hari ini bermulanya episod Ramadhan.... Ahlan Wasahlan Ramadhan ..... Ahlan wasahlan ya ramadhan .... menyambut ramadhan kali ini tanpa suara suara manja ahli keluarga bukan satu perkara yang menjengkelkan buat diriku namun entah kenapa ramadhan kali ini terasa kekok untuk meraikannya apatah lagi jauh di pandangan mata keluarga .... mungkin atas faktor diriku yang sudah lama tidak balik ke kampung menyebabkan sedikit terganggu perasaan ..... berada di rumah sewa ini juga bertemankan suasana sepi ... rata rata dari mereka pulang ke kg halaman demi meraikan puasa pertama bersama tersayang ...... setiap kali panggilan diterima setiap kali itulah soalan yang sama diajukan ......... Walau apa jua sekalipun keadaan Ramadhan tetap kuraih dengan penuh rasa kehambaan....
berbicara tentang ramdhan sudah pasti terlalu banyak status status di ruangan maya terutamanya FB memberi kata kata nasihat, cara untuk mendapatkan Ramadhan yang sempurna, kesalahan dalam berpuasa ... bukan diriku tidak menyetujui malah ianya amatlah di alu alukan .... sewaktu senja tadi sempat diriku keluar sebentar ke kedai untuk membeli sedikit lauk pauk untuk dijadikan juadah berbuka puasa berseorangan [ad hoc] .... tiba tiba terasa ingin makan kari udang dan beberapa ulam mentah .... jadi inilah hasilnya ....
bukan juadah yang ingin dijadikan topik cerita kali ini bahkan sesuatu perkara yang mana anda mungkin terfikir ataupun tidak pernah terfikir ...... sudah lama diriku tertanya tanya "kenapa begitu ? " adakah disebabkan oleh adat menyebabkan tertutupnya perkiraan ibadat yang sebenar ?
Para pembaca sekalian .......
cuba kita lihat suasana masjid antara bulan Ramadhan dan bulan selain Ramadhan ..... pasti dan ternyata lebih ramai makmum yang mengimarahkan masjid masjid ataupun surau sewaktu di bulan ramadhan berbanding bulan biasa .... wajah yang tak pernah kulihat sebelum ini di masjid rupanya baru kusedar dari "lamunan" rupa rupanya ramai penduduk di taman ini hakikatnya ...... dari kecil hinggalah yang besar , dari yang muda hingga yang tua .. wajah wajah yang jarang dilihat semakin jelas kulihat .... namun tidak pula diriku su'udhon dengan mereka itu hak mereka kerana kewajipan yang disyariatkan Allah swt bukan terletak pada Masjid tersebut namun kewajipannya terletak pada 5 waktu solat ^^ ...
Apa yang sebenarnya ingin penulis sampaikan ? Sabar dulu yer ..... tentang Ramadhan memang tak dinafikan kelebihan yang terdapat pada bulan ini .... namun lebih elok jika kita sebagai 'Abdullah (hamba Allah) .... melakukan satu anjakan paradigma semasa di bulan Mulia ini ...... Anjakan paradigma ??? bagi pendapat sang penulis sesuatu amalan di bulan puasa kita boleh compare kan amalan kita pada puasa yang lepas dan puasa kali imi ... sebagai contohnya puasa yang lepas kita mampu memulakan surah al-baqarah sehingga surah an-nas diikuti doa khatimul quran apa kata kali ini letakkan target kita sebagai hamba Allah untuk menggapai khatimul quran sebanyak 2 kali atau lebih .... Anda mampu ? sudah pasti dan ku meyakini bahawa anda MAMPU bukankan mujahadah nafsi itu suatu yang dituntut apatah lagi nafsu2x mazmumah yang memakan diri ....... tak kisah amalan apa sekalipun yang anda lakukan asalkan IKHLAS kerana Allah swt ... pasti dijanjikan pahala olehNya ..... diriku juga mempunyai matlamat untuk dicapai kali ini ... yang pasti hanya Allah sahaja yang layak MENGETAHUINYA .... ^^
Aneka juadah sudah pastinya tidak dapat dipisahkan dengan kedatangan ramadhan tapi penulis tak nak sentuh tentang alah ni sebab masing masing boleh fikir dan make some action ..... =)
isu utama yang hendak dibicarakan ialah isu KANAK KANAK ... sebenarnya isu inilah merupakan tunjang entri kali ini ..... kenapa kanak kanak ?? sebab penulis ni suka sangat dengan kanak kanak dan ila pergi ke masjid suka melihat kanak kanak yang memakai jubah , baju tidur pokemon , batman superman and semuanya lah ... pakaian bukan isunya tapi melihat keadaannya ..... dah lama terfikir kenapa tiap kali solat tak kira di mana mana masjid atau surau saff di hadapan untuk golongan muda dan tua dan saff dibelakang adalah untuk golongan kanak kanak .... cuba mencari hadis yang sahih berkenaan kedudukan saff ni yang melarang kanak2x berada di saff hadapan tapi belum jumpa ..... kalau ada yang jumpa bolehla share yer =)
isunya adalah jangan merasa pelik seandainya kanak kanak kini tidak "mengenali" masjid / surau ..... dek kerana bila mereka bermain dimarahi .... bila mereka bising yang tua mula membesarkan mata .... walhal mereka adalah kanak kanak and itu perkara normal bg mereka yang belum mencapai balighnya ...... betul mereka perlu 'dikawal' namun bukan dimarahi tetapi dinasihati !!! nasihat yang macam mane ??? nasihat yang boleh "MATCH" dengan perwatakan keanak anakan mereka .... disebabkan sikap2x sebegini lah menjadikan kanak kanak takut untuk ke masjid ..... kemudian mulalah kita merasa kepelikan bilamana kanak kanak tersebut tidak mengenali masjid tatkala sedang membesar ....cuba kita back to sirah
Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn ‘Abbas: Rasulullah bangun bersolat malam. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis Anas: “…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari). Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.
APA KATA SYEIKH NASIR ??
Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani: “Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah).
Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal......lantas jangan salahkan mereka anadai mereka tidak mengenali masjid ..... **
akhir kalam .... kepada bakal bakal suami,isteri,ayah, ibu dll ajarilah anakmu berada saff disebelahmu lebih baik di masjid mahupun surau ..... ^^ .... hopefully masjid masjid yang ada di malaysia ini jadilah masjid yang mesra dengan 'pelanggannya' ....
ADAKAH AKAN BERSAMBUNG ??? WALLAHUALAM .....[ macam tak jerrrrr ... hihihi ] ... ape ape pun selamat menjalani ibadah RAMADHAN ..... minta maaf semua
No comments:
Post a Comment