Wednesday 17 October 2012

dia Abdullah

10.36pm 16/10/2012 baru sahaja nampak bayangan rumah ...... terus rasa nak post something ....

dia yang bernama "Abdullah"

" _cerpen pendek mengilustrasikan realiti menolak fantasi_ "

" ..........  ketika bertafakur di satu sudut setelah penat melayan minda sepanjang di kantor badan terasa amat lemah .. beg yang digendong setiap hari dengan muatan melebihi dua kg memaksa diri untuk melawan kesakitan belakang . Tulang belulang seakan tercabut satu persatu.....Seperti ingin mendapatkan bantuan Ogawa bagi meringankan rasa kesengalan di tulang belakang ....

Saat dahi bertemu bumi rasa kesedihan mencakupi dada Abdullah .. Memikirkan adakah tertunainya hasrat yang ditanam di dalam jiwa sekian lamanya . Terasa berat sekali jika difikirkan ... Keluhan rasa tidak ada yang dapat rasai melainkan DIA .... pergantungan yang kuat hanyalah padaNya .... Kakinya terasa seperti sesuatu yang sedang menarik urat sarafnya .. Bila dikenang kejadian tersebut Allahurabbi jauh sekali kesusahan diri Abdullah yang ditimpakan berbanding dengan tokoh sahabat , wanita  di zaman para anbiya ... Itu hanyalah ujian yang sedikit dikira .. hampir dua tahun lebih dia terpaksa melalui kesakitan tersebut .. di sebabkan sifat kedegilannya (mungkin)dia tidak ingin melakukan pemeriksaan x-ray untuk melihat struktur kakinya ... Bila diimbas kembali ada patutnya dia merasai kesakitan itu dek kerana dia kelewatan selama dua minggu untuk merawat kakinya yang terpusing tergeliat setelah terkena .. " Nasi sudah menjadi bubur " itulah pepatah yang sesuai diberikan padanya .....

andai waktu boleh diputarkan kembali,  sudah pastinya dia inginkan kakinya sihat seperti dulu namun takdir Allah siapa yang dapat jangkakan bahkan untuk melawan ketentuannya ... namun dalam kesakitannya hanya doa yang menjadi perisainya untuk terus kuat melangkah walaupun dalam keadaan sakit.. Apa katanya ? "sakit sikit sahaja , bertahan kamu boleh" ... itulah kata kata yang berbisik di hatinya ... Hanya tangannya yang mampu 'memujuk' kakinya dengan rawatan yang lembut (gosok di bahagian tersebut) ...

Kedegilan melampaui kudrat ? adakah selayaknya dia dilabelkan sebegitu ? adakah dia layak dikatakan telah menzalimi dirinya sendiri ? Tiada apa yang dapat menahannya daripada mengurangkan pergerakan tatkala dia memikirkan kekuatan itu datangnya dari Allah , ketika dia tidak memikirkan risiko kerana meletakkan di hati "sakit sedikit sahaja, urut sikit sikit ok lah" lebih kurang begitulah daya pemikirannya . Tiada siapa yang tahu bila dia merasa kesakitan .. kerana kesakitan itu hanyalah "menyerangnya"  bila bila sahaja .. kesakitan itu tidak nampak secara zahirnya namun batinnya merasa .... mengahrungi ketidaksempurnaan diri tidak membuatkan dia jemu untuk lafazkan kata syukur 

lantas dia ketika sedang duduk menyendiri di penjuru rumah ibadat Abdullah bermonolog seorang diri

" Ya Allah jika dulu Engkau telah memberikan anggota yang sempurna kepadaku namun kini nikmat itu telah dikembalikan padaMu dan Engkau berhak mengambilnya akan tetapi aku tetap bersyukur kerana masih ada 'sisa baki' yang Engkau berikan padaku untuk bergerak, berjalan , berlari ... sedikitpun tidak pernah ku mengeluh dan tiada rasa penyesalan. Namun aku mengharapkan janganlah Engkau menarik nikmat ini sepenuhnya biarkanlah ia sakit seperti dini hari aku tetap mampu melawan rasa itu dengan bersandarkan pada doaku padaMu..Sungguh aku tahu bahawa kesakitan yang dialami itu akan terpulih dengan kekuatan dariMu .... Bukan ubat yang akan menyembuhkanku bahkan Engkau yang selayaknya memulihkannya ... Ya Allah aku bermohon janganlah disebabkan kesakitan ini yang hanya sebesar zarah  mampu mengalahkan semangat  juangku untuk menegakkan agamaMu ... Engkau tahu apa matlamatku dan Engkau mengerti apa perasaanku tatkala melihat ramainya kanak kanak yang sedang meningkat Baligh dan para remaja yang ketandusan agama .... Izinkanlah diriku ini meninggalkan sesuatu yang bermanfaat sebelum tiba masanya dunia ditinggalkan ....   Ya Allah .... 

