assalamualaikum , teman-teman yang saya kasihi sekalian ? moga sihat hendaknya ..............
DAYUS ? hemmmm .... apakah yang dimaksudkan dayus yang sebenarnya ? ...
"jangan jadi lelaki dayus laaaa ..... come on bro ......"
"jahanam !!! kau lelaki dayus....tak guna ...."
ungkapan itu lah kadang kala kita mendengar di siaran media mahupun secara live dalam kehidupan .... acap kali perkataan ini digunakan bagi menunjukkan bahawa kaum lelaki ini , kaum yang dayus seandainya diri mereka sendiri lembik, dayus jika mereka tunduk ke bumi mentaati segala arahan wanita dan bermacam-macam lagi ... sedangkan hakikat yang sebenar istilah dayus itu tidaklah seperti yang segelintir masyarakat maksudkan bahkan lebih dari itu ... ya sememangnya lebih dan yang pastinya ia merangkumi kehidupan hamba sebagai seorang muslim .....
Wahai para suami , jangan kamu dayus ....... wahai para isteri dan anak-2 perempuan , jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori dayus yang tiada ruang untuk ke syurga Allah swt .....
sabda Baginda saw : "tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (tidak akan bantu) mereka di hari kiamat : Si penderhaka ibu bapa , si perempuan menyerupai lelaki dan si lelaki dayus" [Riwayat Ahmad dan Nasa'i]
jadi.... siapakah lelaki yang termasuk dalam golongan dayus ini ?
pernah diriwayatkan dalam sebuah hadis, para sahabat pernah bertanya Baginda saw mengenai siapakah dayus, lalu jawab Baginda , "iaitu seorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)."
para ulama juga telah menafsirkan berkenaan dengan dayus ini , di antaranya telah disebut oleh Imam Al-'Aini bahawa dayus bahawa dayus itu iatu cemburu lawannya dayus ....
secara ringkasnya saya menyatakan beberapa point berkenaan "Bila lelaki menjadi Dayus?" ..... mari kita lihat bagaimanan seorang lelaki itu boleh terjerumus ke lembah dayus ....
- Membiarkan aurat & tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain
- Membiarkan anak perepuan berdating dengan tunang atau teman lelakinya tanpa ditemani mahramnya
- Menyuruh & berbangga dengan isteri dan anak perempuannya memakai pakaian seksi di luar rumah
- Membiarkan anak perempuannya menyertai rancangan realiti di televisyen seperti rancangan realiti dan sebagainya sehingga mempamerkan kecantikan dan aurat kepada jutaan manusia bukan mahram
- Membiarkan isteri dan anak perempuannya berlakon dengan berpegang tangan dan berpelukan, kononnya atas dasr seni dan sporting
- Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
- Membiarkan aurat isteri dan anak perempuannya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motosikal atau apa-apa juga kenderaan
- Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejababt tanpa perasaan cemburu.
- Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Allah............ terlalu banyak lagi jika mahu dihuraikan ..... kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki yang membenarkan isteri dan anaknya melakukan maksiat... Adapun jika ia berlaku tanpa pengetahuan atau keizinannya, suami itu tidak sabit dayus atas dirinya.
Awas lelaki beriman ! jangan kita tergolong dalam golongan dayus ini !!!
Wahai para isteri dan anak perempuan , please...please...please.....jika kalian sayangkansuami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori dayus ini atas kesilapan anda sendiri ...... sayangilah dirimu dan juga keluargamu...........
Nabi Saw Bersabda : "Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid " [Riwayat Ahmad]
p/s : walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas tetapi ia cukup untuk memnunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama' dalam hal kedayusan ini....
jadi dengan umur yang ada, masa yang ada , jangan biarkan ia terurus dengan cara pembaziran ... ambillah kesempatan waktu yang ada ini untuk kita turut sama sama menambah segala kebaikan dalam diri samaada fizikal mahupun rohani ..... kekuatan rohani akan memberikan kekuatan kepada jiwa ...... cukuplah dengan dosa yang sudah dikumpulkan .... ayuh kita sama-2 raikan segala kebaikan yang perlu ada dalam setiap diri kita ... memang susah untuk melakukannya namun saya dapat memastikan bahawa apabila anda terutama golongan Hawa sudah cuba memikirkan , ingin merubah .. insyaAllah ada manisnya yang akan Allah sematkan dalam diri ....
selamat mengejar lailatul qadar .. semoga kita diberi keampunaan olehNya .... dan kepada yang nak balik kg untuk pulang ke halam ayah dan bonda berhati-hati di jalan raya ... selamat berpuasa dan juga selamat berhari raya .. ampun maaf dipinta .....

No comments:
Post a Comment