Sunday 13 May 2012

bukan ku pinta

bukan ku pinta


Akhir akhir ini agak "tersibuk" sedikit diriku melayan kerenah programming......namun bersykur diberi kesempatan untuk menggerakkan jari jemari ini...alhamdulillah...banyak perkara yng perlu dirundingkan..hari demi hari, saat demi saat berlabuh begitu sahaja....hari ini 25/04/2012 akan melabuhkan tirai di bulan April yang hanya tinggal beberapa hari lagi....sekejap sahaja masa yang berlalu...berlalu bagaikan angin yang 'lembut' seolah olah terasa sedang berada di persisiran pantai disapa ombak yang tenang....terdetik dihatiku untuk menulis berkenaan entri kali ini BUKAN KU PINTA tatkala melihat status status di ruangan sosial yang tak lain tak bukan yang hot ketika ini adalah Facebook terdetik di lubuk hatiku ini entah mengapa hampir seketika sahaja diriku telah membuat satu assumption berkenaan gelagat manusia kini...mungkin ada yang turut berfikir sama sepertiku...Pernah suatu ketika dulu diriku pernah 'mengepost' satu status iaitu :

 "Rahsiakanlah pertunangan dan sebarkanlah perkahwinan (hadis)"..

Ya ianya Hadis junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW....sungguh diriku merasakan bahawa tatkala status itu di'postkan'  ramai pula yang 'LIKE' dengan kepantasannya kepada pengguna sehinggakan daku diberikan 'credited' oleh mereka yang berkongsi statusku....itu menunjukkan bahawa tidak dinafikan lumrah manusia sukakan kasih sayang ingin mempunyai rasa kasih sayang dan disayangi..begitu jua dengan diriku....itulah yang dikatakn manusia NORMAL!!! dan Allah tidak melarang hambanya untuk berkasih sayang...namun berkasih sayang selari dengan ajaran Agama....=) beralih pula kepada satu 'term' yakni Baitul Muslim ??? mungkin bagi mereka yang tidak pernah mendengar term ini merasakan kepelikan namun bagi mereka yang 'rapat' dengan istilah ini...pastinya akan mengecapinya......Apakah itu ??? Semua akan membuka mata, membuka telinga tatkala ucapan disampaikan...Semuanya akan rasa 'FRESH'......Tumpuan penuh diberikan...FOKUS!!!...

(sambungan 13/05/2012)

Bukan tujuanku menulis hal ini menyatakan ketidaksetujuan dengan adanya Baitul Muslim..bahkan daku amatlah setuju sekali!!! namun daku lebih bersetuju seandainya baitul muslim ini juga bisa membawa kepada baitul haraki...Berdasarkan pengalaman yang ada mungkin para  mujahid disana ingin mendapatkan seorang zaujah yang boleh melengkapi kehidupan mereka begitu juga seorang mujahidah yang inginkan seorang zauj yang bakal mempinnya ke arah kebaikan tanpa melupakan perjuangan...semuanya ternyata indahkan bilamana wujudnya baitul muslim,baitul Haraki.....

Namun....Sesekali terasa seolah-olah kaum lelaki teramatlah rigid dengan kecantikan wanita....TAK DINAFIKAN !!! memang itu lumrah kehidupan......begitu jua seorang wanita yang mengidamkan KEKACAKAN seseorang lelaki....mungkin ada mungkin tidak........hati siapa yang tahu hanya Allah sahaja yang MAHA MENGETAHUI.....

kita tinggal sebentar berkenaan topik ini....sesuai dengan entriku kali ini adalah ingin membuat satu perkongsian yang daku rasakan perlu.....saat cinta dilafazkan semuanya menjadi indah belaka......namun sejauh mana keindahan itu dapat kita kecapi...mungkin hanya di awal, pertengahan mahupun hanya di penghujung waktu....sama sekali kita inginkan kebahagian sepanjang hayat sehingga nafas terhenti....namun Allah telah berfirman dalam kitabNya :

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ 
Surah Al-Ankabut ayat 2-3"

Allahurabbi......susah untuk menjadi seorang yang beriman jauh sekali untuk menjadi seorang yang bertaqwa...mampukah diriku bersama para pembaca di luar sana bisa menggapai tahap ketaqwaan yang paling tinggi.....mudah mudahan dengan izinNya.....soal pertunangan, perkahwinan, penceraian semuanya ditangan Allah....termasuk ajal yang bakal menanti.....

