Dengan Nama allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum ... apa khabar semua ? harap harapnya semua sihat ... saya Alhamdulillah kini berada dalam fasa menuju fever .... Alhamdulillah ya Allah .... sungguh lama saya tidak aktif beberapa hari , minggu untuk bertinta di sini .... apa sudah jadi pada diri saya ? hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui ... Ayuh selawat ke atas Nabi junjungan ummah Nabi Muhammad saw ....
terkaku juga saya untuk menyentuh dan juga menulis isu ini ... kerana saya bukan berstatus wanita yang sudah berumah tangga ... namun buku yang telah bertahun tahun dibeli , dibelek kembali dan akhirnya ada sedikit kekuatan untuk menulis seperti mana tajuk post kali ini ..... di Fb selalu saya lihat rata rata ramai kawan kawan yang share mengenai soal munakahat dan rasanya status sebegitu seringkali mendapat supporte button like yang palin ramai ? betulkan ? yang pastinya saya kurang berminat untuk share perkara sebegitu .... kenapa yer ? segan ? malu ? atau tiada perasaan cinta dalam jiwa ? lagi mustahil tu sebab seorang hamba tidak boleh melawan arus fitrah semulajadi yang Allah tiupkan ke dalam jiwa jiwa hambanya .... kalau tiada perasaan cinta dalam diri sudah pasti kita tidak mengenali Allah , sudah pasti kita tidak mendekati sirah sirah Nabi .... dan tak mungkin kita akan jatuh cinta sesama makhluknya ... bukan begitu ? saya malas nak bagitahu kenapa saya kurang share status yang berkaitan hal rumah tangga , suami isteri ,dan seumpanya ... walaupun hakikatnya ia adalah salah satu dakwah juga ...
boleh dikatakan post yang paling hangat diperkatakan dan diulas tentang ciri cir suami soleh , isteri solehah ..... peranan suami isteri dan seangkatannya .. cuma saya nak lari sedikit dari topik sebegitu dan saya nak fokuskan kepada tajuk post saya kali ini .... ada bangkangan ? ^^
secara realiti alam rumah tangga adalah alam yang penuh mencabar tetapi cabarannya tidaklah seberat cabaran kita di alam barzakh kelak ... selalu kita dengar dari orang berpengalaman banyak asam garam hidup dan pengalaman pahit manis yang dirasai .... lebih lebih lagi seorang wanita yang menjawat jawatan sebagai isteri dalam institusi rumah tangga .....
muslimat yang solehah di luar ....
cuba kita sama sama mula berfikir secara berhikmah ..... umumnya kita sudah mengetahui peranan seorang isteri apabila sudah berkeluarga kelak mungkin ianya nampak mudah di mata pemerhati , namun mungkin bagi saya ianya satu cabaran .... saya tidak perlu nyatakan peranan sang isteri kerana anda semua lebih layak untuk nyatakan .. ^^ ... cuma perlu difikirkan bersama dalam usaha kita untuk menjadi isteri solehah , kita juga perlu melalui banyak proses dan pengorbanan melawan kehendak nafsu ... Salah satu daripadanya adalah mengikis sifat sifat mazmumah yang sudah sekian lama bersarang dalam diri .... ya !!! kita semua ada sifat mazmumah tetapi kita sewajibnya singkirkan sekecil kecil sifat mazmummah sebelum ia menjadi barah yang mana apabila merebak dengan maraknya menjadi sukar untuk diubati ....
Dalam usaha untuk menjadi wanita dan isteri solehah , Allah mengutuskannya kepadanya seorang suami yang akan menjadi penyebab bagi membongkar sifat sifat mazmummah yang ada dalam diri kita .... gerun kan ? tetapi itulah hakikatnya ... sama juga dengan kita , apabila kita sudah bersuami kita juga akan menjadi pembongkar kepada setiap sikapnya yang negatif....sebab itu ada yang menyatakan bahawa apabila terjadinya lafaz akad nikah kita bukan berinteraksi dengan wajahnya yang jelita , wajahnya yang tampan bahkan kita akan berinteraksi dengan sikapnya ......... jadi benarlah hadis nabi yang mengatakan pilihlah yang beragama pasti selamat ...
Mungkin seorang isteri yang sememangnya sudah dididik dan juga mendidik dirinya supaya sentiasa sabar , redha sebelum bergelar isteri tetapi belum tentu boleh berbuat begitu ketika kehendaknya tercabar .... manusia yang beriman belum tentu dapat menahan ujian dari Allah swt .......
Apa yang perlu seorang Isteri mengup kan mujahadahnya ? di atas tadi adalah muqadimmmah sahaja ... jom beralih ke isinya ... sebelum tu bagi yang mereka tidak tahu apa itu mujahadah let me speak first about Mujahadah .. so LISTEN ... silap silap ... so READ .... ^^
Mujahadah ???
Pengertian mujahadah secara umum ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Siapakah musuh itu? Tentu sekali hawa nafsu !
jom kita ketahui serta bersiap siaga dalam menjadi seorang wanita yang hebat !!!
