FOREVER ALONE
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur kita kehadrat
Illahi kerana pada hari ini masih lagi diberi kesempatan bernafas olehNya. Pada
hari ini juga kita masih diberi segala nikmat yang tidak terhingga olehNya. Masih banyak draft entri yang tersimpan yang belum dilengkapkan isinya InsyaAllah sedikit demi sedikit akan dilengkapkan isinya . Moga moga Allah masih memberi ruang serta kesempatan untuk menggerakkan jari ini untuk terus "mengayat" ...
Pembaca
yang dirahmatiNya sekalian...
Dunia adalah tempat singgahan.
Diumpamakan kita sebagai seorang musafir yang berteduh di bawah rimbunan
pepohon.Di dunia inilah juga akan menentukan samada kaki melangkah ke syurga
atau ke neraka. Dunia itu indah !!! memang betul dunia ini serba indah.Namun
jangan dek kerana hidangan dunia ini yang terlalu indah sehingga melalikan hati
kita. Di dunia inilah merupakan satu titik permulaan buat kita sebelum kita
melangkah ke alam yang sungguh berbeza.
Dalam
surah al hadid ayat 20 Allah swt telah berfirman :
" Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah
permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan
berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu
melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras
dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak
lain hanyalah kesenangan yang menipu. " (al hadid ayat 20)
Benar
!!! kehidupan dunia ini hanyalah suatu permainan dan senda gurauan. Semua yang
kita lalui tidak lain tidak bukan hanyalah satu ujian yang wajib kita sebagai
hamba Allah swt tempuhi . Bilamana berbicara tentang dunia kita semua akan rasa
seronok untuk menceritakan tentang perkara perkara yang sudah dilakukan di atas
dunia . Namun hakikatnya apabila hendak dibicarakan tentang akhirat hanya
segelintir manusia sahaja yang mampu untuk mendengarnya . Adakah telinga kita
ini telah disihir oleh perhiasan duniawi semata mata ?
Bagi mereka yang tegar dengan sikap
keangkuhannya pasti dunia sentiasa berada di hatinya akan tetapi bagi mereka
yang sentiasa mencuri kasih sayang Allah, yang sentiasa memohon keredhaan Allah
sudah tentu mereka akan berusaha ke arah mendapatkannya .
Pembaca
yang dirahmati Allah swt.......
Kehidupan
dunia ini tidak lain hanyalah kesenagan yang menipu. Suatu saat nanti pasti
kita akan kembali ke tempat yang sama . Tatkala itu bukanlah harta menimbun
yang dibawa namun ketika itu hanyalah amalan yang akan diperhitungkan oleh
Allah swt . Adakah amalan yang kita lakukan di dunia ini sudah memadai untuk
dibawa ke alam barzakh seterusnya ?
"Amalan
aku masih tidak mencukupi" .... kadang kadang kita sentiasa bermonolog
sendirian. Kata kata itu jua menjadi igauan buat mereka yang sentiasa mencari
serta mengharapkan Redha Allah swt. Namun kita sebagai hamba Allah yang lemah
perlu memperbahurui diri sepanjang kehidupan. Kerana segala amalan yang
dilakukan di dunia inilah yang menjadi mata saksi kepada kita sejurus melangkah
ke alam akhirat.
"Arghhh!!!
Bila lagi nak berseronok kalau bukan sekarang" . Ada segolongan masyarakat
kini yang sentiasa menyembah nafsu mazmumah akan tetapi mereka lupa
hakikat tujuan kehidupan di muka bumi ini. Allah swt telah berfirman
:
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk
beribadah kepada-Ku.”
( Adz –Dzariyat: 56 )
Allah
swt menciptakan jin dan manusia hanyalah untuk beribadah kepada Allah swt .
Sekecil kecil amalan sekalipun jika dilkukan kerana Allah swt juga dikira
beribadah.
Pembaca
yang disayangi sekalian.....
Betul
katamu "kuburmu, kuburmu dan kuburku, kuburku"... Andai diri kita
menelusuri kehidupan di alam barzakh pasti tak tercapai oleh akal akan
seksaanya. Seandainya Tuhan itu menayangkan seksaan di alam barzakh sebelum
ajal menjemput kita sudah pasti kita akan sentiasa memupuk sifat sifat mahmudah
dalam diri.
Di
dunia ini,tidak perlulah kita mendabik dada seandainya diri kita seorang
jutawan, tidak perlu sombong jika kitalah hartawan apatah lagi terus menerus
mengejar keseronokan dunia kerana di pengakhiran waktu sudah pasti kita akan
bersendirian. Tiada kawan, duit, dan keseronokan menemani kita. Ketika
inilah kita akan bersendirian berbumbungkan tanah yang merah, bertilamkan papan
yang yang usang.Di waktu inilah kedatangan para hakim singgah sebagai tetamu.
Hakim yang akan menyoal serba satu soalan. Pada ketika ini jugalah tiada talian
hayat yang bisa disambung untuk menolong kita lagi tidak lain tidak bukan
hanyalah tiga perkara seperti mana yang disabdakan oleh junjungan Baginda saw :
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan
pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan
tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah
orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(hadis sahih riwayat
Ahmad)
Pembaca yang sentiasa dalam peliharaanNya.....
Sudah sampai masanya untuk kita
sebagai insan yang serba kekurangan ini melakukan anjakan paradigma sebagai
persediaan ketika mana ajal datang bertandang. Memang benar untuk melakukan
perubahan teramat sukar namun ingatlah selagi mana kita niat untuk melakukan
kebaikan pasti Allah swt akan membuka laluan lauan buat hambaNya yang sentiasa
berusaha. Bukankah melakukan kebaikan itu merupakan satu kemanisan bila
diamalkan namun menjadi satu kerugian jika dorongan nafsu sentiasa
mengajak melakukan kejahatan kerana sudah pasti tiada ketenangan jiwa
dirasai. Pujuklah seluruh anggota tubuh badan kita untuk terus menurus
melakukan amal kebajikan yang pastinya amal inilah yang akan menghadiakan kita
syurga sebagai ganti kepada amalan amalan yang telah dikerjakan.
Yang hidup pastinya akan mati .
Seperti mana firman Allah :
Firman Allah SWT, "Yang menjadikan mati dan hidup,
supaya dia menguji kamu. siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia
Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
(Surah Al
Mulk 67 : 2)
Namun kita sebagai seorang hamba yang kerdil
sudah pasti menginginkan sebuah kematian yang dinamakan sebagai husnul khatimah.
Tidak ada hambaNya yang ingin mati dalam su’ul khatimah atau dalam keadaan tidak
beriman serta diazab di dalam kubur oleh malaikat Munkar dan Nakir.
Hadis Abi
Said mengatakan, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Kubur itu adalah salah
satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga."
lubang neraka atau syurga |
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seorang Rasul yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matilah kami bersama orang-orang yang berbakti."
(Surah Ali 'Imran 3:193)
"Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami pahala yang
telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-RasulMu, dan janganlah Engkau
hinakan kami pada hari Kiamat kelak, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
( Surah Ali
'Imran 3: 194 )
No comments:
Post a Comment