Wednesday, 11 July 2012

Fikrah Perjuangan

insyaAllah sekiranya tiada aral melintang.. hari ini kita sama sama berkongsi ilmu berkenaan Bingkisan fikrah perjuangan .... sepertimana yang telah diwar warkan sebelum ini....moga2x apa yang hendak disampaikan menjadi 'batu peringatan' terutama buat diri yang menulis ... semoga apa yang dibedahkan ini menjadi titik tolak dalam menyambung nadi perjuangan......

nak tengok kulit bukunya pergi ke ENTRI SEBELUMNYA [di bawah sekali] .......

[10: 35pm]

insyaAllah diberi kelapangan untuk menulis ..... BICARA FIKRAH PERJUANGAN ...... penulis tulis dalam bentuk point jerrrr ...

di dalam buku ini, ianya menghimpunkan sbnyak 8 tjuk iaitu :


  • muhasabah perjuangan
  • ukhwah islamiah
  • taqwa
  • keimanan dan ketaatan
  • jihad
  • hidayah
  • kemengangan Islam
  • islam, toleransi, dan keadilan

BAB PERTAMA : Muhasabah Perjuangan

dimulakan dengan muqadimah surah at taubah ayat 38-39 ...

PERASAAN PERLU KEPADA ALLAH

- perlu memahami dan menghayati 
- TAK NAK berjuang ? Allah akan memilih orang lain
-  justeru haruslah meletakkan pergantungan kita pada Allah swt dengan sepenuh hati dan perasaan agar kita DIPILIH olehNya dalam perjauangan .....
- Kita perlu BERIMAN bhwa kita tidak dapat pastikan usia kita akan kekal lama sprti yang kita harapkan.

AWASI PERMASALAHAN FUTUR

- perjuangan memerlukan komitmen kita dengan GERAK KERJA
- pada zaman ini MARHALAH memerlukan pemimpin jemaah y mempunyai sifat jihad y berterusan
- seorang muslim y sudah merasai kemanisan iman dan memahami hakikat ISLAM tetapi sanggup lari daripada medan amal y memenangkn ISLAM .....
- Seseorang FIKRAH yang jelas mengenai ISLAM akan sentiasa berusaha mncari ruang n kesempatan untuk menyuburkan iman dan semangatnya bg menyemarakkan kerja di dalam perjuangan
- seseorang y mengidap penyakit futur, akan merasa JEMU dan TIDAK bersemangat untuk menghadiri program program gerakan ....
- Sekiranya Allah ingin mnyelamtkan sesorang y berada dalam keadaan futur dia akan diberi peringatan oleh para SAHABAT SEPERJUANGANNYA ...

PERMASALAHAN KELESUAN HARI INI

- Antara sifat2x mazmumah seprti mudah berputus asa, lemah, dan tidak bersemangat wujud dalam ahli gerakan ia akan mnyebabkan berlakunya masalah keciciran dalam organisasi.....
- KECICIRAN ?? melemahkan gerakan ISLAM bahkan wujud di kalangan mereka y terus meninggalkan kerja kerja PERJUANGAN ...
-sifat sifat mazmumah y wujud adalah berpunca drp MASALAH GERAKAN dan INDIVIDU itu sendiri ...

pertama : berpunca dari gerakan
  1. lemah pada sudut tarbiah
  2. pimpinan tidak memposisikan ahlinya pada kemahirannya
  3. tidak membuat pemantauan selanjutnya terhadap gerak kerja ahli jamaah
kedua :  berpunca daripada diri individu

  1. ahli yang tak berdisiplin
  2. sumber makanan dan mata pencarian
  3. sambil lewa terhadap gerak kerja
moga ianya menjadi pengajaran kepada semua hali jamaah untuk mneuju ke gerbang kejayaan. 


BAB KEDUA : Ukhwah Islamiyah

dalam bab ini ustaz memulakan dengan surah al hujurat ayat 12

- ukhwah adalah NIKMAT yang paling berharga yang dikurniakanNya kepada orang orang beriman di dalam saf perjuangan.
- ianya tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit dan harta benda dunia 
- Ukhwah diciptakanNya oleh Allah swt di dalam hati orang2x yng beriman
- surah al-anfal ayat 63
- berpandukan surah seterusnya iaitu surah al hujurat ayat 10 : Ukhwah hanya terbina di atas dasar iman atau tauhid bukan di atas ikatan ikatan y elain daripada itu. Justeru hanya Allah swt yg dapat menyatukan hati2x dalam kalangan manusia dan hati hati manusia itu akan bersatu di atas landasan TAUHID ....
- jiwa ukhwah kosong daripada keimanan maka yang akan menjadi ikatannya adalah kepentingan peribadi atau kelompok, parti dan sebagainya....yang jelas samaada cepat atau lambat ia akan menghancurkan NILAI UKHWAH itu sendiri ....
- persahabatan yang tidak terikat dengan dengan AKAR TAQWA sudah tentu akan menghasilkan permusuhan dan KEBENCIAN seperti sirah yang mana persainagn harta rampasan (ghanimah) dan mengejar kepentingan dan keuntungan....
-Ukhwah adalah kekuatan yang bersumber daripada keimanan atau aqidah, yang melahirkan perasaan SPRITUAL berupa KASIH SAYANG, KECINTAAN,KEMULIAAN dll.....
- Maka ukhwah islamiyah adalah sifat yang bersatu dengan IMAN dan TAQWA....

SANGKAAN BURUK MENAFIKAN UKHWAH

-sangkaan buruk terhadap sahabat dalam bermasyarakat dan berjemaah adalah dilarang oleh agama
-sangkaan buruk yang ditegah dalam Islam ialah pada perkara yang tidak ada tanda tanda dan bukti yang jelas sesuatu perkara itu dilakukan oleh seseorang... Hukumnya jelas Haram dan wajib dijauhkan.....

WAJIB MENJAGA MARUAH

-dalam kehidupan bermasyarakat dan berjemaah, mencari kesalahan orang lain adalah ditegah dalam ISLAM 
-setiap muslim wajib menjaga MARUAH dirinya

SYARAT SYARAT PEMBINAAN UKHWAH

  1. ikhlas
  2. berpaksikan kepada konsep ketaatan (wala' dan al baro'), yang berdasarkan al-quran dan sunnah
  3. tegak berasas nasihat kerana Allah swt
  4. komitmen (iltizam) dengan metod (manhaj) pemahaman yang benar
REALITI DALAM PERJUANGAN

-permasalahan kewangan dan kesempitan hidup yang dihadapi oleh sahabat seperjuangan wajar diberi perhatian.
-TAKAFUL antara perkara yang dititkberatkan di dalamnya ialah permasalahan kewangan sahabat
- Hak harta di dalam kategori ini tebahagi kepada tiga peringkat iaitu :
  • paling rendah 
    • kita memenuhi hajat dan keperluan sahabat seperjuangan dengan menggunakan peruntukan yang lebih daripada peruntukan untuk diri kita sendiri
  • harta kita dibahagi dengan sahabat
  • paling tinggi
    • mengutamakan sahabat kita melebihi diri kita sendiri
semoga perjuangan islam y sedang kita gerakkan pada hari ini akan tetap bersemarak dan di dalam era mempertahankan kemenangan... INSYAALLAH

okeylah setakat ni dulu sharing untuk bingkisan fikrah perjuangan penulis ingin melangkah ke alam pembacaan...insyaAllah esok akan bersambung ....

SEORANG SAHABAT PERLU SUPPORT SAHABAT ...... 






No comments:

Post a Comment