Thursday, 28 June 2012

pemilik hati tinta sundus


pemilik hati tinta sundus

" hanya jauhari yang mengenali manikam "......Sudah sampai masanya untuk ku berterus terang wahai sahabat yang kukasihi kerana Allah swt..Mungkin dengan cara ini dapat diriku memuaskan hati yang tertanya tanya..bukan ku melarikan diri dari persoalan tersebut...namun jauh di sudut hati ingin merahsiakannya...bukan pujian yang ku dambakan apatah lagi "anugerah" yang ditempa...diriku takut,bimbang, risau andaikata penulisan ini hanyalah semata mata untuk menebarkan rasa riak dihati., menebalkan perasaan ujub di hati....Allahurabbi...Dialah pemilik Nyawaku....Hanya secebis nota ini yang mampu "menghidupkan" diriku di alam barzakh kelak...inilah nikmat yang diriku akan tinggalkan pada dunia....namun setiap kata, setiap tulisan dicatat oleh Makhluknya yang sentiasa mengawasiku...Atid dan Raqid...

Diriku cuba untuk membisu seribu bahasa saat diajukan pertanyaan 'siapakah penulisnya' .... namun sampai saatnya pasti dikau mengerti wahai sahabatku.... nota ini mungkin juga akan menjadi sebahagian naskah wasiatku tatkala sakaratul maut datang menjemput..membawa diriku pulang ke perkampungan abadi...Berhusnudhonlah denganku wahai sahabat....itulah sebaik baik perilaku....

Seringkali 'diejek ejek' oleh teman sekeliling.....memaksa diriku membuat pengakuan....namun hanya senyuman yang bisa diriku lontarkan.....ejekan itu tidak menyentuh hatiku..tidak sesekali..bahkan ianya membuat diriku terpaksa menyembunyikan tawa senyuman...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan tatkala itu.....=)....

duhai sahabat sahabat yang kusayangi kerana Allah swt...

maafkan diriku andai telah menyinggung perasaanmu...mungkin hanya dengan amalan ini yang mampu meluluskan diriku menembusi dinding syurgaNya...Diriku tidak tahu amalan mana yang diterima olehNya..moga moga nota ini bisa menjadi "SIJIL" UKHRAWIKU.......insyaAllah....

SALAM SAYANG DARIKU UNTUK SAHABAT SAHABATKU.........




Tuesday, 26 June 2012

Cuaca Hati.............


MARAH!!!


insyaAllah..................


Jam menunjukkan pukul 11.15mlm.....diriku kembali segar untuk 'beriadah' di ruangan ini....tidak dinafikan setelah berhempas pulas dengan sistem dari pagi ke pagi keesokan hanya duduk menghadap laptop selama beberapa hari dan mampu memejamkan mata selama 5-10 minit....Hanya Allah sahaja yang tahu....namun syukur Alhamdulillah kepadaNya jasad ini mampu bertahajjud kepadanya...Allah membantuku untuk qiyamulail menunduk wajah padaNya....Alhamdulillah......kerana matlamatku seminggu mesti lebih 3 kali walaupun dalam diri niat untuk melakukan hari hari......

Hari ini, tatkala mendongak ke langit biru melihat kepulan awan yang pada mulanya putih secara zahir berubah warna sedikit demi sedikit...." agaknya awan sudah sarat....kain di jemuran belum dialihkan..."berbisik hatiku......Cuaca hari ini tidak seperti kebiasaannya.....mendung serta menyamankan.....itulah nikmat Allah yang kadang kala kita lupa untuk mensyukuri...Adakalanya kita mengeluh kesah dek panas yang terik, kegelisahan hati tatkala hujan menyirami bumi namun semua kejadian tersebut tidaklah Allah timpakan melainkan ada hikmah di penghujungnya.......Semua keadaan cuaca itu akan memberi kesan kepada kita.....

Pembaca yang dikasihi kerana Allah swt,

Seringkali kita melihat pada perubahan cuaca dalam kehidupan kita...ada masa cuaca itu mendung yang memberi ketenangan......ada ketika cuaca itu panas seolah olah tubuh bermandikan peluh.....dan ada juga cuaca itu hujan sehingga mampu menyelimuti jasad....cuaca itu boleh berubah dari semasa ke semasa....namun setiap perubahan itu atas kehendakNya serta TakdirNya...sesungguhnya Allah yang mengawal aturan alam semesta ini..

Jadang kadang kita sentiasa merengek di atas cuaca yang tidak menentu disebabkan cuaca yang Allah limpahkan pada kita tidak seperti yang kita khendaki,namun pernah atau tidak kita melihat cuaca hati diri sendiri....jika diselidiki adakah hati kita seharian dalam keadaan tenang dan cuaca hati itu tidak pernah berubah ? sudah pasti hati kita ada perubahannya..ada masa kita lebih cenderung untuk melakukan kebaikan dan ada masanya kita juga tidak mahu untuk melakukan sebarang kebaikan..Kita ambil contoh yang paling mudah iaitu sifat amarah. Semua manusia pasti mempunyai sifat amarah dalam diri cumanya bergantung kepada bagaimana seseorang mengawal sifat mazmumah tersebut.

"Aku sangat marah dan geram !!! " Marah itu adalah perasaan namun hati hati dalam menguruskannya walaupun hakikatnya terdapat sedikit kesulitan dalam menguruskannya...Tatkala hati kita geram, marah dan sebagainya sedikit demi sedikit ianya banyak memberi kesan kepada diri sendiri bahkan juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita...kajian ada menyatakan bahawa apa yang difikirkan otak benar benar mampu mencederakan jantung kita. Dalam kata lain, pekerja yang terlalu bercita-cita tinggi dan 'terlebih' rajin kurang risiko diserang sakit jantung berbanding golongan yang menyimpan dendam, marah dan menentang secara berselindung.Jikalau hati seseorang pada mulanya dalam keadaan tenang, tidak mustahil dalam waktu terdekat hati itu boleh berubah kerana hati itu dipegang oleh Allah swt.Ternyata Islam  mencela sikap marah sebagaimana firman Allah:


 (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)


Kenapa Allah kurniakan rasa Marah ?

Semua sifat, perasaan, dan sebagainya yang ada pada setiap manusia bukanlah Allah mengurniakan untuk disia siakan tetapi terkandung 1001 hikmahnya..Sama juga perasaan marah ini juga adalah satu kurnian dariNya buat hambaNya.Tapi bagaimana?  perasaan marah itu perlu ada pada diri kita cuma yang membingkan adalah perasaan marah ini bisa membakar diri sehingga hangus terbakar..Kenapa perlu adanya perasaan marah. Sebagai contohnya dalam Islam sendiri ada perkara perkara yang sangat penting seperti agama, nyawa, harta, keturunan dan sebagainya dan sudah pasti kita tidak mengkhendakkan perkara perkara ini sewenang wenangnya diperkotak katikkan..

Berbicara mengenai agama, sudah pastinya bagi kita umat Islam sayang akan agama ini dan tidak mustahil dikatakan kita akan memperjuangkan sehabis habisnya apabila agama Islam dijelek, umat Islam ditindas oleh mereka yang memusuhi. Bukankah sekiranya pada waktu tersebut ada segolongan manusia yang menindas kesucian agama ini perasaan marah kita memberontak di hati ? memujuk mujuk hati agar menentang mereka ? Atau kita hanya diam serta membiarkan Islam ditindas? Sudah pasti tidak!!! Pada masa inilah terbitnya perasaan marah kita pada musuh musuh Islam. 

Marah kerana untuk menegakkan yang benar adalah marah yang terpuji akan tetapi marah yang bersangkut paut kepada hal yang remeh temeh adalah marah yang terkeji. Imam Al-ghazali ada menyatakan bahawa " salah satu cara kita melihat aib kita ialah dengan mendengar apa kata musuh kita. Seharusnya kita membuka pintu hati kita dan menilai kritikan atau kejian musuh kita Apakah benar ada pada diri kita ??? Kalaulah kritikan itu sesuatu yang benar, Alhamdulillah..hakikatnya Allah menegur kita melalui musuh kita. Selagi kita ada ruang untuk menegur, selagi itulah kita ada ruang untuk memperbaiki diri kita.

Bagaimana mengawal Marah ?

Menjauhi sifat marah antara nasihat peninggalan Rasulullah. Perkara itu dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki (Abu Darda’) berkata kepada Rasulullah: “Berikanlah aku nasihat,” Baginda bersabda: “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi menjawab: “Jangan marah”. (Hadis riwayat Bukhari). 

Perkara ini dijelaskan lagi Rasulullah dalam sebuah hadis lain. Pada satu ketika, terdapat dua orang yang saling mencela di sisi Rasulullah. Seorang mencela lawannya dengan penuh kemarahan hingga berubah wajahnya. Maka Rasulullah bersabda: 

“Sesungguhnya aku ajarkan satu kalimah yang kalau diucapkan, pasti hilang apa yang ada padanya. Iaitu sekiranya dia mengucapkan: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan syaitan berusaha memanfaatkan sifat marah bagi memporak-perandakan umat Islam. Sifat marah dalam diri adalah musuh utama manusia. 

Sememangnya umat Islam dikehendaki sentiasa memohon perlindungan daripada Allah supaya dijauhkan daripada syaitan yang dilaknat. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200). 

Selain itu, secara jelas, Islam memberi jalan penyelesaian bagi mengawal marah. Antaranya seperti yang terdapat dalam hadis di atas iaitu dengan membaca ta’awwuz (a’uzu billahi min al-shaytan al-rajim). 

Kalimah itu diajar Rasulullah kepada sahabat untuk mengawal rasa marah. 

Rasulullah juga menganjurkan supaya umat Islam yang sedang dikuasai sifat marah untuk mengubah keadaan fizikal mereka ketika itu. 

Umpamanya apabila seseorang itu sedang marah dalam keadaan berdiri, dianjurkan supaya dia duduk. 

Sabda Rasulullah: “Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad). 

Begitulah keindahan Islam yang amat prihatin terhadap umatnya. Pelbagai cara dan kaedah dianjurkan bagi mengatasi sifat marah. Secara logiknya, jika seseorang itu marah, dan dalam keadaan berdiri, pelbagai keadaan negatif boleh terjadi jika tidak dikawal dengan cara yang terbaik. 

Rasulullah menganjurkan supaya orang yang sedang marah itu duduk dan baring jika rasa marah tidak berkurangan. Umat Islam juga dianjurkan untuk diam daripada berkata-kata ketika marah. 

Bayangkan jika rasa marah tidak dapat dikawal, sudah pasti pelbagai kata-kata kesat dan kurang sopan terhambur keluar. Begitu hebat senjata syaitan ini yang tidak jemu menyesatkan manusia. 

Sabda Rasulullah: “Apabila di antara kamu marah, maka diamlah.” (Hadis riwayat Ahmad). 

Dalam hal ini, sifat sabar amat diperlukan. 

Tanpa kesabaran, tidak mungkin seseorang itu boleh diam ketika marah sedang menguasai diri. 

Justeru, wajar untuk menanam sifat sabar dalam diri lebih-lebih lagi ketika marah. Firman Allah dalam al-Quran: “Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.” (Surah al-Ma’arij, ayat 5). 

Jika sifat sabar dapat ditanam dalam diri, nescaya rasa marah sukar menguasai jiwa dan akal seseorang Muslim. 

Oleh sebab itu, darjat orang-orang yang sabar amat tinggi di sisi Allah.  Terdapat banyak ayat menyatakan sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama golongan yang sabar. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 66). 

Rasulullah amat menyukai orang yang sabar. Baginda pernah memuji seorang sahabatnya Asyaj ‘Abd al-Qays yang memiliki sifat lemah lembut khususnya sabar. 

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah iaitu sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa).” (Hadis riwayat Muslim). 

Menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah, sifat sabar boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Kategori sabar yang pertama ialah sabar ketika melaksanakan perintah Allah, kedua adalah sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan jenis yang ketiga adalah sabar ketika ditimpa ujian (musibah). 

Selain itu, Islam juga menganjurkan orang yang sedang marah segera mengambil wuduk. Selain berfungsi sebagai penghapus dosa-dosa kecil, wuduk juga boleh menghilangkan perasaan marah. 

Sabda Rasulullah: 

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad). 