wahai pembaca pembaca yang disayangi,

diriku terasa 'dipanggil' oleh hati ini untuk terus menggerakkan entri kali ini....sebelum di alam pertunangan....seperti kebiasaan kita akan saling menegenali pasangan kita hakikatnya TETAPI perlu berpandukan ajaran Islam...perkenalan yang bagaimana?? tepuk dada tanya iman...seandainya kita seorang islam yang sentiasa dahagakan hidayahNya pasti kita akan sentiasa meminta minta daripadaNya yang sentiasa merintihkan Rahmat Allah pasti Allah akan membuka pintu jalan hambanya......Allah is the Greatest...Pasti Allah akan menemukan jawapan kepada kita....NAK atau TIDAK sahaja...Ramai yang bertanya dan tersalah dengan hakikat pertunangan.....pertunangan bukanlah satu 'kredit' kepada kita untuk keluar berdua duan sepertimana yang berlaku dikalangan masyarakat kita sekarang!!! hukumnya adalah HARAM!!! 


jom baca sepintas lalu..sekejap je..

apakah maksud peminangan yang sebenar benarnya???

Apabila seorang lelaki benar-benar tertarik dengan sifat dan akhlak baik seorang wanita serta timbul keinginannya untuk berkahwin, maka tibalah masanya untuk meminang.

Meminang bermaksud seseorang lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada wanita yang ingin dikahwininya.


Salah faham ketika bertunang

 1.  Dalam adat Melayu, apabila lelaki meminang perempuan yang sudah menjadi pilihannya, maka akan diadakan majlis pertunangan iaitu seperti kedua-dua belah pihak keluarga akan bertemu antara satu sama lain dan majlis pertukaran cincin sebagai tanda pertunangan. Ia tidak digalakkan di dalam Islam kerana ia banyak membawa kepada pembaziran, walau bagaimanapun adat tersebut masih boleh dipakai, tetapi lebih afdhal jika kita meletakkan agama di atas berbanding adat.
Di dalam Islam tidak perlu begitu, cukup sahaja lelaki menyatakan hasrat kepada perempuan yang menjadi pilihannya iaitu ‘aku ingin mengahwini kamu’, dan perempuan tersebut sedia menerima pinangan si lelaki.
 2.  Peminangan boleh berlaku sama ada persetujuan daripada pihak perempuan dengan berhubung  si perempuan secara langsung atau pun berhubung dengan keluarga perempuan melalui orang tengah. Sekiranya ingin berhubung dengan si perempuan secara terus, maka ia dibolehkan dengan syarat si perempuan tersebut bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri (18 tahun ke atas mengikut uruf umum sekarang).
Tetapi sekiranya si perempuan itu dungu atau masih belum habis sekolah lagi, maka dia hendaklah mendapat persetujuan daripada ibu bapanya terlebih dahulu. Takut-takut tersilap dalam membuat pemilihan.

3.  Di dalam bertunang Islam memberi kelonggaran sedikit kepada lelaki dan perempuan untuk berkomunikasi, tetapi selain daripada itu iaitu dalam konteks berkawan contohnya, Islam melarang lelaki dan perempuan berkomunikasi kecuali jika mempunyai sebab-sebab yang diizinkan oleh syara’.
Walaupun Islam memberi kelonggaran sedikit kepada lelaki dan perempuan semasa tempoh bertunang untuk kenal hati budi masing-masing, Islam masih lagi melarang pasangan tunang untuk keluar berdua tanpa ditemani oleh mahram.
 4.  Walaupun Islam memberi sedikit kelonggaran kepada pasangan tunang untuk berkomunikasi,mereka juga harus menjaga komunikasi mereka dengan baik seperti tidak membicarakan perkara yang lucah, perkara yang membawa kepada maksiat, perkara yang membuang masa dan tidak bermanfaat.
Jika mereka membicarakan perkara melibatkan agama seperti tazkirah, saling menasihati, saling memberi dorongan dan sokongan yang positif dan banyak lagi. Maka ia sangat-sangat digalakkan dalam persediaan ke alam rumah tangga.

5.  Tidak memikirkan perkara-perkara yang negatif. Ini adalah perkara yang sangat penting dalam menjaga keharmonian ketika fatrah bertunang. Masing-masing tahu menjaga tanggungjawab diri sendiri, sebagai contoh yang saya boleh katakan jika salah seorang tidak menjaga amanah dan tidak bertanggungjawab, mungkin si lelaki atau si perempuan bermain kayu tiga atau sebagainya, maka mereka akan lebih banyak membuang masa dengan bergaduh dan risau terhadap pasangan tunang.

