assalamualaikum .... nervous pulak nak tulis tentang politik ... bukan nervous sebab yang tak munasabah bimbang andai penulisan ini tidak betul ...... kalau ada yang bercanggah boleh la bagitahu ..... sesungguhnya pemilik TS ini teramat jahil dengan ilmunya ....
{baca dengan cool ..... relax .... dont emotional .... }
kata seorang teman "saya tak suka politik, politik tu kotor..."
{baca dengan cool ..... relax .... dont emotional .... }
kata seorang teman "saya tak suka politik, politik tu kotor..."
teman lain yang berbicara "entah la aku tak nak ambil tahu tentang politik......"
teman yang lain "aku tengok sama je baik PAS mahupun UMNO ..... baik tak payah mengundi.."
kata yang lain "aku dah tahu UMNO tu corrupted tapi aku tetap nak undi UMNO...."
yang lain "ada la (penggunaan sir barangkali.... ^^ )......aku..........paling benci kalau ada orang mengata kat Tok Guru, hina Tok Guru.... bukan diorang tahu pun apa yang Tok Guru buat tiap tiap hari ... aku yang lagi tahu sebab aku bekerja kat pejabat ngan dia dulu ...... "
ehh kau undi apa ? (soalan ditujukan untukku...) .... hemmm apa nak dijawab ???
saya sokong ISLAM ......
haaaaa mesti kau sokong PAS kan ????
hanya mampu memberi satu senyuman sahaja pada si penanya .... kemudian dia bertanya ehhh UMNO tak bawa ISLAM ke ? jadi bila kulihat suasana agak 'harmoni' untuk dibincangkan disitu ku mula menyusun ayat ayat untuk satu penerangan .........
PARA PEMBACA NAK UNDI APE YER NANTI ???? PILIHAN DI TANGAN ANDA ....... SAYA TETAP DENGAN PRINSIP ......
inilah kata kata yang terpancul di setiap bibir anak muda ..... saat diriku bergelar sebagai "staff" di satu pejabat , ada kalanya bila perlu ke bilik perbincangan akan diriku cuba untuk menimbulkan sedikit isu duniawi namun objektifnya menuju ukhrawi mungkin dengan sedikit perbincangan ada yang dapat dicapai di situ ..... perbincangan kami agak lama bilamana menyentuh isu yang dikatakan sensitif ini .... (sensitif ker ?? ) .... mungkin bagi mereka yang berpenyakit kulit akan terasa gatal apabila digigit nyamuk lalu digaru dan ditinggalkan parut di kulitnya namun bagi yang mengerti ini merupakan satu ilmu yang sememangnya tidak bercanggah dengan syariat Islam ianya perlu disuap ke dalam mulut sendiri ....... lalu ucapkanlah Alhamdulillah setelah kenyang ......
bermulalah sesi perbincangan kami ..... bukan perbincangan yang ingin diriku paparkan di wall ini namun mengharap supaya masih ada sirna yang mampu memecahkan pemikiran masyarakat kita hari ini ...... mungkin dengan sedikit ilmu yang diriku ada ini boleh mengubah budaya berfikir anak anak muda terhadap isu politik .....
Pujangga ada mengatakan "tak kenal maka tak cinta ..... " dimana ianya membawa maksud sekiranya kita tak kenal akan sesuatu sudah pasti tidak akan membuahkan rasa cinta padanya .... senang kata sama juga seperti mana dengan seorang Nabi yang Maksum .... memang benar kita tidak pernah melihatnya apatah lagi berjumpa dengannya namun sekiranya tidak dibelek lembaran sirahnya , sudah pasti tidak ada rasa cinta di hati kita pada kekasih Allah ..... begitu juga dalam bidang politik ...... kalau kita tidak mengenali badan politik itu teramat jauh sangatlah untuk kita say 'i love you' padanya ...... =) .......
politik.... oh politik .... dimanakah kebenarannya ? siapa yang berada di pihak benar dan siapa yang berada di pihak yang salah .... cer jawab ?
ayuh kawan kawan lets we start our discussion with definition first ......
apa itu politik ?