Banyakkan mengingati Allah dengan cara berzikir kepadanya antara cara terbaik mengawal perasaan marah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati pasti menjadi tenang dan tenteram. 

Jika hati dipenuhi zikrullah, syaitan tidak akan dapat bersarang di dalamnya. Firman Allah: “Ingatlah dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra’d, ayat 28). 

Rasulullah menganjurkan kita berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar aku dapat berbicara yang benar ketika marah dan reda.” (Hadis riwayat al-Nasa’i). 

Pengiktirafan yang tinggi diberikan kepada mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah. Sabda Rasulullah: “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti (bergaduh), tetapi kekuatan sebenarnya adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi). 

Rasulullah menyatakan ganjaran akhirat bagi mereka yang berjaya mengawal perasaan marahnya menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah pasti memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari syurga.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmidzi).


pembaca yang dirahmati Allah swt....

Marah itu bukanlah untuk dihapus tetapi untuk diurus, Marah itu juga umpama api di dapur hati, jangan terlalu kuat nanti hangus, dan jangan terlalu perlahan nanti dayus. Seandainya diri kita berada dalam zon kemarahan, wudhukkanlah hatimu itu adalah sebaik baik jalan.

SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL.... 








Thursday, 21 June 2012

aku dan HATI

alhamdulillah dah semakin menghampiri documentation Aku dan Hati....... dalam sibuk yang memang sibuk ni...try untuk RIADAH MINDA di sini....terima kasih kepada pengunjung yang semakin hari semakin meningkat.......moga2x dirimu dan diriku memperolehi hidayahNya.....amin.........

Sunday, 17 June 2012

baca al-quran sampai diHALQUM vs sampai diHATi

TEMPAT UNTUK MEREHATKAN MINDA SETELAH KEPENATAN BERADA DI ALAM PROGRAMMING...... ^^ MALAM NI INSYAALLAH AKAN DI POST BERKENAAN ENTRY INI YE SAUDARA SAUDARI SEKALIAN.......

Alhamdulillah Tuhan masih menguatkan diri ini untuk terus menulis ilmu yang datang dariNya...hakikatnya keletihan mental itu teramat dirasai dek kerana berjam jam menghadap laptop dari pagi hingga ke petang dari petang hingga ke malam hanya berselingankan solat sahaja...Baru sahaja pulang dari urusan dakwah dalam perjalanan pulang di jalan raya Allah telah mengingatkan diriku bahawa seharian ini diriku belum pun menjamah sebutir nasi...itubuh ini juga memerlukan zat yang mencukupi...ni memang perangaiku dari dulu sampai sekarang...bila dah berurusan depan laptop memenuhi tuntutan coding coding dan network memang tidak hiraukan soal makan....teruk sungguh....Jangan tiru this behave yer kawan kawan....

Berkenaan topik pada kali ini tetiba sahaja diriku rindukan rumah...dah lama tidak balik ke kg halaman selepas bulan 4 lepas....hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini....semua sahabat sahabtku sudahpun pulang menemui keluarga tercinta ketika cuti gawai baru baru ini....Berkali kali juga ditanya tentang "bila nak balik" dari emak, adikku..namun cuba mncari ruang untuk bersama mereka 3 hari akhirnya kecundang...jawapan yang dijanjikan "insyaAllah 2 minggu before raya...".... Saat ada di rumah saat yang menyeronakkan bagiku kerana bila balik, ada je perkongsian dari emakku....pernah suatu ketika semasa diriku balik ke kg didalam bilik semasa maghrib tak silap 

Emak : "cuba baca bismillah..nak dengar.."
diriku (terkejut) : "bismillahirrahmanirrahim..kenapa?"
Emak : "bukan ape nak cek tajwid betul ke tak baca basmallah tu..."
diriku : "ooooo....."
Emak : "bla..bla..blaa.....blaaa..."

* Emakku bukan ustazah tapi apa yang dipelajari di pondok dan masjid pasti dikongsikan.... ^^

teringat sewaktu zaman sekolah rendah dan menengah diriku mengaji dan menadah ilmu tajwid dengan seorang ustaz..ustaz ni mengajar dari rumah ke rumah...banyak ilmu tajwid yang dikongsikan kepadaku...malah bagi bukunya kepada anak anak muridnya...mudah jer nak faham tajwid buat formula dengan lagu......begitulah cara diriku belajar dengan ustaz tersebut....sampai hari ini boleh melagukan tajwid tersebut....alhamdulillah.....

Mencapah agak jauh cerita kali ini...itu hanya selinganku sahaja untuk melepaskan perasaan rindu....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang...

Firman Allah swt : 

yang bermaksud : Orang Orang yang Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka itu membaca dengan cara yang sebenarnya, mereka itu beriman dengannya.dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi.....

sahabat sahabat yang kukasihi kerana Allah swt,

cuba kita muhasabah diri bersama tatkala diri sedang membaca naskah kalamNya...adakah ianya hanya di halqum ataupun ayat ayatNya sampai di hati ? Jika masih di halqum masih belum terlambat untuk kita sama sama menyerap ayat ayatNya sehingga ke lubuk hati...

Berbalik kepada firman Allah swt di atas, Allah telah menyatakan bahawa "orang orang yang kami datangkan kitab.........mereka membaca dengan cara yang sebenarnya........" Di sini ianya memberi pengertian yang mendalam dimana mereka membaca bukan bertujuan untuk berlagu ataupun untuk menghiburkan hati sepert mana yang dikatakan oleh Nabi saw baca al-quran sampai di halqum sahaja tidak masuk ke dalam Hati. Di zaman ini ramai di kalangan manusia yang mengejar ngejar kearah suasana ini...Tidak dinafikan apabila setiap ayat ayat al-quran dilagukan dengan melodi bayati, nahawand, Saba dan sebagainya memang menyedapkan telinga yang mendengar...dan ianya tidak salah disisi agama...diriku juga belajar melagukan kalamNya dengan taranum Bayati (belajar di you tube sahaja..untuk hiburan diri sendiri ^^)...

