Friday 10 August 2012

Metafora Nafsu

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk melihat, mendengar,menulis dan bergerak ke sana sini........ i'll drive my " little  baby" by tomorrow after sahur to " reach " my destiny .... home sweet home ..... pray safety for me my beloved readers ..... =) .... perhaps i can sleep early tonight after tarawikh..... so i leave a 'warkah' to all of you... hopefully it will give some benefit to the readers .... and today is 21'st Ramadhan .... so where you are now reading juzuk of al quran ? not too late but you and i need to speed up the gear ..... Selamat menjalani Ibadah Puasa dan berbuka bersama yang tersayang jangan lupa ibadah terawikh dan selamat khatam al -quran ...... moga moga Allah menilai setiap amalan kita ..... dan maafkan diri ini andai tersalah bahasa mahupun melafazkan ungkapa ungkapan yang kesat .... salam sayang dari SUTERA buat para pembaca   budiman sekalian  .................. ( @ Bangi ) 


To anynomous you can leave your comment .......... ^^


Nafsu oh nafsu kenapa engkau JAHAT ?

aiyya......dish dish dish Nafsu !!!
apabila menyebut tentang hawa nafsu ianya merupakan satu rahsia yang boleh kita singkapkan di sebalik Hawa Nafsu itu sendiri ...... ramai yang menyangka hakikat nafsu itu sering mengajak ke arah kejahatan mahupun sesuatu keburukan sesuai dengan hadis yang disabdakan oleh Baginda saw.... Dunia ini adalah medan pertempuran jasad diri dengan bisikan nafsu  hanya keimanan sahaja yang mampu menjadi perisai bagi segala ancaman dan ugutan nafsu kadangkala keimanan juga akan dibelakangi oleh turutan hawa nafsu ..... hanya ketakwaan sahaja yang menjadikan nafsu itu tertunduk diam dan ketakwaan itu juga akan menjadi kemenangan kepada hati hamba hambaNya. Bukan itu sahaja, dunia juga wacana kehidupan bagi segala kebaikan dan keburukan. Baik dan buruknya sesuatu kehidupan bergantung kepada nilai kemanusiaan dalam  diri. Andai sudah tertewas dengan ajakan nafsu pasti ianya mempengaruhi seluruh kehidupan kita. Susahkan sebagai seorang insan yang serba kekurangan ingin bermujahadah dalam memerangi nafsu ? Benarlah kata baginda saw dimana 

Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? 
RasuluLlah berkata: Jihad menentang hawa nafsu”. 

Mana mungkin seorang manusia di dunia kini sering berjaya dalam merantai hawa nafsunya dari memamah hati. Hatta seorang Nabi juga kecundang dalam ajakan nafsu.Mengimbas kembali sejarah lampau memperlihatkan bagaimana Nabi Adam as yang tinggal di taman syurga akhirnya dicampakkan kerana terpesona dengan godaan nafsu . Sejarah nafsu juga memberitakan kisah dua adik beradik iaitu Qabil yang membunuh saudaranya sendiri Habil. Apakah nafsu tidak mengajak kita daripada lalai mentaati perintah Allah ? Sudah tentu tidak ! ianya sentiasa memburui insan yang dinamakan manusia .......

Dengan ilmu didadalah manusia mampu menilai serta membezakan antara yang baik dan buruk sesuai dengan firmanNya :

Allah sekali-kali tidak menzalimi hambanya.” (Surah Al-Kahfi, ayat 49) 

Apa itu hawa nafsu ?

Berdasarkan pandangan ulama tasawuf, maksud hawa nafsu yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan dua perkara penting iaitu :

1) Keenganan menunaikan kewajipan beribadah kepada Allah ataupun bersifat pasif dalam mengerjakan perintah-Nya. Ini yang dimaksudkan dengan hawa

2) Kecenderungan melakukan penderhakaan, bangkangan ataupun kemungkaran kepada perintah allah yang menyebabkan dosa dan maksiat ataupun dalam kata lain, bersifat aktif dalam mengerjakan larangan Allah. Ini yang dimaksudkan dengan nafsu.

Jika dilihat kepada dua pengertian hawa merujuk kepada Keengganan manakala nafsu pula membawa maksud kepada Kecenderungan. Keengganan beribadah ini dapat diubah kepada ketaatan dalam melaksanakan ibadah manakala kecenderungan ke arah maksiat dapat dihapuskan. Inilah kaedah bagaimana hendak menundukkan hawa nafsu dimana ahli tasawuf mengatakan bahawa Hawa itu perlu diaktifkan dan nafsu itu perlu dipasifkan ....ianya perlu digandingkan bersama antara hawa dan nafsu

Dalam surah asy-Syams ayat 8 hingga ayat 10 , Allah telah berfirman 

Kemudian Allah mengilhamkan kepadanya jalan yang kejahatan dan jalan taqwanya;

Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang membersihkannya.