sambungnya lagi 

"izinkanlah untuk diriku menjadi seorang yang kaya halal disisimu tanpa lupa untuk mendongak langitMu , menunduk memijak bumiMu agar , andai ditakdirkan diriku miskin , janganlah Engkau miskinkan diriku dengan keimanan padaMu .....  Namun andainya mati telah dicatatkan di luh mahfuzMu menyambut di waktu mudaku  izinkan diriku bertandang ke baitullahMu bersama yang tersayang agar kelibat KaabahMu yang sering muncul dalam tidur lenaku meraikan kedatanganku di alam realiti .... Soal jodohku biarlah Engkau tentukan sungguh diriku mempercayai akan kuasaMu , biarlah lintasan para malaikatMu menjadi tali penghubung untuk menguatkan hatiku hanya satu yang dipinta dikurniakan pasangan yang memahami dan turut serta dalam perjuangan menegakkan kalimahMu ..... Jika ditakdirkan diriku kaya menggunung izinkan diriku untuk memberi separuh hartaku di jalanMu agar Biah Islamiyah di satu destinasi yang diriku idamkan akan digapai membawa suasana yang baru di tapak yang semakin hari semakin kerapuhan ajaran agamaMu .... Ya Allah , Yang Maha mendengar , terimalah doa hambaMu .... "

keluhannya terhenti disitu , itulah yang dirasakan si Abdullah .... tiada yang tahu dan apatah lagi merasakan ..... pendam rasa adalah terapi yang paling mujarab baginya, persandaran pada Rabb nya sudah mampu untuk membuatnya tersenyum.....cukuplah Allah baginya ..... kehidupan perlu diteruskan kerana perjalanan masih panjang dan sudah pasti ujian akan ditimpakan ...hanya kata inilah yang mampu membangkitkan jiwanya kerana dia hak milik Allah  ....

" Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, dan aku redha Muhammad sebagai Nabi, dan aku redha dengan Islam sebagai Agama."




Thursday 11 October 2012

politik

assalamualaikum .... nervous pulak nak tulis tentang politik ... bukan nervous sebab yang tak munasabah bimbang andai penulisan ini tidak betul ...... kalau ada yang bercanggah boleh la bagitahu ..... sesungguhnya pemilik TS ini teramat jahil dengan ilmunya ....

{baca dengan cool ..... relax .... dont emotional .... }


kata seorang teman "saya tak suka politik, politik tu kotor..."
teman lain yang berbicara "entah la aku tak nak ambil tahu tentang politik......"
teman yang lain "aku tengok sama je baik PAS mahupun UMNO ..... baik tak payah mengundi.."
kata yang lain "aku dah tahu UMNO tu corrupted tapi aku tetap nak undi UMNO...."
yang lain "ada la (penggunaan sir barangkali.... ^^ )......aku..........paling benci kalau ada orang mengata kat Tok Guru, hina Tok Guru.... bukan diorang tahu pun apa yang Tok Guru buat tiap tiap hari ... aku yang lagi tahu sebab aku bekerja kat pejabat ngan dia dulu ...... "
ehh kau undi apa ? (soalan ditujukan untukku...) .... hemmm apa nak dijawab ??? 
saya sokong ISLAM ...... 
haaaaa mesti kau sokong PAS kan ???? 
hanya mampu memberi satu senyuman sahaja pada si penanya .... kemudian dia bertanya ehhh UMNO tak bawa ISLAM ke ? jadi bila kulihat suasana agak 'harmoni' untuk dibincangkan disitu ku mula menyusun ayat ayat untuk satu penerangan .........

PARA PEMBACA NAK UNDI APE YER NANTI ???? PILIHAN DI TANGAN ANDA ....... SAYA TETAP DENGAN PRINSIP ......

inilah kata kata yang terpancul di setiap bibir anak muda ..... saat diriku bergelar sebagai "staff" di satu pejabat , ada kalanya bila perlu ke bilik perbincangan akan diriku cuba untuk menimbulkan sedikit isu duniawi namun objektifnya menuju ukhrawi mungkin dengan sedikit perbincangan ada yang dapat dicapai di situ ..... perbincangan kami agak lama bilamana menyentuh isu yang dikatakan sensitif ini .... (sensitif ker ?? ) .... mungkin bagi mereka yang berpenyakit kulit akan terasa gatal apabila digigit nyamuk lalu digaru dan ditinggalkan parut di kulitnya namun bagi yang mengerti ini merupakan satu ilmu yang sememangnya tidak bercanggah dengan syariat Islam ianya perlu disuap ke dalam mulut sendiri ....... lalu ucapkanlah Alhamdulillah setelah kenyang ...... 

bermulalah sesi perbincangan kami ..... bukan perbincangan yang ingin diriku paparkan di wall ini namun mengharap supaya masih ada sirna yang mampu memecahkan pemikiran masyarakat kita hari ini ...... mungkin dengan sedikit ilmu yang diriku ada ini boleh mengubah budaya berfikir anak anak muda terhadap isu politik .....

Pujangga ada mengatakan "tak kenal maka tak cinta ..... " dimana ianya membawa maksud sekiranya kita tak kenal akan sesuatu sudah pasti tidak akan membuahkan rasa cinta padanya .... senang kata sama juga seperti mana dengan seorang Nabi yang Maksum .... memang benar kita tidak pernah melihatnya apatah lagi berjumpa dengannya namun sekiranya tidak dibelek lembaran sirahnya , sudah pasti tidak ada rasa cinta di hati kita pada kekasih Allah ..... begitu juga dalam bidang politik ...... kalau kita tidak mengenali badan politik itu teramat jauh sangatlah untuk kita say 'i love you' padanya ...... =) ....... 

politik.... oh politik .... dimanakah kebenarannya ? siapa yang berada di pihak benar dan siapa yang berada di pihak yang salah .... cer jawab ?

ayuh kawan kawan lets we start our discussion with definition first ...... 

apa itu politik ?

Dalam bahasa Arab ianya dikenali sebagai 'siyasi islami' yang membawa makna kepada politik islam ... perktaan Politik juga diistilahkan sebagai siyasah ...... dan para ulama'  telah menyatakan bahawa politik merupakan sisayah syar'iyyah .... dalam erti kata mudah politik membawa maksud MENGURUS , MELATIH , MENDIDIK , dan MEMIMPIN .... 

politik bukan sekadar berada di pentas "undian" sepertimana yang difikirkan oleh segolongan masyarakat kini namun perlu ingat bahawa politik berada di mana mana sahaja baik dari hal rumah tangga, ekonomi , pendidikan dan dari seluruh aspek kehidupan politik tidak dapat dipisahkan ... menjadi satu permaslaahan kini apabila hampir seluruh rakyat kini melihat dari sudut pandangan yang kecil iaitu "politik mesti pangkah umno, mesti pangkah pas, pangkah pkr , tak perlu pangkah apa apa " ..... walhal bila dikaji dari sudut ilmiah pasti memberi satu jawapan yang tepat bagi memberi makna kepada Politik itu sendiri ... 

Ada ker dalil politik Islam ? 

sudah tentu ada !!! Cuba baca dalil ini ....

Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :

"Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) .....


Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat


Rasulullah SAW. bersabda :



"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani)

apakah ada ajaran politik dalam al quran dan as-sunnah ?

sebelum menghuraikan lebih lanjut eloklah sekiranya kita melihat kepada ciri ciri islam itu sendiri .... seperti yang diketahui (bagi yang belum tahu sila ambil tahu ) ..... 

  1. Rabbaniyah
  2. Syumuliyah
  3. 'Alamiyah (universal)
  4. Thabat wa Murunnah (tetap dan anjal)
  5. Inqilabiyah
  6. Waqie'iyah (praktikal)
antara keenam ciri ini izinkan diriku untuk mengambil satu point sahaja yakni Syumuliyah .... Apa yang dimaksudkan dengan Islam itu bersifat syumuliyah ? 

para pembaca yang dikasihi kerana Allah swt 

Ajaran Islam ini sangat lengkap dan menyeluruh sehinggakan ruang lingkup ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia dimana dari sekecil kecil urusan sampailah ke sebesar besar perkara .... tak ke beruntungnyer diri kita dilahirkan dalam keluarga Islam ? (fikir dan renungkan) ... Cara hidup Islam juga pun dah memenuhi segala kepentingan manusia sama ada dalam bentuk daruriyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat ...

*daruriyat : tidak boleh hidup tanpanya.
*hajiyyat : hidup sukar tanpanya.
*tahsiniyyat : fungsinya mencantikkan.

Alhamdulillah kita panjatkan kerana hari ini kita masih menjadi seorang manusia yang beragama Islam ........ 

berbalik kepada persoalan memang ADA kerana kitab al-quran adalah kitab yang syumul ....

Firman Allah; ”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89)

Syumul itu menyeluruh ...... seandainya kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam Al-Quran , maka kita telah menafikan kesyumulan Kitabullah .... dan sudah pasti persepsi kalian terhadap politik bercanggah dengan maknanya yang sebenar ..... apabila al-quran telah dibuka kalian pasti akan berjumpa dengan ayat ayat Allah yang mewajibkan kepada hambanya untuk melaksanakan syariat Allah seperti Hudud, membanteras riba, zina dll... bukankah kita di utuskan di muka bumi ini sebagai khalifah di dunia ? jadi inilah masanya untuk kalian menonjolkan bakat kepimpinan yang tersemat di jiwa dengan berlandaskan hukum hakam Allah ....... Politik memang sunnah Nabi saw ... Cuba kita imbas kembali sirah para anbiya' , di mana Nabi Muhammad saw telah menjadi ketua negara selama belasan tahun di Madinah dan sepanjang Baginda memegang tampuk pemerintahan Baginda tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan Al-Quran dan As- Sunnah bahkan Baginda lebih mengutamakan rakyatnya dari jasadnya sendiri ... inilah pemimpin yang dicari ....... pemimpin negara kita sekarang ? (anda jawab sendiri)

lalu apa yang berlaku selepas kewafatan Baginda ??? tidak lain tidak bukan kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafa' ar-Rasyidin... merekalah yang menggantikan Baginda sebagai ketua negara , bukan sebagai ketua agama (perlu faham disini)..... Cuba bayangkan jika politik bukan dari agama, sudah pasti Nabi Muhammad saw dan khulafa' ar-Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik sebaliknya menumpukan hala hala agama kerohanian sahaja .... dan sekarang diri kitalah yang akan mengubah perubahan negara .... bukankah kita semua PEMIMPIN ?? jangan dilihat penggunaan pemimpin itu hanya layak ke atas pemerintahan negara bahkan menjadi ketua keluarga juga dikira sebagai pemimpin ...... 

pembaca yang disayangi kerana Allah swt ...

selalunya tiap perkara yang ingin kita lakukan sudah pasti ada objektif yang ingin dicapai ... begitu juga dengan politik ... objektif asasi politik Islam adalah menegakkan pemerintahan Islam .... seperti yang diperjelaskan Islam bersifat syumul ...... Amat mustahil syariat seperti ini akan mengabaikan politik  , sedangkan syariat ini menyeru kepada sistem yang tersusun, penentuan tanggungjawab2x tertentu, tidak suka kecelaruan dan kecacatan dalam semua perkara .... 

Dalam surah Yusuf ayat 40 telah menyatakan bahawa menegakkan hukum Allah adalah rukun penting kepada dasar dan objektif politik Islam .... dan semestinya syariah Islam itu sepatutnya menjadi perlembagaan dan sumber perundangan yang berkuasa kepada pemerintah .... dan perlu diingat bahawa syariah dan hukum Allah tidak boleh DIHANYUTKAN oleh kerajaan yang zalim @ pemimpin yang jahil ...

"ehhh UMNO tak bawa Islam ker ?? " tanya seorang teman padaku ......

Islam tu kan syumul ...... jadi sistem pemerintahan Islam ini wajibdiserap dalam pelbagai lapangan, sama ada kemasyarakatan, kehakiman, pentadbiran dan pengurusan, politik serta hubungan antarabangsa ..... ini termasuk perlindungan hak hak memelihara kebebasan dan persamaan ... Bukan ker Allah dah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 58 dimana ayat tersebut memerintahkan supaya umat Islam menyerahkan amanha mereka kepada orang yang layak... dan antara amanah y paling besar adalah amanah bagi "iqomatuddini wasiyasatuddunnya ..." maksudnya menegakkan agama dan memerintah dunia dengan agama .... jadi wajib bagi kita untuk memilih pemimpin negara dan politik yang layak memikul amanah ini .....

UMNO memerintah macam mane yer ?? fikirkanlah .......

[panjang lagi nak hurai nie ... tapi demiMu Ya Allah kuteruskan .... ]

Sebelum saya explain ke 'slot' yang lain izinkan saya untuk berkongsi serba sedikit tentang pemerintahan Islam ... Bagaimana yer bentuk pemerintahan Islam ? look at this picture made by tinta sundus ... ^^

Pemerintahan Islam berbentuk khilafah, Imaratul Mukminin, atau al imamah al 'uzma dan pemerintahan ini adalah y berteraskan kepada syariat Islam , tidak kira dari sudut perlembagaannya, undang2x , ekonomi dll ...



Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam ?

saya bukanlah pakar hukum menghukum dan bukan seorang penghukum namun melalui bacaan sudah terbukti hukumnnya adalah wajib .... bila wajib suka atau tidak kita kena lakukan !! Al-quran dan as- sunnah juga telah membuktikan bahawa wajib menegakkan pemerintahan Islam begitu juga dengan para sahabat dan tabi'in yang sebulat suara mengatkan hukumnya adalah wajib ..... jadi di sini kita dapat lihat betapa pentingnya dalam memilih pemimpin serta menegakkan pemerintahan Islam ..... Masihkah kalian ingati bagaimana kisah perlantikan pemimpin setelah kewafatan baginda saw ? mereka mendahulukan perkara pemilihan pimpinan berbanding mengebumikan jenazah Nabi saw akhirnya mereka membai'ah Abu Bakar ........

[memang penulis dah keletihan mungkin balik di sepertiga malam semalam tanpa menjamah sesuap nasi before berpergian akhirnya ...... ] insyaAllah nanti di sambung entri ini dalam masa terdekat iaitu kenapa Pilihanraya .....

- sekadar ni dulu coretan dari hamba yang HINA ..... hopefully serba sedikit mencerahkan minda yang digelapkan oleh pemikiran yang tidak di undang ....










Friday 5 October 2012

BAWA HATIMU KEPADA TUHAN

BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
assalamualaikum dan jumaat kareem ...... sudah lama tidak "berhias" di wall tinta sundus ini .... maaf teman yang bertanyakan bila nak update .... saat diri kesibukan berkerjaya dari pagi hingga petang kala malam baru jumpa rumah .... =)  nak menulis tidak bertenanga.....moga kata kata ini mampu mengubat hati sesiapa sahaja yang jauh dari Tuhannya ... termasuk hambaMu ini Ya Allah ...








Suburkan iman carilah kemuliaan,
Lapangkan dada hentikan ratapan,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
mengharap hadir jiwa kehambaan

beratnya dosa menghimpit jiwa,
jiwa terseksa inginkan penawarnya,
hapuskan dosa sucikan amalan,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN

miliki hati orang beriman,
bersulam taqwa kekal berzaman,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN,
kembara cinta tanpa sempadan
Cinta Illahi itulah buruan ..

carilah kemanisan dalam perjuangan,
perjuangan mengejar cinta dari Tuhan,
Mehnah mendatang itlah ujian,
jangan tersungkur walau terbeban,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
Di sana menanti Syurga Idaman

Cinta itu bermula dari hati ... andai hati itu ikhlas , cinta yang terzahir akan terbina dengan penuh kasih sayang dan ketulusan ... untuk membina cinta itu, Hati perlulah disemai dan dibaja dengan benih mahmudah yang menjajikan kebahagaian dunia dan akhirat ......

Ya Allah andai kami hilang tujuan , tunjukkan arah jalan kebenaran sesungguhnya Engkau yang akan membolak balikkan hati kami izinkan kami menggapai jannah mu ........... amin ya rabb ....

~ tempuhi ranjau mencari syurga ~

insyaAllah next project " tak kenal maka tak cinta " ..... due date : bila bila masa sahaja

ampun dan maaf andai tersalah moga2x kita semua diampunkan olehNya dan seluruh makhlukNya .....