ISLAM
MUQADIMAH: AL-QURAN / HADIS
40 HADITH TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN INI DIPETIK DARI BUKU YANG TELAH DI SUSUN OLEH ABU ALI AL BANJARI AN NADWI (AHMAD FAHMI ZAMZAM.
HADIS 7: ISLAM KEMBALI DAGANG
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah R.A. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim
Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.
PENGISIAN SILIBUS
OBJEKTIF
i. Mengetahui pengertian islam dan syariat Islamiah .
ii. Menjelaskan cirri-ciri Islam dan keistimewaannya.
iii. Memberi gambaran Islam sebagai sistem cara hidup yang lengkap.
Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w tentunya tidak boleh disamakan dengan pengertian perkataan agama menurut fahaman manusia pada umumnya iaitu berupa ajaran yang menyatakan tentang hubungan antara manusia dengan kuasa ghaib. Ketidaksamaan pengertiaan ini kerana Islam sebagai Ad-deen yang merangkumi keseluruhan lapangan kehidupan manusia dan terkandung di dalamnya aqidah, amalan, ibadah, dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyyah, dan jam’iyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat adalah lebih luas dari pengertian agama sahaja.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “…Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran untuk menerangkan segala-galanya dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang muslimin.”
(An-Nahl 16: 89)
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi untuk kamu nikmatKu dan telah Aku redha bagi kamu islam sebagai deen (cara hidup) kamu…”
(Al-Maidah 5: 3)
Rasulullah s.a.w memberi berbagai-bagai taknif tentang Islam menurut keadaan orang yang bertanya, iaitu dengan hanya menyebut beberapa juzuk yang menjadi rukun tanpa menyebut secara keseluruhannya. Di dalam satu hadis, ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a.s tentang apakah Islam,
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Maksudnya: “Islam itu bahawa kamu menyaksikan tidak ada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkuasa”
(Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: “Dibinakan Islam itu di atas lima perkara. Bersyahadat bahawa tidak ada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat menunaikan zakat, haji ke Baitullahil Haram dan puasa bulan Ramadhan”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketika menjawab pertanyaaan seseorang yang bertanya, apa dia Islam, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Maksudnya: Rasulullah bersabda: “Lima solat dalam sehari semalam”. Lalu dia bertanya “Adakah wajib pada saya selain daripadanya?” Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak, melainkan yang sunat”. Lalu Rasulullah s.a.w menyebut “zakat”. Dia bertanya lagi ”Adakah wajib kepada saya lain daripadanya?” Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak, melainkan jika melakukan yang sunat” lalu dia berpaling dan berkata: ”Aku tidak menambah dan mengurangkan daripadanya”. Rasulullah s.a.w bersabda: ”Dia mencapai kemenangan kalau dia benar, atau dia masuk syurga jika dia benar-benar begitu”.
Hadis tersebut hanyalah menyatakan tentang rukun-rukun Islam dan bukan menyatakan keseluruhan ajaran Islam kerana Islam yang terkandung di dalam Al-Quran serta dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w itu adalah lebih luas daripada apa yang di sebut di dalam rukun-rukun Islam. Sesungguhnya di sana masih ada lagi disebut tentang akhlak, ekonomi, kemasyarakatan, rumah tangga, negara, perdamaian, peperangan, balasan baik dan jahat. Kalau sekiranya kita buka kitab-kitab feqah pula, maka kita dapat melihat di dalamnya tentang hukum-hukum ibadat, muamalat, kehakiman, perundangan, jihad dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan kitab-kitab hadis sahih Bukhari, sahih Muslim yang bukan sahaja sekadar menyebut rukun-rukun Islam tetapi adalah menyebut lebih daripada itu.
Di sini dikemukakan beberapa takrif Islam sebagaimana yang pernah dikemukakan oleh ulama’ bedasarkan Al-Quran dan as-sunnah. Di antaranya ialah:
Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah serta mentaatiNya, lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksakerana ketundukan yang seperti itu (paksaaan) tanpa perhitungan pahala dan dosa.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan di bum, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”
(Ali Imran 3: 83)
IMAN, ISLAM DAN DUA KALIMAH SYAHADAH
Iman dan Islam itu adalah tersimpul juga di dalam Dua Kalimah Syahadah dan sesungguhnya semua amalan iman dan Islam itu adalah untuk mentahqiqkan (merealisasikan) Dua Kalimah Syahadah di dalam hati seseorang Muslim dan menjadi permulaan dan penyudahnya juga sebagai penyataan Islam dan iman seseorang itu, iaitu dengan dia mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.
