Wednesday, 28 November 2012

Semanis cincau

Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang ....

tanpa malam purnama takkan indah..tanpa lapar nikmat makanan takkan terasa ... tanpa dahaga sejuknya dingin air takkan memberi banyak makna... begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan masalah kesusahan ..... 

memang benar tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnahnya .... Yang kita perlukan hanya kebajikan dalam menyikapinya ... Jika ketegaran yang kita bina , nikmat masalah akan terasa ... Jika keluhan yang kita bina sengsara masalah akan selalu bertambah ..... 

masalah datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki... Raikanlah dirimu seandainya masallah datang menjentik hati kita .. kerana masalah adalah salah satu pelajaran yang mengajar kita proses pendewasaan ... Benarkah andai saya kata tanpa masalah kita takkan pernah dewasa ? jika saya salah perbetulkan ......

kenapa air cincau saya letakkan gambar sebagai tajuk entry kali ? Air cincau itu saya ibaratkan satu permasalahan buat saya dimana saya memang bukan orang yang penggemar air cincau ... dari sekolah rendah hinggalah dewasa saya tak suka air cincau dek kerana baunya yang kurang enak .. namun di kaca mata orang lain , ianya air yang mempunyai haruman yang sungguh mengharumkan tapi tidak pada saya ..... Bila melihat orang menjual ABC dan seraya hati saya ingin menikmatinya terus menggerakkan kaki menuju ke gerai itu namun setibanya di kedai itu apa yang saya lakukan ?

--------------------------

TS :  makcik/pakcik saya nak ABC satu bungkus , saya tak nak sirap banyak (kadang kadang langsung xnak sebb nak susu cair lebih) , saya nak tu , saya nak nie (sambil tangan tunjuk ke arah aksesori ABC seperti , jagung , kacang merah , cendol dll ) , tapi saya tak nak ni .... ya saya tak nak yang INI .... INI yang saya maksudkan adalah agar agar cincau ..... 

Makcik/pakcik : okey ... sambil tangan memusingkan mesin ABC ........


---------------------------

begitulah perangai saya setiap kali membeli ABC sehingga dibawa bawa ke alam dewasa ..... ramai yang kata pada saya sungguh pelik perangai saya hakikatnya itulah diri saya .... Ada perkara yang kita rasa ianya memberi kesan pada kita dan adakalanya tidak ..... masud saya adalah bagi setengah orang sekiranya agar agar cincau itu diadunkan sekali dengan ABC ianya tidak memberi sebarang kesan , namun bagi orang yang tak suka macam saya ianya tetap memberi kesan kepada rasa ABC tersebut .... bilamana si penjual ABC terlupa lalu mencampurkan agar agar cincau itu ke dalam ABC apa yang saya akan buat ? adakah membuangnya lalu mengorder (bahasa rojak) yang baru ? sudah pastinya tidak .... jadi apa yang saya akan buat ? 

Saya tetap akan makan ABC itu juga tetapi ada syaratnya ..... syarat ? apa syaratnya ? saya cuba sedaya upaya untuk tidak mengambil cincau itu daripada masuk ke dalam sudu ..... dan menyesakkan saya.... dalam erti kata mudah saya cuba akan mengelakkan daripada mengambil cincau di dalam mangkuk itu....... kenapa saya tak suka cincau ? adakah kerana sifat fizikalnya berwarna kehitaman atau sifat rasanya yang tidak menyelerakan ? [jawapan seperti di atas] ....

apa kaitannya cincau dengan entri kali ini ?

ia ada perkaitannya dengan diri saya ..... dipendekkan cerita , semasa saya mengunjungi sebuah masjid yang amat terkenal di mana kaki saya berpijak sekarang deretan gerai yang dibuka sepanjang   laluan masjid tersebut , saya bersama sahabat sahabat menghadiri ke satu program pengisian rohani....berjalan bersama sahabat sahabat saya ... kemudian biasalah letih setelah "penat" mengikuti program rohani tersebut ... lalu sahabat saya singgah di satu kedai air dan membuka "peti" air yang berwarna keputihan itu dan mengambil sebotol air ...... Ya sebotol air ... Air apa ? Air cincau ..... saya tidak membeli air pada waktu tersebut ...... kemudian kami lepak di satu sudut sebelum pulang ke rumah kami menunggu sahabat yang lain .... dibukanya penutup botol lalu meneguk air tersebut dengan penuh beradab ...... 

tanpa diduga dia menghulurkan air cincau itu kepada saya ... saya cuba bertanya padanya dan kata yang saya tidak suka cincau dan tak makan cincau .. namun disebabkan saya malas nak berpatah balik ke gerai jualan air dan kebetulan masa tu juga saya mula rasa dahaga .... saya cuba untuk minum air tersebut .... apa yang saya rasa ?

Ya Allah sungguh nikmatnya rasa air cincau itu ...... saya dapat menerima aliran air ke dalam saluran tekak saya dan sampai ke perut =) dan pada saat itu , saya mulai "jatuh cinta" pada air tersebut dan sehingga sekarang saya mampu untuk menghabiskan sebotol air cincau yang fresh .....