Dalam bahasa Arab ianya dikenali sebagai 'siyasi islami' yang membawa makna kepada politik islam ... perktaan Politik juga diistilahkan sebagai siyasah ...... dan para ulama' telah menyatakan bahawa politik merupakan sisayah syar'iyyah .... dalam erti kata mudah politik membawa maksud MENGURUS , MELATIH , MENDIDIK , dan MEMIMPIN ....
politik bukan sekadar berada di pentas "undian" sepertimana yang difikirkan oleh segolongan masyarakat kini namun perlu ingat bahawa politik berada di mana mana sahaja baik dari hal rumah tangga, ekonomi , pendidikan dan dari seluruh aspek kehidupan politik tidak dapat dipisahkan ... menjadi satu permaslaahan kini apabila hampir seluruh rakyat kini melihat dari sudut pandangan yang kecil iaitu "politik mesti pangkah umno, mesti pangkah pas, pangkah pkr , tak perlu pangkah apa apa " ..... walhal bila dikaji dari sudut ilmiah pasti memberi satu jawapan yang tepat bagi memberi makna kepada Politik itu sendiri ...
Ada ker dalil politik Islam ?
sudah tentu ada !!! Cuba baca dalil ini ....
Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :
"Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) .....
Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat.
Rasulullah SAW. bersabda :
|
apakah ada ajaran politik dalam al quran dan as-sunnah ?
sebelum menghuraikan lebih lanjut eloklah sekiranya kita melihat kepada ciri ciri islam itu sendiri .... seperti yang diketahui (bagi yang belum tahu sila ambil tahu ) .....
- Rabbaniyah
- Syumuliyah
- 'Alamiyah (universal)
- Thabat wa Murunnah (tetap dan anjal)
- Inqilabiyah
- Waqie'iyah (praktikal)
antara keenam ciri ini izinkan diriku untuk mengambil satu point sahaja yakni Syumuliyah .... Apa yang dimaksudkan dengan Islam itu bersifat syumuliyah ?
para pembaca yang dikasihi kerana Allah swt
Ajaran Islam ini sangat lengkap dan menyeluruh sehinggakan ruang lingkup ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia dimana dari sekecil kecil urusan sampailah ke sebesar besar perkara .... tak ke beruntungnyer diri kita dilahirkan dalam keluarga Islam ? (fikir dan renungkan) ... Cara hidup Islam juga pun dah memenuhi segala kepentingan manusia sama ada dalam bentuk daruriyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat ...
*daruriyat : tidak boleh hidup tanpanya.
*hajiyyat : hidup sukar tanpanya.
*tahsiniyyat : fungsinya mencantikkan.
Alhamdulillah kita panjatkan kerana hari ini kita masih menjadi seorang manusia yang beragama Islam ........
berbalik kepada persoalan memang ADA kerana kitab al-quran adalah kitab yang syumul ....
Firman Allah; ”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89)
Syumul itu menyeluruh ...... seandainya kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam Al-Quran , maka kita telah menafikan kesyumulan Kitabullah .... dan sudah pasti persepsi kalian terhadap politik bercanggah dengan maknanya yang sebenar ..... apabila al-quran telah dibuka kalian pasti akan berjumpa dengan ayat ayat Allah yang mewajibkan kepada hambanya untuk melaksanakan syariat Allah seperti Hudud, membanteras riba, zina dll... bukankah kita di utuskan di muka bumi ini sebagai khalifah di dunia ? jadi inilah masanya untuk kalian menonjolkan bakat kepimpinan yang tersemat di jiwa dengan berlandaskan hukum hakam Allah ....... Politik memang sunnah Nabi saw ... Cuba kita imbas kembali sirah para anbiya' , di mana Nabi Muhammad saw telah menjadi ketua negara selama belasan tahun di Madinah dan sepanjang Baginda memegang tampuk pemerintahan Baginda tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan Al-Quran dan As- Sunnah bahkan Baginda lebih mengutamakan rakyatnya dari jasadnya sendiri ... inilah pemimpin yang dicari ....... pemimpin negara kita sekarang ? (anda jawab sendiri)
lalu apa yang berlaku selepas kewafatan Baginda ??? tidak lain tidak bukan kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafa' ar-Rasyidin... merekalah yang menggantikan Baginda sebagai ketua negara , bukan sebagai ketua agama (perlu faham disini)..... Cuba bayangkan jika politik bukan dari agama, sudah pasti Nabi Muhammad saw dan khulafa' ar-Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik sebaliknya menumpukan hala hala agama kerohanian sahaja .... dan sekarang diri kitalah yang akan mengubah perubahan negara .... bukankah kita semua PEMIMPIN ?? jangan dilihat penggunaan pemimpin itu hanya layak ke atas pemerintahan negara bahkan menjadi ketua keluarga juga dikira sebagai pemimpin ......