Bukankah ini telah merosakkan hati dan keharmonian dalam fatrah bertunang, banyak membuang masa dalam memikirkan hal yang remeh temeh. Sepatutnya masa itu sangat-sangat penting dalam membuat persediaan seperti melengkapkan diri dengan disiplin ilmu agama dan amalan. Sebab itulah agama sangat menggalakkan agar calon yang ingin berkahwin mencari pasangan yang faham agama dan baik akhlaknya.

6.  Minta putus jika pasangan tunang tidak elok budi pekertinya. Perkara ini sangat penting dalam fatrah pertunangan. Berapa ramai orang yang tahu mengenai budi pekerti tunangnya yang buruk, tetapi mereka membiarkan sahaja tanpa membuat apa-apa keputusan.
Sepatutnya mereka boleh minta putus agar tidak menyesal di kemudian hari. Contohnya seperti tunang yang panas baran yang tahunya hendak memukul, tunang yang selalu tinggal solat, tunang yang tidak mahu memahami agama walaupun sudah dinasihati berkali-kali, tunang yang suka dengan maksiat, mengajak kita keluar berdua-duaan serta mengambil kesempatan, dan banyak lagi. Maka di sini kita perlu ambil perhatian yang sangat serius.....



wahai kaum Adam sekalian...


ceritanya bermula disini.....


diriku bukanlah seorang yang hebat dalam bidang penulisan apatah lagi untuk menjadi seorang doktor cinta...jaaa....uh sekali...tapi kehadiran entriku kali ini inginku sampaikan sesuatu yang tak mungkin anda fikirkan khasnya buat dirimu kaum lelaki.....Saat mencari calon calon yang sesuai dirisik risik AGAMANYA, hartanya, keturunannya serta dilihat lihat kecantikannya.Aakhirnya terpesona Jatuh Cinta Pertama....so sweet...xsabar sabar untuk sunting bunga  pujaan tersebut...terasa hendak mempercepatkannya........tibalah saat merisik bertandang...tersenyum sipu si mawar tersebut akhirnya putera yang ditunggu tunggu diidam idamkan muncul di dunia nyata.......dihulurkanya sebentuk cincin sebagai tanda si mawar sudah berempunya......alhamdulillah kini mawar tersebut menjadi kepunyaan si putera secara ADAT bukan secara HALAL!!! kena Faham disitu!!!.... mengira detik detik terakhir menanti hari sejarah yang akan berlaku....akhirnya SAH dengan sekali lafaz sakinah mawar tersebut halal buat si puteranya......Air mata jatuh berlinangan sebak didada sungguh terasa....dikau kini menjadi hak milik puteramu...alhamdulillah.......sepurnama terus berlalu dan kian berlalu...akhirnya SAH sekali lagi mawar tersebut mendapat berita gembira menantikan tangisan seorang anak kecil menghias serta memmecahkan kesunyian rumah...tak sabar ingin rasanya memeluk anak yang kecil lagi suci...tatkala  si mawar bakal menempuhi alam 'keibuan' pelbagai cabaran yang sukar digambarkan yang dilaluinya...loya...mengidam....dan pelbagai kerenah...namun kesabaran sang putera, sanggup berada disamping isterinya yang tersayang kerana putera itu juga akan menempuh alam baru..alam kebapaan....lampu merah berkelip kelip mengeluarkan  bunyi yang memekikkan datang bertandang di  ruang legar rumah si mawar dan putera itu...akhirnya tibalah detik yang mencemaskan.........hati si putera gelisah tidak tentu arah.....ke kanan salah ke kiri salah......akhirnya......pintu 'operation' dibukakan....salam dihulur TAHNIAH dilafazkan....."Tahniah anda mendapat anak perempuan".....terloncat kegembiraan sang putera itu.......alhamduliilaah menitip dibibirnya.......si putera terus mendapatkan mawarnya bersama mawar yang baru yang masih kemerah merahan...diratap...dicium dan dibelai dengan penuh kasih sayang........