Namun persoalan kini alangkah beruntungnya jika mereka yang mempunyai kelebihan dalam melagukan ayat ayatNya memahami maksud dengan sedalam dalamnya atau dalam erti kata lain perlu mentadabbur surah yang dibacanya...sebagai contoh bilamana diriku melihat pertandingan tilawah al quran, especially untuk kaum hawa, mereka membaca dengan suara yang sungguh sedap namun bila melihat kepada cara pemakaian yang tidak menutup aurat dengan sepenuhnya diriku rasa ada sesuatu yang belum melengkapi orang tersebut...bukan untuk mempertikaikan namun itulah hakikatnya...

Tetapi apa yang dinyatakan oleh Allah swt, orang yang didatangkan kitab itu membacanya dengan sebenar benar bacaa iaitu apabila bacaannya sampai kepada ayat berhubung syurga, dia minta syurga.Sebaliknya apabila bacaannya singgah pada ayat neraka, dia memohon perlindungan daripada Allah swt agar dijauhkan dari An-Nar itu...

Dengan berpandukan ayat ayat Allah swt, apa yang boleh dilakukan pada waktu itu ialah saat ayat al quran dibacakan, kita dengan kadar segera bertindak serta melaksanakan mengikut maksud al-quran dan bagi mereka yang tidak dapat melaksanakannya dia berjuang berhabis habisan untuk sehingga hukum Allah dapat dilaksanakan...

Sebagai contoh yang mudah, ialah berkenaan air arak...secara umumnya ramai yang mengetahui Arak itu HARAM dan telah difirmakn oleh Allah swt berkenaan arak.Bilamana Allah menyatakan arak itu haram, dia berusaha supaya arak itu diharamkan. Di samping itu mestia ada negara Islam yang menjalankan hukum Allah swt...

Selain daripada itu, dalam al-quran banyak menceritakan tentang syurga dan neraka antaranya ialah :


yang bermaksud : "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan/isteri- isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya."

bilamana ada ayat berhubung dengan syurga kita sebagai manusia minta supaya Allah swt menghadiahkan kita syurga bahkan dimasukkan kita ...dalam kalangan ahlul jannah...amiin.....dan bilamana  sampai sahaja ayat "dan bagi mereka azab yang besar", kita minta agar diri kita dijauhkan daripada azab ini...

sahabat sahabat yang ku sanjungi kerana Allah,

Kita sekarang berada di zaman moden yang penuh dengan teknologi teknologi yang canggih bahkan tatkala kini al-quran digital turut dijual di pasaran...namun ianya baik dibeli sekiranya digunakan dengan betul..sekiranya kita mempunyai berpuluh puluh sekalipun naskah al-quran namun tidak memahami satu pun ayatNya amatlah rugi...dan suka untuk saya menyatakan bahawa elakkanlah diri kita untuk mempunyai koleksi al-quran..takut takut kita menzalimi quran tersebut...Maksud menzalimi al-quran ialah apabila kita mempunyai banyak sangat koleksi al-quran namun yang hanya digunakan hanyalah sebuah al-quran jadi kita boleh dikatakan sebagai menzalimi al-quran yang lain kerana kita tidak menggunakan yang selebihnya untuk dibaca....(diriku akan mengelak dari menjadikan al-quran sebagai hantaran perkahwinan baik pihak lelaki mahupun perempuan...selingan aje nih...siapa bakal suamiku Allah sudah tentukan sewaktu 4 bulan Redha dan terus berdoa.....)

Kepada pembaca pembaca al-quran terutamanya golongan muda mudi tetapi tidak mengerti apa yang dibacakan dan tidak tahu menilai makna ayat ayat al-quran amat beratlah keadaan mereka..kenapa diriku menekankan kepada golongan muda??? bukan bermaksud golongan yang lain tidak perlu namun kepada mereka yang celik huruf ini patut mentadabbur al-quran sekurang kurangnya satu ayat....

Bilamana bacaan sambil bertaranum kita  hanyalah baca semata mata maka dengan sebab itu apabila dibacakan pada ayat al-quran  "bagi merka azab yang besar" kita yang mendengar akan berkata "Allah bagusna bacaannya.." Walhal perkara pokoknya ialah ayat tersebut menyatakan tentang azab Allah tentunya kita akan fikir dengan ayat tersebut dan akan merasa gentar kerana ianya melibatkan Azab Allah..sepatutnya begitu namun sebaliknya berlaku....Tetapi disebabkan oleh orang Islam sendiri tidak memahami al-quran maka berlakulah kejadian yang tidak diingini...

mungkin akan ada yang mempertikaikan tentang entri kali ini....namun buat para pembaca sekalian yang sentiasa dalam rahmatNya, walaupun ada mufassirin mengatakan ayat ini ditujukan kepada orang orang Islam dan ada yang mengatakan ayat ini ditujukan kepada ahli kitab yang masuk Islam bersama sama dengan Rasulullah saw tetapi IKTIBAR itu diambil dari lafaznya yang umum bukan daripada sebab turun ayat yang khusus itu. Di mana ayat ini menjadi iktibar yang berpanjangan kepada kita dimana Allahs wt berfirman dalam surah al-baqarah ayat 121 yang bermaksud :

"Barangsiapa yang kafir dengannya (dengan kitab) "

Dia membacakan kitab tetapi tidak percaya kepadanya sama ada dia ingkar secara mengerti atau tidak dengan dia berkata kalau melaksanakan Islam tidak akan membawa kemajuan di zaman ini. Walaupun dia membaca al-quran tetapi dia kufur dengannya..

Oleh itu ingin diriku mengajak anda semua untuk turut besama sama mentadabbur ayat al-quran tak kisah surah apa sekalipun sekurang kurangnya dalam hati kita, kita boleh berpegang dengan satu ayat yang telah kita taddabur...moga moga dirimu dan diriku bisa menjadi generasi Al-quran....

*setakat ini sahaja yang boleh dikongsikan mohon maaf andai tersalah bicara, tersalah perkongsian...mata sudah mulai layu dengan lafaz bismikallahhumaa......wa amut....diriku mengundurkan diri.....tulisan mulai kabur ketika ini..ada yang tanye FB empunya blog ni jadi jawapanku biarlah ianya menjadi rahsiaku denganNya.... =)

BERAMAL KERANA ALLAH
PEMUDA MELANGKAH GA..GAHHHH.... ^^ 













Friday, 15 June 2012

~ hawa untuk adam, adam untuk hawa ~


* SESUKA SUKI PENULIS TINTA POST ALAH INI......NO PROVOKASI....SESUNGGUHNYA INI BUKAN MELODI APATAH LAGI FUHH, MAHUPUN PROPAGANZA.... ^^


DUNIA ADALAH PERHIASAN....SEINDAH HIASAN 
ADALAH WANITA SOLEHAH YANG AKAN MEMBAHAGIAKAN..........
ADAM............ 



PILHAN DI TANGAN ANDA ....... ^^


Wednesday, 13 June 2012

CakePHP

insyaAllah memandangkan SUKAR untuk rujuk languages ni n no one GURU kat institusi yang master dalam languages ni disebabkan languages ini masih baru di Malaysia after saya free saya akan cuba berkongsi dunia programming dengan guna languages ni untuk mereka yang di luar sana....insyaAllah after habis segala project programming yang bertimbun timbun....24 hours friend with TOSHIBA ... =) ... ......

What you have, you should give to them
more you share more you get   ~ _tinta_sundus_

Friday, 8 June 2012

FITRAH DAKWAH

ASSALAMUALAIKUM...rasa rasanya sudah lama penulis tinta ini menyepikan diri dari dunia FB (opppsss!!!!)......bukan tak sihat tapi saje je....bzzzzzz!!! so beralih arah pulak.......hehehehe..dunia blog ni lah teman hidupku......ada yang berkata kepada diriku "adakalanya lebih mudah mengenali "orang lain" daripada diri sendiri...hakikatnya "orang lain" itulah yang akan mencerminkan siapa kita".....maksudnya begini...let say if we as a user of any social networks likes FB,twitter and whatever kind of social network, then someone will known us much more on FB  or any related social networks compared with ourself such as our AKHLAK, PERSONALITY and bla..bla...blaaa....is it true ??? depends on individual perception... lets we think deeply...

lets we jump on the topic!!!!

Ada apa pada dakwah ??? dakwah itu CINTA....dan tidak ada dakwah jika tanpa cinta...dakwah ini bukanlah sesuatu perkara yang dilakonkan namun ianya lahir dari satu perasaan yang wujud dalam hati iaitu kesedaran dan ianya dipandu pula oleh kefahaman..Dakwah itu adalah nafas kehidupan kita...suasana dunia yang agak meruncing tatkala ini yang membuatkan hati tak senang, perjalanan kita tak tenang, fikiran kita melayang layang..namun dengan kesedaran yang tinggi akhirnya kita perlukan satu tindakan iaitu BERDAKWAH....jika dakwah itu dikatakann cinta pastinya ianya menuntut pengorbanan yang tinggi..andai cinta manusia sanggup merentasi lautan bergelora inikan pula dakwah...lautan yang bergelora itu pasti dapat kita tenangkan betul tak ? =)..... Bila sebut sahaja tentang cinta dalam erti kata dakwah, sudah semestinya ia meminta pelbagai kehendak...Perjalanan kita, Duduk kita, Fikiran kita, Hati kita dan sebagainya..kadang kala dalam lena tidur juga kita dibuai buai dengan mimpi yang menuntut kita untuk berdakwah kerana terlalu cintanya kita akan masyarakat islam...memang itulah hakikat dakwah yang menyedut saripati tenaga kita sampai ke tulang belulang bahkan sampai ke daging yang terakhir yang menempel di tubuh kita....namun seandainya kita bisa melepasi semua kehendak ini pasti dakwah itu akan berjaya dilaksanakan....

namun pembaca pembaca yang ku sayangi kerana Allah....

Dakwah kini memang sangat mencabar....Tatkala berdakwah, tatkala itu jugalah ada sahaja halangan yang datang tanpa diundang....inilah hakikatnya Fitrah dalam berdakwah..Dakwah kini memang sangat mencabar keimanan...hanya mereka yang tegar sahaja yang bisa melepasi mehnah dan tribulasi..dan pastinya orang itu bukanlah termasuk di dalam golongan yang tercicir....moga moga kita semua bisa istiqamah dalam perjalanan yang masih panjang ini...."hari ini bukan akan menentukan siapa kita tapi masa hadapanlah yang akan menentukan siapa kita dan di mana kita pada waktu itu...(pesanan untuk diriku!!!)"... 

Saya cuba mengambil satu hadis yang baru sahaja dipelajari malah dibedah......di mana hadis ini bersesuaian dengan topik yang akan dibincangkan iaitu :

Daripada  Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas`ud RA katanya, “Aku masih terbayang Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang nabi daripada nabi-nabi (sebelum Rasulullah) yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah. Dia mengesat darah di mukanya sambil membaca (allahummaghfir li qaumi fa innahum la ya`lamun) yang bermaksud: Ya Allah ampunilah kaumku oleh sebab sesungguhnya mereka tidak mengetahui”. 

berdasarkan hadis ini sesetengah ulama berpendapat bahawa nabi yang dimaksudkan ialah Nuh AS.Dan yang lain berpendapat bahawa nabi itu ialah Rasulullah saw sendiri.

Huraian hadith di atas memberitahu kita : 
  1. kesabaran dan kesantunan para Anbiya' ternyata tinggi sebelum Rasulullah saw dalam memartabatkan Islam 
  2. kita especially sebagai seorang dai'e haruslah meneladani serta mencontohi akhlak Rasulullah saw dalam bersabar menghadapi sikap buruk orang jahil kerana junjungan Nabi telah dilontar dengan batu dalam peperangan Uhud hingga berdarah mukanya..
  3. kesabaran Nabi lebih jelas dilihat apabila setiap perbuatan angkara daripada kaumnya dibalas dengan DOA(allahummaghfir li qaumi fa innahum la ya`lamun)
Sungguh indah Akhlak Rasulullah saw dan ternyata jauh berbeza dengan kita sekarang..tiba tiba saya teringat pula zaman dahulu kala dimana tatkala menaiki kenderaan bersama family kemudian....lalu geng geng mat rempit melintasi kenderaanku tanpa disedari terkeluar perkatann dari mulut "kalau accident jap lagi baru lah tau menyesal"..lebih kurang begitulah....Lalu terus ucapanku itu ditegur oleh makku "tak elok cakap gitu doakanlah dia dapat hidayah oleh Allah..".....kadang kadang lidah ni lebih laju dari mulut.....terus muhasabah diri balik....terima kasih MAK!!! ^^

