Tuesday 31 July 2012

Kepulangan

sudah lama tak menyinggahkan diri di Bangi ..... persiapan beg sudah dua hari dikemaskan tetapi bila mendapat panggilan "menyeru" pertolongan niat untuk ke sana harus di batalkan dan insyaAllah hari ini akan ku bawa diri bersama sang kancil menuju ke Bangi untuk bersama sama dengan sedara mara di sana yang sudah lama bertanyakan "bila nak datang....." .... sungguh lama xmenjejakkan kaki di sana apatah lagi bumi Kelantan ..... tidak tahu dimanakan waktu itu telah digunakan ..... walaupun berada di sana sudah pasti hati masih tidak tenteram seandainya di sini memerlukan " kerahan tenaga " .... cuba kuatkan diri untuk berulan alik dari sana ke sini .....

 insyaAllah 10/8 penulis tinta akan mnjadi drive seorang menuju ke kampung halaman selepas sahur / subuh ...... doakan teman yer moga dipermudahkan perjalanan .... bulan puasa menuntut kekuatan serta kesabaran yang tinggi kerana tidak boleh mengunyah, mahupun minum walaupun Allah telah memberi keringanan kepada musafir untuk tidak berpuasa namun ku akan gagahi kudrat untuk memenuhi tuntutan Ramadhan ... bimbang andai tidak ketemu Ramdhan akan datang ... kepada sahabat2x sekalian , mohon maaf sepanjang perkenalan dan halalkan segala makan dan minum ....

sepanjang cuti ini akan diriku manfaatkan ia dengan sebaik mungkin... rindu rasanya untuk bertandang ke pondok dimana disitulah saat kepulangan penulis akan ditadabbur kalam Allah bersama ustazah tetap. Dan cuti ini juga akan penuhi permintaan kawan kawan sekolah /sekelas yang akan mengakhiri zaman solo mereka .. baru kusedar dah ramai rupanya yang dah kawin bahkan sudah mempunyai cahaya mata tak TERUPDATE dengan mereka hanya RAYA sahaja yang dapat mengumpulkan diriku dan juga mereka ..... 

KERETA YANG SIAP DISERVICE
* doakan agar penulis sampai dan pulang ke destinasi dengan selamat ..... walaupun bermastautin di bangi tidak akan ku lupa Tinta Sundus ini kerana masih banyak draft yang disimpan sebelum di publishkan =)

2 comments:

  1. belum balik lgpun .... baru je kat Bangi umah mak sedara.... hari ini baru janji ditepati nak bertandang ke bangi ... bermain ngan budak budak kat cini.... terima kasih atas doa tersebut .. y pastinya mncabar gak drive sorang dalam bulan pose ..... Innallah ha ma'ana

    ReplyDelete