ISLAM AGAMA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL
Islam ialah agama kepada rasul-rasul dan nabi-nabi ‘alaihimussalatuwassalam sejak nabi Adam a.s sehingga Nabi akhir zaman, Muhammad s.a.w.
Firman Alllah s.w.t:
Maksudnya: “Sesungguhnya Agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam…”
(Ali Imran: 19)
Firman Alllah s.w.t:
Maksudnya: “Nabi Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dai adalah pengikut jalan lurus dan menyerah diri kepada Allah (Islam) dan dia tidak sekali-kali termasuk di kalangan orang-orang musyrikin”.
(Ali Imran: 67)
PENGERTIAN ISLAM
Dari segi bahasa, Islam bermakna taat, menyerah, damai, aman, selamat, sejahtera dan tidak ada kecacatan dari segi zahir dan batin. Dengan sebab ini dipanggil Islam.
Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya:
Maksudnya: “Dan siapakah yang lebih baik Deennya dan orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsan dan mengikut Deen Ibrahim dengan hanya cenderung kepada Allah…”
(An-nisa’ 4:125)
Berpandukan kepada ayat ini, Islam diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan keikhlasan hati. Bahkan inilah intipati seluruh makna Islam. Islam dengan makna induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia tetapi merangkumi segala kejadian di alam semesta seperti firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Mengapa mereka mencari (agama) selain dari agama Allah? Padahal telah tunduk kepadaNya siapa yang di langit dan di bumi, dengan sukarela atau dengan terpaksa dan kepadaNya mereka dikembalikan.”
(Ali Imran 3: 83)
Firman Allah:
Maksudnya: “Dan kepada Allah sujud segala apa yang ada di langit dan di bumi dengan rela hati dan terpaksa begitu juga bayang-bayang mereka pada tiap pagi dan petang.”
(Ar-Ra’ad 13: 15)
Dari kedua-dua ayat di atas maka dapat disimpulkan bahawa Islam merupakan penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan yang abadi dan ikhlas yang hanya disandarkan kepada penciptaNya iaitu sujud kepada Allah dengan sepenuh rasa kehambaan.
SYIRIK
Perkataan syirik bermakna mempersekutukan Allah swt dengan sesuatu yang lain pada sifat UluhiyyahNya (berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya dan berdoa kepadaNya) ataupun sifat Rububiyyah (menjadikan, mentadbir, menguruskan alam). Maka sesiapa yang menganggap mana-mana satu dari sifat-sifat yang tersebut itu pada sesuatu yang lain daripada Allah swt nescaya dia telah melakukan syirik dengan Allah swt walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah swt.
Firman Allah swt:
Maksudnya: “Meskipun kebanyakan mereka telah beriman kepada Allah swt dalam pada itu mereka tidak sunyi dari berbuat syirik.”
(Yusuf 12: 106)
Perkataan syirik juga mempunyai makna yang sama dengan kufur walaupun terdapat di kalangan ulama’ yang membezakan antara kufur dan syirik tetapi apabila dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah mempunyai perbezaan yang boleh dianggap bahawa dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu berlainan.
Syirik dengan makna menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam semua perkara. Begitu juga orang yang kafir juga dianggap syirik kerana mencabar wujudnya Allah swt, keesaanNya dan kesempurnaanNya apabila ia menerima sesuatu yang lain. Boleh juga dianggap syirik apabila mendustakan Risalah Nabi Muhammad saw atau mendustakan sebahagian daripadanya kerana telah mendustakan sesuatu yang diwajibkan oleh Allah swt supaya beriman kepadaNya.
Adalah dianggap syirik kepada orang yang tidak redha dengan hukum Allah swt atau sebahagian daripada hukumNya dan mengaggap hukum yang lain lebih baik atau lebih adil daripadanya seperti yang berlaku di dalam hadith Rasulullah saw kepada Adi bin Hathim at-Thaie dalam menjelaskan firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Mereka jadikan paderi-paderi dan pendita-pendita mereka sebagai Tuhan yang lain daripada Allah...”
