Alhamdulillah hari ini genaplah 1 bulan meraikan tuntutan rukun islam yang ke-3 .... yakni ibadah Puasa ..... dan bulan ini jugalah genap umurku yang ke -------- Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana diberikan kepanjangan umur untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang yang "berhatikan" Islam..... Tahun ini sudah berapa kali hari lahirku 'lahir' bersama sama dengan bulan Ramadhon bulan yang penuh barakah ...... Sekalung Tahniah kepada mereka yang berjaya menggapai matlamat mahupun azam sepanjang menempuhi fasa demi fasa bulan Ramadhan...Mengharapkan agar segala amal soleh yang dilaksanakan pada bulan ini bukanlah sebagai satu 'ketakwaan' kita terhadap Ramadhan... jadikanlah amal soleh yang dilaksanakan sebagai satu amal yang akan sentiasa mekar dan berterusan ..... ibarat tanah yang sentiasa disirami baja menghasilkan bunga yang segar dan kembang kuntumnya .......
Ramadhan bukanlah suatu perkara yang perlu ditangisi kepergiannya kerana sememangnya ia akan meninggalkan kita .... Ramadhan inilah menjadikan satu titik permulaan untuk kita semua supaya istiqamah dalam melakasanakan segala kebajikan baik untuk dunia mahupun akhirat...... Bukankah yang perlu ditangisi adalh sekiranya amal soleh yang kita 'memerah' tenaga kita membiarkan dan terus meninggalkan sepertimana Ramadhan berlalu pergi ? Janganlah menjadikan diri kita termasuk dalam kalangan orang yang Khusrin .... orang yang rugi .... rugi sekiranya amal itu tidak bercambah ....
Ramadhan bulan Tarbiyah ..... memang ianya bulan yang mendidik ... mendidik diri kita bagaimana untuk mengawal bahkan mengekang segala tindak tanduk nafsu yang sering kali melawan arus fitrah manusia .... Namun ada caranya untuk berperang dengan nafsu itu sendiri walau adakalanya ia terlalu SUKAR namun akan terhasil keberkesannanya.....
Malam ni teramat damai apabila melihat gugusan bintang yang penuh di awan hitam ..... awan itu hitam namun tetap bercahaya dengan kehadiran sang Bintang penyeri angkasa ..... Begitu juga Hati .... seandainya Hitam pasti ada yang akan menyuluh jika sumber itu datang dari yang benar .......
Moga moga tiap imbalan yang kita kerjakan selama kitaran Ramadhan terus bekitar dari bulan ke bulan seterusnya ..... Tiada ertinya jika benar kita menginsafi akan segala perbuatan hanya di bulan Ramadhon namun lantaran itu 'keinsafan' ituu tidak lagi bermaharajalela di sanubari .... cepat cepatlah beristigfar padaNya .....
Sebelum meninggalkan tinta sundus ini elok sekiranya diri ini 'mempersembahkan' beberapa rangkap puisi yang diilhamkan oleh SUTERA a.k.a Tinta Sundus ............. =)

ANDAI ........
Andai Tahajud itu menjadi pendamping setia saatnya Ramadhon ,
jangan biarkan pendamping itu terus kejauhan di sudut hati .....
Andai Taubat itu menjadi satu 'kebersihan' diri ,
jangan pula setelah berlalunya Ramadhon tiada lagi kesucian di jiwa/ hati......
Andai Istikharah itu penyeri hidup,
jangan dilepaskan ia begitu sahaja ,
Andai Hajat itu dipupuk ,
pupuklah ia sentiasa agar segala hajatmu tercapai,
Andai Tasbih itu membawa diri mengangung agungkan Rabbmu,
Ringankanlah bibirmu itu untuk bertasbih padaNya...
Andai witir itu menjadi penutup segala solat,
kekalkanlah ia sebelum lena tidurmu.....
Andai kalam suciNya menjadi suatu kelaziman,
jangan ditinggalkan satu hurufnya....
Andai kalam suciNya menjadi suatu kelaziman,
jangan ditinggalkan satu hurufnya....
Andai cucuran air mata itu sering menghujani pipimu,
basahilah ia dengan rasa penuh kehambaan.....
'Amal' itu selalu memanggil kita,
namun apakan daya kita menjauhi amal tersebut....
Syaitan dilepaskan ikatannya.....
Bersiap menggunakan kehebatan senjatanya....
Andai dirimu rebah jangan biarkan terus lemah..
Bangkitlah wahai HATI yang lemas,
lemas dari tindakan sendiri.......
amal itu perlu diupgradekan ...... sekian ..... dengan ini saya denga rasa rendah hatiNya ingin memohon kemaafan seadainya banyak entri yang mengguris hati dan perasaan.... dan sudi juga untuk saya menjemput saudara/ri bertang ke teratak saya (bagi yang tahu empunya tinta sundus) ...
balik kampung tersemput semput
biskut raya tak dapat dibuat
namun jangan risau
ada hidangan backupnya ....
Apa dia ?
itu sudah semestinya RAHSIA ....
* PAnTun CaCa MerBa .... =)
mood : mengkaji fasisme dan menelaah serta akan mengolah ia .... masih berbaki 4 subtopic yang perlu dilangsaikan !!! penulisan kini mencecah hampi 26 pages ..... fuuhhh sungguh mencabar !!!
sape boleh tolong bagi hint tentang Nazisme, Machivilisme dan fasisme ...... @^@

No comments:
Post a Comment