[c & p ayat sebelumnya] " tanpa dahaga sejuknya dingin air takkan memberi banyak makna " ... disebabkan saya dahagalah pada waktu itu saya mampu untuk meminumnya walaupun bertahun tahun saya tak dapat untuk "menyuaikan" diri dengan cincau ...... dan akhirnya cincau itu memberi makna pada saya .... apa maknanya ? ia menghilangkan rasa kehausan ... 

sama juga dengan masalah , hakikatnya kita mampu menghadapi masalah , kita mampu mencari solusi untuk setiap permasalah cuma hanya moral diri kita sahaja yang ada kalanya mengatakan masalah itu sememangnya bermasalah buat diri kita ..... sama juga dengan kes saya dengan cincau ... saya xsuka cincau lebih lebih lagi kalau si penjual tersalah masukkan cincau itu ke dalam ABC ... namun nak tak nak saya tetap kena habiskan , saya akan cari jalan untuk tidak "mengaut" cincau itu ke dalam sudu ....... dan yang pastinya saya mampu menghabiskan ABC serta merasai nikmatnya ABC .... begitulah kehidupan kita sebagai hambaNya ..... 

"jalan yang lurus dan mulus takkan pernah menghasilkan pengemudi yang hebat...laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang tangguh....langit yang cerah takkan pernah menghasilkan pilot yang handal ...." 

jadi , di saat kita sedang menghadapi tekanan permasalahan , pada waktu yang sama ianya telah mengajar kita dalam proses pendewasaan samaada kita sedar ataupun tidak ....di situlah proses hidup akan dimulai ... maka sudah pastinya berbahgialah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi masalah tersebut dengan sungguh bijaknya  dan semestinya kita perlu bersandar akan keputusan Sang Khaliq yang Maha Mengetahui , Adil setelah tawakal dilakukan ............. 

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan " (al insyirah)

~ketika Allah campakkan masalah pada kita bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini..... ketika ditimpa musibah Allah menginginkan hambaNya dekat padaNya..Bila tiba kesusahan bererti Allah telah menyediakan kemudahan..Dibalik masalah ada proses pendewasaan , di balik musibah ada hikmahnya , dibalik kesusahan ada kemudahan ... LA TAHZAN INNALLAH HA MA'ANA ~

ketika masalah mendatangi kita jangan cepat untuk berasa keluh kesah , jangan memberontak akan keputusanNya apatah lagi mengatakan Allah tidak adil.... Namun mintalah padaNya seuntai kesabaran serta ketegaran dalam menghadapinya dan diberikan wasilayang terbaik bagi kita , dan selalulah mengharapkan agar Allah sentiasa memberi ganjaran pahala untuk kita ...... 

jadikanlah setiap permasalahan itu mempunyai rasa yang manis ..... semanis cincau ^^

_jom takluki masalah_ 

IKLAN SEKEJAP BOLEH ......

*****************

kalau cincau yang dahulunya memang tak makan ----------> makan namun !!!

* Yang Pastinya segala jenis ikan sungai and Laut (sikit sikit) saya tak bisa dan tak akan selamanya untuk makan .... pernah sesaje sembang dulu kala dengan my best FRIEND forever (my mum) ... lebih kurang gini dialognya 

TS : sedap ke ikan sungai .. nak makan pun macam tak lalu ..
emak : sedap la kot ... habistu kalau dapat suami yang suka makan ikan macam tu macam mana ?
TS : gluppp .... senang je dia nak makan dia kena beli yang dah siap .... nak suruh masakkan jugak boleh dia yang kena siangkan ... n dia yang kena rasa tawar , masin , manis juadah tu ....... hemmm tak sanggup nak merasa ..... 
emak : tapi kalau suami suruh kena buat gak kan  .... senyap .... 
TS : senyap .....

sorry yer tu my bakal yang tidak diketahui ....... kesian dan mungkin "xberuntung" si lelaki yang dapat isteri begini @^@  

  .... ikan sungai contoh Keli , Haruan dll ikan laut Pari Pari ... dia tidak boleh memaksa saya ..... 

*sambil menaip ada seorang staff di sini  yang sudahpun berumah tangga meluahkan perasaannya pada saya ... hanya mampu mendengar dan memberi respon dengan jiwa saya yang masih muda ini hehehe .... nampak gayanya kalau nak sambung master boleh apply bidang kaunselor pulak ...  hajat di hati ingin meneruskan dalam networking huhuhu .... Sesuai ker ? Layak ker ? ^^

my prinsip bila kita "terjun" ke dunia kanak kanak kita perlu layan mereka dan diri kita perlu menjadi kanak kanak ..... bila "terjun" ke dunia ibu ibu perlu memahami waqi' mereka ...... bila "terjun" ke dunia remaja ,dewasa perlu menyesuaikan diri dan perlu match dengan karakter mereka

Apa ape pun jadilah pendengar yang setia walaupun kita tidak mampu untuk menjadi penyelesai masalah ....

masih meneruskan misi untuk menyiapkan sistem yang sungguh penuh dengan coding coding yang serabut .... but its a unique language for computer users ...... moga dipermudahkan .......

minta maaf semua ...... assalamualaikum


     




No comments:

Post a Comment