HADIS 40 TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN INI
DIPETIK DARI BUKU YANG TELAH DI SUSUN OLEH ABU ALI AL BANJARI AN NADWI (AHMAD
FAHMI ZAMZAM)
9. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum
Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu,
lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada
dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad
(semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon
Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Hadis ini memberikan harapan yang
sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam
memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan
berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun
akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam
akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini
dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan
batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka
PENGERTIAN IBADAH
Abu Al-A’la
Al-Maududi telah menta’rifkan ibadah daripada segi bahasa dan istilah di dalam
bukunya ”Asas-asas Islam” seperti berikut:
Bahasa : Merendah
diri, tunduk, patuh dan taat
Istilah : Taat,
tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya ibadah ialah pengabdian
sepenuhnya kepada Allah.
Al-Quran
menjelaskan bahawa ibadah sebagai ’ubudiyyah dan ketaatan.
Firman
Allah S.W.T:
Maksudnya: ”Hai orang-orang yang beriman, makanlah rezeki
yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika
kepadaNya kamu beribadah”
(Al-Baqarah
2: 172)
HUBUNGAN AQIDAH DAN AKHLAK
Apabila seseorang itu ada
aqidah yang kukuh, maka;
Hidupnya
hanyalah untuk beribadah kepada Allah.
Firman
Allah S.W.T:
Maksudnya: ”Dan tidak Aku ciptakan jin
dan manusia kecuali untuk beribadah (kepada Allah)”.
(Az-Zariyat
51: 56)
Perintah dalam ayat ini adalah perintah untuk beribadah
kepada Allah semata-mata menghambakan diri dengan sepenuhnya kepada Allah dan
hikmah diciptakan jin dan manusia.
Menolak segala kepatuhan dan ketaatan kepada selain
daripada Allah.
Firman
Allah S.W.T:
Maksudnya: ”Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul
pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut”
(An-Nahl: 36)
Membina
kehidupan di dunia menurut peraturan Allah.
RUANG LINGKUP DALAM IBADAH ISLAM
Islam amat istimewa sehingga menjadikan seluruh kegiatan
manusia sebagai ibadah apabila diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi
mencapai keredhaaNya serta dikerjakan mengikut cara-cara yang disyariatkan
olehNya melalui apa yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
Islam tidak membataskan ruang lingkup ibadah kepada
sudut-sudut tertentu sahaja. Seluruh kehidupan manusia adalah medan amal dan persediaan bekalan bagi para
Mukmin sebelum mereka kembali berhadapan dengan Allah pada hari pembalasan
nanti. Hakikat ini ditegaskan oleh Allah di dalam Al-Quran:
Maksudnya: ”Allah yang menjadikan mati dan hidup supaya
Dia menguji kamu, siapakah yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi
Maha Pengampun”
(Al-Mulk 67: 2)
Oleh itu ruang lingkup ibadah dalam
Islam sangatlah luas. Ia adalah seluas tempoh hayat seorang Muslim dan
kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa sahaja amalan yang diredhai
oleh Allah dalam tempoh tersebut.
PEMBAHAGIAN IBADAH UMUM DAN KHUSUS
Ibadah Khusus
Merupakan perintah-perintah yang
wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukun Islam seperti solat,
puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah al-Quran, zikir
dan seumpamanya.
Ianya bersifat taufiqiyyah iaitu
dilaksanakan mengikut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan
berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan syara’ dan sebagaimana yang
telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w tanpa boleh ditambah atau
dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah s.a.w ;
Maksudnya : ”Sembahyanglah
sebagaimana kamu melihat aku sembahyang”
(Riwayat Bukhari)
Ibadah Umum
Segala perkara
dan amal selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan
semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan
manusia dalam kehidupan sehariannya.
SYARAT AMAL MENDAPAT STATUS IBADAH
Prof. Dr. Yusof Qaradhawi di dalam
bukunya ”Ibadah dalam Islam” telah
memberi syarat-syarat supaya sesuatu amalan itu mendapat status ibadah:
- Amalan-amalan
yang dikerjakan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam dan tidak
bercanggah dengan hukum tersebut.
- Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik atau
kerana Allah
- Amalan tersebut mestilah dibuat dengan
seelok-eloknya bagi menepati apa yang telah ditetapkan oleh Rasulullah :
Maksudnya: ”Sesungguhnya
Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu daripada kamu
membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya.”
(Muslim)
- Ketika membuat amalan tersebut hendaklah mengikut
hukum syara’ dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain,tidak
khianat, tidak menipu, tidak menindas dan merampas hak-hak orang lain.
- Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat,
zakat dan sebagainya dengan melaksanakan ibadah umum.
SALAH FAHAM TERHADAP PENGERTIAN IBADAH
Ibadah dalam Islam adalah berlainan
sama sekali dengan konsep dan amalan agama-agama lain atau
kepercayaan-kepercayaan lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri dan tidak
terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau dilakukan melalui
perantaraan orang-orang tertentu.
Konsep-konsep ini tidak wujud dalam
syariat Islam. Namun demikian pengaruh konsep-konsep asing ini telah dapat juga
menyerap ke dalam kehidupan sebahgian besar umat Islam. Oleh itu timbullah
berbagai tanggapan terhadap ibadah. Ada
yang menganggap ibadah itu tertumpu kepada solat, zakat, puasa dan haji sahaja.