(At-Taubah 9: 31)
RIDDAH (MURTAD)
Murtad bermakna kembali kepada kufur setelah Islam. Ijma’ulama’ menyatakan bahawa seseorang muslim yang ingkar kepada apa yang ditetapkan oleh Allah swt adalah menjadi murtad; yakni kufur setelah Islam kecuali dia benar-benar jahil. Tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan hujah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka adalah dihukumkan kufur dan murtad.
Sesungguhnya ingkar itu berlaku dengan perkataan dan perbuatan yang tidak mungkin ditakwil melainkan kufur menurut nas yang jelas. Adalah dianggap perkataan sebarang perkara menepati maksudnya seperti tulisan samada yang berbentuk buku atau makalah di dalam akhbar, majalah juga resolusi-resolusi yang diambil oleh satu-satu persidangan atau seumpanya. Sesungguhnya hukum murtad itu tidak diambil terhadap perkara-perkara yang kurang jelas ataupun sangkaan semata-mata kerana ianya mestilah berlaku secara putus dan tidak mungkin ditakwilkan di antaranya dalam perkara-perkara yang dipanggil dalam hukum yang diketahui oleh walaupun seorang awam, juga di dalam perkara yang ada nas yang terang daripada Al-Quran atau hadis atau ijma’ dan Qias yang nyata.
NIFAQ (MUNAFIQ)
Munafiq ialah sifat dan amalan yang dilahirkan oleh seseorang berupa sifat dan amalan seorang muslim pada zahirnya sahaja sedangkan pada hakikat dan hatinya tidak sedemikian dan jika sekiranya apa yang tersembunyi dihatinya itu berupa perasaan yang tidak menafikan iman maka tidaklah menjadi kufur.Apa yang menjadi perbincangan kita ialah jika sekiranya terdapat perasaan yang menafikan iman walaupun lidahnya berikrar maka dia tidak beriman disisi Allah swt tetapi dikalangan kita dia adalah orang islam, bermuamalah dengannya sebagai seorang islam selagi tidak lahir(zahir) kekufurannya. Sesungguhnya Allah s.w.t hanya memberitahu kepada kita tanda-tandanya sahaja dan terserahlah kepada si munafiq itu untuk menyedari yang tersembunyi di hatinya. Diantara ayat yang mendedahkan sifat-sifat orang munafiq ialah firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Diantara manusia ada yang mengatakan, “Kami beriman kepada Allah s.w.t dan Hari Akhirat”, padahal mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka menipu diri sendiri sedangkan mereka tidak sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah menambah penyakit kepada mereka dan bagi mereka azab yang pedih dengan sebab apa yang mereka dustakan. Dan apabila dikatakan kepada mereka; ”Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi. Mereka menjawab, ”Sesungguhnya kami orang yang melakukan kebaikan”. Ingatlah sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka: ”Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman“, mereka menjawab, ”Adakah kami beriman sebagaimana berimannya orang yang bodoh itu?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu.Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan,”Kami telah beriman .”Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan, ”Sesungguhnkya kami sependirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok sahaja”. Allah akan membalas olok-olok mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk maka tidaklah beruntung perniagaannya dan tidaklah mereka mendapat petunjuk”.
(Al-Baqarah 2: 8-16)
KUFUR DAN CIRI-CIRINYA
Kufur ialah sifat mengingkari apa yang diperintahkan Allah swt supaya beriman kepadaNya setelah ditegakkan hujah-hujah, disampaikan kebenaran itu dan dinyatakan kepada mereka yang melakukan amalan-amalan yang dianggap ingkar menurut nas-nasNya. Keingkaran itu berlaku dengan hati mereka sendiri.
Allah s.w.t memberi hukum putus kepada mereka yang mengaku beriman dengan lidahnya sedangkan hatinya tidak beri’tiqad begitu adalah kafir, mereka adalah golongan yang dianggap pendusta di atas ikrarnya bahawa dia beriman dan Allah s.w.t memberi amaran dengan azab pedih dan menafikan imannya. Adapun mereka yang ingkar dengan hatinya maka hukumnya adalah terserah kepada Allah s.w.t kerana kita tidak mengetahui apa yang tersirat di hatinya di mana kita hanyalah mengetahui apa yang lahir sahaja.
Mereka yang ingkar dengan lidahnya adalah dianggap terkeluar dari iman dan menjadi kafir kerana firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Barangsiapa yang kafir kepada Allah selepas daripada beiman kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dengan iman….”
