Di saat jai jemariku laju menekan keyboards namun setitis demi setitis air mataku mengalir...namun cuba untuk BERTAHAN dari jatuh....akhirnya KALAH.....ingin jua berada di sana bersama sama ingin menyatakan serta menyuarakan bantahan namun diri ini hanya mampu mengikuti perkembangan dari masa ke semasa melalui FB....tiap masa diri ini membuka laman sosial FB ingin mengetahui apa yang terjadi...apa yang berlaku....dari jauh aku hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan khususnya buat teman teman seperjuangan...di saat mereka berjuang di sana aku hanya terkapai kapai di kg kesayangan......alangkah ruginya diriku....."Ya Allah adakah aku dimasukkan dalam golongan Khusrin???" Moga moga Engkau mengampuni daku..... Kesesakan yang dilihat di dataran merdeka menggambarkan betapa semangatnye rakyat Malaysia yang inginkan KEADILAN...ya KEADILAN yang DITUNTUT.....kadang kadang kehairanan mengapa sukar begitu sekali untuk KERAJAAN membenarkan demokrasi dilaksanakan....agak pelik dan terasa sangatlah pelik.....bukan perkara yang SUSAH bahkan perkara yang SENANG....dan diriku bangga dengan teman teman seperjuanganku yang turun BERDEMO hari ini terutama KHUSUS kepada para muslimat....Sungguh daku berbangga dengan KALIAN!!!..Namun maafkan daku wahai teman teman seperjuangan diriku tak mampu untuk melangkah ke MEDAN PERTEMPURAN dek kerana gementar akan doa seorang Ibu yang susah melahir dan membesarkanku....Syurga di bawak TELAPAK KAKI IBU!!!...mungkin ada yang akan argue kalau ikut hukum...macam mane?? tanpa rasa segan silu diriku hanya menjawab redha Allah yang lebih penting....tapi tidak siapa pun yang tahu apa yang dirasakan olehku dari hidup susah sehingga sederhana senang sehingga hari ini..semuanya penat jerih mak dan abahku dan bila kita dibawah jagaan family banyak yang perlu diconsiderkan lagi2x bila menjadi anak haraapan...lainlah kalau dibawah jagaan suami...=)namun diriku tidak menyalahkn sedikit pun kepada ibuku kerana aku tahu apa yang dirisaukannya...pernah suatu ketika semasa BERSIH 2.0 dia pernah mengatakan bahawa dia tidak akan REDHA sekiranya aku berada bersama sama menyertai BERSIH...Mugkin pembaca diluar sana yang bisa mengatur langkah dan tidak mengendahkan namun DIRIKU tak mampu untuk bertindak......bebebrapa hari sebelum demo BERSIH 3.0, otakku 'berawang awangan' berfikir dua tiga kali untuk kesana walaupun aku perlu balik kesana 30hb disebabkan atas sesuatu urusan......Dalam fikiranku, aku ingin bersama sama temanku yang lain ingin MERASA pahit maung di dataran...namun....tak bisa untuk kukecapi....Doa ibu TERNGIANG NGIANG di gegendang telingaku........ianya tidak menyakitakn hatiku namun memberi peringatan kepadaku....Aku masih dibawah jagaan ibuku bukan dibawah jagaan suamiku......disinilah peranannya "BAITUL HARAKI"....tapi bukan itu yang ingin daku luahkan....walaupun daku seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga daku perlu menjaga hati....Abahku seorang anggota POLIS...walaupun dah laaama pencen namun daku harus menjaga perasaan kedua dua ibu bapaku...Wahai para PEMBACA.....FIKIR dan terus BERFIKIR...BERFIKIR bukan dengan EMOSI tetapi dengan IMAN....RENUNGKAN yang mana baik dan yang mana buruk..andai anda berkata Tiada DEMO DALAM ISLAM, anda SALAH!!!....anda bukan ULAMAK tetapi hakikatnya inilah yang disepakati oleh ULAMAK:
"Merujuk kepada jenis-jenis demonstrasi, maka para ulama sepakat bahawa demonstrasi yang berbentuk untuk menggulingkan pemerintah yang adil dengan menggunakan cara yang tidak syari’e iatu menggunakan senjata dan kekerasan, hukumnya adalah haram"
Apakah Dalilnya???
Wahai orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah rasul serta pemimpin di kalangan kamu.
