BAWA HATIMU KEPADA TUHAN |
Suburkan iman carilah kemuliaan,
Lapangkan dada hentikan ratapan,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
mengharap hadir jiwa kehambaan
beratnya dosa menghimpit jiwa,
jiwa terseksa inginkan penawarnya,
hapuskan dosa sucikan amalan,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
miliki hati orang beriman,
bersulam taqwa kekal berzaman,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN,
kembara cinta tanpa sempadan
Cinta Illahi itulah buruan ..
carilah kemanisan dalam perjuangan,
perjuangan mengejar cinta dari Tuhan,
Mehnah mendatang itlah ujian,
jangan tersungkur walau terbeban,
BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
Di sana menanti Syurga Idaman
Cinta itu bermula dari hati ... andai hati itu ikhlas , cinta yang terzahir akan terbina dengan penuh kasih sayang dan ketulusan ... untuk membina cinta itu, Hati perlulah disemai dan dibaja dengan benih mahmudah yang menjajikan kebahagaian dunia dan akhirat ......
Ya Allah andai kami hilang tujuan , tunjukkan arah jalan kebenaran sesungguhnya Engkau yang akan membolak balikkan hati kami izinkan kami menggapai jannah mu ........... amin ya rabb ....
~ tempuhi ranjau mencari syurga ~
insyaAllah next project " tak kenal maka tak cinta " ..... due date : bila bila masa sahaja
ampun dan maaf andai tersalah moga2x kita semua diampunkan olehNya dan seluruh makhlukNya .....
No comments:
Post a Comment