(An-Nahl 16: 106)
Ayat ini menerangkan tentang sesiapa yang mengucapkan kata-kata yang menunjukkan kafir yang berlaku tidak dengan paksaan iaitu tiap-tiap perkataan yang menghina atau menolak dan mengingkari perkara yang diwajibkan beriman kepadanya. Adapun orang yang dipaksa adalah dikecualikan selagi hatinya masih tetap beriman walaupun tidak dinafikan bahawa menghadapi paksaan sehingga mati syahid adalah lebih baik.
Tiap-tiap perbuatan yang di tafsirkan kepada kafir menurut nas adalah juga dihukum kafir terhadap sesiapa yang melakukannya seperti melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
PEMBAHAGIAN KUFUR
Kufur menurut bahasa Al-Quran dan as-Sunnah kadang-kadang dimaksudkan dengan kufu Akbar, iaitu kufur yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Islam menurut hukum dunia dan kekal di dalam neraka menurut hukum akhirat. Ada kalanya juga dipanggil Kufur Asghar iaitu yang dimaksudkan dengan maksiat dan kejahatan yang tidak mengeluarkan orang-orang yang melakukannya daripada agama Islam dan tidak kekal di dalam neraka di negeri Akhirat.
Berhubung dengan pertama, yakni kufur Akbar di mana ianya berlaku dengan keingkaran secara bersengaja terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw melalui hati, perkataan atau perbuatan atau ingkar sebahagian daripadanya dalam perkara yang diketahui umum bahawa ianya adalah dari Agama Islam; itulah Kufur yang dimaksudkan didalam fiman Allah s.w.t:
Maksudnya:”…Maka ada diantara mereka yang beriman dan ada pula yang diantara mereka yang kafir…”
(Al-Baqarah 2: 253)
Firman Allah swt:
Maksudnya: ”Allah menjadi pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dia yang mengeluarkan mereka dan kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, pelindung-pelindung mereka ahli taghut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekufuran)…”
(Al-Baqarah 2: 257)
Berhubung dengan yang kedua, yakni Kufur Ashgar, dimana termasuk didalamnya maksiat yang dilakukan seperti oleh Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: “Sesiapa yang bersumpah dengan debutan yang lain daripada Allah maka dia kufur”
Adakalanya juga ia disebut dengan makna kufur nikmat dan bukannya kufur I’tiqad sebagaimana firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “….dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya dan barangsiapa yang kufur maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”.
(An-Naml 27: 40)
Sesungguhnya pembahagian kufur Akbar dan Ashgar ini berlaku juga kepada syirik, nifaq, fasiq dan zalim.
CIRI-CIRI KUFUR ZAMAN KINI
Semua kekufuran menurut sejarahnya mempunyai kaitan faktor-faktornya mengikut zaman, keadaan dan tempat masing-masing berdasarkan perkembangan aqidah, politik, ekonomi masyarakat dan yang paling utama menjadi dasarnya ahila tidak beriman kepada Allah s.w.t yang merupakan satu-satunya Tuhan yang serenar mengikut aqidah yang serenar.Jadi daripada situlah lahirnya penyelewengan dalam pelbagai aspek.
Sesungguhnya, apa yang dikatakan kufur atau jahiliyyah itu ahila menginkari pengabdian diri kepada Allah s.w.t yang meliputi tuvgas-tugas Ibadan dan perlaksanaan hukum dimuka bumi ini. Keingkaran itu tidak hanya merosakkan hubungan antara manusia dengan Allah tetapi juga hubungannya dengan manusia dengan sesama manusia dan hubungannya dengan bahan-bahan yang ada di muka bumi ini.
Mungkin aqidah itu ada tetapi semata-mata adalah tidak mencukupi tanpa menggerakkan manusia ke arah benar-benar melaksanakan hukum Allah s.w.t. Sesungguhnya mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya kerana disamping itu mereka mengada-adakan tuhan-tuhan yang lain daripada Allah s.w.t walaupun secara wasilah (perantaraan) semata-mata. Dalam perkara muamalat pula mereka tidak mengendahkan syariat Allah s.w.t di mana dalam politik dan perundangan, mereka menerima dasar yang lain daripada ajaran Allah s.w.t. Beriman dengan Alah s.w.t dari segi Rububiyyah dan Uluhiyyah hendaklah dibuktikan juga dengan mentauhidkan Allah s.w.t dan segi Hukmiyah (hukum-hukum).
Ciri-ciri kufur yang utama ialah tidak beriman kepada Allah s.w.t dan tidak islam (menyerah diri) kerana aqidah dan syariat atau iman dan Islam itu tidak dapat dipisahkan. Apabila tidak melaksanakan hukum-hukum Allah s.w.t dalam segala sistem hidup maka ini berertà menurut hukum nafsu yang sememangnya menjadi ciri-ciri jahiliyyah.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu berhukum dikalangan mereka dengan apa yang yang telah diturutkan oleh Allah dan janganlah mengikut hawa nafsu mereka….”
(Al-Maidah 5: 49)
Kekufuran juga lahir dengan wujudnya taghut yang berkuasa menurut zaman masing-masing yang membawa wadah mengingkari ajaran Allah s.w.t dan meninggalkan syariatNya dengan memaksa orang lain sesat bersamanya. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Allah menjadi pelindung bagi orang yang beriman.Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang kafir itu yang menjadi pelindung mereka ialah toghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kekafiran)”.
(Al-Baqarah 2: 257)
Contoh toghut yang dihuraikan secara panjang didalam Al-Quran ialah Fir’aun.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Pergilah kepada Fir’aun sesungguhnya dia melampuai batas (taghut)”:
(Taha 20:24)
Fir’aun dianggap taghut (melampaui batas) kerana mengaku menjadi tuhan. Fir’aun juga mengaku adanya Tuhan tetapi Fir’aun masih berlagak seperti Tuhan dengan memaksa rakyat supaya patuh kepada hukum dan sistem yang diciptanya. Allah s.w.t juga menafsirkan ucapan Fir’aun melalui firmanNya:
Maksudnya: “..Aku Tuhan kamu yang maha tinggi”
(An-Nazi’at 79: 24)
Fir’aun juga menganggap apa yang dibawa oleh nabi Musa a.s itu membawa kerosakan di muka bumi. Melakukan kerosakan menurut takrif mereka ialah menukarkan sistem yang ada itu kepada cara yang ditunjukkan oleh ALLAH S.W.T.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “….apakah kamu membiarkan musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di negeri ini dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu?...”
(Al-A’raf 7: 127)
Itulah ciri-ciri kekufuran samada di zaman jahiliah Namrud dan Firaun atau di zaman jahiliah Arab, Farsi dan Rome ataupun di zaman jahiliah moden. Di mana yang berbeza hanyalah watak-watak taghut yang membawa dan mempertahankan kekufuran itu. Mungkin tahghut zaman kini tidak lagi menekan golongan Islam dari segi lahiriah tetapi bertindak dari segi pekerti yang melumpuhkan iman dan seterusnya membunuh aqidah yang sebenar. Mereka menyembah kepada ideologi yang dicipta untuk menyelesaikan masalah dengan meninggalkan agama Allah s.w.t ataupun agam Allah s.w.t itu diperintah oleh manusia dan akalnya serta memuja kebendaan yang dijadikan matlamata hidup.
Al-Imam ibn Taimiah telah menyebut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: telah bersabda Rasulullah s.a.w;
Maksudnya: ”Akan lahir diantara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca. Dan sembahyangmu berlainan dengan sembahyang mereka. Membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran tu sebagai propaganda (dakyah) mereka. Padahal ia adalah hujjah ke atas mereka.Bacaan mereka tidak melebihi kerongkongnya. Mereka keluar dari Islam sebagai anak panah keluar dari busarnya”
(Riwayat Imam Muslim)
IMAN WAJIB DIPELIHARA DAN DIPERTAHANKAN
Oleh kerana iman sahajalah yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat, di mana segala kepentingan yang lain itu adalah tempelan semata-mata. Rasulullah dan sahabatnya r.a telah meletakkan iman dan Islam mengatasi kepentingan nyawa, keluarga, bangsa, tanah air, harta dan lain-lain kerana itulah kepentingan yang perlu dipentingkan. Walaupun tidak dinafikan kepentingan tersebut juga mesti dipertahankan tetapi iman dan Islamlah yang menyelamatkan itu semua. Sirah Rasulullah s.a.w membawa peristiwa pengajaran betapa mulianya iman itu kepada hidup dan matinya manusia.
Firman Allah s.w.t;
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan menjadi orang Islam.”
(Ali Imran 3: 102)
Sabda Rasulullah s.a.w;
Maksudnya: ”Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamah (menurut jalan yang betul).”
No comments:
Post a Comment