Berkenaan ayat di atas Imam At-Tabari menyifatkan ulul amri dalam ayat di atas ialah ketua atau pemimpin berdasarkan hadis Nabi SAW yang menyuruh mentaati pemerintah selagimana di atas landasan yang benar.
- Imam Ibnu Kathir mentafsirkan kalimah ulul amri adalah merujuk kepada pemerintah dan ulama.
Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi SAW bersabda :
مَنْ أَطاعَنِي فَقَدْ أَطاعَ اللهَ, وَمَنْ عَصانِي فَقَدْ عَصَى اللهَ, وَمَنْ أَطاعَ أَمِيْرِي فَقَدْ أَطاعَنِي, وَمَنْ عَصَى أَمِيْرِي فَقَدْ عَصانِي
“Sesiapa yang mentaati aku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai aku maka sesungguhnya dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang mentaati pemerintah (yang berhukum mengikut manhaj) ku maka dia telah mentaatiku, maka sesiapa yang menderhakai pemerintah (tersebut) maka dia telah menderhakaiku.” – Bukhari (7137) dan Muslim (1835)
bacaan selanjutnya boleh layari http://www.manhal.pmram.org/2012/04/hukum-demonstrasi.html
Wahai Para Pembaca,
Elakkan diri kita dari mengeluarkan FAKTA yang bukan dinyatakan oleh baginda mahupun Para Ulamak....Nauzubillah.....Terasa luluh hati ini apabila ada yang mengatakan DEMO itu RUSUHAN...... RUSUHAN!!!RUSUHAN!!!RUSUHAN hakikatnya jauh sekaali....MELIHAT dengan penuh KETAQWAAN berbeza jika dibandingkan dengan melihat dengan mata kasar....
duhai para pembaca,
Bukan MEREKA(aktivis demo) hendak menghancurkan negara sendiri mahupun menghuru harakan negara bahkan dengan satu KEADILAN sahaja yang bisa membawa ketulusan yang HAKIKI.....bukankah Allah telah menyatakan di antara 7 golongan yang akan diberi naungan di padang MASYAR adalah PEMERINTAH/PEMIMIPIN YANG ADIL...alangkah bertuahnya pemimpin itu DISEDARKAN oleh rakyatnya sendiri agar memimpin negara dengan penuh KEADILAN.....mereka sedang 'membantu' Pemerintah itu supaya bisa diberi naungan Allah swt di padang masyar kelak....MasyaAllah.... Nam.....un ianya tidak diendahkan langsung....alangkah ruginya pemimpin itu.........
Buat tatapan pembaca sekalian,
daku bukanlah seorang penulis yang berbakat namun apa yang ditaip ini penuh dengan pengharapan...pengharapan yang besar.....walaupun anda membenci PAS, PKR dan seangkatan dengannya namun diriku tetap ingin menyatakan HASRAT sokonglah ISLAM....Kita Umat Nabi, di pengakhiran kehidupan kelak kita akan ditanya olehNYa apakah yang telah kita lakukan untuk ISLAM....Apa yang kita nak jawab sewaktu itu???...Di saat itu mulut dikunci diam seribu bahasa.....Ingatlah Allah tidak melihat kepada kejayaan sesutu namun ALLAH melihat akan usaha seseorang......
pembaca pembaca yang disayangi,
BANGKITLAH dari tidur yang LENA...bangkitlah!!! dunia ini hanya tempat sendagurauan semata mata...kehidupan di dunia ini teramatlah singkat jika hendak dibandingkan dengan kehidupan diSANA kelak....sebelum MATAMU terpejam lena sehingga akhir hayatmu, marilah sama sama kita menyumbangkan sesuatu untuk ISLAM.....
kutinggalkan secangkir kata.....
Yang mana satu yang dikau inginkan...NERAKA mahupun SYURGA..
Yang mana satu yang dikau inginkan...DUNIA mahupun AKHIRAT..
Yang mana satu yang dikau inginkan...KEBERSIHAN mahupun KEKOTORAN..
Yang mana satu yang dikau inginkan...KEZALIMAN mahupun KEADILAN.....
Yang mana satu yang dikau inginkan...JAHILIYAH ataupun ISLAM.....
Seandainya ISLAM yang dikau sayangi...maka pilihlah ISLAM...SOKONGLAH ISLAM...UNDILAH untuk ISLAM...
No comments:
Post a Comment