pembaca yang disayangi kerana Allah swt ...
pembaca yang disayangi kerana Allah swt ...
selalunya tiap perkara yang ingin kita lakukan sudah pasti ada objektif yang ingin dicapai ... begitu juga dengan politik ... objektif asasi politik Islam adalah menegakkan pemerintahan Islam .... seperti yang diperjelaskan Islam bersifat syumul ...... Amat mustahil syariat seperti ini akan mengabaikan politik , sedangkan syariat ini menyeru kepada sistem yang tersusun, penentuan tanggungjawab2x tertentu, tidak suka kecelaruan dan kecacatan dalam semua perkara ....
Dalam surah Yusuf ayat 40 telah menyatakan bahawa menegakkan hukum Allah adalah rukun penting kepada dasar dan objektif politik Islam .... dan semestinya syariah Islam itu sepatutnya menjadi perlembagaan dan sumber perundangan yang berkuasa kepada pemerintah .... dan perlu diingat bahawa syariah dan hukum Allah tidak boleh DIHANYUTKAN oleh kerajaan yang zalim @ pemimpin yang jahil ...

"ehhh UMNO tak bawa Islam ker ?? " tanya seorang teman padaku ......
Islam tu kan syumul ...... jadi sistem pemerintahan Islam ini wajibdiserap dalam pelbagai lapangan, sama ada kemasyarakatan, kehakiman, pentadbiran dan pengurusan, politik serta hubungan antarabangsa ..... ini termasuk perlindungan hak hak memelihara kebebasan dan persamaan ... Bukan ker Allah dah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 58 dimana ayat tersebut memerintahkan supaya umat Islam menyerahkan amanha mereka kepada orang yang layak... dan antara amanah y paling besar adalah amanah bagi "iqomatuddini wasiyasatuddunnya ..." maksudnya menegakkan agama dan memerintah dunia dengan agama .... jadi wajib bagi kita untuk memilih pemimpin negara dan politik yang layak memikul amanah ini .....
UMNO memerintah macam mane yer ?? fikirkanlah .......
[panjang lagi nak hurai nie ... tapi demiMu Ya Allah kuteruskan .... ]
Sebelum saya explain ke 'slot' yang lain izinkan saya untuk berkongsi serba sedikit tentang pemerintahan Islam ... Bagaimana yer bentuk pemerintahan Islam ? look at this picture made by tinta sundus ... ^^
Pemerintahan Islam berbentuk khilafah, Imaratul Mukminin, atau al imamah al 'uzma dan pemerintahan ini adalah y berteraskan kepada syariat Islam , tidak kira dari sudut perlembagaannya, undang2x , ekonomi dll ...
Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam ?
saya bukanlah pakar hukum menghukum dan bukan seorang penghukum namun melalui bacaan sudah terbukti hukumnnya adalah wajib .... bila wajib suka atau tidak kita kena lakukan !! Al-quran dan as- sunnah juga telah membuktikan bahawa wajib menegakkan pemerintahan Islam begitu juga dengan para sahabat dan tabi'in yang sebulat suara mengatkan hukumnya adalah wajib ..... jadi di sini kita dapat lihat betapa pentingnya dalam memilih pemimpin serta menegakkan pemerintahan Islam ..... Masihkah kalian ingati bagaimana kisah perlantikan pemimpin setelah kewafatan baginda saw ? mereka mendahulukan perkara pemilihan pimpinan berbanding mengebumikan jenazah Nabi saw akhirnya mereka membai'ah Abu Bakar ........
[memang penulis dah keletihan mungkin balik di sepertiga malam semalam tanpa menjamah sesuap nasi before berpergian akhirnya ...... ] insyaAllah nanti di sambung entri ini dalam masa terdekat iaitu kenapa Pilihanraya .....
- sekadar ni dulu coretan dari hamba yang HINA ..... hopefully serba sedikit mencerahkan minda yang digelapkan oleh pemikiran yang tidak di undang ....

No comments:
Post a Comment