1) Mujahadah Isteri berjawatan Tinggi dan terkenal
2) Mujahadah Isteri yang lebih bijak daripada suami
3) Mujahadah Isteri yang sering Ditinggalkan
4) Mujahadah Isteri terhadap suami yang mencuaikan agama
Mujahadah Isteri berjawatan Tinggi dan Terkenal
di sebalik kepesatan pembagunan di dunia ini , tidak dapat dinafkan peranan seorang wanita dalam turut serta menyumbangkan tenaga dalam bidang bidang tertentu hatta berdakwah sekalipun....jadi jika anda (isteri) dan bakal menjadi isteri yang akan menyandang jawatan tinggi be prepare apa yang patut kita lakukan ?
1) beradab sopan dalam bertindak ke atas sesuatu perkara di hadapan suami ....jangan sampai tindakan kita itu boleh menyakitkan hati suami lebih lebih lagi menyusahkan
2) Sikap meninggi diri perlu dihapuskan bagi membolehkanya taat dan melayani suami sebgaimana yang dikhendaki oleh Allah swt
3) Yang ni perlu ingat , walaupun berjawatan tinggi , terkenal apabila berhadapan dengan suami , isteri perlu ingat , dirinya lebih rendah daripada suaminya ...kerana kedudukan suami itu lebih tinggi dan lebih istimewa di sisi Allah ...
4) Sikap sebagai pemimpin yang selalu memberi arahan kepada pekerja di bawahnya tidak patut terbawa bawa ketika berhadapan dengan suami di rumah .... tetapi suami perlu bantu si isteri apabile si isteri meminta ...
5) Ikut segala perintah dan arahan suami asalkan tidak bercanggah dengan syarak .... dan suami jangan pula buat isteri anda sebagai robotcop !!!
Mujahadah isteri yang lebih Bijak daripada suami
1) Selalu minta nasihat daripada suami walaupun dalam hal hal yang kecil ... kalau rasa nasihat yang diberikan tu kurang baik , utarakan pendapat ... suami jangan pula tak meraikan pendapat isteri ... jangan mendominasi perbincangan .... kata two ways communication .... kalau si suami bersetuju OK ...
2) Elakkan dari membantah apatah lagi memperlecehkan arahannya walaupun tidak munasabah
3) Kalau suami ada sesuatu pandangan y sama dengan isteri terima pandangan itu tanpa menjelaskan pandangan sendiri ...
4) Wujudkan rasa dalam hati bahawa suaminya itu tetap istimewa dan kerana dia sememangnya telah diistimewakan oleh Allah ...walau macam mana keadaannya sekalipun ...
Mujahadah Isteri yang sering ditinggalkan
1) Apabila isteri selalu ditinggilkan kerana bertugas seelok eloknya si istri membanyakkan ibdah sunat di samping menyibukkan diri dengan kerja kerja yang berfaedah
2) Kenangkan bagaimana Siti Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim as bersendirian di padang pasir yang tandus ....
3) Sambut kepulangan suami dengan persediaan iatimewa tanpa mempersoalkan perkara perkara yang negatif
4) Sekiranya timbul rasa marah kepada suami , digalakkan supaya menggunakan kaedah yang diajar oleh Nabi saw ....
Mujahadah Isteri terhadap suami yang mencuaikan agama
1) Isteri selalu menunjukkan sikap yang baik dengan melayan segala kehendaknya selagi ianya tidak melanggar syariat dengan disertakan niat mendidiknya menjadi orang yang taat kepada agama
2) Selalu mendoakan supaya Allah mengubahnya menjadi orang yang baik .. doa itu kan senjata orang mukmin !
3) sentiasa memberikan bahan bacaan agama dan jangan pernah jemu sekiranya pemberian itu ditolak ..
4) Apabila mendapati suami selalu melakukan maksiat isteri perlu sentiasa mengingatkannya mengenai dosa dilakukannya...... pada masa yang sama mungkin isteri tidak memberikan layanan yang bagus jadi si isteri perlu perbaiki dir dari semasa ke semasa
5) Apabila suami tidak menunaikan solat isteri kena pandai memujuknya supaya dia dapat merasai pentingnya menunaikan solat ...
6) Apabila selalu berhadapan dengan suami yang pemarah , suka memukul dan sebagainya isteri perlu mujahadah dan menghalusi akhlakny di hadapan suami ...
huh letih saya menulisnya ^^ ..... apa apa pun dalam usaha bermujahadah ini , isteri sememangnya akan beradapan dengan pelbagai ragam suami samada yang menyenangkan ataupun yang kurang menyenangkannya ... di sinilah kita sebagai isteri perlu memainkan peranan Iman yang kuat ... dengan Iman yang kuat seseorang itu akan menang dalam mujahdahnya ...
*post ini adalah sebagai peringatan buat diri saya terutamanya kerana apabila saya sudah berumah tangga kelak diary inilah yang akan mengingatkan saya .... dan pastinya saya tidak terlepas dari diuji olehNya dengan setiap kata yang dituturkan ....
minta maaf semua ..... wanita kerana dirimu begitu berharga ....
* sama sama kita berdoa agar diberikan kekuatan dalam setiap kitaran hidup kita ....
_Jadilah bunga kebahagiaan , anugerah sekebun bunga dari taman Iman.... Inilah kebahagiaan sebenar _
No comments:
Post a Comment