Tuesday, 24 July 2012

Khatmil Quran

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih alhamdulilah syukur dipanjatkan kehadratNya kerana masih diberikan kudrat serta dipanjangkan umur untuk bertemu dengan ramadhanMu.... Alhamdulillah hari ini sudahpun masuk hari ke empat berpuasa .... bagaimana perasaan melalui ramdhan kali ini ??? gembira atau sedih atau mungkin ada perasaan dikalangan pembaca sekalian sukar untuk diungkapkan....... 3 hari telahpun berlalu meraikan Ramdhan ... harap harap hari ini Allah masih memanjangkan umur kita semua untuk mengakhiri ramadhan ke-4 ... insyaAllah ...... 

untuk kali ini suka dan ada sedikit perasaan takut seandainya post ini mendatangkan rasa ujub di hati penulis ...nauzubillah.... namun kerana berpegang pada hadis nabi saw "sampaikanlah walau satu ayat" elok rasanya si penulis untuk berkongsi sesuatu yang mana mungkin dikalangan anda semua ltelah mengecapinya pada bulan Ramadhan sebelum ini .... 

seperti yang diketahui umum, bulan Ramadhan bulan yang paling mulia .... MULIA ? bila berbicara tentang istilah mulia memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa kemuliaan sesuatu yang tidak boleh diukur laksana kuantiti....hanya DIA sahaja yang mengetahui...... Bila bertemu dengan Ramdahan maka ramailah pengguna pengguna social network memberi pesanan seraba sedikit berkenaan ramdhan.... itu tidak menjadi masalah kerana yang leka bisa sedar dari kelalain, yang bersemangat akan sentiasa bersemangat .... itulah dakwah yang perlu digunakan berdasarkan waqi' sekarang ini ..... 

kembali pada topik yang asal, penulis ingin berkongsi sedikit tips berkenaan khatmil quran .... sebelum itu kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa melakukan anjakan paradigma sebab itulah muhasabah diri memainkan peranan ... sebelum meneruskan penceritaan penulis memohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada segelintir dikalangan pembaca yang semakin hari semakin meningkat "keribuan" ....... itu tidak penting tetapi isi kandungan yang nak disampaikan ..... 

sebelum memasuki fasa ramdahan seharusnya kita bermuhasabbah diri tiap hari tiap masa dan tiap detik ... jangan jemu untuk bermuhasabah ....... jiwa perlukan makanan yang berzat !!! .....seandainya jasad memerlukan Vitamin C untuk kerahan tenaga begitu jua dengan jiwa rohani ..... 

Apakah matlamat anda yang ingin dikecapi  sewaktu meraikan kedatangan Ramadhan ? pastinya pelbagai matlamat yang ingin ditujui dan semestinya penulis meyakini bahawa anda sekalian igin khatam al-quran .... Susahkan nak khatam al quran dalam waktu ramadhan ? sebenarnya ianya tidak susah yang disangkakan .... semuanya bergantung pada sejauh mana kita berlawan dengan nafsu ...... nafsu memang akan sentiasa mengajak ke arah kejahatan seperti firmannya :

“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 12:53)

bila melihat pada social network terutamanya FB, ada topik berkenaan tips untuk membaca, mengkhatamkan al quran yang dishare kan semuanya betul mengenai tips tersebut ....... akan tetapi hari ini sedikit perkongsian yang ingin penulis share tentang cara untuk khatam al-quran dalam waktu yang terdekat ini ....

Khatam Al-quran yang dimaksudkan ?

apa yang dimaksudkan dengan khatam al-quran ialah menghabiskan seluruh juzuk yang terkandung dalam manuskrip tersebut ... tetapi dari segi perspektif penulis lebih cantik kita mulakan dengan surah al-baqarah hinggalah ke pengakhirnya surah al-ikhlas .... namun depend pada diri masing masing jangan didera diri cukuplah sekadar membuat dengan penuh keihlasan kerana itu yang lebih afdhal ..... namun Cinta kepada Allah itu meluas sekali sekala kita perlukan "korbankan" diri kita untuk mengecapi kecintaan padaNya.....nikmat yang akan dirasai seseorang akan berbeza dan diyakini berbeza ... bagi mereka yang sudah berada pada mana2x surah buat waktu ini (sebelum ramdahan) dan niat untuk mengkhatamkan dengan menyambung surah tersebut teruskan niat anda ... penulis hanya ingin berkongsi shaja ......

seandainya anda bermatlamatkan untuk mengkhatamkan al-quran bermula dari surah yang pertama, seharusnya untuk hari ini anda sudah berada di juzuk 4 ataupun lebih (jika target untuk khatam 2 kali quran).... macam mane ?

  1. satu hari satu juzuk
  2. sebelum dan selepas solat fardhu , after solat sunat cth dhuha , ketika qiyam dan ketika lewat petang time dah nak berbuka lebih kurang setengah jam or 15 minit sebelum berbuka .... lewat malam sebelum tidur .... 
  3. iktikaf di masjid seharian 
Sibuk ?

Sibuk dengan apa?? Semua orang sibuk..... namun kita yang mengurus diri serta masa jadi kita sendiri yang tahu bila kita lapang ... =) ..... 

FB, twitter and seumpanya melalaikan ?

memang ianya melalaikan .... tetapi satu tips untuk penulis berkongsi bagaimana kita nak 'membunuh' kelalaian tersebut sewaktu melayan segala macam social network .... lebih lebih lagi sukar untuk mengisi ruang dengan membaca apatah lagi mentadabur al-quran .........sewaktu kita sedang berONLINE jangan dilupa untuk meletakkan al-quran disekitar meja laptop anda !! kenapa ?? sudah pasti al-quran itu "mengingatkan" diri kita yang dalam kelalaian .... sudah semestinya bila al-quran di sebelah laptop kita paling malassssss pun kita tetap akan menjeling al-quran tersebut ... kalau mals juga tak tahu la nak kata apa ........paling tidak satu helai pun dah OK !!! dan selalulah membawa al-quran dan sentiasa berdamping dengannya ... tak perlulah mengambil "pendamping" selain al-quran (cth : perkaar perkara tahyul ) ... kan lebih elok al-quran sebagai pendamping diri ..... ^^ 

Susahnya nak lawan nafsu ?

memang susah nak lawan nafsu tapi tatkala ianya penuh dengan didikan nafsu itu pasti mengundur diri sedikit demi sedikit ....sama seperti tahajud seandainya ianya menjadi satu kebiasaan dengan diri kita pabila meninggalkan seharian pasti hati berasa "kelainan"....nafsu perlu ditangani dengan keimanan ......iman semestinya naik dan adakala ianya merundum namun didiklah hati kita bermula dari sekarang dan disitulah pernannya muhasabah diri ...... 

macam mana nak khatam al-quran bagi wanita ? 

wanita mungkin berbeza sedikit daripada lelaki ... berbeza ??? wanita diberikan anugerah "uzur syarie" setiap bulan .... berapa hari ? bergantung pada individu tersebut paling lama 15 hari yer..... bg kaum hawa untuk capai matlamat khatam al-quran sepanjang bulan ramadhan mereka perlu berkorban lebih banyak berbanding sebelum diberikan keuzuran .... sebagai pemudah bicara 

contohnya : anda menadapat cuti selama 3,4,5,6,7,8 dll anda perlu berusaha untuk "menqadhakan" bacaan ... bermaksud sekiranya dalam satu hari anda mampu menghabiskan 1 juzuk al-quran jadi darabkanlah jumlah bilangan hari dimana anda mendapat keringanan  dengan juzuk al quran .... senang cerita sekiranya 3 hari dan setiap hari dapat menghabiskan satu juzuk perkiraanya sebanyak 3 juzuk yang anda perlu catch up selepas waktu suci ..... memang susah namun ada nikmat disebaliknya ....

Ehhh kalau baca sahaja tak faham maksud buat apa tak guna juga kan ?

ada juga yang akan mempertikaikan keadaan ini namun ingatlah sabda Nabi saw 

" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"

" Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

" Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"

Seandainya kita mampu bertadabbur al-quran serta menghayati maknanya itu merupakan satu kelebihan dan bonus buat diri sendiri.....yang penting membaca ......

tidak kisahla apa yang anda ingin kecapi sepanjang ramadhan ini asalkan ianya penuh keikhlasan .... bila lagi kita ingin "memberi" cinta kita pada Rabb sekiranya cinta itu dikorbankan pada bulan ramadhan ini ... seandainya anda mampu mengkhatamkan al-quran dalam Ramadhan kali ini ucaplah syukur kerana anda mampu melwan diri dengan fitrah nafsu .... dan jgan dilupai untuk mengakhirkannya dengan doa khatmil quran ..... dan penulis yakin bila hari ke akhir ramdahan anda akan menitiskan air mata ....

jadi belum terlewat mengikut perkiraan penulis untuk anda semua renew your goals and insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan pada perkara yang baik ......... jangan dizalimi diri kerana untuk mengejar sesuatu yang sunat ..... an jangan pula melupakan perkara yang wajib dibuat untuk melaksanakan yang sunat .... sesungguhnya zikir yang paling afdhal ialah dengan membaca al-quran ....... seandainya mampu mengkhatamkan al-quran jangan lupa untuk sedekahkan pulut kuning kepada teman teman heheheh e[gurau sahaja]

Apakah matlamat anda ? 

tepuk dada tanya diri sendiri ... =)


Matlamat penulis ? 

melakukan perkara yang sama seperti puasa yang sebelumnya cuma ______________ insyaAllah ....

sekali lagi ingin ditegaskan bukan untuk riak sebelum dipostkan entri ini berfikir dua tiga kali dan beristigfar dengan hati ..... dan mungkin disebabkan tiada follower yang ramai penulis "berani" untuk berkongsi dengan diri  dan penulis pasti anda diluar sana lagi HEBAT !!!! 

SALAM RAMADHAN ...... moga moga kita semua bertemu dengan lailatul qadar ..... 

"YA ALLAH JADIKANLAH DIRIKU INI DARI SIFAT RASA UJUB, RIAK DAN TAKABBUR DAN BANTULAH KAMI UNTUK MELAWAN NAFSU NAFSU MAZMUMAH DAN PENUHILAH HATI KAMI INI DENGAN NAFSU NAFSU MAHMUDAH .... TERIMALAH AMALAN KAMI SEPANJANG BULAN INI .... AMIN YA RABBAL 'ALAMAIN...."

apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri


  

No comments:

Post a Comment