Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang
sebelum tu doakan saya yer teman teman untuk melunaskan misi programming system .... sungguh memeningkan dengan bahasa komputer ini ....
Assalamualaikum kepada follower saya yang bersembunyi dan yang secara teran terangan .... Lama sungguh saya tidak mengupdate blog ni ..... sehingga ada yang menegur saya (bagi mereka yang mengenali pemilik blog ni ^^ ) .....
saya tak tahu saya nak berkongsi apa hari ini , tapi saya nak juga menulis saat ini lari dari fokus untuk meneruskan sistem ..... hemmmm cuba teka ? saya yakin sahabat sahabat di luar sana sudah pun membacanya dan jauh sungguh diri saya ditinggalkan oleh sahabat sahabat sekalian ....
setelah bermusafir selama 5+2 saya ternampak di satu sudut rak bahan bacaan satu buku lalu saya mengambilnya dan membelek sari intipatinya .... sebelum bermusafir ke tempat seterusnya selama 2 hari saya cuba untuk membaca separuh buku tersebut hinggalah terlelap kedua biji mata ini ... dan saya membawa buku tersebut di lokasi musafirnya diri ... budget macam boleh baca tapi nafsu tidur tu lebih kencang daripada nafsu mentelaah ... tapi sebelum nak tidur tu sempat la tilik sekejap jer ... kemudian Bismikallah .....
apabila pulang kembali di baiti jannati , saya cuba menghabiskan bacaan dan alhamdulillah HABIS ... thank you Allah for giving me a spirit to make it done ! Alhamdulillah ..... sepanjang saya melayani bahtera isinya terdetik dalam hati "Ya Allah masih adakah lagi lelaki sepertinya di zaman ini ? " Jika nak dibandingkan dengan Rasulullah saw tentulah sudah jauh peribadi insani dengan peribadi Baginda namun mungkin masih terselit sisa sisa peribadi di dalam diri seorang pemuda yang seakan akan mirip peribadinya dengan ketokohan serta kepimpinan beliau ....
siapakah beliau ? tak lain tak bukan Imam Syahid Hassan Al-Banna .... ramai dah yang habis baca buku ini tapi saya berada di ceruk belakang ... macam kura kura walaupun lambat akhirnya menang gak di garisan penamatnya .... saya menang melawan hawa nafsu untuk menghabiskan buku
THE BEST SELLER CINTA DI RUMAH HASSAN AL BANNA
sungguh terharu bila baca isinya .... begitu halus , tulus ajaran dan didikan yang disebarkan dalam keluarganya .... banyak kata kata yang positif yang pastinya mempositifkan minda serta pemikiran kita sebagai orang yang beriman dan bertaqwa ....
apa yang hendak saya kongsikan disini adalah mengenai penerapan yang digunakan oleh beliau ... jom saya refresh kembali isinya .... saya hanya menulis beberapa isi sahaja tetapi insyaAllah jika ditakdirkan saya panjang umur , boleh la sambung entri ini .....
aku ingin menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin di perit ibunya (Hassan al Banna)
saya nak kongsi bahagian ini iaitu bahagian 3 dalam buku tersebut ... hemmm saya rasa pemuda (lelaki) wajib baca buku ini ..... perlu aplikasikan dalam hidupnya ..... kerana apa ?
Rasulullah saw bersabda : Setiap kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya...seorang amir adalah pemimpin ke atas rakyatnya dan dia bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya ... seorang perempuan adalah pemimpi di rumah suaminya dan anaknya , dan dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. seorang hamba sahaya adlh pemimpin atas harta tuannya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya. setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas yang dipimpinnya (HR Bukhari daripada hadis Nafi' bin Umar ra)
Ayah yang menunaikan kewajipannya, bererti dia telah bebas daripada tanggungjawabnya di hadapan Allah swt di hari kiamat.....
dalam sub Diskusi calon mertua dan calon menantu anak kepada Hassan Al banna mengatakan bahawa ibunda al banna amat teliti dan cermat dalam memilih calon menantunya .... sehingga ibunda hassan al banna pergi ke beberapa rumah tokoh Ismailiyah... pada masa itulah ibunda hassan al banna menyukai perwatakan serta perilaku calon menantunya itu (isteri Hassan Al Banna)..walaupun keluarga ibunya (ibu kepada Tsana anak Hassan al Banna) terdiri daripada keluarga yang sederhana tetapi akhlaknya sehinggakan mereka berdikari dan menyediakan keperluan serta memasak kepada para pekerjanya ... nenek (ibunda Hassan Al Banna) merasakan keluarga ibunya itu keluarga yang baik hati dan sungguh dermawan ....... koklusinya wahai pemuda islam seandainya ingin mencari calon isteri carilah yang beragama ......
