Monday, 26 November 2012

R.I.N.D.U itu ....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ...... 

Hari ini entah kenapa saya ingin menyuarakan hasrat saya melalui Tinta Sundus ini ..... Bila melihat gambar kaabah termenung sendirian , jauh berfikir masihkah ada waktu untuk diri ini menjejakkan kaki ke sana ..... rindu itu datang kembali ....... Allahurabbi .....

Namun saya percaya pada kuasa Allah swt segala niat yang baik akan dimakbulkan olehNya , akan ditunaikan buat hambaNya ... Dia bersifat maha pemalu ...... Yer pemalu ... Allah swt Malu seandainya apabila hambanya menadah tangan memohon doa (kebaikan) untuknya Dia malu untuk tidak memberi , memperkenankan doa hamba-hambaNya ..... Allah itu Maha Pemurah ..... Sebagai seorang hamba janganlah kita berasa sombong untuk berdoa padaNya .......

Selama saya hidup tertanam niat yang tinggi untuk sampai ke sana dalam usia yang muda , semasa Allah masih memberi kekuatan pada jasad , dan yang pastinya sebelum tertutupnya mata untuk selamanya ..... Allahurabbi ......

Saya yakin dan pastinya semua hamba Allah ingin menuju ke tempat ini jua ..... siapa tidak mahu kerana di situlah tempat yang paling Agung .... ceritanya tercatat dalam sejarah Islam ..... semestinya ingin merasai pengalaman yang tersendiri ke sana ....... Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui hasrat hati yang tertanam di balik jasad ini .....

Selama bernyawa hanya DUA kali sahaja Allah mengirimkan gambaran Kaabah ke dalam mimpi saya hanya DUA kali sahaja dan selepas itu sudah tiada lagi walaupun sentiasa mengharap agar ianya hadir ke dalam mimpi saya ..... sedih dan sangat sedih ... bila bangun sahaja dari mimpi terus mengalirkan air mata mengimbas kembali mimpi tersebut ..... Labbaikallah .... ........ namun meyakini akan Rezeki dari Allah swt ..... Hanya satu niat dan taget saya untuk tahun hadapan .....TARGET saya untuk tahun hadapan saya akan menjejakkan kaki ke sana ...... YES THAT IS MY TARGET, MY MISSION !!!  akan dan akan dengan izinNya meletakkan diri saya dalam kepanjangan waktu ..... moga moga Allah menjelmakan Kaabah buat kali seterusnya ke dalam mimpi saya mengharapkan untuk kali yang ketiga biarlah jasad saya berada di sana .... InsyaAllah ... bagaimana nak dapatkan duit sebanyak yang diperlukan ?? Hanya Allah sahaja yang mampu memberi rezeki kepada saya ...... mulai menabung tahun ini walaupun bermulanya dari sekeping syiling ..... insyaAllah tahun hadapan saya akan buat Umrah ... saya akan menggapai TARGET saya , saya perlu BERUSAHA ke arah itu ... mengembara seorang diri atau bersama yang tersayang terpulang pada Rezeki Allah swt 

Pernah suatu ketika dulu saya berborak kosong , bergurau "hyperbola" ^^ dengan my lovely and sporting mother  ..... lebih kurang bunyinya ......

-------------------------------------------------------------------

TS : emak adat orang khawin ni bila bagi hantaran standard je semua ada baju, tuala , kain sembayang , buah buahan , al quran , sirih la dll ..... 

Emak : kenapa kamu nak khawin nak suruh bakal suami bagi apa ?

TS : kan senang kalau dia bagi satu hantaran sahaja .... tak payah yang lain lain tu ...  kain solat dah ada , al-quran dah ada , kain pasang pun baju kurung dah banyak , tuala pun dah ada , sejadah pun dah ada kalau lah bagi benda benda macam tu .... kan senang je kalau si bakal suami angah tu bagi satu CHEQUE je atas tepak ...

Emak : Cheque apa ? 

TS : hahah cheque pergi ke umrah ..... (sambil gelak gelak)

Emak : amboi kaya sangat bakal suami tu ...... selok (bahasa kelantan) la bakal suami tu nak cari duit ... khawin lambat la jawapannya ........

TS : saje je la mak .... tak da la nak suruh dia bagi hadiah tu as hantaran kalau lah gitu ..... memang nak menangis la anak mak ni .........  mas khawin pun dah cukup emak kan ? 

tetiba mak sedara datang kemudian mak saya memberitahu kepada emak sedara saya tentang perkara yang dibualkan ..... kemudian

Emak : hemmmm betul gak apa yang anak aku kata xpyah hantar barang barang macam hantaran yang orang selalu buat membazir ...

mak sedara : a'a betul gak tu .... bla ... bla ... bla...

BUNYI SEPERTI DEMAND JE TS NI HAKIKATNYA BUKANLAH ITU YANG HENDAK DISAMPAIKAN 

(mereka menyambung perbualan...maklumla adik beradik) .... dan akhirnya Alhamdulillah mereka faham

* kepada bakal suami (yang saya sendiri tak tahu siapakh gerannya) jangan takut , gentar dengan statement dia atas ... sebenarnya perbincangan tu more kepada gurauan BERINTI .... gurauan yang ingin menyatakan bahawa jangan terlalu ikut adat tengok orang buat hantaran banyak kita pun nak buat banyak ..... cuma apa yang emak saya pesan kalau si bakal suami nak bagi hantaran sebegitu (seperti barang barang adat manusia) terimalah dan jangan menolak ........ itu sebagai hadiah ....  

apa yang nak sampaikan disini bukan berkenaan apa yang diborakkan antara saya dengan emak saya tetapi keinginan yang tinggi untuk menjejaki ke Baitullah dalam usia yang muda ..... ketika saraf masih kuat ... hanya Allah sahaja mengetahui perasaan diri saya .... air mata sering membasahi pipi bila mana bercerita tentang Kaabah ...... Sesungguhnya Engkau yang maha 'alim apa yang dirasai olehku .... 

" Ya Allah panjangkanlah umurku dalam kehidupan dunia ini ... janganlah engkau memejamkan mataku ketika mataku ini ingin melihat , merasa, mendekati Kaabah mu ... izinkanlah jasad ini dapat ke sana ..... melakukan Umrah , Haji .... izinklah diriku ini dapat merasai , dapat membyangkan kehidupan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar apabila di sana ... Sungguh betapa cemburunya diriku melihat hamba hambamu yang muda telah pun sampai ke sana ... Allahurabbi ... moga simpanan ku kini mampu menjadi bukit untuk melayakkan diriku ke sana....  moga moga ketidakhadiran Kaabah ke dalam mimpiku sehingga hari ini , daku mengharapkan padamu Ya Allah agar ianya bukan lagi hadir dalam bentuk fantasi tetapi dalam realistik .... sungguh diriku merindui yang teramat untuk kesana .... hadirkanlah suasana di sana dalam mimpiku .. sungguh itu mampu menyuntik semangatku , menggembirakan hatiku....  doakan saya teman teman dan saya juga mendoakan kalian juga ...amin Ya Rabbal 'aa lamin ... "

* janganlah kita sibuk untuk bermimpi kepada perkara perkara yang melaghakan , sibuk untuk mimpikan jodoh kita , sibuk untuk mimpikan perkara yang materialistik tetapi cubalah memohon kepada Allah swt untuk melihat KaabahNya , apatah lagi perkara yang susah dan hanya yang selayak layaknya bisa menerima iaitu bermimpikan untuk bertemu dengan RASULULLAH SAW .... Allahurabbi 

No comments:

Post a Comment