Terdapat juga umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah tetapi
tindak-tanduknya menunjukkan bahawa dia melaksanakan Ubudiyyah kepada sesuatu
selain daripada Allah. Malah ada juga golongan yang berpendapat bahawa ruang
lingkup ibadah itu tiada langsung dengan urusan masyarakat terutamanya dalam
bidang politik dan pemerintahan. Semua ini adalah tanggapan-tanggapan yang
silap dan batil.
HIKMAH DAN FALSAFAH IBADAH SOLAT, PUASA, ZAKAT DAN HAJI
Solat
Dalam solat
jelas tergambar ibadah lisan dengan membaca ayat-ayat al-Quran, bertakbir,
bertasbih dan berdoa. Begitu juga dengan ibadah badan dengan berdiri, ruku’ dan
sujud. Terdapat di dalam solat ibadah ’aqal dengan merenung makna Quran,
bertakbir, bertasbih dan berdoa. Di dalam solat juga terdapat ibadah hati
dengan ikhlas, khusyu’ mencintai Allah dan merasakan Allah sentiasa
memerhatikan dan mengamati hambaNya. Solat juga benar-benar menyedarkan
seseorang sebagai hamba Allah. Setiap kali ia bertakbir mengingatkan dirinya
akan kebesaran Allah. Rasa takut dan berharap kepada Allah yang ditanamkan
melalui ibadah solat ini akan memimpin dirinya dalam seluruh kehidupannya
hinggakan seluruh tindak-tanduknya dipengaruhi oleh sifat-sifat yang terkandung
dalam solat tersebut.
Zakat
Zakat bererti
kesucian dan kebersihan. Ini beerti kesucian dan kebersihan hati seseorang
mukmin tidak dapat dicapai tanpa ia memberikan hak-hak saudaranya yang miskin
terhadap harta bendanya melalui zakat. Oleh itu zakat dalam Islam adalah satu
dasar kepada persaudaraan Islam. Ia melenyapkan sifat mementingkan diri sendiri
yang selalu menjadi punca kelemahan sesebuah masyarakat. Zakat adalah antara
asas penting bagi penubuhan masyarakat Islam yang bertakwa.
Puasa
Matlamat utama puasa ialah supaya kita menjadi seorang hamba yang bertaqwa
kepada Allah. Sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t :
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertaqwa.”
(Al-
Baqarah 2:183)
Dalam ibadah
puasa orang beriman dilatih supaya bersedia dan berkorban demi kepentingan
Islam dengan cara menangung kesusahan, kelaparan, dahaga dan keletihan. Puasa
yang disyariatkan selama sebulan bertujuan untuk meningkatkan dalam diri mukmin
daya juang, keikhlasan dan sifat konsisten yang mana kesemuanya akan
menambahkan ketaqwaan kepada Allah.
Haji
Haji pada syarak ialah menuju ke Makkah kerana menunaikan beberapa ibadah
tertentu. Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran;
Maksudnya: “Dan berserulah kepada manusia untuk
mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan
mengedarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh”
(Al-Hajj 22: 27)
Seseorang mukmin yang telah melalui proses haji ini akan kekal bersamanya
pengalaman ibadah tersebut hinggakan kesannya tidak akan hilang selam
bertahun-tahun, malah hatinya sentiasa rindu untuk terus berkunjung ke Tanah
Suci semula demi untuk mencurahkan rasa cintanya kepada Allah di rumahNya.
KEPENTINGAN IBADAH DALAM MEMBINA UMMAH
Tiang-tiang ibadah mengembangkan
kebaikan kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia sehingga manusia
dibanjiri dengan kebaikan dan manfaat melaluinya. Solat yang khusyu’ dan benar
akan mempengaruhi kehidupan pelakunya hinggakan ia akan merasa jijik dan benci
untuk melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran. Sebagaimana firman Allah s.w.t :
Maksudnya: “...sesungguhnya solat itu mencegah daripada
perbuatan keji dan mungkar...”.
(Al-Ankabut 29:45)
Roh yang dibawa oleh sistem zakat
pula mengembangkan daya kerja yang tinggi di kalangan orang-orang beriman.
Orang yang benar-benar beriman menganggap bekerja dan menambahkan rezeki dan
pendapatan adalah dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk mendapat keredhaan
Allah dengan mengeluarkannya sebagai sedekah dan zakat serta jihad fi
sabilillah.
Tujuan utama puasa pula ialah untuk
mewujudkan taqwa kepada para mukmin. Dimana puasa dapat mengukuhkan sifat taqwa
dalam jiwa para mukmin akan menjadikannya seorang yang ikhlas sepenuh hatinya
dalam melaksanakan perintah-perintah Allah, sanggup melakukan tugas-tugas yang
berat dalam mentaati Allah dan lebih mengutamakan kepentingan umat Islam
daripada kepentingan peribadinya.
Manfaat haji yang
besar ialah dorongan bagi seluruh umat Islam bagi mengukuhkan kesatuan mereka
kerana inilah tunjang kekuatan mereka yang utama sebagai manusia pemimpin sejagat.
Kesimpulannya,
setiap ibadah itu jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan dapat
melahirkan ummah yang kuat, bersatu dan di redhai Allah.
No comments:
Post a Comment