sesuai dengan saranan Nabi saw
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
Untungnya seorang lelaki jika mendapatkan sepertimana yang Baginda sabdakan lengkap !! ... yang pastinya saya bukanlah seorang wanita yang sempurna , wanita yang tip top , agama pun masih kurang apatah lagi akhlak saya sungguh tidak baik akhlakku.... jika saya melakukan kesalahan jangan salahkan agama yang saya , dan anda anuti sesungguhnya Islam itu tidak salah yang salah adalah individu jadikan salahkan diri sendiri ..... kepada pemuda Islam saya mendoakan agar kalian akan mendapat ke empat empat ciri yang dinyatakan Baginda saw ... ^^
apa yang saya suka dengan isi buku ini adalah totally cara didikan Imam Hassan Al Banna terhadap isterinya , anak anaknya , sahabat handainya serta kadernya ...
menyedarkan Anak Gadis dengan peranan kewanitaanyya
tajuk ini juga meerupakn sub topik dalam buku ini ... perhatian kepada lelaki !!! baca yerr
wanita adalah saudara kandung lelaki. Kaum wanita mempunyai peranan agung dalam membangunkan umat yang besar ini . jika ungkapan "Ada wanita di sebalik semua yang luar biasa" anda kena akuilah sebab kaum wanita memang kerap memainkan peranan penting dan merekalah yang melahirkan lelaki pejuang yang boleh membangkitkan umatnya ....
Imam Hassan Al Banna sangat menitik beratkan kaum wanita.... kepada lelaki Islam jangan sekali kali anda menafikan hak kewanitaan ... please appreciate them ..... Imam Hassan al Banna memang bagus sangat sangat sehinggakan dia tidak sesekali menyusahkan isterinya ..... contohnya selalu kita dengar suara suara dari sang lelaki mengatakan kerja dapur , rumah semua kerja perempuan tapi nak tahu tak macam mana pengurusan rumah tangga Imam Hassan Al Banna ?
pernah suatu hari dia balik kemudian melihat isterinya tidur lalu Imam Hassan pergi ke dapur membuat makanan serta menyediakan makanan sendiri ..... tetiba saya teringat kata kata ustaz yang mengjar third language dulu kala begini maksudnya
"setakat nak sidai baju , bancuh air kopi xkan nak suruh isteri juga yang buat ... kenapa tidak membantu isteri juga , turunkan sedikit rasa ego lelaki , jangan malu kalau jiran tengok suami yang siadai kain dan bla bla bla ..." masa ni ustaz pesan kat budak lelaki yang sekelas dengan saya ... pemuda Islam buktikan !!!
hemmm saya nak bancuh air sekejap saya nak sambung sistem , petang nanti nak pergi ke rumah doktor ada urusan ... jadinya setakat ni dulu saya nak kongsi , ada masa saya nak sambung lagi dari sudut yang saya nampak apa yang ada pada kepimpinannya ....... Ya Allah sungguh hebat insan ini , benarlah dia merupakan pemimpin pilihanMu Ya Allah .... Jadikanlah lelaki lelaki di dunia ini sepertinya ....
minta maaf dan terima kasih semua ^^
---------------------------
beberapa hari yang lepas saya bermimpikan ada seseorang yang akan bawa saya ke Umrah dan seperti yang saya pernah ceritakan dalam blog ini di entri yang lain dua kali sahaja saya bermimpikan tentang Kaabah ... dan tanpa memberitahu sesiapa hal ini (mimpi latest) , ada sahabat yang post gambar kaabah di wall saya ... Ya Allah betapa aku ingin terbang ke sana ... doakan yer hasrat saya ini kesampaian sebelum ajal menjemput saya .....
Ya Allah ingin lagi ku bertemu KaabahMu di dalam alam maya ku sehinggalah daku jejak kaki ke sana.... aamiin
-----------------------------
No comments:
Post a Comment