Dalam kerja dakwah perlu ada satu sifat iaitu keihklasan....semangat yang tinggi sekalipun dan hebat maca mana pun orang itu jika tiada keihklasan dalam diri pasti Dakwah itu tidak membuah hasilnya....Cuba kita fikirkan andai kita bekerja dengan penuh keihklasan pasti jika sesuatu yang kerja dilaksanakan itu tidak mendapat kejayaan diakhirnya pasti kita tidak akan rasa FRUST !!!

memang sudah menjadi sunnatullah pekerjaan dakwah ini memerlukan kesabaran yang tinggi lebih lebih lagi jika berhadapan dengan kecaman kecaman musuh musuh Islam..Ianya tidak menjadi satu kepelikan seandainya musuh musuh Islam yang terdiri dari golongan bukan islam yang memusuhi Islam namun dunia sekarang ini seolah olah sudah menjadi satu 'adat' dimana orang orang yang memusuhi tugas dakwah ini adalah dalam kalangan kaum muslimin islam itu sendiri....Bilamana ianya melibatkan kaum muslimin itu sendiri maka bertambah sukarlah untuk menyampaikan dakwah...Cuba kita lihat sejarah Anbiya' di zaman Nabi Nuh as

[kisah Nabi Nuh....]

[buka al-quran surah Nuh] di sini banyak yang diceritakan tentang dakwah semasa pemerintahan zaman nabi Nuh as.Sedikit overview berkenaan dakwah Nabi Nuh as....



Nabi Nuh muncul sebagai Nabi kepada umatnya di saat umatnya sedang menyembah patung patung berhala. Bagi mereka, patung patung itulah Tuhan yg mampu memberi kebaikan kepada mereka. Melihatkan keadaan itu, Nabi Nuh berdakwah kepada mereka supaya meninggalkan amaln terkutuk itu dan kembali menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah swt.
Malangnya dakwah Nabi Nuh langsung tidak diendahkan oleh umatnya pada ketika itu. Pelbagai cara telah digunakan oleh Nabi Nuh tetapi hanya kurang seratus orang yg benar benar mempercayai Nabi Nuh. Dan kesemua mereka yang mempercayai kata kata Nabi Nuh itu merupakan golongan fakir miskin dan berkedudukan rendah. Sedangkan umatnya yang lain yang kaya raya, berkedudukan tinggi dan pangkat langsung tidak mengendahkan dakwah Nabi Nuh malahan terus menerus menyembah patung patung berhala mereka. Mereka turut bersekongkol untuk menggagalkan dakwah Nabi Nuh AS.
Apa yang lebih menyedihkan, bukan sahaja golongan kaya raya yang tidak mempercayai Nabi Nuh, tetapi keluarga Nabi sendiri juga tidak mempercayai kata kata Nabi Nuh. Selama 950 tahun Nabi Nuh berdakwah kepada umatnya untuk menyembah Allah swt. Hanya benar benar sedikit yang bertakwa. 950 tahun bukanlah masa yang singkat kawan kawan. Dalam zaman sekarang, memang tidak ada manusia yang mampu hidup selama itu. Paling lama pun 120 tahun. Itu pun berapa orang sahaja. Berbalik kepada cerita, setelah melihat hanya benar benar sedikit yang bertakwa, Nabi Nuh telah mengadu kepada Allah swt :

“Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah menderhakaiku dan telah mengikuti orang yang harta dan anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Dan melakukan tipu daya yang amat besar.” – Surah Nuh ( Ayat 21 – 22 )

Harapan Nabi Nuh untuk menyedarkan umatnya semakin lama semakin berkurang. Maka berkata lagi Nabi kepada Allah swt :

“Ya Allah, janganlah engkau biarkan satu pun daripada orang orang kafir itu tinggal di atas bumi ini. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka hidup, nescaya mereka akan menyesatkan hamba hambaMu dan mereka tidak akan melahirkan anak selain yang akan membuat perkara maksiat lagi sangat kafir.” – Surah Nuh, ayat 26 – 27.

Dan doa baginda dikabulkan Allah swt dan mereka itu akan dikenakan hukuman mati tenggelam.
Setelah Nabi Nuh menerima perintah Allah untuk membina bahtera, segeralah Nabi mengumpul para pengikutnya untuk menyiapkan bahtera tersebut dengan menggunakan perkakas seperti kayu, paku dan sebagainya, Bahtera itu dibina agak jauh daripada kota dan mereka yang tidak bertakwa. Akan tetapi meskipun Nabi cuba menyembunyikannya, masih ada segelintir yang mengetahuinya dan telah mengejek Nabi dan pengikutnya malahan ada yang menggelar mereka sebagai gila kerana membina bahtera di atas bukit..............

Semasa pemerintahan zaman Nuh as, masyarakat ketika itu seolah olah membutakan mata, mentulikan telinga serta sombong dang angkuh!!! Tidak kurang juga dengan keadaan sekarang..ternyata sama benarlah kata hadis :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing".   (HADITH RIWAYAT MUSLIM)

inilah yang saya maksudkan FITRAH DAKWAH... fitrah dakwah ini membawa kita berhadapan dengan arus manusia di kala zaman moden ini untuk terus menyampaikan dakwah..biarpun ianya pahit untuk ditelan, biarpun ianya keletihan,terasa kesakitan memikul beban dakwah...namun ingatlah  pembaca pembaca yang disayangi penghujungnya kemanisan itu pasti akan dirasai....Garam yang masin itu mampu mengubahnya menjadi manis bagaikan gula....

Sikap rasulullah saw yang sentiasa berdoa walaupun hebatnya tentangan dari kaum quraisy menjadi satu intipati buat kita yang bergelar dai'e agar mengamalkan akhlak seperti Rasulullah saw..Walaupun nabi cukup sedih dengan ancaman Quraisy yang semakin kuat namun dek kerana sifat terpujinya itu Nabi sentiasa mengharapkan hidayah daripada Allah swt.

masih ingat lagikah kisah Dakwah di bumi TAIF ??? 

pendekatan dakwah yang dibawa oleh Nabi bukanlah suatu perkara yang sia sia bahkan ianya penuh tujuan untuk mengajak penduduk bumi Taif itu untuk mengenali Islam...untuk menerima Islam..namun keangkuhan dan kesombongan penduduk itu dicampaknya Batu kepada Nabi sehingga berdarah mengalir keluar di di kepala,badan, serta kaki Nabi..Allahurabbi sungguh kencangnya Ujian buat baginda namun usaha dakwahnya tetap diteruskan...Di sana Nabi di ejek......dihalau.....dan bermacam macam tentangan yang dirasai oleh Baginda...ketika itu Nabi tidak berseorangan, Nabi bersama sahabatnya iaitu Zaid bin Harithah....menagis Zaid tatkala melihat luka pada seluruh jasad Nabi...Saat itu, datanglah malaikat bertemu nabi dan berkata :

"Wahai Muhammad, mintalah pada tuhanmu keizinan untuk aku mengambil bukit-bukit di Taif bagi menghempap mereka"

Nabi mengangkat tangan seraya berkata :

"Ya Allah, hidayahkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui"

Baginda berdoa, berdoa bukan untuk menghancurkan penduduk bumi Taif malahan didoakan agar diturunkan hidayah oleh Allah swt...Subhanallah...inilah KEKASIH KU !!!

bagaimana pengislaman penduduk bumi Taif ???

Ketika berada di tempat itu, seorang Nasrani melintasi mereka. Nasrani ini sangat simpati dengan keadaan Nabi. Dia lalu singgah, mengambilkan air dan bertanyakan khabar mereka berdua. Peluang ini diambil oleh Nabi untuk menerangkan risalah Islam. Akhirnya, orang Nasrani ini memeluk Islam. Dialah satu-satunya orang yang berjaya diIslamkan oleh Nabi ketika di Taif.

Islamnya Nasrani ini memberi inspirasi kepada Nabi untuk mengIslamkan bumi Taif. Perancangan mengIslamkan Taif dan Mekah disusun dan dirancang oleh Nabi.

Sejarah menyaksikan Nabi berjaya mengIslamkan kota Mekah. Bandar Taif terus menjadi medan dakwah seterusnya. Nabi telah mengutuskan seorang sahabat bernama Abdullah Ibn Abbas ke Taif. Beliau berusaha bersungguh-sungguh berdakwah dan mendidik masyarakat Taif. Akhirnya, bumi Taif berjaya di Islamkan oleh Abdullah bin Abbas. Usaha mengIslamkan bumi Taif berjaya dilaksanakan 12 tahun setelah peristiwa penghalauan Nabi dari bumi ini. Abdulllah bin Abbas terus duduk di sini hinggalah kewafatannya.Peristiwa Islamnya bumi Taif ini menyuntik semangat perjuangan kepada kita....Semangat tidak kenal putus asa menyebabkan Islam tersebar ke seluruh dunia....

Benarlah "Dakwah yang baik pasti ke Jannah.."

wahai para pembaca yang dirahmati Allah....

Dakwah kini menuntut kesabaran bagi seorang dai'e...sangat sangat menuntut!!!

ayuh kita koreksi hadis ini :

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bermaksud, “Tiada seorang muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenainya melainkan dihapuskan oleh Allah sebahagian daripada kesalahannya.”

Sesungguhnya manusia tidak terlepas dari sebarang malapetaka dan kesusahan dalam kehidupan seharian.Kesusahan ada di mana mana sahaja...Namun ingatlah !!! Allah akan menghapuskan dosa dengan mereka yang mengalami kesusahan dengan kesabaran....

Wahai sahabat sahabat sekalian,

ujian dan dugaan jikalau hadapinya dengan penuh kesabaran akan diampunkan dosa dosa kecil [sabda Baginda saw]....Susahnya nak SABAR!!! SABAR pun ada batasnya..kekadang suara inilah yang sering ku dengar dari mereka mereka yang kusayangi...

Sahabat sahabat sekalian....

Sabar itu ada dua jenis...

  1. sabar dalam susah dalam bahasa Arab susah bermaksud 'Ad Darar'
  2. sabar dalam senang dalam bahasa Arab senang bermaksud 'As Sarar'

"Sesungguhnya aku rasa takut kamu tidak akan lulus ujian senang(nikmat) berbanding ujian susah.Sesungguhnya kalau kamu mampu menghadapi ujian susah......................" [termiss hadith ini...]

yang pastinya ujian kesusahan banyak manusia menempa KEGAGALAN.....sebagai contohnya seorang yang kaya raya namun kufur dalam perjalanan hidup...Alangkah beruntungnya jika kita berjaya dalam menghadapi ujian susah..pasti Syurga diberikan....Syurga itu terlalu mahal dan hanya yang layak sahaja bisa menembusi dinding Syurga itu...Allah yaa Rahman.....

Kita selalu mendengar dan membaca kata-kata ini, “Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar itu, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”
Dari kata-kata di atas jelas menunjukan bahawa Allah tidak memberi kelebihan kepada kita dalam suatu perkara, tetapi Allah memberi kita kelebihan dalam sesuatu perkara yang lain.

pembaca pembaca yang dikasihi.......

Sabar dalam susah ingatlah Allah...Inallah ha Ma'ana.......
Sabar dalam senang ingatlah Allah..tundukkan wajah kita pada Allah....jangan sombong dan lupa padaNya...dalam surah Al-Namlu ayat 19 kisah Nabi Sulaiman :

So he smiled, amused at her speech and he said: "O my Lord! so order me that I may be grateful for Thy favours, which thou hast bestowed on me and on my parents, and that I may work the righteousness that will please Thee: And admit me, by Thy Grace, to the ranks of Thy righteous Servants.".....

Janganlah kita berdukacita dalam berdakwah...Ramai orang yang menemui dan mencari Allah ketika sedih..dan tak ramai yang mencari Allah ketika senang....memang benar kesedihan tidak diminta namun ingatlah kesedihan.dukacita itu pasti akan membawa kita kepada Allah swt.....

"susah adalah Fitrah dalam kehidupan " .... memang sukar untuk tinggalkan sesuai dengan hawa nafsu teramat sukar untuk berpisah..namun bila hawa nafsu itu ditentang sehabis habisnya pasti kita akan berjaya melepasi halangan itu...Dakwah tidak boleh berhenti sehingga hari kiamat selagi mana ada manusia selagi itulah adanya DAKWAH....Ingatlah tidak rugi kepada orang yang bersabar menghadapi cercaan dan hinaan daripada orang lain kerana Allah s.w.t telah meletakkan di tempat yang tinggi darjat orang yang bersabar....

sahabat sahabtku sekalian....

andainya diriku jauh dari landasanMu.....
hadirkanlah  teman seperjuanganku memimpinku....

andainya diriku  dinodai kesenangan Dunia...
Ingatkan daku akan seksa An-Narmu...

andainya diriku berpaling dalam perjuangan...
ajarkan daku tentang istiqamah......

andainya diriku rebah dalam perjuangan...
hulurkan tanganmu...bangkitkan daku....


andainya diriku gugur sebelumnya syahid...
ingatkanlah daku tentang perjuangan...

sesungguhnya...diriku hanyalah insan biasa...
yang mudah lupa...yang mudah leka...
yang mudah tertipu dengan kemewahan dunia..
yang mudah cinta pada duniawi....

Sahabat sahabatku dikau sungguh Istimewa buatku...
kehadiranmu menyerikan kekuatanku...
Tegurilah daku...
dan bawalah daku pulang ke pangkal jalan Illahi...
Bimbinglah daku ke Jalan SehalaMU......


~ nukilan N.S.B.S ~ at _tinta_sundus_












Thursday, 7 June 2012

surah an-naaziat


Mentadabbur surah An-Naazia't 


surah ini diturunkan di Mekah, mngandungi 46 ayat.Dinamakan surah An-Naazia't (Makhluk2 yang mencabut Apa yg ditugaskan Mencabutnya)
kerana pd awal surah ini,Allah Ta'ala bersumpah dgn makhluk2 yg trsebut n jga dgn mkhluk2 yg lain
yg dsbutkan pd ayat2 brikutnya,bhwa mnusia akan dibangkitkan hidup semula pd hari kiamat u mnrima balasan...
ok, isi kndungnya mnegskan tntg kbnaran hari kiamat y x spttnya diragukan o siapa2.Then
dtegaskan bhw kdtgan hri itu ialah pd ktk blakunya tiupan sangkakala y pertama y mgoncgkan alam shngga mati sgala y bnyawa
dan punah rnah skalian mkhluk selain y dikecualikan. 
Then diikuti o tiupan sangkakala y ke-2 y mnyebabkan org2 yg mati semuanya hidup semula serta keluar dr kubur masing2.
semuanya itu adlh bnar dgn x syak lg,jd dberi amaran bhw sesiapa yg MENGINGKARINYA n BERDEGIL dlm kekufurannya, maka mereka akn mnerima akibat y SEBURUK2
spt Firaun n kaum y INGKAR..
Kemudian, dtrangkan pristiwa2 y akan blaku pd gari akhirat n balasan y didapati o org2 y taat n org2 y derhaka.
Kemudian Allah Taala mnerangkan kpda Nabi Muhamammad tntg gol kafir y slalu bertanya scara mngejek2 tntg bilakah dtgnya
hari kiamat y dijanjikan itu? Kpd mereka ditegaskn bhwa hal itu tdaklah trmasuk dlm tugas Baginda, sbliknya kpd Allah jualah kesudahn ilmu mgenainya..
FORMULA !!!!!!
disini ustazah yg mngajar ana jg menyelitkan satu formula..bukan forula matematik ttp formula PANAS BARAN dengan meggunakan surah ini...APAKAH FORMULA nyer?
surah an naziat nih sbnarnya penawar kpd mereka yg cepat BARAN atau erti kata lain GARANG yg teramat....formula nyer snang aja...surah ni elok dibaca tiap2 hari....
kalau lah ada antara ahli kuarga kita yg BARAN, wat air tawar@ dalam sebarang 
bentuk mkanan skalipun baca 7x ayat nie....seelok eloknya solat hajat terlebih dahulu....kemudian kita kasi makan@minum kpd yg berkenaan...
cthnya kalau kita wat air tawar, gunakan air tawar nie umtuk masak nasi kmudianbg makan....ayat nie juga elok untuk org yg keras kepala...
baca serta niatkan(sebut nama org yg berkenaan)..
selain itu ad gak ustzah menekankan mksud ayat pertama n kedua surah ini perbezaan antara 
malaikat yg mcbut nywa dgn sekerasnya vs malaikat yg mncbut nyawa dgn selembut2...NAK TAHU PERBEZAAN??
cth situasi sekiranya kematian antara mati x-cident vs mati nazak? yg mana lagi lebih baik??? hemm jawapanyya lbih baik mati dalam keadaan nazak..
itu bmakana malaikat yg mcbut nyawa degan lemah lembut...walhal ad segelintir msyarakat yg kata lebih baik mati x-cident sebab xterseksa bila kna langgar terus mati....
mengenai NISFU SYAABAN yg hnya tinggal beberapa jam pula, spt biasa buku amalan kita akan ditutup n dibuka yg baru...spt amalan kebiasaannya pd nisfu syaaban lah
mnusia dituntut u mbca yasin 3x slepas waktu mghrib..kmudian melakukan qiamulail....
satu pertanyaan yg mungkin bermain di minda seorg WANITA@MUSLIMAH...

"BAGIAMANA PULA BG MEREKA YG UZUR PADA MALAM NISfU SYAABAN???"....ok untuk muslimah sekalian yg keuzuran anda juga bisa mndapatkan PAHALA iaitu dgan cara DUDUK bersama2 org yg mmbaca yaasin serta selawat dan beristighfar...PAHALA y dapat sama seperti org yg MENGIMARAHKAN syaaban...
kata ustazah penghulu selawat adalh sma yg kita dok bca dlm maathurat tu..."Allah humma anta rabbi la ilaha illa anta...."....
ini hnya la apa yg ana dpt dr pmbelajaran di pondok mungkin shabat2 ad yg ingin dikongsikan bersama atau memperbetulkannya??? DIALU ALUKAN.. Bolehla dispread2 kan nanti....wallahua'lam..