapat Jumhur Ulama’ bahawa, iman itu boleh bertambah dan
berkurang.
Firman Allah s.w.t :
انما المؤمنون الذين اذاذكر الله
وجلت قلو بهم واذاتليت عليهم اياته زادتهم ايمانا وعلى ربهم يتوكلون
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah
mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hati dan apabila dibacakan
ayat-ayat-Nya kepada mereka , bertambahlah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka
bertawakkal.”
( Al-Anfal 8:2)
Iman manusia
biasa - bertambah
dan berkurang
Iman para nabi
dan rasul - bertambah dan bertambah
Iman para
malaikat - tidak bertambah
atau berkurang
PERKARA – PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
Kita telah memahami bagaimana seseorang
itu dianggap menganut Islam dalam ertikata yang sebenarnya dan tertanam dalam
hatinya ciri-ciri iman. Ada yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan iman yang
teguh sehingga dia meninggal dunia dengan mentasdiq. Dan ada pula orang yang
berpaling tadah dengan sebab ingkar dan derhakanya.
Sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang menunjukkan
keingkarannya terhadap ikrar syahadah itu maka syahadahnya terbatal dan keluarlah
dia daripada Islam, dan diwajibkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum
murtad yang dikenakan kepadanya, bermula daripada disuruh bertaubat sehinggalah
dijatuhkan hukuman bunuh kalau dia tidak mahu bertaubat dalam tempoh tertentu
dan tempatnya di dalam neraka kalau dia mati dalam keadaan begitu dan tidak
sempat bertaubat. Jika seseorang mukmin itu melakukan dosa maka tidaklah batal
imannya sekalipun dia belum bertaubat jika tidak ada padanya perkara-perkara
yang membatalkan syahadahnya.
Perkara yang menyebabkan
terkeluarnya seseorang itu daripada Islam atau terbatal imannya ialah :
- Mengingkari sifat-sifat Rububiyyah atau mencelanya
- Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan
sifat-sifatNya
- Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
- Mengingkari atau mencela Rasulullah s.a.w atau
kerasulannya
Mengingkari sifat Rububiyyah Allah Atau Mencelanya
Yang pertama di dalam tauhid itu ialah mentauhidkan Allah s.w.t pada
RububiyyahNya dengan ber’itiqod bahawa Dialah Tuhan yang menciptakan alam,
mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan,
izin, perintah, kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. Maka setiap
’itiqod, perkataan dan tindak-tanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi
kafir dan riddah, seperti orang yang menganggap ada yang bersifat Qidam (sedia)
selain daripada Allah s.w.t menganggap Allah s.w.t tidak mengambil tahu
terhadap makhluk setelah dijadikanNya, menganggap adanya rezeki yang bukan dari
Allah s.w.t. Menjadi kufur juga orang yang menganggap sifat itu dipunyai juga
oleh yang lain daripada Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Firaun :
فقال انا ربكم الاعلى
Maksudnya: ”Akulah
tuhan yang Maha Tinggi”
(An-Naziat 79:24)
Atau mengaku dirinya berkuasa
memiliki, memberi rezeki dan mentadbir selain daripada Allah s.w.t atau
bersekutu dengan Allah s.w.t. Dan menjadi kafir juga orang yang ikut atau
mempercayai sesiapa yang membuat pengakuan tersebut.
Mengingkari Atau Mencela Asma’ Allah Dan Sifat-Sifatnya
Allah s.w.t dan Rasulnya telah mensabitkan bagiNya beberapa nama (Asma’)
dan sifat, disamping menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan atau
mengurangkan apa yang disabitkan oleh Allah s.w.t atau yang dinyatakan oleh
Rasulullah s.a.w maka dia menjadi kafir. Begitu juga orang yang mensabitkan
bagi Allah apa yang dinafikan oleh Rasulullah s.a.w.
Adapun mengkafiri sifat-sifat Allah
dan Asma’Nya itu dengan dua cara, iaitu kafir nafi dan kafir ithbat. Kafir nafi
itu ialah menidakkan atau menafikan mana-mana sifat Allah s.w.t seperti
menafikan ilmuNya, qudratNya dan lain-lain sifat yang dinyatakan dalam Al-Quran
dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w. Juga termasuk menafikan sifat dan mentakwilkan
dengan takwil yang mengurangkanNya atau menghadkan kesempurnaan Allah s.w.t
seperti orang yang mengaku Allah s.w.t itu bersifat ilmu tetapi ilmu secara
ijmal, dia tidak mengetahui secara tafsil atau detail atau menyamakan sifat
Allah s.w.t dengan sifat makhluk.
Kafir ithbat itu ialah menetapkan
mana-mana sifat kekurangan atau sifat mustahil bagi Allah s.w.t sedangkan Allah
s.w.t dan rasulNya menafikan sifat itu, seperti menyatakan Allah itu mempunyai
anak, isteri atau sekutu-sekutuNya, Allah s.w.t itu mengantuk, tidur, lalai,
mati dan sebagainya.
Begitu juga orang yang mengaku
bersifat seperti Allah s.w.t maka kafirlah orang yang berkata begitu dan kafir
juga orang yang mempercayainya.
Mengingkari Atau Mencela Sifat Uluhiyyah Allah
Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tiqod yang mengingkari bahawa Allah
s.w.t sahaja yang disembah dengan sebenarnya, yang lain daripada-Nya tidak
berhak disembah dan diabdikan diri kepadanya dengan pengertian ibadat. Maka
sesiapa yang berkata atau beramal atau beri’tiqod dengan cara yang bercanggah
dengan UluhiyyahNya maka kafir dan murtadlah ia. Dan kekafiran inilah yang
paling banyak berlaku di kalangan manusia. Sesungguhnya kebanyakan manusia
sejak dahulu hingga sekarang mengakui tauhid rububiyyah dengan mempercayai
qudrat Allah s.w.t, tadbirNya, rezekiNya dan Dialah yang menghidupkan dan
mematikan, itulah apa yang dimaksudkan oleh
Firman Allah s.w.t. :
ولئن سالتهم من خلقهم ليقولن
الله فانى يؤفكون
Maksudnya: "Dan jika engkau bertanya kepada mereka,siapakah yang
menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab, Allah; jadi bagaimana mereka dapat
dipalingkan (dari menyembah Allah) ".
(Az-Zukhruf 43:87)
Tetapi mereka mengingkari di dalam
i’tiqod, perkataan dan perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah seperti beribadat
kepada yang lain daripada Allah s.w.t mengaku hukum dan undang-undang yang lain
daripada syariat Allah s.w.t dengan hati dan lidah.
Mengingkari Atau Mencela Rasulullah s.a.w Atau Kerasulannya
Iaitu perkataan atau perbuatan i’tiqad yang menafikan atau mencela
kerasulan atau peribadi orang yang menjadi Rasul s.a.w dan mengingkari apa yang
dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w seperti tentang kebangkitan selepas mati, tentang mahsyar,
hisab, mizan, sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi dan pada perkara-perkara
ghaib. Begitu juga mengingkari al-Quran dengan apa cara sekalipun kerana
Al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah s.a.w dan daripada Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment