" sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah "
rasa sekejap sahaja masa berlalu pergi .... tetapi bila dimuhasabahkan diri balik , ke mana semua masa yang telah diberikanNya saya gunakan ia ke arah jalan kebaikan ... memang tidak dapat dihitung , dinilai apatah lagi jauh sekali untuk ditimbang .... Banyak masa yang diberikanNya tidak digunakan dengan sesempurna yang mungkin ..... betapa teruknya saya ya Allah .....
beberapa hari yang lepas saya bertemu dengan sahabiah saya , cuba untuk memeberikan sedikit suntikan semangat kepada mereka , cuba untuk membersihkan jiwa , cuba untuk menyampaikan sedikit "wasiat" sebelum saya meninggalkan jejak di tempat saya berada sekarang .... saya akui saya bukanlah tergolong dari keluarga ustaz ustazah , namun sahabat sahabat setiap dalam diri kita ada hak untuk diri kita sendiri mentarbiyah dan bersiap siaga untuk ditarbiyah ......
senang dalam berkata kata tapi sukar untuk melaksanakannya
Adakalanya itulah jawapan yang bermain di benak fikiran orang yang saya sayang disekeliling tetapi kita harus sedar bahawa jika hati kita tidak berkehendak ke arah itu pasti untuk melaksanakannya agak sukar dan apatah lagi ada yang memisahkan istilah tarbiyah ini dari jasad mereka ... Ya Allah .
Secara jujurnya saya ingin katakan seandainya kita sentiasa menghitung amalan kita selama mana kita bernafas pasti kita akan merasakan bahawa diri kita ini selayaknya dicampakkan ke dalam neraka namun bukan itu cita cita tertinggi kita kerana saya yakin dan percaya bahawa setiap dari kita memgang erat kata kata ini
Allah adalah tujuan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi
tetapi seandainya kita sudah rebah dengan diri kita sendiri , kita tewas dalam mengawal emosi kita , kalah dengan kepentingan keperluan rohani kita , jauh sangat diri kita dengan Allah swt .... jika kita imbas kembali mengapa ada orang yang menggerakkan hatinya untuk berdakwah , melunaskan misi untuk mengembalikan khilafah Islam ? bukankah ianya hadir atas dasar kesedaran ? begitu juga diri kita perlunya sedar akan hakikat mentarbiyah diri dari semasa ke semasa jangan tunggu "tawaran" seseorang untuk datang menghadap diri kita untuk menyediakan santapan tarbiyah ... bimbang nanti yang ditungu tunggu tak kunjung tiba .... diri kita terus dibuai , hanyut dan alpa .... kerana syaitan itu lebih hebat dari kita walaupun kita belajar di tahap kelulusan tinggi , kerana syarat untuk menghasut manusia ke lembah kesesatan tidak memerlukan sijil yang pelbagai , tidak memerlukan lulusan pengajian yang tinggi cukup sekadar dengan membisikkan sesuatu yang mampu membuat manusia tergoda dengan pujuk rayunya .... Jika saya salah tolong perbetulkan ...
pembaca yang sentiasa berada dibawah RahmatNya
di saat hati kita merasa kekurangan sesuatu cuba kita kaji balik , cari puncanya kembali , cuba untuk mencari penawarnya kembali ..... hati yang sakit ada penawarnya .... kita semakin jauh dari Allah jika kita sendiri tidak mendekatiNya .... bukan Allah sengaja untuk menjauhkan diriNya dengan kita tetapi kita sendiri yang menginginkannya ... kita tidak berusaha untuk mengisi kekosongan jiwa dengan sesuatu amalan yang boleh menyebabkan status kita sebagai 'abid diikitiraf
apa yang saya katakan ini bukanlah ingin menyatakan saya ini hebat dalam tarbiyah ... tidak sama sekali ... tetapi apa yang cuba saya sampaikan ini , tidak lain tidak bukan hanyalah kerana ingin mengingatkan diri yang sentiasa lemah , yang sentiasa leka agar jangan terus terleka , terbuai hanyut dengan angan angan yang tidak ada faedahnya ..... semua tulisan ini khusus ditujukan buat diri saya ... khusus dan khusus ....
sedikit coretan yang ingin dikongsikan
----------------------------------------------
lewat petang semalam , saya berfikir tentang duit untuk kegunaan seharian dan juga untuk melangsaikan hutang yang tertunggak tetapi masalah itu bukan masalah utama saya kerana saya yakin dan saya selalu dihadiahkan rezeki olehNya tepat pada waktunya ..... saya dihubungi oleh sahabat alumni saya untuk menggantikan dirinya pada malam tersebut untuk mengadakan usrah bersama adik adik yang hebat di pandangan mata saya .... saya menyambut permintaannya ...
dipendekkan cerita
sampai di surau yang ingin ditujui saya melihat anak anak dari yang umur tadika hinggalah tingkatan 4 bersiap sedia untuk bertalaqqi bersama ... saya mengambil dari kelompok tingkatan 4 ... bermulalah usrah saya dengan mereka bersama .... saya boleh katakan bahawa mereka ini lebih hebat berbanding dengan diri kita .... adakalnya pertanyaan mereka itu tidak menggambarkan mereka di tingkatan empat ... masyaAllah ..... sungguh saya cemburu .... saya memberitahu kepada adik adik yang comel (muslimat) betapa untungnya mereka di waktu usia yang muda ini mereka telah didedahkan dengan pengisian agama ... mana tidaknya kalau bukan dari desakan dan asakan dari keluarga .. benarlah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" ..... dan diakhir kalam saya berpesan pada adik adik supaya tetap dengan usrah sehinngga masuk ke alam universiti ... banyak yang boleh saya kongsikan bersama dengan pembaca sepanjang saya berusrah dengan mereka tetapi memadailah setakat ini ...
---------------------------------------------
sahabat sahabat yang mengenali saya hatta tidak mengenali saya , saya bukanlah orang yang hebat dalam arena pentarbiyahan apatah lagi lapangan dakwah tetapi perlunya peranan kita untuk menyediakan "jarum" dan menggunakannya bilamana kita memerlukan ... jarum ??? ya jarum yang telah diisi dengan penawarnya apabila tiba masanya kita hanya perlu suntikkan penawar itu bagi melembutkan hati kita , bagi mencairkan hati yang semakin mengeras , memutihkan hati semakin kelam hitamnya ... bukankha kita sendiri yang lebih memahami , lebih mengenali diri kita sendiri berbanding teman teman sekeliling .... tepuk dada tanya iman .....
bukankah hidup itu hanya untuk yang maha hidup ?
siapa yang Maha Hidup ? tidak lain tidak bukan Allah swt yang Maha Hidup ... tugas kita untuk berbakti padaNya .... saya sendiri semakin merasakan semakin dekat dengan waktunya untuk saya berpisah bersama teman seperjuangan saya di sini ... saya tidak boleh mengeluarkan keluhan ini depan teman seperjuangan saya kerana dengan automatiknya serba sedikit mata mereka mulai kemerahan ... mula hendak menitiskan air mata , dan sekaligus mereka tidak mahu saya meneruskan kata kata saya itu ... inilah ukhwah yang tidak perlu mengatakan "aku sayang padamu , rindu padamu " sudah cukup dengan bila mata saling bertentangan antara satu sama lain kita sendiri dapat merasakan keadaan sebenar sahabat kita samada dalam berdukacita , kesedihan , kegembiraan dan sebagainya ....
Indah dalam gundah ..... boleh ker ? sebenarnya kita semua boleh hidup indah dalam gundah sahabat sahabatku sekalian .... tapi bagaimana ? tidak lain tidak bukan dengan memuhasabahkan diri kita sendiri ... berpadulah tenaga bersama jasad kita dalam mencari cinta , cinta yang hakiki ... cinta yang tidak boleh ditukar ganti .... cinta yang sememangnya CINTA .....
saya sarankan buat diri saya sendiri sejurus meninggalkan lapangan dakwah disini supaya sahabat sahabtat mendoakan saya agar saya terus menerus mengorak langkah ... andai tiada berita yang kalian dengar dari diri ini cubalah untuk beratanyakan khabar mana tahu pada ketika itu saya telah meninggalkan dunia ini untuk selama lamanya atau saya semakin jauh dengan 'ikatan' yang telah saya bina bersama .... moga moga syahid yang kita impikan akan ditunaikanNya .... pernah saya bertanya kepada seseorang (tidak perlu untuk nyatakan) mungkin dia salah seorang pembaca ruangan ini ..
---------------------------------
A : Dik , kalau akak khawin nanti adik akan datang ke tak ?
D : pastilah datang ......... bla ... bla .. bla...
A : Dik , kalau akak mati nanti adik datang tak untuk kebumikan akak ?
D : saya pasti datang dan saya nak lihat Tuhan peluk erat kakak ... bla .. bla.. bla ...
--------------------------------
apa apa pun sahabat yang saya terlalu hormati ,
marilah kita sama sama saling bermaaf maafan antara satu sama lain dan sama sama kita berdoa pada Sang Pemberi agar hati kita tetap , tegar dengan kehidupan yang kita jalani ini ... semoga terus menyambung rantaian dakwah ini , kuat dalam mengharungi hidup ini , tidak penat dalam melayan karenah hati yang sentiasa memberontak .... sama sama kita sujud menyembahNya memohon , meminta , merintih padaNya agar sahabat yang kita kenali sekarang ini adalah sahabat yang akan sama sama membawa kita ke syurga , andai kita jauh dari sasaranNya , jangan lupa untuk kembali bertaut padanya ..... indahnya hidup dalam gundah apabila menyedari hakikat kita yang memerlukanNya ..... moga moga kita sama sama memanfaatkan usia yang ada untuk bekalan akan datang ...... saya mohon maaf andai tulisan ini mencetus rasa mual , rasa ketidakpuasan hati sahabat sahabat saya sekalian ...
rinduilah syurga agar syurga merindui kita
bersiap siaplah diri kita agar syurga juga turur berhias menjemput kita
------------------------------------- iklan sedikit
sementara sahabat sahabat saya tekun belajar untuk berjuang di medan peperiksaan saya juga sibuk dalam belajar juga .... belajar apa ? belajar ini ....
dua darinya milik housemate ku dan satu darinya adalah milikku ... yang mana milikku ? |
saya pernah katakan dahulu genre cinta bukan saya punya kegemaran sebab saya tak tahu saya ni suka jenis buku yang macam mana ? haaa cuba teka antara tiga buku itu yang mana si pemilik tinta sundus ?
hakikatnya buku itu sangatlah tipis tapi saya hanya mampu membelek terlebih dahulu mengambil sedikit info info yang tercalit di dalam buku pemuda Islam , Sebelum aku bernikah , Rancang Wang ..... untuk menghadanya belum tibanya lagi ....
jadi yang tengah exam jangan study buku buku ini hehehe tapi orang yang dah tak ada exam boleh baca buku buku begini ..... ye ker ????
apa apapun saya mendoakan agar kalian dipermudahkan oleh Allah swt dalam setiap sesuatu urusan baik di dunia mahupun di akhirat ... salam sayang dari insan yang akan pulang ke kampung haalaman .....
------------------------------------
moga syurga yang diidam milik bersama .... saya akhiri dengan lafaz assalamualaikum dan astaghfirullah ...
saya punye..heheh
ReplyDeleteishhh nampak yang ni jer lebih ... hehehe
Delete