Dan sesungguhnya amat rugilah orang yang mencemarkannya.

Ayat ini jelas menunjukkan Allah Yang Maha Pemurah itu telah mengilhamkan kepada jiwa manusia dua jalan iaitu ke lembah kejahatan ataupun ketakwaan. Bagi manusia yang tertarik kepada kefasikan selalunya mereka adalah insan yang sentiasa terpengaruhan dengan cucukan hawa nafsunya. Namun bagi jiwa manusia yang tertarik untuk menujui jalan ketakwaan sudah semestinya mereka itu mengikut perintah dan petunjuk yang telah dikurniakan Allah swt.

Banyak perkara yang boleh dikupaskan berkenaan hawa nafsu. Namun kali ini kita cuba menyelami metafora yang digambarkan sepertimana yang termaktub dalam lembaran suciNya. Allah telah berfirman dalam surah al-jasiyah ayat 23 yang membawa maksud :

Pernahkah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya (bahwa ia tidak layak lagi memperoleh petunjuk), serta Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan di atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mau ingat?

Allah telah menyatakan dalam surah ini bahawa bagi manusia yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan pastinya Allah akan membiarkannya sesat dan juga mengunci mata pendengarannya serta hatinya dan juga meletakkan tutupan di atas penglihatannya.

Kini ada segelintir dalam masyarakat kita terutamanya tidak lagi menyembah Allah tidak lagi mengakui kewujudan Sang Pencipta. Mereka ini lebih rela menyembah keinginan nafsu yang membuak buak. Nafsu yang sentiasa memukau mata tentang keindahan duniawi ataupun materialistik. Mereka menganggap kesenangan dunia akan berkekalan dan teramat indah jika 'dihargai'......namun mereka lupa akan firman Allah dalam salah satu surah Al-Hadid ayat 20 :

Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga diantara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan,seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani,kemudian (tanaman)itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.Dan diakhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.

Jika hidup bertuhankan nafsu lantaran itu jugalah penyebab kepada berlakunya kezaliman, penindasan, jenayah yang berleluasa dan sebagai kemaksiatan yang mencemari imej agama Islam itu sendiri. Disebabkan manusia yang sering menolak akan petunjuk Illahi dan risalah kebenaran tauhid penyebab kepada kekacauan keamanan dan keharmonian jiwa. Ternyata mereka lebih cenderung memilih jalan kefasikan berbanding ketakwaan . Alangkah ruginya jika kita juga termasuk dalam golongan yang bertuhankan nafsu. Astagfirullahal'azim.....

dalam surah al-Baqarah ayat 7 Allah swt telah berfirman :

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.


Apa makna hidup di dunia andai Allah telah mengunci hati serta pendengaran bahkan penglihatan jua. Ditambah lagi dengan azab yang akan ditimpa oleh mereka. Hanya ubat Taubat Nasuha sahaja yang mampu menjernihkan serta menyucikan hati sudah diwarnai kehitaman.

Terdapat banyak ayat ayat Allah yang menekankan perkaitan antara hati dan kehidupan. Manusia yang bertuhankan nafsu bermaksud mereka yang selalu menuruti keinginan syahwat mereka dengan membuat kemaksiatan dan dosa. Inilah punca mengapa segelintir dari masyarakat kita semakin jauh daripada pancaran hidayah Allah swt dan itu yang disyaratkan oleh Nabi Muhammad dengan katanya , "Ada empat sebab kesengsaraan iaitu kebekuan mata, kekerasan hati, panjang angan angan, dan ketamakan kepada dunia (direkodkan oleh Al-Bazzar)"

Ayuhlah saudaraku jika dirimu sudah menjauhi Tuhanmu masih ada waktu untuk dirimu pulang menemukan Allah swt. Hanya doa taubat yang mampu menyembuh hati yang kerosakan itu supaya ianya kembali bercahaya mengikut neraca al-quran.

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (gandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang (an-Nur ayat 35) 

Oleh itu,mereka yang dilimpahi Allah dengan hidayahNya bersyukrlah akan nikmat yang diberikan kerana Hidayah itu akan dianugerahkan kepada sesiapa yang dikhendakiNya sahaja. Mereka inilah golongan ahli syurga yang mendapat kenikmatan kenikmatan yang tiada tara.Sebaliknya siapa yang tidak dikurniakan cahaya Allah mereka akan dipenjarakan sebagai ahli neraka... Nauzubillah .....

~nafsu itu sering menyuntik ke arah lembah kehinaan namun ayatNya menjadi penawar bagi segala nafsu ~ Qouted from N.S.B.S

wallahu'alam.........




1 comment:

  1. InsyaAllah, moga selamat sampai ke destinasi dengan selamat =)

    ReplyDelete