masa berlalu begitu pantas....tersangat pantas...kini sang suami itu telah memiliki sepasang cahaya mata....puter junior dan mawar junior...si suami membanting tulang....berkerja siang dan malam untuk membesarkan keluarga diberinya nafkah kepada sang isteri dijaga keperluan isi rumah......hidup penuh dengan kesederhanaan...segalanya mencukupi.....hari hari yang dilalui adalah hari hari yang sentiasa membahagiakan....namun tanpa disangka sangkakan.......si mawar jatuh sakit.....tanpa pengetahuan si suami mahupn anak anak sang isteri merahsiakan...dikunci bibir yang mugil serapat rapatnya.....disimpan segala dokumen dokumen dengan penuh rapi......hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa sakitnya penyakit ini...penyakit inilah yang dirisau risaukan buat seluruh kaum hawa....detik demi detik terus berlalu dan detik demi detik itu jugalah telah 'melumpuhkan' separuh badan....akhirnya si isteri bertemu dengan doktor buat kali yang seterusnya...ditanya...ditanya...dan terus ditanya...apakah penyakit itu akan berlanjutan dan membawa parah....YA!!! anda ditahap kritikal dan memerlukan pembedahan segera....kosnya yang beribu ribu sukar untuk si isteri menampungnya.......

(dipendekkan cerita)

fajar menjelma sirna matahari singgah memancar di celah celahan jendela halaman rumah akhirnya si isteri jatuh rebah dan terus pengsan....alangkah terkejutnya si suami melihat si isteri celik sahaja mata si isteri sudahpun berada di bilik pembedahan...ditahan sakitnya dimohon keampunan kepada sang suami tersayang.....akhirnya si isteri akur dengan ketentuan Illahi.....terkejut si suami apabila mendapat tahu bahawa isterinya menghidap 'breast cancer' dan salah satu bahagian terpaksa dibuang bagi mengelak virus terus merebak.....terobek hati si isteri apatah lagi sang suami alangkah sedihnya si suami apabila mendapat tahu...terpancul dibibir lesu si isteri "abang bukan ku pinta....."ldengan lantasnya si suami menahan bibir si isteri untuk terus berkata kata...."bagiku engkau sempurna untuk selamanya bukan kerana kecantikanmu tetapi kerana agamamu"sesedih manapun sang suami ianya tidak dapat ditandingi dengan kesedihan yang dialami oleh si isteri apatah lagi hakikatnya wanita itu suka akan kesempurnaan.....akhirnya......persoalan yang ingin ditimbulkan adakah si suami / adam boleh menerima ketidaksempurnaan si isteri bilamana ujian Allah datang tanpa menyinggah???....mungkin di satu sudut si suami akan pergi meninggalkan si isteri mencari yang sempurna namun mungkin di satu sudut si suami tetap menyayangi si isteri walau apa sekalipun keadaannya....dimata suami, isterinya tetap sempurna....Allahurabbi.....

jadi kepada kaum Adam janganlah terlalu memilih, jangan terlalu cerewet dalam soal jodoh begitu jua buat hawa...andai Allah sudah mengatakan "Kun Fayakun"....maka kita sebagai seorang hamba muslim perlu tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan.....sesungguhnya Allah bersama orang orang yang sabar seperti di dalam wahyuNya:

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar "

itulah hakikat kehidupan di dunia tidak lain tidak bukan kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya.......sesuai dengan firmanNya :

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia hanyalah untuk beribadah kepada-Ku"

cerita ini hanyalah rekaan semata mata dari seorang penulis yang jahil...namun jika anda berfikir sejenak, membebaskan fikiran anda daripada 'dijajah' oleh nafsu syaitani....lihatlah pada agama seseorang itu bukan kecantikan yang dicari sesuai dengan sabda Baginda saw :

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”...


* p/s : seandainya si isteri itu ditinggalkan kerana dengan satu sebab ketidaksempurnaan physically maka rugilah si suami itu namun seandainya si suami itu terima disebabkan oleh kerana 'hati akhirat' isterinya...maka beruntunglah ia....Fikir fikirkanlah seandainya ia berlaku pada diri kita suatu hari...apakah tindakan kita??? terutamanya buat kaum Adam yang meletakkan kecantikan sebagai prioroty...bagi yang perasan pada permulaan cerita "Saat mencari calon calon yang sesuai dirisik risik AGAMANYA, hartanya, keturunannya serta dilihat lihat kecantikannya.Akhirnya terpesona Jatuh Cinta Pertama"....Agama yang ditekankan oleh pemuda tersebut.....mohon maaf andai entri kali ini menggugat sedikit ketenteraman hati anda...

                                                         created by :
                                             my full name is N.S.B.S @ _tinta_sundus











2 comments: