assalamualaikum...... beberapa minit yang lepas saya mendapat satu message dari orang yang tidak dikenali ..... apa yang dia bg ? jom sama sama kita baca ................... nice one ...... ^^
DI BAWAH NI SAYA COPY N PASTE JER jadi boleh la nak ke blog beliau nie dan nak jadi follower pun dialu alukan =)
http://dakwahmakandalam.blogspot.com
Apabila isu Palestin kembali hangat, saya melihat suatu elemen yang perlu dimuhasabah dengan teliti iaitu semangat. Di kalangan kita sememangnya bersemangat apabila memperkatakan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Israel terhadap penduduk Palestin. Semuanya bernada semangat.
Dalam kita bersemangat mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis tetapi pada masa yang orang yang sama juga menyuburkan lagi kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Israel. Ini boleh dilihat dengan jelas dalam persoalan usaha boikot.
"Memang tak guna betul rejim Zionis. Habis terkorban penduduk Palestin dibedil peluru berpandu," ucap seorang anak muda sambil meminum kopi di Restoran Starbuck.
"Tak berhati perut betul rejim Zionis. Anak kecil yang tidak berdosa pun turut dibom. Memang hati binatang betul. Teruk daripada binatang lagi," ucap seorang gadis sambil mengunyah-ngunyah burger di Restoran McDonald.
Semangat Boikot
Bersemangat itu suatu yang bagus. Sebagai manusia, suatu semangat itu boleh dikatakan sebagai peledak kepada usaha yang besar. Namun, semangat itu mesti diluruskan dengan kefahaman yang jelas dari masa ke semasa.
"Dengar kata Mark Zuckernberg membekalkan dana kepada Israel. Jadi Facebook ni pun kena boikot juga ke?" soal salah seorang pengguna Facebook.
Apabila saya melihat soalan ini wujud, maka saya memikirkan untuk menulis serba sedikit mengenai boikot supaya usaha boikot ini lebih menonjolkan kebijaksanaan umat Islam, menyentak kezaliman rejim Zionis dan terus istiqomah menjalankan usaha boikot. Untuk bahagian seterusnya, saya pecahkan fokus usaha boikot kepada 2 bahagian iaitu kehendak dan keperluan.
Antara Kehendak dan Keperluan
Kehendak : Antara produk yang boleh kita kategorikan sebagai kehendak adalah seperti McDonald, Nestle', Starbuck, Coca-cola dan seumpamanya yang kebanyakkannya berbentuk makanan dan minuman. Kalau tidak dapat beli pun, masih banyak lagi produk lain yang dapat dijadikan sebagai inisiatif seperti Radix Cola, Kopi Orang Kampung dan sebagainya yang mudah diperolehi di pasaran. Bukannya mati pun kalau sebulan tak dapat makan burger McDonald.
Keperluan : Antara produk yang boleh kita kategorikan sebagai keperluan adalah seperti Facebook, Google dan gajet-gajet elektronik yang lain. Ini memang sangat diperlukan untuk membolehkan kita mengakses maklumat yang berlaku mengenai umat Islam di seluruh dunia dan menjalankan usaha kesedaran terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam. Gunakan kembali teknologi yang mereka hasilkan ini untuk membina kekuatan di kalangan umat Islam. Janganlah pula menjadi teknologi mereka ini sebagai tempat untuk menyuburkan maksiat, lantas melemahkan lagi perjuangan umat Islam.
Elok kiranya kita merenung kembali surat Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqas :
Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-sama mu (tentera Islam) supaya menjauhkan diri daripada maksiat. Kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi orang Islam pada kekuatannya.
Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka, jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak mereka.
*Semoga kita semua istiqomah menjalankan usaha boikot dan teruskan semangat kita asalkan dikukuhkan dengan kefahaman yang jelas dari masa ke semasa. Penulisan ini mungkin penuh dengan kelemahan. Tegurlah jika ada bahagian yang saya terlepas pandang.
No comments:
Post a Comment